Anda di halaman 1dari 10

KERTAS CADANGAN

PROJEK PERKEBUNAN TANAMAN


SAYURAN DENGAN
MENGGUNAKAN KAEDAH
FERTIGASI

PROGRAM INTEGRASI PENDIDIKAN KHAS


SMK KULAI BESAR
CARTA ORGANISASI PROGRAM PENDIDIKAN
KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN SMK
KULAI BESAR
TAHUN 2012

Pengerusi

PN. TAN MOI YAN

Naib Pengerusi

EN. MASAUD BIN BAHAROM

Penyelaras

EN. MOHD ZAINUDIN BIN MOHAMAD DOM

Setiausaha
EN. NIZARUDIN BIN MARSOM

Bendahari

PN. ROSHASMA BTE. MAKTAR

Ahli Jawatankuasa

EN. HARON BIN IDRIS

PN. ASMAHANI BTE. MOHD HUSIN

Pembantu Pengurusan Murid


CIK NURUL NAJWAH BTE. ISMAIL

1.0 PENDAHULUAN

Pendidikan peringkat sekolah di negara kita menitikberatkan


perkembangan murid secara menyeluruh yang meliputi aspek-aspek
intelek, rohani, jasmani, emosi, sosial, bakat nilai moral dan estetika. Oleh
itu setiap murid diberi peluang yang sama bagi mendapatkan kemahiran,
pengetahuan, nilai, sikap dan amalan-amalan yang diperlukan. Peluang-
peluang tertentu juga disediakan untuk membolehkan mereka
mengembangkan bakat dan minat serta daya kreatif dalam bidang-bidang
tertentu.

Dalam pada itu, terdapat murid yang menghadapi masalah


pembelajaran yang tidak mampu mengikuti kurikulum biasa yang
digariskan dalam KSSR dan KBSM. Murid yang dikenali sebagai murid
pendidikan khas atau yang berkeperluan khas ini memerlukan satu
program khas yang berbentuk kemahiran perlu dibina atau dijalankan
bagi memastikan mereka turut mendapat manfaat sealiran murid normal
yang lain.

Maka dengan itu, satu projek perkebunan dengan menggunakan


kaedah terkini iaitu Fertigasi dibawah subjek Kemahiran Hidup adalah
amat sesuai kerana merupakan salah satu cabang kemahiran yang
berkaitan dengan kaedah mengurus kehidupan dikalangan murid
berkeperluan khas ini. Pelbagai kaedah dan teknik yang baru boleh
dipelajari oleh murid berdasarkan teknik ini. Dengan melaksanakan projek
perkebunan secara Fertigasi ini pelbagai aktiviti yang dapat dijalankan
kepada murid ini termasuk seawal menyemai biji benih hinggalah menuai
hasilnya.

2.0 MATLAMAT
Projek perkebunan secara Fertigasi ini adalah merupakan salah satu
platform yang amat sesuai bagi mendidik murid pendidikan khas ini
mempelajari kemahiran didalam kehidupan mereka. Setiap murid sudah
sedia maklum bahawa kehidupan ini tidak dapat lari dengan keperluan
untuk hidup iaitu makanan. Secara tidak langsung, projek ini dapat
memberi peluang kemahiran kepada mereka seiring membantu mereka
mencapai perkembangan yang menyeluruh yang meliputi aspek intelek,
rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak dan nilai-nilai estetika dan sosial.
Murid pendidikan khas ini juga diharapkan agar boleh menjadi ahli
masyarakat yang berdikari di suatu hari kelak dan dapat menyumbangkan
kepada pembangunan dan kemakmuran kepada masyarakat dan negara.

3.0 OBJEKTIF

Dengan melaksanakan projek perkebunan Fertigasi ini adalah


diharapkan dapat memberi peluang dan bimbingan kepada murid
pendidikan khas ini untuk :

3.1 Menguasai kemahiran berkomunikasi dan pergaulan yang aktif


sesama rakan dan guru.
3.2 Menguasai kaedah penyelenggaraan peralatan Fertigasi.
3.3 Mengetahui dan memperkembang perasaan ingin tahu
mengenai hal diri dan alam sekeliling mereka.
3.4 Menjaga kesihatan dan aspek keselamatan diri di sekolah dan
rumah.
3.5 Mempunyai keyakinan diri dan konsep kendiri yang positif.
3.6 Membolehkan murid melakukan praktik asas dan dapat
melaksanakan kerja dengan sendiri.
3.7 Melibatkan diri di dalam semua aktiviti yang dijalankan oleh
guru.

