Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA LAWATAN 2023

SEKOLAH KEBANGSAAN RANTAU PANJANG


34140 RANTAU PANJANG
PERAK DARUL RIDZUAN

KERTAS KERJA
LAWATAN SAMBIL BELAJAR
TAHUN 2023

TARIKH : 4 JULAI 2023

HARI : SELASA

TEMPAT :

INSTITUT PERTANIAN TITI GANTONG


BAHAGIAN PEMBANGUNAN INDUSTRI
TANAMANKOMPLEKS PERTANIAN TITI
GANTONG 32600 BOTA PERAK

ANJURAN :
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTERGRASI (PPKI) BERSAMA
PANITIA REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (RBT)
SK RANTAU PANJANG

UNIT KURIKULUM SK RANTAU PANJANG


KERTAS KERJA LAWATAN 2023

1.0 PENGENALAN

Program Lawatan Sambil Belajar ke Institusi Pertanian Bahagian Pembangunan Industri


Tanaman anjuran Program Pendidikan Khas Intergrasi (PPKI) bersama Panitia Reka
Bentuk Teknologi (RBT) ini diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada para
pelajar menimba ilmu pengetahuan mengenai tanaman secara fertigasi, Green House
dan cara membuat baja organik.

Lawatan ini juga merupakan salah satu kaedah dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di luar bilik darjah. Para pelajar memperolehi pengetahuan melalui
pembelajaran masteri yang mana ia merupakan satu kaedah yang berkesan dalam
menyalurkan maklumat kepada para pelajar.

2.0 MATLAMAT PROGRAM

Menganjurkan Program Lawatan Sambil Belajar yang tersusun dan terancang ke arah
meningkatkan keyakinan diri pelajar dan mengembangkan semangat sosialisasi pelajar
terhadap persekitaran luar.

Melalui lawatan ini para pelajar akan diberi pendedahan serta menimba
pengalaman dan pengetahuan secara langsung ke arah meningkatkan tahap
pencapaian mereka khasnya dalam bidang pendidikan dan kehidupan amnya.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Meningkatkan jati diri para pelajar dan mengaplikasikan proses PdPc di dalam
bilik darjah ke proses PdPc di luar bilik darjah untuk pendidikan pertanian.
3.2 Memberi peluang kepada para pelajar merasai kegembiraan belajar secara tidak
formal melalui proses PdPc yang variasi seperti aktiviti luar bilik darjah dan juga
melalui pemerhatian dan kajian lapangan di tapak pertanian.
3.3 Mendidik para pelajar menghayati dan menghargai keindahan alam sekitar
dengan pertanian.
3.4 Menggalakkan penglibatan yang optimum dari kalangan murid, warga sekolah
dan ibu bapa dalam projek pertanian sekolah.

UNIT KURIKULUM SK RANTAU PANJANG


KERTAS KERJA LAWATAN 2023

4.0 STRATEGI PELAKSANAAN

4.1 Tarikh / Hari : 4 Julai 2023 / Selasa


4.2 Tempat : Institusi Pertanian Bahagian Pembangunan Iindustri Tanaman
Kompleks Pertanian Titi Gantung, Bota Perak.

5.0 SASARAN

PERKARA JUMLAH
MURID 30
GURU 6

6.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

PENASIHAT : En. Syahrul Azwan Bin Amir Hamzah


PENGERUSI : Pn. Suzana Binti Sulaiman
NAIB PENGERUSI 1 : Pn. Rosmah Binti Hamzah
NAIB PENGERUSI 2 : Pn. Armiza Binti Din
SETIAUSAHA : Pn. Nor Shakiah Binti Hussain
BENDAHARI : Pn. Noorliyana Binti Ismail
Makanan & Minuman : Pn. Noraini Binti Hamdan
Pengangkutan : Pn. Norazimah Binti Abd Rahman
Perhubungan / Seranta : Pn. Nor Shakiah Binti Hussain
Kawalan dan Keselamatan : Pn. Noraini Binti Hamdan
Fotografi : Pn. Norroslinda Binti Mohd Isa
Dokumentasi : Pn. Nor Shakiah Binti Hussain
Disiplin : Pn. Noorliyana Binti Ismail

UNIT KURIKULUM SK RANTAU PANJANG


KERTAS KERJA LAWATAN 2023

7.0 KEWANGAN

PERBELANJAAN

Bayaran Kenderaan
RM50 X 5 RM 250.00

Makan dan Minum


RM 10 x 35 RM 350.00

Jumlah RM 600.00

8.0 TENTATIF LAWATAN

TARIKH / MASA AKTIVITI


HARI
6.30 pagi Berkumpul di SK Rantau Panjang
7.00 pagi Bertolak ke Titi Gantong, Bota, Perak
4 JULAI 2023 9.00 pagi Lawatan ke Bahagian Pembangunan Industri
/ Tanaman
SELASA 12.30 tengahari Makan Tengah Hari / Solat
2.00 petang Bertolak Pulang
4.00 petang Jangkaan tiba di sekolah

UNIT KURIKULUM SK RANTAU PANJANG


KERTAS KERJA LAWATAN 2023

9.0 PENUTUP

Sebagai kesimpulannya, Program Lawatan Sambil Belajar ini sangat penting bagi
membolehkan pelajar-pelajar melihat dan mengalami sendiri sesuatu kemahiran dari
pengalaman yang sangat berharga ini. Selain daripada itu, ia juga akan mendidik para
pelajar mempelajari kemahiran untuk tanaman fertigasi, tanaman berkonsep “Green
House” dan tanaman kontan. Dengan ini, pelajar-pelajar juga mendapat pendedahan
untuk membuat baja organik dan menjadikan tekonolgi pertanian satu cabang kerjaya.
Semoga apa yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Disediakan oleh :

................................................
NOR SHAKIAH BINTI HUSSAIN
Setiausaha Program Lawatan Sambil Belajar 2023
SK Rantau Panjang

Disemak oleh :

.............................................
SUZANA BT SULAIMAN
Pengerusi Program Lawatan Sambil Belajar 2023
SK Rantau Panjang

Disahkan oleh :

..............................................................
SYAHRUL AZWAN BIN AMIR HAMZAH
Guru Besar
SK Rantau Panjang

UNIT KURIKULUM SK RANTAU PANJANG

Anda mungkin juga menyukai