Anda di halaman 1dari 9

PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 5 [SULIT]

Arahan : Setiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Pilih
jawapan yang betul.
1. Apakah penyakit yang disebarkan oleh virus melalui titisan lembapan
seperti bersin atau batuk ?
A Campak
B Cacar
C rubella
D kepialu

2. Pilih urutan merawat luka kecil yang betul.


I sapukan antiseptic
II sapukan ubat luka
III cuci luka dengan air bersih
IV tamplakan plaster bagi menutup luka

A III, I, II, IV
B I, II, III, IV
C II, III, I, IV
D IV, I, II, III

3. Jenis penyakit yang manakah yang berkaitan dengan simptom yang


berikut ?

Ruam berwarna ungu di belakang telinga dan di atas kening


A cacar
B campak
C rubella
D beguk

4. Berdasarkan penyataan berikut, nyatakan perkhidmatan dan


keselamatan yang berkaitan.

- Memadamkan kebakaran
- Penyeliaan keselamatan bangunan
A klinik kesihatan
B Balai Polis
C Hospital
D Balai bomba
5. Pada pendapat anda bagaimanakah cara untuk mengeratkan
perhubungan yang harmoni dalam keluarga ?
A bertolak ansur dan saling memahami.

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2016


PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 5 [SULIT]

B bergaduh dan berselisih faham


C tidak suka bercampur dengan ahli keluarga.
D menyendiri.

6. Antara penyataan berikut merupakan symptom bagi penyakit beguk,


kecuali
A hilang selera makan
B bengkak pada kelenjar liur
C demam ringan
D batuk

7. Mengapakah kita perlu berhati-hati apabila memberikan maklumat


peribadi kepada orang lain ?
A mudah berkenalan
B menjaga keselamatan diri
C mendedahkan indentiti diri
D meningkatkan gejala social

8. Apakah itu melecet ?


A terjadi akibat terjatuh
B terjadi akibat daripada kekerapan berlaku geseran di antara
lapisan epirdermis kulit
C kecederaan kulit tisu
D luka kerana terkena benda tajam

9. Nyatakan kepentingan mengambil pelbagai jenis makanan


I membina tumbesaran yang sempurna
II mengekalkan berat badan seimbang
III mencegah obesity
IV menambah selera makan

A I dan II C I, II dan III


B II dan III D III dan IV

10. Apakah fungsi faraj pada sistem reproduktif perempuan ?


A tempat persenyawaan
B menghasilkan hormon
C menerima sperma dari zakar
D tempat fetus membesar

11. Berdasarkan menu di bawah, yang manakah merupakan menu


makanan seimbang untuk sarapan pagi.
A bijirin, susu, coklat
B susu, roti dan telur rebus
C burger, roti, air buah
D telur, kentang goreng, susu

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2016


PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 5 [SULIT]

12. Ibu dan bapa Samad selalu bertengkar. Menyebabkan Samad


tertekan dan stress. Apakah yang perlu Samad lakukan.
A mendiamkan diri
B bergaduh sekali
C berkongsi masalah dengan orang yang boleh dipercayai
D menangis sahaja

13. Antara berikut merupakan kesan konflik dan stress, kecuali


A gangguan kesihatan
B cepat marah
C gembira
D putus asa

14. Berikut merupakan jenis penyakit berjangkit kecuali


A penyakit cacar
B penyakit beguk
C penyakit rubella
D penyakit demam

15. Apakah keburukan hubungan secara maya ?


A dapat berkongsi maklumat
B dapat berhubung
C penyamaran
D berkongsi pengalaman

16. Mengapakah kita dilarang menyapu minyak pada tempat yang


melecur?
A cepat sembuh
B menyebabkan jangkitan
C luka lambat sembuh
D luka menjadi bernanah

17. Nyatakan bahan yang boleh dikategorikan sebagai bahan inhalan


A ubat gegat, pengilat kuku dan gam
B gam, kapur dan cuka
C gula, bahan perasa dan ubat gegat
D thinner, pengilat kuku dan sabun

