Anda di halaman 1dari 11

1.

0 Matlamat

Memberikan pendedahan dan kemahiran kepada perkembangan moto kasar, motor halus dan
pengamatan murid. Kemahiran hidup perkebunan ini juga akan dapat menyediakan murid dengan
kemahiran asas yang diperlukan dalam kehidupan seharian. Guru-guru bertanggungjawab untuk me
nyediakan ilmu pengetahuan dan kemahiran melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang
fleksibel dan dibantu oleh ibu bapa untuk memnuhi keperluan individu dengan pelbagai tahap
keupayaan kearah mencapai kehidupan di masa hadapan.

2.0 Objektif

1. Memberi latihan dan pendedahan asas kepada murid tentang kemahiran asas perkebunan.
2. Membuka ruang peluang kerjaya di masa hadapan seseorang murid berasaskan kemahiran dan
kebolehan.
3. Mengenalpasti alatan perkebunan, nama peralatan dan fungsi-fungsi sesuatu peralatan
4. Mengenalpasti kemampuan, kebolehan dan pengamaatan murid juga perkembangan motor
kasar seseorang murid.
5. Memberikan latihan pertanian jangka panjang agar pelajar boleh mengusahakan pertanian
sebagai mata pencarian mereka kelak.
6. Memberi pendedahan dan kemahiran tentang asas keusahawanan pertanian
7. Mengenalpasti bahan-bahan perkebunan dengan mengenali jenis tanaman, medium tanaman
seperti jenis-jenis tanah dan bahan organic.
8. Memberi pendedahan dan kemahiran kepada murid cara-cara perkebunan, kebersihan,
keselamatan dan kaedah-kaedah perkebunan.

3.0 Latar Belakang

Kebanyakan OKU tidak mempunyai pekerjaan dan menerima pendapatan yang minima. Matlamat
utama program pendidikan khas golongan istimewa bertujuan mengajar kemahiran sebagai persediaan
sebelum tamat alam persekolahan kepada kehidupan dalam komuniti yang membolehkan pelajar
berdikari apabila tamat alam persekolahan. Kerjaan dalam hidup banyak mempengaruhi oleh kualiti
pendidikan dan latihan yang diterima.

Di Malaysia pendidikan untuk OKU mempunyai kaitan dengan konsep masyarakat penyayang yang
bertujuan untuk memberi peluang kepada mereka integrasi dengan ahli masyarakat lain, membina
sikap positif terhadap warga OKU serta memastikan mereka menerima peluang pekerjaan dan
jaminan hidup berkualiti. Menguatkan kenyataan apabila terdapat kajian yang mereka lakukan
menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan ciri-ciri keusahawanan antara pelajar bermasalah
penglihatan dengan murid normal. Ini menunjukkan bahawa orang kurang upaya adalah sama atau
hampir sama dengan golongan normal.

Menyedari kepada keperluan sebenar golongan murid-murid khas ini. PPKI SK Damansara Jaya (1)
telah mengambil langkah memberikan pendedahan awal dalam membentuk kemahiran dan
pengetahuan murid dalam perkebunan sejak awal penubuhannya.

4.0 Lokasi

Aktiviti perkebunan ini dilaksanakan di Taman Sains PPKI-BP iaitu bersebelahan dengan tandas
murid lelaki di Blok A. Tujuan pembinaan tapak tanaman ini adalah untuk memudahkan murid-murid
menanam dan menjaga tanaman. Kawasan ini akan diusahakan dengan menanam tanaman yang akan
menggunakan tanaman secara polibag dan pasu.

5.0 Jenis Tanaman

Tanaman yang dicadangkan di tanam di petak tanaman adalah pokok sawi, kangkung dan cili.
Tanaman ini banyak khasiat dan mudah di pasarkan. Walau bagaimanapun jenis tanaman mungkin
akan berubah mengikut kesesuaian dan permintaan pasaran.

