Anda di halaman 1dari 6

PROJEK KEMAHIRAN HIDUP

PPKI

SEK. KEB (F) BANDAR BARU


SERTING
N.SEMBILAN

KERTAS KERJA

(PERKEBUNAN)

Panitia Program Pendidikan Khas Intergrasi


&
Persatuan Kemahiran Hidup

Sek. Keb. (F) Bandar Baru Serting


72120 Bandar Seri Jempol
Negeri Sembilan
1. PENDAHULUAN

Kurikulum PPKI menyediakan pendidikan berkualiti secara optimum


kepada murid-murid PPKI supaya mereka dapat berfungsi sebagai
individu yang berdikari, berjaya dalam hidup dan memberi sumbangan
kepada masyarakat.

2. NAMA PROJEK

Projek Kemahiran Hidup (Perkebunan)


TANAMAN SAYURAN DAN BUAHAN

3. ANJURAN

Panitia Program Pendidikan Khas Integrasi Sek. Keb (F) Bandar Baru
Serting.

4. SASARAN

Murid-murid Program Pendidikan Khas Integrasi, guru-guru dan


Pembantu Pengurusan Murid Sek. Keb (F) Bandar Baru Serting.

5. MATLAMAT

Menyediakan ilmu pengetahuan dan kemahiran hidup ke arah


kehidupan yang lebih terjamin.

6. OBJEKTIF

6.1. Memberikan bimbingan murid-murid di dalam bidang


perkebunan.
6.2. Membentuk tingkah-laku murid yang positif.
6.3. Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran supaya dapat
berdikari dalam kehidupan seharian.
6.4. Memupuk sikap yakin pada diri sendiri di dalam apa jua situasi.
6.5. Merapatkan silaturrahim di antara warga PPKI.
LAPORAN AKTIVITI:

1. Projek ini telah mendapat kerjasama dari semua pihak dan telah
dapat dijalankan dengan baik.
2. Murid-murid telah mempelajari aspek penanaman, penjagaan dan
jualan sayur-sayuran (terung, pucuk ubi, kacang panjang, kacang
botor, serai, cili, kailan, petola, daun kesum, pokok mahkota dewa,
bendi, pokok limau purut, limau nipis, limau kasturi, pokok durian
belanda, pokok belimbing sayur, pokok jambu, rambutan dan
pokok kari).
3. Dengan bimbingan dan tunjuk ajar daripada guru, murid-murid
dapat membentuk tingkah laku yang positif selain daripada
mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran supaya dapat
berdikari dalam kehidupan seharian.
4. Projek ini telah mendapat sambutan yang baik dari kalangan
murid-murid dan guru-guru aliran perdana.
5. Dengan sumber kewangan yang ada ia tidak mencukupi untuk
membeli bahan dan alatan perkebunan.
6. Program ini dapat memberi ilmu pengetahuan yang baru kepada
murid PPKI yang bermasalah pembelajaran.
7. Ucapan terima kasih kepada pihak pentadbir kerana memberi
kepercayaan kepada pihak PPKI di dalam menjayakan aktiviti ini.
8. Menambahkan lagi dana tabung PPKI SKFBBS dengan
penjualan hasil dari pertanian ini.

10. AHLI JAWATANKUASA

Penasihat : Guru Besar


Tn. Abu Bakar Bin Ab Rahman

Pengerusi : GPK PPKI


Pn. Asiah Binti Md Dom

Bendahari : Cik Noor Mazi Binti Mohamad Deris

AJK : Semua guru PPKI dan PPM


Disediakan oleh : Disahkan oleh:

_______________________ _______________________
(MOHAMAD FAIRUS B. MOHD SHAH) (PN. ASIAH BT MOHD DOM)
GURU PPKI GPK PPKI
SK (F) BANDAR BARU SERTING SK (F) BANDAR BARU SERTING

Diluluskan oleh:

_____________________________
(TN. ABU BAKAR BIN AB RAHMAN)
GURU BESAR,
SK (F) BANDAR BARU SERTING
72120 BANDAR SERI JEMPOL
NEGERI SEMBILAN

Anda mungkin juga menyukai