Anda di halaman 1dari 6

Perlembagaan

1.0 Nama dan alamat berdaftar


1.1 Pasukan Pakaian Seragam ini dikenali dengan nama Kadet Remaja Sekolah atau ringkasnya KRS bagi sekolah menengah dan Tunas Kadet Remaja Sekolah ( TKRS ) bagi sekolah rendah Alamat berdaftar atau alamat KRS & TKRS: Peringkat Sekolah: SK Serting Hilir Kompleks 72120 Bandar Seri Jempol Negeri Sembilan Darul Khusus Atau di tempat lain dalam Malaysia sebagaimana yang ditentukan oleh Jawatankuasa KRS/TKRS dari semasa ke semasa.

1.2 a.

b.

2.0
2.1

Tujuan
Membentuk generasi pelajar yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki ketrampilan diri, berdaya, saing, kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran kehidupan. Membantu mengembangkan semua aspek potensi manusia yang berteraskan ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Negara demi menjayakan Wawasan 2020. Menangani masalah salah laku di kalangan pelajar remaja seperti salah guna dadah, budaya lepak dan juvana. Mempelbagaikan kegiatan pasukan beruniform di sekolah bagi menyediakan pelajar-pelajar memperolehi pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin. Membina generasi pelajar patriotik yang menjiwai semangat cintakan agama, bangsa dan Negara Malaysia. Melahirkan generasi pelajar yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai murni serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bernegara. Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan mengenai isu-isu semasa di kalangan pelajar serta berkeupayaan untuk bertindak sewajarnya.

2.2

2.3

2.4

2.5

2.6

2.7

3.0
3.1 3.2

Pengertian logo
Perisai melambangkan benteng ketahanan diri daripada gejala yang tidak sihat. Bulan dan bintang melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi Negara Malaysia. Dua tangkai padi bersilang melambangkan resmi padi iaitu berilmu dan berketrampilan serta matang dan rasional dalam semua tindakan. Buku yang terbuka dan rehal melambangkan peranan institusi pendidikan yang mementingkan tradisi ilmu untuk semua tanpa mengira keturunan dan kaum, agama dan latar belakang budaya ke arah melahirkan bangsa Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Warna hijau melambangkan alam sekitar yang sihat. Warna merah melambangkan keperwiraan dan sedia berjuang mempertahankan negara yang tercinta. Warna kuning melambangkan warna diraja yang menjadi tonggak kedaulatan Negara Malaysia. Warna putih melambangkan keikhlasan serta kesucian.

3.3

3.4

3.5 3.6

3.7

3.8

4.0
4.1 a. b. c. 4.2 a. b.

Bendera
Warna Hijau melambangkan Tunas muda/remaja yang masih boleh dibentuk. Laluan hidup yang jelas untuk masa depan. Alam sekitar merupakan sebahagian daripada kurikulum KRS/TKRS. Cogan kata KRS/TKRS ILMU IMAN AMAL ILMU : Asas keintelektualan dan ketrampilan ahli KRS/TKRS. IMAN : Keimanan yang mendalam merupakan asas pembinaan diri. AMAL : Penghayatan dan perlakuan gaya hidup sihat yang berterusan merupakan natijah daripada kekuatan intelektual dan disiplin diri.

c.

5.0
5.1

Keahlian
Keahlian TKRS adalah terbuka kepada semua pelajar di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan. Ahli bersekutu KRS/TKRS terbuka kepada semua pelajar yang menuntut di institusi pendidikan selain daripada yang dinyatakan dalam perkara 5. 1. TKRS yang dianggotai oleh ahli bersekutu diurus dan dibiayai oleh institusi di mana TKRS itu ditubuhkan. Keahlian TKRS lucut serta merta apabila pelajar tersebut berhenti atau diberhentikan daripada menjadi pelajar berdaftar di sekolah/institusi seperti yang dinyatakan di atas. Keahlian TKRS terbuka kepada semua pelajar tahap II (tahun 3, 4, 5 & 6) di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan. Ahli TKRS yang bertukar ke sekolah / negeri lain, keahlian asal masih diterima pakai.

5.2

5.3

5.4

5.5

5.6

6.0
6.1

Pakaian Rasmi TKRS


Lelaki a. b. c. d. e. f. Beret berwarna Sherwood Dark Green. Baju kemeja lengan pendek warna hijau muda ( L 109 ) Seluar sekolah. (Ukuran kaki 20 cm - 30 cm) Tali wisel merah. Tali pinggang kanvas warna hijau berkepala emas dengan logo KRS. Kasut Kulit/PVC Hitam Bertali dan Berstokin Hitam

6.2

Perempuan a. Beret berwarna Sherwood Dark Green. b. Baju kemeja labuh paras bawah punggung, Berlengan panjang dan warna hijau muda ( L 109 ). c. Seluar /Kain Sekolah. d. Tali wisel merah. e. Kasut Kulit/PVC Hitam Bertali dan Berstokin Hitam *Pemakaian Telekung mini berwarna Sherwood Dark Green.

7.0
7.1

Kawasan Kegiatan
Kawasan kegiatan meliputi peringkat antarabangsa, kebangsaan, negeri-negeri dalam Malaysia, Wilayah Persekutuan Malaysia, daerah-daerah dan sekolahsekolah. Perkataan daerah yang tersebut dalam perlembagaan ini juga bermaksud jajahan di negeri Kelantan dan bahagian di negeri Sabah dan Sarawak. Perkataan sekolah yang tersebut dalam perlembagaan ini bermaksud sekolahsekolah kerajaan dan bantuan kerajaan.

