Anda di halaman 1dari 6

KERTAS CADANGAN

PROJEK ASAS JAHITAN


MENGGUNAKAN TEKNIK CROSS STITCH

PROGRAM INTEGRASI PENDIDIKAN KHAS


SMK KULAI BESAR
CARTA ORGANISASI PROGRAM PENDIDIKAN KHAS
BERMASALAH PEMBELAJARAN SMK KULAI BESAR
TAHUN 2016

Pengerusi

EN. TUMIN BIN YATMAN

Naib Pengerusi

EN. ISKANDAR BIN ZULKARNAIN

Penyelaras

EN. MOHD ZAINUDIN BIN MOHAMAD DOM

Setiausaha

PN HERNEYANE BINTI JASMAN

Bendahari

PN. ROSHASMA BTE. MAKTAR

Ahli Jawatankuasa

EN. HARON BIN IDRIS

PN. ASMAHANI BTE. MOHD HUSIN

PN. NORFAHIZAH BTE FADZIL

PN. SUHAINI BTE ABAS

Pembantu Pengurusan Murid

PN NURUL NAJWAH BTE. ISMAIL

PN JULIANA BT SUPARMAN
1.0 PENDAHULUAN

Pendidikan peringkat sekolah di negara kita menitikberatkan perkembangan murid


secara menyeluruh yang meliputi aspek-aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, sosial, bakat
nilai moral dan estetika. Oleh itu setiap murid diberi peluang yang sama bagi mendapatkan
kemahiran, pengetahuan, nilai, sikap dan amalan-amalan yang diperlukan. Peluang-peluang
tertentu juga disediakan untuk membolehkan mereka mengembangkan bakat dan minat
serta daya kreatif dalam bidang-bidang tertentu.

Dalam pada itu, terdapat murid yang menghadapi masalah pembelajaran yang tidak
mampu mengikuti kurikulum biasa yang digariskan dalam KSSR dan KBSM. Murid yang
dikenali sebagai murid pendidikan khas atau yang berkeperluan khas ini memerlukan satu
program khas yang berbentuk kemahiran perlu dibina atau dijalankan bagi memastikan
mereka turut mendapat manfaat sealiran murid normal yang lain.

Maka dengan itu, satu projek asas jahitan dengan menggunakan kaedah Cross stitch
dibawah subjek Kemahiran Hidup adalah amat sesuai kerana merupakan salah satu cabang
kemahiran yang berkaitan dengan kaedah mengurus kehidupan dikalangan murid
berkeperluan khas ini. Pelbagai kaedah dan teknik yang baru boleh dipelajari oleh murid
berdasarkan teknik ini. Dengan melaksanakan projek asas jahitan secara Cross Stitch ini
pelbagai aktiviti yang dapat dijalankan kepada murid ini termasuk memperkenalkan jenis
jahitan asas sehingga mereka dapat menghasilkan kraftangan berasaskan Cross Stitch.

2.0 MATLAMAT

Projek asas jahitan secara Cross Stitch ini adalah merupakan salah satu platform
yang amat sesuai bagi mendidik murid pendidikan khas ini mempelajari kemahiran didalam
kehidupan mereka. Setiap murid sudah sedia maklum bahawa kehidupan ini tidak dapat lari
dengan keperluan untuk menyara kehidupan dan menguruskan kehidupan. Secara tidak
langsung, projek ini dapat memberi peluang kemahiran kepada mereka seiring membantu
mereka mencapai perkembangan yang menyeluruh yang meliputi aspek intelek, rohani,
jasmani, emosi, bakat, akhlak dan nilai-nilai estetika dan sosial. Murid pendidikan khas ini
juga diharapkan agar boleh menjadi ahli masyarakat yang berdikari di suatu hari kelak dan
dapat menyumbangkan kepada pembangunan dan kemakmuran kepada masyarakat dan
negara.
3.0 OBJEKTIF

Dengan melaksanakan Projek Asas Jahitan Cross Stitch ini adalah diharapkan dapat
memberi peluang dan bimbingan kepada murid pendidikan khas ini untuk :

3.1 Menguasai kemahiran berkomunikasi dan pergaulan yang aktif sesama rakan dan
guru.
3.2 Menguasai kaedah penyelenggaraan peralatan jahitan cross stitch.
3.3 Mengetahui dan memperkembang perasaan ingin tahu mengenai pengurusan diri
dan cara menyara kehidupan mereka.
3.4 Menjaga kesihatan dan aspek keselamatan diri di sekolah dan rumah.
3.5 Mempunyai keyakinan diri dan konsep kendiri yang positif.
3.6 Membolehkan murid melakukan praktik asas dan dapat melaksanakan kerja dengan
sendiri.
3.7 Melibatkan diri di dalam semua aktiviti yang dijalankan oleh guru.

