Anda di halaman 1dari 41

ISL 9

CARA PENTAKSIRAN BACAAN


SENARAI SEMAK
Senarai semak ialah senarai item
yang disediakan untuk mengenal
pasti perkembangan dari segi
pengetahuan, kemahiran, sikap
dan kebolehan.
Senarai item yang disediakan adalah
untuk menentukan sama ada tingkah
laku yang berlaku, tingkah laku dapat
diperhatikan atau kekerapan tingkah
laku itu berlaku dengan menandakan
( /) atau cara lain mengikut arahan
dalam senarai semak
Item-item senarai semak

Sesuatu tingkah laku dapat diperhatikan.


Sesuatu perlakuan telah dilakukan.
Kekerapan sesuatu tingkah laku
Kebaikan

Guru telah menetapkan perlakuan


yang ingin diperhatikan. Proses ini
memudahkan kerja-kerja guru.
Prosedur
 
Disedia lebih awal sebelum
pmerhatian dibuat.
Tingkah laku yang diperhatikan
dinyatakan dengan ringkas dan jelas.
Digunakan menilai tingkah laku
mudah dalam konteks semula jadi.
Hanya kemahiran penting dinyatakan
dalam senarai semak.
Item disusun mengikut peningkatan supaya
dapat memperlihatkan perkembangan
tingkah laku yang akan diperlihatkan.
Pemerhatian hendaklah dilakukan
beberapa kali untuk mendapatkan
maklumat yang tepat.
ANALISIS RALAT
Kesilapan yang dibuat oleh murid boleh dijadikan
sebagai petunjuk tentang kemahiran yang masih
belum dikuasainya.
Murid akan kerap melakukan kesilapan bagi
sesuatu kemahiran yang masih belum dikuasainya.
Oleh sebab itu, guru harus mengkaji ralat yang
terdapat dalam kerja latihan murid untuk
mengenal pasti kemahiran yang harus diajar.
JENIS RALAT

Ralat boleh dibagikan


kepada dua jenis ia itu ralat
sistematik dan ralat rawak.
Ralat Rawak dan Ralat Sistematik

Apabila pengukuran yang sama


diulangkan beberapa kali, hasil berbeza
disebabkan ralat yang rawak. Perbezaan
boleh berlaku semasa mengukur dalam
keadaan yang tidak selalunya malar
seperti suhu persekitaran.
Teknik mengambil data dan perubahan
pada keadaan alat mungkin menjadi
punca ralat.
Ralat rawak boleh ditangani dengan
membaiki teknik bacaan, mengulang ukuran
dan mengguna nilai purata. Ralat sistematik
lebih susah dianggarkan kerana penyelidik
mungkin tidak sedar kehadirannya.
Puncanya mungkin disebabkan cara seorang
pengkaji membaca ukuran atau alat yang
diguna mempunyai ralat yang malar. Cara
mengatasinya hanyalah dengan
mempelbagaikan alat yang diguna dan orang
yang mengukur.
Ralat Pengukuran

Semua pelajar sudah tentu pernah


mengukur isipadu air dengan menggunakan
silinder pengukur. Perkara yang diambilkira
ialah memastikan silinder mendatar,
membaca pada miniskus dan menggunakan
saiz silinder yang sesuai. Rajah 8.1
menunjukkan contoh pengukuran isipadu
cecair.  
Dari pengukuran ini ralat dianggar sebanyak 0.05
ml. kerana pengukur mungkin membaca isipadu
sebagai 20.30 atau 20.40 atau nilai lain yang jatuh
antara 20.25 ml. dan 20.5 ml, bergantung kepada
pengukur. Jika silinder mempunyai skel yang lebih
rapat maka ralat pengukuran boleh dikurangkan.
Saiz ralat sangat mustahak diketahui untuk
menganggar sisihan piawai yang digunakan
bersama beberapa cara statistiks. Sebagai contoh,
sisihan piawai diperlukan untuk ujian keertian.
Cara analisis ralat dilaksanakan 