6.0 Kumpulan Sasaran

Murid-murid Program Pendidikan Khass Integrasi Sekolah Kebangsaan Damansara Jaya (1) yang
belajar Kemahiran Hidup (4 Inovatif dan 6 Efektif) dan juga kemahiran Manipulatif (6 Efektif).
Murid-murid ini akan melakukan aktiviti perkebunan mengikut jadual yang disediakan dengan
bimbingan guru matapelajaran

7.0 Jawatankuasa Aktiviti

PENGERUSI
En Zubir Bin Yaacob

NAIB PENGERUSI
Pn Siti Nor Mahani Bte Othman

SETIAUSAHA
Pn Nurliyana Binti Md Saad

BENDAHARI
Pn Nor Aidilla Binti Hassan

AHLI JAWATANKUASA

Pn Noor Hasliza Bt Zainul Abidin

Pn Radiah Bt Zakaria

En Mohd Juhari Bt Yusoff

Pn Haryati Bt Hasan

Pn Nurul Sakinah Bt Sahid

Cik Nurul Syuhada Bt Zakaria

Cik Umi Hanisah Bt Mokhtar

Pn Zalina Bt Jenal

AHLI
Murid PPKI SK DAMANSARA JAYA 1 - 6 Efektif
8.0 Manual Kerja Pengajaran Dan Pembelajaran (SOP)

BIL AKTIVITI PELAKSANA


1 Pengenalan bahan/peralatan perkebunan Guru, PPM
1.1 mengetahui nama peralatan-perlatan untuk berkebun
2. Pengenalan fungsi-fungsi/kegunaan perlatan untuk Guru, Murid-murid
berkebun, cara penggunaan dan langkah-langkah
keselamatan
2.1 Mengetahui fungsi dan cara kegunaan sesuatu peralatan
sebelum memulakan aktiviti perkebunan
2.2 Mengetahui langkah-langkah yang sesuai digunakan
mengikut keadaan tertentu.
2.3 Mengetahui langkah-langkah keselamatan sebelum,
semasa dan selepas menggunakan peralatan
perkebunan termasuk ciri-ciri berpakaian.
3. Perbincangan/mesyuarat GPK, Penyelaras Dan Guru
3.1 Perbincangan guru mata pelajaran bersama GPK dan Mata Pelajaran
Penyelaras untuk membincangkan pembelian bahan
untuk perkebunan seperti tanah, baja dan jenis
tanaman yang sesuai untuk memulakan aktiviti
perkebunan.
4. Pembelian bahan untuk perkebunan Penyelaras Dan Guru Mata
4.1 Membeli tanah hitam, tanah merah, baja dan anak Pelajaran
pokok, biji benih, polibag dan peralatan-perlatan
perkebunan yang tidak mencukupi daripada pembekal
5 Jadual bertugas Penyelaras, Guru Mata
5.1 menyediakan jadual bertugas untuk murid-murid Pelajaran dan PPM
5.2 Murid-murid dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan
tertentu dengan penggabungjalinan mata pelajaran
Kemahiran Hidup dan Kemahiran Manipulatif.
6. Penerimaan bahan/peralatan daripada pembekal dan GPK, Penyelaras dan PPM
menulis no. pendaftaran
6.1Menerima bahan/perlatan mengikut pesanan, memeriksa
dan menulis no. pendaftaran.
7. Penyemaian biji benih di polibag Guru, murid-murid dan PPM
7.1 Menyemai biji benih yang telah dibeli mengikut jenis
kuantiti di dalam polibag
7.2 Mengumpul dan meletakkan polibag di tempat yang
telah ditetapkan.
8. Penjagaan biji benih Guru dan murid-murid
8.1 Menyiram biji benih dan membaja apabila biji benih
telah bercambah dan membesar mengikut jadual
tugasan murid
9. Penyediaan petak tanaman/ tapak semaian Guru, murid-murid dan PPM
9.1 Mengemburkan tanah
9.2 Mencampurkan tanah dengan tanah hitam, tanah merah
dan sabut
9.3 Membuat lubang tanaman dalam pasu atau polibag
9.4 Membaja
10. Memindahkan anak pokok ke petak tanaman Guru, murid-murid dan PPM
10.1Memindahkan anak pokok daripada polibag
menggunakan sudip tangan
10.2Memasukkan anak pokok di lubang tanaman yang
telah disediakan.
10.3 Menutup semula lubang tanaman
10.4 Menyiram anak pokok
11. Penjagaan tanaman Guru, murid-murid dan PPM
11.1 Pemerhatian (mengawasi tanaman jika diserang oleh
serangga perosak)
11.2 Pembajaan-jangka masa kekerapan membaja dalah
selang 10 hari
11.3 Penyiraman dilakukan setiap hari pagi dan petang
mengikut jadual tugasan murid dan dibantu oleh
PPM pada waktu petang.
12. Pelabelan tanaman Guru dan PPM
12.1 Mencari nama tempatan dan sainstifik
12.2 Penyediaan label
12.3 Meletakkan label pada tanaman
13. Pemerhatian tempoh matang tanaman Guru, murid-murid dan PPM
13.1 Tempoh matang tanaman untuk dituai
Cili api – selama 3 bulan
Kangkung – selama 3 minggu
Sawi - sebulan
14. Penuaiaan hasil tanaman Guru, murid-murid dan PPM
14.1Menyediakan bekas untuk mengumpulkan hasil
tanaman yang dituai
14.2Mengumpulkan hasil tanaman yang dituai mengikut
jenis tanaman di dalam bekas yang disediakan
15. Pembungkusan hasil tanaman Guru, murid-murid dan PPM
15.1Menyediakan plastik untuk membungkus hasil
tanaman yang telah dituai
15.2 Memasukkan hasil tanaman ke dalam plastik
15.3Menimbang hasil tanama mengikut berat sesuatu
bungkusan yang ditetapkan.
16. Penentuan harga jualan Guru
16.1 Menjual berdasarkan harga pasaran
16.2Menulis/melekatkan tanda harga dan melabelkan nama
tanaman di bungkusan
17. Pemasaran Guru, murid-murid dan PPM
17.1Pemasaran tanaman mengikut lokasi pemasaran dan
sasaran pemasaran oleh murid-murid yang
berkebolehan
18. Pembersihan peralatan dan kawasan berkebun Guru, murid-murid dan PPM
18.1 Memastikan tiada peralatan yang tertinggal dan
kawasan berkebun bersih
18.2 Mengumpulkan dan membersihkan peralatan yang
telah digunakan mengikut jadual tugasan murid
19 Pengumpulan hasil jualan Bendahari
19.1 Hasil jualan dikumpulakan dan diserahkan kepada
Bendahari.

