Anda di halaman 1dari 11

RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU

RPI SESI : 1/2019


NAMA MURID : MOHAMAD FIDZUAN BIN FAIZAL
NO. SB / MY KID : 120606-04-0128
UMUR : 7 TAHUN
KELAS : DEDIKASI 1
TARIKH MULA : 12 MAC 2019
TARIKH TAMAT : 22 MEI 2019
ISU MURID : LEMAH DALAM PENGIRAAN OPERASI TAMBAH
PENGETAHUAN SEDIA ADA : 1. Murid mengenal nombor 1-10.
2. Murid boleh membilang nombor.
3. Murid boleh menyatakan kuantiti melalui perbandingan.
KONSTRUK : Konstruk 7 Keupayaan mengendalikan operasi asas.
KEMAHIRAN : Operasi tambah dalam lingkungan 10.
KEKUATAN : 1. Murid dapat menguasai pelajaran dengan lebih cepat melalui aktiviti belajar sambal
bermain.
2. Murid boleh memahami arahan mudah.
KELEMAHAN : 1. Murid mudah berasa bosan.
2. Murid tidak menguasai kemahiran operasi tambah.
MATLAMAT JANGKA : Murid boleh menguasai kemahiran operasi tambah dalam lingkungan 100.
PANJANG
OBJEKTIF : Murid boleh;
1. Mengenal dan memahami konsep tambah dan simbol ‘+’.
2. Menulis ayat matematik bagi operasi tambah.
3. Menguasai kemahiran operasi tambah dalam lingkungan 10.

INTERVENSI CADANGAN BAHAN/ALAT CATATAN


1. Pengajaran Konsep Tambah dan Simbol ‘+’ i. Pensel pelbagai warna Fokus:
ii. Botol air pelbagai i. Arahan lisan kepada murid untuk
Objektif Jangka Pendek: iii. warna menjumlah bilangan bahan maujud
Murid boleh: iv. Gambar simbol ‘+’ yang ditunjukkan. Contoh arahan lisan
1. Memahami konsep tambah. v. Papan putih yang diberikan, “Murid-murid, mari
2. Mengenal simbol ‘+’. Pen Marker mengira jumlah bilangan pensel yang
3. Memahami simbol ‘+’ dalam ayat matematik. cikgu pegang.”
ii. Demonstrasi tentang cara membilang
Aktiviti 1: Memahami Konsep Tambah jumlah alat maujud yang ditunjukkan.
1. Guru menjelaskan konsep tambah kepada murid
secara lisan. Contohnya, “’Tambah’ adalah proses
penggabungan atau penyatuan dua kumpulan
objek” dan “Kamu ada 2 buah buku cerita, bapa
menghadiahi kamu 2 buah buku cerita lagi, jadi
jumlah buku cerita kamu menjadi banyak dan
sekarang kamu mempunyai 4 buah buku cerita.”
2. Guru menjelaskan konsep tambah dengan
menggunakan bahan maujud. Guru mengambil dua
batang pensel hijau dan tiga batang pensel merah,
kemudian menyuruh murid mengira bersama-sama
jumlah pensel yang ada.
3. Guru meminta murid cuba untuk menjawab soalan
operasi tambah dengan alat maujud yang
ditunjukkan.

Aktiviti 2: Mengenal Simbol ‘+’


1. Guru memperkenalkan simbol ‘+’ dengan
menunjukkan gambar ‘+’.
2. Guru mengaitkan konsep tambah dengan simbol ‘+’.
Aktiviti 3: Memahami Simbol ‘+’ dalam Ayat Matematik
1. Guru menjelaskan penggunaan dan makna simbol
‘+’ dalam ayat matematik.
2. Guru mengajar murid tentang cara menulis ayat
matematik dengan menggunakan simbol ‘+’
berdasarkan bilangan bahan maujud yang
ditunjukkan. Contohnya, “Sekarang cikgu pegang
dua batang pensel merah dan sebatang pensel biru,
jadi ayat matematiknya adalah ‘2+1’, mari mengira
jumlah bilangan pensel, ‘1,2,3’, jadi ‘2+1=3’.”

2. Pengajaran Operasi Tambah dalam lingkungan 10 i. Papan garis nombor Fokus:


menggunakan “Let’s Fly” ii. Kotak misteri i. Arahan lisan kepada murid untuk
iii. Kad ayat matematik membuat lembaran kerja. Contoh
Objektif Jangka Pendek: iv. Lembaran kerja arahan lisan yang diberikan, “Murid-
Murid boleh: murid, sila menyiapkan lembaran kerja
1. Menguasai kemahiran operasi tambah dalam ini.”
lingkungan 10. ii. Demonstrasi tentang cara penggunaan
2. Menulis ayat matematik operasi tambah. “Let’s Fly”.
3. Melengkapkan ayat matematik operasi tambah.