Mengasingkan maklumat
kepada komponen-komponennya
untuk memahami struktur
organisasinya dan perhubungan
antara komponen
Mencerakin, Menjelaskan melalui contoh,
Memilih, Mengasingkan, Membuat andaian,
Menghuraikan, Mengawal pembolehubah,
Membuat urutan, Menyusun mengikut
keutamaan, Menggunakan perhubungan
ruang dan masa, Membuat kesimpulan,
Menyelesaikan masalah
PENGUJIAN BERDASARKAN :
KEMAHIRAN MENGENAL
PERKATAAN
KEFASIHAN MEMBACA
KEFAHAMAN
KEMAHIRAN MENGENAL PERKATAAN
KAEDAH VAKT
Kaedah VAKT ialah kaedah yang
menggunakan deria visual
V - visual (penglihatan)
A – audio (pendengaran)
K - kinesthetic ( pergerakan )
T - tactile ( sentuhan)
Langkah-langkah pengajaran adalah seperti berikut:
menggunakan surihan (tracing)’ untuk mengajar
bacaan
guru menulis huruf cetak yang besar di atas kertas 4” x
10” ( menggunakan krayon )
Murid membuat surihan huruf dengan jari di atas
kertas itu
Untuk mendapatkan kesan sentuhan semasa
membuat surihan, huruf dibuat daripada kertas pasir,
menggunakan talam berpasir/lumpur, mewarna
dengan jari, huruf timbul yang besar dan lain-lain.
Untuk belajar huruf melalui kaedah VAKT,
murid hendaklah ;
lihat huruf (V)
dengar guru sebut huruf (A)
menyebut huruf (A)
dengar huruf yang disebut (A)
rasa pergerakan otot semasa membuat surihan
huruf (K)
rasa permukaan huruf dengan hujung jari (T)
lihat pergerakan tangan semasa membuat surihan
(V)
dengar sendiri huruf yang disebut semasa
membuat surihan (A)
KAEDAH FONIK
Membunyikan bunyi-bunyi vokal
dan konsonan lalu dicantum untuk
membentuk suku kata
Kaedah ini menekankan kepada
hubungan bunyi-bunyi dengan
huruf-hurufnya.
Kaedah bunyi sesuai digunakan kerana
susuk Bahasa Melayu yang terdiri daripada
suku kata yang tetap bunyinya.
Menurut kaedah fonik, hanya bunyi huruf
yang diperkenalkan terlebih dahulu dan
diikuti dengan membunyikan suku kata dan
seterusnya membunyikan perkataan.
Dalam kaedah fonik, huruf “a” tidak dieja tetapi
terus dibunyikan sebagai [ a ], dan begitulah bagi
huruf-huruf dan suku kata yang lain.
Sebagai contoh, ba + ta terus disebut sebagai
[ ba ] + [ ta ] dan seterusnya disebut sebagai [ bata
].
[ b ] + [ a ] = [ ba ]
[ t ] + [ a ] = [ ta ]
[ ba ] + [ta ] = [ bata ]
KAEDAH SELURUH KATA/TERUS

Menyebut keseluruhan perkataan tanpa mengeja


menurut suku kata
sangat popular dalam mengajar bacaan dalam
bahasa Inggeris,
pengajaran membaca adalah berdasarkan
perkataan-perkataan yang biasa (sight words)
diguna seharian yang membentuk kebanyakan
pertuturan kita seperti saya, makan, lari, main,
emak, bapa dan sebagainya.
perkenalkan beberapa perkataan dahulu
dan diulang-ulang menyebutnya.
Kebiasaannya perkataan tersebut disertakan
gambar dan adalah diandaikan yang murid
belajar secara pandang (visual). Kaedah ini
tidak menggunakan aktiviti mengeja sama
sekali.
Sekiranya murid tidak dapat menyebut perkataan
tertentu, guru digalak menggunakan fonik atau
bunyi huruf, iaitu menghubungkan satu huruf
dengan satu bunyi untuk membantu pelajar
menyebut perkataan tersebut. Misalnya bagi
perkataan ”rumah”, guru boleh membantu murid
dengan menyebut bunyi huruf ”r” iaitu [ r ] dan
kalau perlu membunyikan suku kata [ ru ].
KAEDAH ABJAD/HURUF

Memperkenalkan nama abjad dan diikuti dengan ejaan


menurut suku kata
mementingkan kanak-kanak mengenal nama-nama
huruf dari a – z.
Selepas itu kanak-kanak diajar mengenali huruf-huruf
vokal ( a, e, i, o, u ), huruf-huruf konsonan, dan diftong
( ai, au,oi ). Bunyi-bunyi huruf juga diperkenalkan pada
peringkat ini.
huruf-huruf ini digabungkan bagi membentuk suku
kata dan seterusnya perkataan.
Langkah-langkah yang boleh digunakan seperti:
Memperkenalkan huruf - a-z
Memperkenalkan huruf vokal a, e, i, o, u
Menggabungkan huruf konsonan dan vokal - ba, be,
bi, bo, bu
Membentuk perkataan daripada suku kata -
ba + tu = batu
Seterusnya membentuk rangkai kata dan ayat mudah
Kekuatan kaedah ini

sesuai dengan binaan perkataan Bahasa Melayu


yang terdiri daripada suku kata yang tetap
bunyinya.
membolehkan kanak-kanak mengeja
perkataan-perkataan baru yang belum
dipelajarinya.
memberi asas yang kukuh dalam kemahiran
membaca.
KEFASIHAN MEMBACA
Pengujian
Merupakan satu kaedah dalam pengukuran dan
dijalankan dengan cara yang sistematik.
Ia juga satu cara bagi mengukur tingkah laku seseorang
individu.
Ia dilaksanakan dalam tiga peringkat iaitu, sebelum,
semasa dan selepas sesuatu pengajaran.
Ujian boleh diberikan sebelum sesuatu pengajaran
berlaku dengan tujuanuntuk mengumpul maklumat.
Ujian itu dikenali sebagai ujian pra atau pretest.
Semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku
ujian diberikan sama ada secara lisan atau bertulis.
Ujian ini bagi mengetahui kemajuan yang dicapai
oleh pelajar-pelajar dan pemahaman mereka
terhadap P&P guru. Ujian ialah satu alat.