9.0 Jadual Pelaksanaan Aktivit Perkebunan

Bil Tempoh Perkara


1 Januari - Februari  Penyediaan petak tanaman
 Penyemaiaan beji benih di dalam polibeg – musim
pertama
 Penjagaan beji benih, tumbuh dan bercambah
2 Februari – Mac  Menanam anak pokok di petak tanaman/ tapak
semaian – cili, sawi, kangkung
 Meracun dan menjaga tanaman
3 Mac-mei  Meracun dan enjaga tanaman kawalan serangga
perosak
 Penyemaiaan beji benih di dalam polibeg-musim
kedua (cili padi dan lain-lain tanaman)
4 Mei-jun  Penjagaan amak benih di dalam pilibeg – musim
kedua
 Memetik hasil di petak tanaman-musim pertama
 Membungkus, menetapkan harga dan menjual hasil
tanaman
5 Jun- julai  Perbincangan kesimpulan hasil semusim
 Mencabut pokok
 Penyediaan petak tanaman
6 Julai - september Meracun dan menjaga tanaman
7 Sept - oktober  Memetik hasil di petak tanaman
 Membungkus, menetapkan harga dan menjual hasil
tanaman
 Mengumpul hasil tanaman
10.0 Kos pelaksanaan

Harga Seunit Jumlah


Bil Sumber Kewangan Item Kuantiti Sumber
(RM) (RM)
1 PCG Mata Pelajaran Tanaman Pasu
Elektif Tanah
Tanah hitam 15 pkt 4.00 60
Tanah merah 15 pkt 4.00 60
Kompos bakar 15 pkt 4.00 60

2 Peralatan
Penyiram 1pcs 4.00 4
Sekop kecil 2psc 7.00 14
Cangkul 2pcs 10.00 20
Sarung tangan 3pcs 6.00 18
Sudip tangan 2pcs 7.00 14
Botol spray 1psc 4.00 4

3 Tanaman
Biji Benih Cili 5pkt 4.00 20
Biji Benih Kangkung 4pkt 4.00 16
Biji Benih Sawi 3pkt 4.00 12
Baja Pokok 1pkt 8.00 8
Baja buah 1 pkt 8.00 8
Polibag 30/15 1pkt 15.00 15
Pasu panjang 100cm 4pcs 25.00 100