18. __________________ dapat membantu remaja dalam menangani


masalah konflik dan stress alam remaja.
A bergaul dengan rakan

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2016


PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 5 [SULIT]

B menjaga kebersihan dan kesihatan


C berkongsi masalh dengan keluarga
D bercerita kepada orang yang tidak dikenali

19. Antara berikut yang manakah bukan kesan jangka panjang


penyalahgunaan bahan inhalan ?
A kerosakan sel-sel otak
B gangguan penglihatan
C nafas tidak sekata
D kematian mengejut

20. Aktiviti berikut boleh menyebabkan kesan melecur kecuali


A berjemur di tengah panas terik
B terkena pisau kerana menghiris
C terkena minyak panas
D terkena air panas

21. Suntikan yang diberikan kepada seseorang untuk mengelakkan


dari terkena sesuatu penyakit dinamakan.
A kondensasi
B imunisasi
C integrasi
D mutasi

22. Apakah langkah pertama yang perlu dilakukan apabila kita


mendapat luka ?
A menyapu ubat luka yang mujarab
B mencuci luka dengan air sejuk
C menampal luka dengan plaster luka
D menekan tempat luka untuk menghentikan aliran darah

23. Ia adalah agensi kerajaan yang dibina di sesuatu kawasan


penempatan dan menyediakan anggota yang memberikan
perkhidmatan kepada ibu-ibu yang mengandung dan bayi-bayi yang
baru lahir. Pernyataan di atas adalah sesuai bagi
A klinik desa
B klinik gigi
C klinik bidan
D klinik kesihatan

24. Bahagian yang mengendalikan ubat-ubatan di hospital


dinamakan
A Unit Farmasi

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2016


PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 5 [SULIT]

B Unit Radiologi
C Unit Fisioterapi
D Unit Kecemasan

25. Manakah antara berikut merupakan penyakit bawaan vector?


A migraine
B Diabetes
C taun
D senggugut

26. Antara sumber bagi vitamin C ialah


A daging ayam dan daging lembu
B coklat, madu dan gula-gula
C susu dan pelbagai jenis bijirin
D buah limau, betik, nenas dan sayuran hijau

27. Arman telah diserang penyakit cirit-birit sejak semalam. Apakah


kemungkinan yang menyebabkan Arman sakit?
I Arman tidak membasuh tangan sebelum makan
II Arman memakan makanan yang telah basi
III Arman memakan makanan yang sangat segar
IV Arman makan menggunakan tangan kiri

A I dan II C II dan IV
B Idan IV D II, III dan IV

28. Darah kotor yang keluar dari rahim wanita yang telah akil baligh
diistilahkan sebagai.
A darah nifas
B darah haid
C darah keguguran
D darah luka dalaman

29. Vektor pembawa penyakit demam denggi ialah


A nyamuk aedes
B nyamuk culex
C nyamuk tiruk
D nyamuk betina

30. Salah satu punca kebakaran ialah


A menggunakan plug 3 pin untuk barangan elektrik
B menggunakan hanya satu plug untuk satu soket
C menukarkan wayar elektrik yang telah lusuh dan lama
D membuat penyambungan pendawaian elektrik sendiri

31. Tekan tubi dapat meningkatkan

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2016


PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 5 [SULIT]

A fleksibiliti
B daya tahan otot
C kepantasan
D kelajuan

32. Untuk mencegah karies gigi adalah dengan cara


A jauhkan diri daripada amalan tidak sihat seperti merokok
B mempunyai bentuk tubuh badan yang tegap dan sasa
C cara hidup kita yang sentiasa menjaga kesihatan
D mengurangkan pengambilan gula dalam menu harian