4.0 SUMBER TENAGA

Semua guru-guru Pendidikan Khas dan Pembantu Pengurusan Murid terlibat


disamping bantuan daripada guru Kemahiran Hidup.

5.0 SASARAN

Semua murid Kelas Pendidikan Khas SMK Kulai Besar seramai 37 orang

6.0 STRATEGI PELAKSANAAN

6.1 Menyediakan Kertas Kerja

6.2 Perbincangan bersama pihak pentadbir

6.3 Menyediakan analisa tugasan guru dan murid

6.4 Guru menunjukkan demonstrasi setiap aktiviti dan penyelenggaraan peralatan

Cross Stitch dihadapan murid

5.5 Murid melakukan aktiviti dengan pemantauan guru

5.6 Jualan amal hasil tangan murid Pendidikan Khas


7.0 CADANGAN AKTIVITI

BIL AKTIVITI KEMAHIRAN


1 Mengenal pasti alat jahitan Alatan jahitan
2 Menggunakan alatan jahitan Fungsi alatan jahitan
3 Mengenal fungsi setiap alatan jahitan cross Sesi praktikal kaedah penyelenggaraan setiap
stitch peralatan jahitan cross stitch
3 Mengamalkan keselamatan di kelas Keselamatan diri, rakan, alatan dan cara
menyimpan peralatan
4 Mengamalkan kebersihan Kebersihan diri, alatan dan semasa di kelas
5 Mengenal pasti bahan cross stitch Alatan cross stitch
6 Penyediaan bahan asas untuk jahitan asas Menjahit jahitan asas
cross stitch
7 Menjahit di atas kain cross stitch Menjahit menggunakan alatan cross stitch
mengikut bentuk mudah
8 Menjahit cross stitch Cara dan kaedah menjahit cross stitch mengikut
bentuk
9 Menyiapkan dan menjual hasil Memasarkan hasil jahitan

8.0 CARTA GANTT

BULAN
BIL FEB MAC APR MEI JUN JUL OGS SEP OKT NOV
AKTIVITI

1 Mengenalpasti alat jahitan cross stitch


2 Mengenalpasti jahitan asas cross stitch
3 Menjahit jahitan asas cross stitch
4 Menjahit bentuk mudah cross stitch
5 Menjahit cross stitch mengikut bentuk
6 Menghasilkan kraftangan cross stitch
7 Menjual hasil kraftangan
9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bagi melaksanakan projek asas jahitan ini, sumber kewangan diperoleh melalui
Peruntukan PCG Pendidikan Khas iaitu melalui subsidiari Wajib dan LPBT. Berikut adalah
senarai peralatan dan bahan yang diperlukan dan harga yang dinyatakan hanyalah
anggaran sahaja dan bergantung kepada harga semasa.

BIL PERALATAN / BAHAN KUANTITI HARGA


1 Set buku asas Cross Stitch 1 set RM 63.60
2 Kelengkapan Jahitan 2 set RM 520.00
JUMLAH RM 583.60

10.0 PENUTUP

Murid-murid Pendidikan Khas ataupun Berkeperluan Khas ini sebenarnya berupaya


untuk menerima pendidikan yang sesuai dengan kemampuan dan perkembangan mereka
secara menyeluruh. Mereka ini hanya sekadar kurang bertindak balas dengan sempurna
terhadap strategi pengajaran dan pembelajaran biasa. Oleh yang demikian, pelbagai
program perlu dirancang dan dilaksanakan bagi memenuhi keperluan murid ini sebagai
bekal kepada mereka untuk menempuh alam dewasa sekaligus mampu menjadikan mereka
insan yang berdikari didalam kehidupan mereka.

Disediakan oleh Disemak oleh

..

Anda mungkin juga menyukai