Anda di halaman 1dari 7

KELIM

Kelim ialah sejenis proses jahitan yang menyambungkan dua keping fabrik bagi
mendapatkan bentuk pakaian atau artikel.

Jenis Kelim

 Kelim Belah Kangkung


 Kelim Betawi

 Kelim papan mesin

 Kelim papan tangan

 Kelim lipat tindih

Kelim belah kangkung

 Cantuman dua keping fabric yang dijahit dengan sebaris mata jahitan.
 Kelim ini mudah dibuat dan sesuai untuk semua jenis fabric kecuali fabric nipis.
Kelim ini sesuai digunakan untuk pakaian, artikel dan kain kelengkapan rumah
tangga. Lebar kelim yang siap lebih kurang 2.5 cm.

Ciri kelim belah kangkung

 Lebar kedua-dua basi kelim sama.


 Kelim rata dan terbuka.

 Mata jahitan tidak kelihatan di sebelah luar.

 Tidak beralur di sebelah luar.

Kelim betawi

 Ø Mempunyai dua baris jahitan, sesuai digunakan pada fabric nipis kerana kelim ini
kukuh.

Ciri kelim betawi

 Lebar kelim yang siap ialah 5 mm hingga 7 mm pada keseluruhannya.


 Kelim tidak beralur di jahitan pertama.

 Basi kelim tidak kelihatan dari sebelah luar.

 Kelim tidak bergulung.

 Kedua-dua baris jahitan tidak kelihatan di sebelah luar.

BELAH

Belah ialah satu proses jahitan di pakaian dan artikel untuk senang dipakai dan
ditanggalkan.

Belah boleh dibuat di garis leher, di pinggang, di lenan, dan di rusuk dengan mengikut
fesyen pakaian.

Perhatian hendaklah diberi agar panjang belah bersesuaian dengan tujuan


mengadakannya.
Jenis Belah

 Belah kelepet sama lebar


 Belah slit berlapik

 Belah lapik kain selari

 Belah berkun

 Belah berplaket

Belah slit berlapik

 Dibuat di garis tengah hadapan atau di garis tengah belakang blaus, dan di hujung
lengan.

Ciri belah slit berlapik

 Garis belah rata.


 Pangkal belah kukuh dan tidak berkedut.

 Lapik atau fabric pakaian tidak kelihatan dari sebelah luar.

 Tidak ada alur di cantuman.

Belah berzip

 Berfungsi sebagai kancing dan belah pada pakaian dan artikel. Zip dapat diperoleh
dalam pelbagai jenis, saiz, dan warna.

Penggunaan dan pemilihan zip berdasarkan:

1. Jenis fabrik
2. Warna

3. Kedudukan

Zip dipasang pada kelim belah kangkung dan belah slit berlapik.

Ciri belah berzip

 Kedua-dua tepi belah hendaklah sama panjang.


 Lebar belah sama pada keseluruhannya berukuran tujuh mm hingga sepuluh mm.

 Gigi zip tidak kelihatan di sebelah luar pakaian apabila zip dikancingkan.

 Jahitan mesin hendaklah lurus dan kukuh keseluruhannya.

 Kelim tidak berkedut.

 Mata jahitan kelim di pangkal belah tidak tercabut.

PENYUDAH TEPI

Penyudah tepi ialah satu proses yang digunakan di hujung pakaian atau tepi artikel.

Tujuan penyudah tepi ialah untuk:


 Mengukuh
 Mengemas

 Menghias

Jenis penyudah tepi

 Kelepet
- Kelepet lurus
- Kelepet berganda
- Kelepet berbentuk

 Penjuru

- Penjuru jahit tindih


- Penjuru temu sudut

 Lapik
- Lapik lurus
- Lapik berbentuk
 Kun
 Ropol

 Renda

 Kuf / manset

 Jahitan sulaman hiasan

Lapik Berbentuk

- Penyudah tepi pada pakaian atau artikel yang boleh disiapkan di sebelah luar atau
sebelah dalam. Lapik berbentuk digunakan untuk melapik atau mengemaskan garis leher,
lubang lengan, dan pinggang skirt atau slek. Penyudah tepi pada garis leher boleh dibuat
dalam bentuk bulat, empat segi, ‘V’, dan ‘U’.

- Untuk mendapatkan hasil kerja yang bermutu, lapik dalam yang nipis digunakan
dengan melekatkannya ke lapik berbentuk.

Ciri-ciri lapik berbentuk

 Lapik terletak rata.


 Lapisan bawah pakaian atau artikel tidak kelihatan.

 Cantuman lapik tidak berkedut.

 Cantuman tidak beralur.

 Lapik tidak menggelembung.

 Ira lapik sama dengan ira pakaian atau artikel.

Kun

- Kun adalah satu cara untuk mengemaskan tepi pakaian atau artikel. Kun boleh juga
dijadikan hiasan.
- Kun dibuat dengan menggunakan pita jalur serong tepat daripada fabric yang sama
dengan pakaian atau pita serong dagangan.

- Lebar pita yang diperlukan ialah empat kali ganda daripada lebar kun yang siap.

Ciri-ciri Kun

 Ukuran kun sama lebar keseluruhannya.


 Kun terletak sama rata pada fabric.

 Kun tidak berpintal.

 Cantuman kun tidak berkedut.

LENGAN

Lengan adalah sebahagian daripada baju. Terdapat juga baju yang tidak berlengan kerana
mengikut fesyen.