4.0 SUMBER TENAGA

Semua guru-guru Pendidikan Khas dan Pembantu Pengurusan Murid


terlibat disamping bantuan daripada guru Kemahiran Hidup.
5.0 SASARAN

Semua murid Kelas Pendidikan Khas SMK Kulai Besar seramai 18


orang.vv

6.0 STRATEGI PELAKSANAAN

6.1 Menyediakan Kertas Kerja

6.2 Perbincangan bersama pihak pentadbir


6.3 Menyediakan analisa tugasan guru dan murid

6.4 Guru menunjukkan demonstrasi setiap aktiviti dan


penyelenggaraan peralatan

Fertigasi dihadapan murid

5.5 Murid melakukan aktiviti dengan pemantauan guru

5.6 Jualan amal hasil tangan murid Pendidikan Khas

7.0 CADANGAN KAWASAN

Kawasan yang dirancang bagi melaksanakan projek perkebunan ini


ialah di kawasan pertanian sekolah yang terletak dibahagian belakang
kantin. Kawasan tersebut difikirkan amat sesuai kerana mempunyai
struktur tanah yang baik selain kawasan tersebut yang berpagar.

8.0 CADANGAN JENIS TANAMAN

Antara jenis tanaman yang dicadangkan bagi projek ini adalah


tomato, cili, cili benggala dan Rock Melon.
9.0 CADANGAN AKTIVITI

BI AKTIVITI KEMAHIRAN
L
1 Mengenal pasti alat perkebunan Alatan berkebun
2 Menggunakan alatan perkebunan Fungsi alatan
3 Mengenal fungsi setiap komponen Sesi praktikal kaedah
Fertigasi penyelenggaraan setiap peralatan
Fertigasi.
3 Mengamalkan keselamatan di Keselamatan diri, rakan, alatan dan
kebun cara menyimpan peralatan
4 Mengamalkan kebersihan Kebersihan diri, alatan dan semasa di
kebun.
5 Mengenal pasti bahan perkebunan Bahan perkebunan
6 Penyediaan kawasan perkebunan Meracun dan merumput
7 Membina batas dan tapak Mencangkul tanah dan menyemai biji
semaian benih
8 Menanam pokok Cara dan kaedah penanaman
9 Menjaga dan merawat pokok Kaedah membaja dan penggunaan
racun serangga
10 Memungut dan menjual hasil Memasarkan hasil

10.0 CARTA GANTT

BUL
BI AN FE MA AP ME JU JU OG SE OK NO
L B C R I N L S P T V
AKTIVITI
1 Mengenalpasti alat perkebunan
2 Mengenalpasti jenis tanaman
3 Membersihkan kawasan kebun
4 Pembinaan tapak , pondok dan
sistem perpaipan Fertigasi
5 Menyemai anak benih
6 Menanam tanaman
7 Merumput dan membaja
8 Memungut dan menjual hasil
11. ANGGARAN PERBELANJAAN

Bagi melaksanakan projek perkebunan ini, sumber kewangan


diperoleh melalui Peruntukan PCG Pendidikan Khas iaitu melalui subsidiari
Wajib dan LPBT. Berikut adalah senarai peralatan dan bahan yang
diperlukan dan harga yang dinyatakan hanyalah anggaran sahaja dan
bergantung kepada harga semasa.

BI PERALATAN / BAHAN KUANTITI HARGA


L
1 Set peralatan Fertigasi 1 set RM 2500.00
2 Garfu Tangan 6 buah RM 70.00
3 Sarung tangan 2 dozen RM 20.00
4 Alat penyiram 3 buah RM 60.00
5 Plastik hitam 3 beg RM 30.00
6 Baja 10 beg RM 30.00
7 Racun rumpai 5 liter RM 100.00
8 Racun serangga 5 liter RM 60.00
9 Pencambah akar 1 botol RM 10.00
10 Biji benih 5 jenis RM 50.00

11 Tapak semaian 4 buah RM 40.00


JUMLAH RM 2970.00

12. PENUTUP

Murid-murid Pendidikan Khas ataupun Berkeperluan Khas ini


sebenarnya berupaya untuk menerima pendidikan yang sesuai dengan
kemampuan dan perkembangan mereka secara menyeluruh. Mereka ini
hanya sekadar kurang bertindak balas dengan sempurna terhadap
strategi pengajaran dan pembelajaran biasa. Oleh yang demikian,
pelbagai program perlu dirancang dan dilaksanakan bagi memenuhi
keperluan murid ini sebagai bekal kepada mereka untuk menempuh
alam dewasa sekaligus mampu menjadikan mereka insan yang berdikari
didalam kehidupan mereka.
Disediakan oleh
Disemak oleh

..

Anda mungkin juga menyukai