33. Gimnastik artistik melibatkan aktiviti kemahiran seperti


I senaman lantai
II melompat
III melombol
IV batang titian

A I, II dan III C II,III dan IV


B I, III dan IV D I, II dan IV

34. Apakah yang dimaksudkan dengan masa tindak balas


A Kemampuan otot melakukan pergerakan berulang kali dalam
tempoh yang lama
B Tempoh yang diambil untuk bertindak atau memulakan
pergerakan setelah menerima ransangan
C Kecekapan kita mengubah arah dan posisi badan dengan cepat
semasa melakukan sesuatu aktiviti
D Kebolehan mengekalkan kestabilan tubuh badan dalam keadaan
statik

tidak menghiraukan keluarga


Sentiasa pulang lewat dalam keadaan mabuk
Tidak dapat mengawal perlakuan
Tidak dapat berfikir dengan waras
Nafas berbau
35. Muthu sentiasa mengalami gejala- gejala di atas. Muthu mungkin
seorang
A kaki botol
B kaki bangku
C kaki ubat batuk
D kaki rokok

36. Nutrien utama yang terdapat dalam kumpulan makanan di atas


dapat.
A membekalkan tenaga
B menjauhkan penyakit

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2016


PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 5 [SULIT]

C membekalkan haba pada tubuh


D membantu proses tumbesaran

37. Kelajuan dapat ditingkatkan melalui latihan. Latihan apakah


dapat meningkatkan kelajuan seseorang.
I Lari berganti 50 meter
II Imbangan skala Y
III Permainan galah panjang
IV Lari pecut 30 meter

A I dan III C II dan IV


B I dan IV D II dan III

38. Cara yang terbaik menjauhkan penyakit adalah _______________


A Berada di rumah
B Menjaga kesihatan diri
C Lebihkan makan daging
D Kurangkan makan sayur

39. Kecergasan fizikal ialah kemampuan individu untuk melakukan


aktiviti berterusan tanpa cepat merasa __________
A Letih
B Bosan
C Gembira
D Risau

40. Skipping secara __________ dapat meningkatkan daya tahan


kardiovaskular.
A Berterusan
B Berkala
C Berperingkat
D Seminggu sekali

41. Aktiviti lompat berhalangan dapat meningkatkan


________________ .
A ketangkasan
B Komposisi badan
C masa tindak balas
D Kuasa

42. Yang berikut ialah aktiviti yang dapat meningkatkan fleksibiliti,


kecuali..
A aktiviti lentik kucing
B aktiviti meleding sisi
C aktiviti tekan tubi

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2016


PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 5 [SULIT]

D aktiviti melunjur hadapan

43. ________________ yang baik membantu kita melakukan smesy


yang kencang dalam permainan badminton.
A Daya tahan
B Kuasa
C Koordinasi
D Imbangan

44. Sofbol mula diperkenalkan di negeri _______________ pada tahun


1939.
A Selangor
B Perak
C Pahang
D Kelantan

45. Aktiviti manakah yang dapat membina daya tahan otot di


bahagian abdomen
A Tekan tubi
B bangkit tubi
C Skiping
D Mendagu

46. Antara aktivit yang berikut yang manakah dapat meningkatkan


kompenan ketangkasan seseorang
A lompat kuadran
B senam menegak
C lompat kanggaru
D lompat bintang

47. Yang mana antara yang berikut adalah benar tentang semangat
kesukanan ketika bersukan ?
A memarahi rakan yang melakukan kesilapan
B menyokong pihak lawan
C berasa kecewa apabila gagal
D bersalaman sebelum dan selepas berlawan

48. _____________ yang baik membantu kita menghasilkan smesy


yang kencang semasa bermain badminton.
A Daya tahan otot
B daya tahan kardiovaskular

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2016


PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 5 [SULIT]

C Kekuatan otot
D fleksibiliti

49. Buah-buahan seperti betik, limau, tomato dan sayur-sayuran


hijau adalah sumber utama _______________.
A Vitamin A
B Vitamin B
C Vitamin C
D Vitamin D

50. Kasut larian yang baik dipakai dalam acara balapan ialah
_________________.
A kasut yang ketat
B kasut yang amat longgar
C kasut yang mempunyai paku pendek
D kasut yang mempunyai paku panjang

__________SOALAN TAMAT__________

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2016

Anda mungkin juga menyukai