Dalam P & P bahasa, ujian ialah bahan yang


bertulis atau tercetak atau terakam yang telah
dibentuk oleh guru untuk menguji sesuatu
kemahiran bahasa.
Misalnya, guru membina ujian kloz bagi menguji
kefahaman membaca atau ujian imlak bagi menguji
kefahaman mendengar. Namun, perlu diingat bahawa
ujian mungkin menjadi kurang baik jika pentadbir
ujian menggunakannya dan menginterpretasinya
secara tidak jujur.

Oleh itu, ujian perlulah digunakan sesuai dengan


perkara yang hendak diuji itu. Contohnya, jika guru
menguji tahap kefahaman murid Tahun 4 dengan
menggunakan bahan bacaan yang layak untuk
Tingkatan 1, sudah semestinya keputusan pelajar ini
tidak menggalakkan
Pengujian Berdasarkan Kefasihan Membaca dan
Kefahaman

Ujian kefasihan
Bertujuan untuk menentukan setakat mana seseorang
itu mengetahui dan menguasai sesuatu bahasa secara
keseluruhan. Ujian ini tidak berdasarkan sesuatu
kandungan atau isi pelajaran tetapi menilai kebolehan
umum seseorang terhadap bahasa yang dipelajari.
Ujian ini penting untuk mengukur kebolehan
berbahasa seseorang
Ujian Kefasihan

Ujian ini menilai kebolehan umum seseorang


terhadap bahasa yang dipelajarinya. Biasanya ujian ini
digunakan untuk menempatkan seseorang dalam
kumpulan pembelajaran yang sesuai dengan
pengetahuan dan kebolehan mereka.
Kefahaman

Mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada


bentuk yang lain, menyatakan idea-idea utama dalam
ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada
konsep dan menterjemah draf. Istilah atau kata tugas
yang digunakan ialah memilih, menerangkan dan
menulis semula.
Kemahiran Membaca merujuk kepada keupayaan
murid membaca dengan sebutan baku, intonasi, jeda,
dan kelancaran yang betul dengan menggunakan
pelbagai teknik bacaan. Aspek pemahaman pelbagai
bahan yang dibaca dan memberikan respons yang
wajar perlu diberikan penekanan
Kemahiran Membaca

Darjah 2
Membaca teks seperti karangan dan puisi (pantun dan
lirik lagu) dengan jelas dan betul bagi tujuan
pemahaman dan memberikan respons yang sesuai.
Darjah 4

Membaca teks seperti cerpen, karangan dan puisi


(pantun dan syair) dengan jelas dan betul bagi tujuan
pemahaman dan memberikan respons yang sesuai.

Darjah 6

Membaca teks seperti karangan, cerpen, novel, dan


puisi (pantun, syair dan sajak) dengan jelas dan betul
bagi tujuan pemahaman dan memberikan respons
yang sesuai
Teknik Kloz

Teknik menggunakan ujian kloz, sebagai alat bagi


menguji kefahaman bacaan boleh digunakan untuk
pelajar-pelajar sekolah rendah . Sungguhpun teknik
kloz memerlukan prosedur tertentu dari segi
pembinaan ujian, pentadbiran dan pemarkahan, ini
semua tidak sukar dilakukan, dan sepatutnya boleh
diuruskan oleh guru-guru Bahasa Melayu.
Dalam ujian kloz pelajar diminta mengisi tempat
kosong yang telah sengaja dikosongkan oleh guru/
penguji dalam sesuatu keratan bacaan. Pada mulanya,
pelajar diminta melihat dan membaca keratan itu
secara keseluruhannya.

Kemudian, berasaskan kefahaman mereka ke atas teks


itu keseluruhannya, mereka akan mencuba mengisi
tempat yang dikosongkan dengan perkataan yang
paling sesuai menurut makna keseluruhan teks.
DISEDIAKAN OLEH :
ZAINAB BT ZAKARIA
NOR ADILA BT JANI
NURLIYANA BT MD SAAD
HASHINAH BT BAHARUM
SITI NUR AISYAH BT ABDLLAH
NUR HIDAYAH BT MOH ZAHARI
HALIMATON SAADIAH BT ABDUL RAZAK

Anda mungkin juga menyukai