JUMLAH KESELURUHAN 433


11.0 Jadual Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran (pdp)

Bil Hari Masa Mata Pelajaran Sasaran Aktiviti


1. Rabu 7.40-8.10 pagi Kemahiran Manipulatif 6 Efektif Perkebunan
2. Khamis 7.40-8.10 pagi Kemahiran Manipulatif 6 Efektif Perkebunan
12.00 – 1.00 tenghari Kemahiran Hidup Perkebunan
(perkebunan)
3. Jumaat 7.40-8.10 pagi Kemahiran Manipulatif 6 Efektif Perkebunan
11.30 – 12.00 tenghari Kemahiran Manipulatif 6 Efektif Perkebunan

12.0 Jadual Tugasan Murid

AKTIVITI MURID KELAS


Sebelum Aktiviti
Penyediaan bahan/peralatan untuk berkebun dan
mengumpulkan di suatu tempat mengikut arahan
guru

Semasa Aktiviti
Melakukan aktiviti perkebunana menyiram,
membaja, mengembur, mencantas dan sebagainya
Meletakkan label/nama pada tanaman di petak
tanaman

Selepas Aktiviti
Mengemas dan memastikan peralatan tidak
tertinggal/bersepah dan kawasan berkebun bersih

Mengumpulkan peralatan yang digunakan semasa


berkebun
Membersihkn semua peralatan yang telah digunakan

Menyimpan semula peralatan berkebun di dalam stor


mengikut label dan tersusun
11.0 Keselamatan Diri

Semasa berkebun, murid dikehendaki berpakaian seperti baju T-Shirt dan seluar panjang, kasut sukan
dan bersarung kaki, kasut but getah, sarung tangan dan topi bulat.

Keselamatan sebelum berkebun

1. Memakai pakaian yang sesuai untuk berkebun. Mendengar arahan dan ciri-ciri keselamatan
daripada guru.
2. Dapatkan kebenaran guru sebelum memasuki kawasan kebun.
3. Mengambil peralata berkebun mengikut arahan guru dan jadual tugasan
4. Membawa peralatan berkebun dengan cermat dan selamat.
5. Tidak berlari, bergurau dan membawa peralatan dengan cara yang betul.
6. Mengumpulkan peralatan berkebun mengikut tempat yang diarahkan oleh guru.
7. Meletakkan peralatan berkebun seperti cangkul, sudip tangan dengan cara yang betul dan
selamat.

Keselamatan semasa berkebun

1. Menjalankan aktiviti berkebun bersama guru


2. Mengikuti arahan guru sebelum menjalankan sebarang kerja di kebun
3. Tidak boleh lari, bermain, bising atau bergurau semasa berkebun
4. Elakkan menggunakan peralatan yang rosak
5. Mengambil peralatan dari bilik stor
6. Memakai sarung tangan
7. Elakkan daripada memegang atau menyentuh bahagian tajam pada peralatan berkebun
8. Sentiasa bekerjasama dan tolong menolong dengan rakan sekerja
9. Selalu bertanya guru jika ada sebarang masalah
10. Beritahu guru sekiranya berlaku kemalangan atau kecederaan
11. Memakai sarung tangan dan topeng muka apabila menyembur racun perosak serangga
12. Guru mestilah sentiasa mengawasi murid semasa aktiviti peyemburan racun perosak
dijalankan.

Keselamatan selepas berkebun

1. Berhenti menjalankan sebarang kerja kebun apabila guru memberi arahan


2. Semua sampah dimasukkan ke dalam tong sampah
3. Memastikan kebun dalam keadaan bersih, kemas dan teratur
4. Memastikan tiada sebarang peralatan yang tertinggal dikebun
5. Membersihkan peralatan yang telah digunakan semasa berkebun dengan bersih dan berhati-
hati
6. Membersihkan tangan menggunakan air dan sabun sehingga bersih

Keselamatan semasa menyimpan peralatan

1. Berhenti menjalankan sebarang kerja kebun apabila guru memberi arahan


2. Semua sampah dimasukkan ke dalam tong sampah
3. Memastikan kebun dala keadaan bersih, kemas dan teratur
4. Memastikan tiada sebarang peralatan yang tertinggal dikebun
5. Membersihkan peralatan yang telah digunakan semasa berkebun dengan bersih dan berhati-
hati
6. Membersihkan tangan menggunakan air dan sabun sehingga bersih.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

____________________________ ______________________________

(NURLIYANA BINTI MD SAAD)


Setiausaha
Program Integrasi Pendidikan Khas
SK. Damansara Jaya (1)
Petaling Jaya, Selangor.

Disemak oleh,

_____________________________

Anda mungkin juga menyukai