Jenis Lengan

 Lengan padanan rata


 Lengan gelembung

 Lengan Bishop

 Lengan Raglan

 Lengan Magyar

 Lengan Kimono

Lengan padanan rata

Lengan padanan rata atau lengan biasa dicantum rata dengan lubang lengan bahagian
tubuh. Panjang lengan adalah berdasarkan fesyen yang dipilih. Hujung lengan boleh
disiapkan denagn kelepet , lapik atau kun.

Ciri-ciri lengan padanan rata

 Garis tengah lengan bertemu di garis bahu.


 Kelim lengan bertemu di kelim rusuk baju.

 Lengan yang baik tergantung denagan elok.

 Basi kelim lubang lengan dikemaskan.

 Cantuman lengan tidak berkedut.

KANCING

Kancing ialah alat untuk merapatkan belah pakaian atau artikel, bagi mengekalkan
bentuknya dan selesa semasa dipakai. Semua kancing perlu dijahit kukuh pada pakaian
atau artikel.

Kancing boleh berfungsi sebagai perhiasan pakaian. Pemilihan kancing bergantung kepada
fesyen pakaian dan kesesuaian fabric.
Jenis-jenis Kancing

 Butang Katup
 Cangkuk dan mata / rumah cangkuk / palang

 Butang dan lubang butang

 Butang dan gelungan fabric ( rulo )

 Riben

 Velkro ( pita nilon )

 Zip

Butang Katup

- Merupakan sejenis kancing yang kurang kekukuhannya jika dibandingkan denagn


cangkuk dan palang. Saiz dagangan butang katup yang paling kecil ialah ‘0’ dan yang paling
besar ialah ‘ 04’ , dengan berbagai-bagai warna.

- Butang katup terdiri daripada dua bahagian iaitu soket dan conet.

Cangkuk dan Palang

- Cangkuk dan palang ialah sejenis kancing yang kukuh dan sesuai digunakan di
hujung ikatan pinggang atau tali pinggang.

- Apabila menjahit cangkuk dan palang, tentukan kedudukannya sama paras, mata
jahitannya kemas dan kukuh, serta kancing tidak kelihatan dari sebelah luar.

KOLAR

Kolar ialah bahagian tambahan pada baju di garis leher.

Jenis Kolar

Kolar terbahagi kapada 3 jenis:

 Kolar rata
 Kolar gulung

 Kolar tegak

Faktor yang mempengaruhi pemilihan dan penggunaan kolar

Fungsi

Kolar berfungsi untuk:

 Mengawal suhu badan.


 Melindungi kecacatan di bahagian leher.

 Mengekalkan ciri kolar pada pakaian tradisional.

Fesyen pakaian
 Pakaian seragam biasanya berkolar.
 Pakaian berkolar sesuai untuk orang yng kurus dan berleher jinjang.

 Kolar besar atau lebar dapat membuat bahagian bahu dan dada kelihatan lebih
besar.

 Kebanyakan pakaian leleki berkolar.

Jenis Fabrik

 Fabrik nipis dan lembut sesuai untuk kolar rata.


 Fabric sederhana dan tebal sesuai untuk kolar gulung.

Ciri Kolar

 Kolar biasanya mempunyai dua lapisan fabric.


 Permukaan kolar rata.

 Kolar terletak rata dan kemas di garis leher.

 Bahagian kanan dan kiri kolar hendaklah seimbang.

 Kedua-dua hujung kolar sama lebar.

 Kolar bawah tidak kelihatan di tepi kolar.

 Cantuman kelim kolar tidak beralur.

MEMBUAT PAKAIAN

{ March 10, 2010 @ 5:56 pm } · { My projects- SRT }


{ Leave a Comment }

Panduan memilih stail pakaian individu

Tinggi dan gempal

- Fabrik: nipis, lembut sederhana, tebal an lembut


- Warna: lembut dan gelap
- Corak: tegak, saiz sederhana

Tinggi dan lansing

- Fabrik: sederhana tebal


- Warna: terang dan cerah
- Corak: melintang, tabur dan sebar saiz besar

Rendah dan Gempal

- Fabrik: sederhana nipis, lembut


- Warna: lembut dan gelap
- Corak: tabur saiz kecil, tegak, dan serong

Rendah dan kurus

- Fabrik: sederhana tebal


- Warna: cerah dan terang
- Corak: kombinasi tegak dan melintang, tabur saiz besar
Pengurusan alatan dan bahan jahitan

{ March 10, 2010 @ 4:22 am } · { My projects- SRT }


{ Leave a Comment }

Pengaruh teknologi

Teknologi telah mempengaruhi perkembangan industri tekstil dan pakaian. Pengaruh ini
dapat dikaitkan dengan aspek berikut:

 Masa dan tenaga

- Teknologi baru telah memepengaruhi proses penyediaan pakaian. Dengan adanya


teknologi tinggi ini, tenaga keupayaan manusia dan masa dapat dikurangkan melalui
penggunaan tenaga elektrik dan elektronik. Selain iti kuantiti barangan dapat
dipertingkatkan.

 Perbelanjaan

Pada peringkat permulaan, perbelanjaan untuk memperoleh peralatan berteknologi baru


mungkin tinggi. Walau bagaimanapun jika dikaji dari segi keperluannya dalam jangka masa
panjang, pengeluaran dapat mengatasi perbelanjaan.

 Kualiti Hidup

Kebijaksanaan menggunakan sumber manusia seperti wang, masa, kemahiran,


pengetahuan, dan teknologi dapat mempertingkatkan kualiti hidup.

 Keselamatan

Prinsip keselamatan semasa menggunakn alatan teknologi hendaklah sentiasa


dititikberatkan.

Anda mungkin juga menyukai