7.2

7.3

8.0
8.1

Jawatankuasa
Penaung peringkat kebangsaan, negeri dan daerah: Menteri Pelajaran Malaysia.

8.2

Penaung peringkat kebangsaan, negeri dan daerah: Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

8.3

Jawatankuasa peringkat kebangsaan, negeri dan daerah adalah seperti berikut: a. b. c. d. e. f. g. h. Penaung Pengerusi Timbalan Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Kehormat Penolong Setiausaha Kehormat Bendahari Kehormat AJK yang dilantik

8.4

Jawatankuasa terdiri daripada empat peringkat: a. b. c. d. Peringkat Kebangsaan Peringkat Negeri Peringkat Daerah Peringkat Sekolah

8.5

Jawatankuasa peringkat kebangsaan: : : : : : : Menteri Pelajaran Malaysia Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Jabatan Sekolah) Pengarah Bahagian Sekolah Timbalan Pengarah Bahagian Sekolah Ketua Penolong Pengarah (HEM) Bahagian Sekolah Dilantik (Dua Orang) Dilantik Pengarah Bahagian Pendidikan Guru Pengarah Bahagian Pendidikan Islam Pengarah Bahagian Teknik & Vokasional Pengarah Institut Aminuddin Baki Tiga ahli dilantik Dua Wakil Jurulatih KRS Dua Wakil Jurulatih TKRS

a. Penaung b. Penasihat c. Pengerusi d.Timbalan Pengerusi e. Naib Pengerusi f. Setiausaha Kehormat

g. Penolong S/U Kehormat : h. Bendahari Kehormat : i. Ahli-ahli (11 orang) :

8.6 a. b. c. d. e. f. g. h. i.

Jawatankuasa Peringkat Negeri: Penaung : Penasihat : Pengerusi : Timb.n Pengerusi : Naib Pengerusi : S/UKehormat : Pen.S/UKehormat : BendahariKehormat: Ahli-Ahli (7 orang) : Menteri Pelajaran Malaysia Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Pengarah Pelajaran Negeri Timbalan Pengarah Pelajaran Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan Ketua Unit Kokurikulum Pegawai Tadbir KRS Dilantik Dilantik termasuk 2 wakil Jurulatih KRS dan 2 wakil Jurulatih TKRS

8.7 a. b. c. d. e. f. g. h. i. j.

Jawatankuasa Peringkat Daerah: Penaung Penasihat Pengerusi Tim. Pengerusi Naib Pengerusi S/U Kehormat Pen. S/UKehormat Bend. Kehormat Ahli (7 orang) Ex-Officio : : : : : : : : : : Menteri Pelajaran Malaysia Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Pegawai Pelajaran Daerah Penolong Pegawai Pelajaran Daerah(M) Penolong Pegawai Pelajaran Daerah (R) Penyelia Dilantik Dilantik Dilantik Termasuk 2 Wakil Jurulatih KRS dan TKRS Pegawai Tadbir KRS Negeri

8.8

Perlantikan bagi jawatan-jawatan di atas hendaklah dilakukan oleh Pengerusi setiap Jawatankuasa. Jawatankuasa Peringkat Sekolah: Penaung Penasihat Pengerusi Timb.Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Penolong S/U Bendahari Ahli-ahli Juruaudit (2 orang) : : : : : : : : : : Pengarah Pelajaran Negeri Pengetua/Guru Besar Pen.Kanan KoKurikulum Pen. Kanan Kurikulum Pen.Kanan HEM dan Peny. Petang Dilantik Dilantik Dilantik (7 orang Dilantik + Ketua Platun KRS/TKRS ) Dilantik di kalangan guru

8.9 a. b. c. d. e. f. g. h. i. j. 8.10 8.11

Perlantikan jawatan-jawatan di atas dilakukan oieh penolong pendaftar sekolah. Pemegang-pemegang jawatan ini dan tiap-tiap pegawai yang hendak menjalankan tugas pengurusan KRS hendaklah warganegara Malaysia. Guru KRS/TKRS sekolah adalah pemimpin dan pemudahcara kepada Jawatankuasa Peringkat Sekolah. Tugas Jawatankuasa ialah merancang, mengelola dan mengatur program KRS/TKRS Jawatankuasa ini boleh menubuhkan jawatankuasa kecil untuk memantapkan lagi aktiviti KRS/TKRS.

8.12

8.13

8.14

9.0
9.1 9.2

Kewangan
Setiap ahli KRS/TKRS dikenakan yuran tahunan sebanyak RM 2.00 Bendahari bertanggungjawab menguruskan segala yang berkaitan dengan kewangan KRS/TKRS Penyata kewangan KRS/TKRS hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh Pemeriksa kira-kira, mengikut Perlembagaan serta disahkan oleh Penolong Pendaftar. Dua orang guru yang bukan pemimpin TKRS dilantik dalam mesyuarat oleh Penolong Pendaftar sebagai Pemeriksa kira-kira atau Juruaudit. Pemeriksa kira-kira dikehendaki memeriksa kewangan KRS dari semasa ke semasa atas arahan Penolong Pendaftar.

9.3

9.4

9.5

Anda mungkin juga menyukai