Aktiviti 1: Pengajaran Operasi Tambah menggunakan


“Let’s Fly”
1. Guru memperkenalkan bahan bantu belajar “Let’s
Fly”.
2. Guru mengajar murid tentang cara penggunaan
“Let’s Fly”, iaitu papan garis nombor dalam bentuk
menegak untuk mengira operasi tambah.
3. Apabila mendapat soalan operasi tambah, murid
perlu menggerakkan gambar roket menggunakan
tali yang ditetapkan pada papan garis nombor
mengikut nilai tertib menaik untuk mencari jawapan
soalan tambah. Contoh soalan 2+2, murid perlu
menggerakkan gambar roket 2 langkah dahulu,
kemudian menggerak 2 langkah lagi, akhirnya
gambar roket berhenti di nombor 4, jadi jawapan
2+2 ialah 4.
4. Murid dikehendaki mencabut kad ayat matematik
dari kotak misteri dan mencari jawapan operasi
tambah menggunakan “Let’s Fly”.

Aktiviti 2: Pengajaran Penulisan Ayat Matematik


Operasi Tambah melalui “Let’s Fly”
1. Guru mengajar murid pemulihan tentang cara
menulis ayat matematik bagi operasi tambah.
2. Guru mengajar murid menulis ayat matematik
dengan mengikut pergerakan gambar roket pada
papan garis nombor. Gambar roket digerakkan 5
langkah di atas garis nombor bermula dari angka
sifir, kemudian 2 langkah lagi, tempat berhenti di
nombor 7 itu merupakan hasil tambah, jadi ayat
matematik akan ditulis sebagai 5+2=7.
3. Murid dikehendaki menulis ayat matematik selepas
mereka memahami cara penulisannya. Guru akan
menggerakkan gambar roket pada papan garis
nombor, sementera murid menulis ayat matematik
yang ditunjukkan oleh pergerakan gambar roket.
4. Guru menyemak ayat matematik yang dituliskan
oleh murid.
5. Langkah 3 dan 4 diulangi untuk menguji tahap
penguasaan murid terhadap cara menulis ayat
matematik.

Aktiviti 3: Pengajaran Melengkapkan Ayat Matematik


Operasi Tambah dalam lingkungan 10
Menggunakan “Let’s Fly”
1. Guru mengajar murid pemulihan tentang
melengkapkan ayat matematik operasi tambah
dalam lingkungan 10.
2. Sebelum mengajar, guru akan menuliskan soalan di
atas papan putih dahulu, contohnya 3+ =8.
3. Guru akan membulatkan nombor 8 di papan garis
nombor kerana 8 ialah hasil tambah bagi soalan ini.
4. Guru melukis anak panah di tepi nombor 3,
kemudian meminta murid membilang berapa
langkah lagi untuk sampai ke nombor 8. Terdapat 5
langkah lagi untuk sampai ke nombor 8, jadi tempat
kosong dalam soalan operasi tambah di papan
putih akan ditulis 5.
5. Langkah 2 hingga 4 diulangi sehingga murid
memahami cara melengkapkan ayat matematik
operasi tambah dalam lingkungan 10.
6. Murid dikehendaki menjawab soalan melengkapkan
ayat matematik operasi tambah dalam lingkungan
10.

3. Pengajaran Operasi Tambah dalam lingkungan 10 i. Guli Fokus:


menggunakan alat “Sum Up” ii. Alat “Sum Up” i. Arahan lisan kepada murid untuk
iii. Kotak Misteri membuat lembaran kerja. Contoh
Objektif Jangka Pendek: iv. Kad ayat matematik arahan lisan yang diberikan, “Murid-
1. Murid boleh menguasai kemahiran operasi tambah murid, sila menuliskan ayat matematik
dalam lingkungan 10. berdasarkan bilangan guli di dalam
2. Murid boleh menulis ayat matematik operasi tambah. saluran alat ‘Sum Up’.”
3. Murid boleh melengkapkan ayat matematik operasi ii. Demonstrasi tentang cara penggunaan
tambah. alat “Sum Up”.
Aktiviti 1: Pengajaran Operasi Tambah dalam
lingkungan 10 menggunakan alat “Sum Up”
1. Guru memperkenalkan bahan bantu belajar alat
“Sum Up”.
2. Murid diminta mencabut satu kad ayat matematik
dari kotak misteri.
3. Murid perlu melekatkan kad ayat matematik pada
alat “Sum Up” dan menulis nombor soalan di
atasnya. Contoh soalan dicabut ialah 2+6, murid
perlu menulis 2 pada saluran pertama dan 6 pada
saluran kedua.
4. Murid perlu meletakkan guli ke dalam saluran
mengikut soalan ayat matematik yang dicabut.
Contoh soalan 3+1, murid perlu meletakkan tiga biji
guli pada saluran pertama dan 1 biji guli pada
saluran kedua.
5. Murid perlu mengira jumlah guli yang berada dalam
kotak “=” untuk mencari jawapan soalan operasi
tambah yang dicabut. Jumlah guli ialah 4, jadi
3+1=4.

Aktiviti 2: Pengajaran Penulisan Ayat Matematik


Operasi Tambah Menggunakan Alat “Sum
Up”
1. Guru mengajar murid menulis ayat matematik
dengan menggunakan alat “Sum Up”.
2. Guru meletakkan guli dalam kedua-dua saluran alat
“Sum Up”. Jumlah guli dalam saluran mewakili
nombor soalan. Contohnya terdapat 2 biji guli dalam
saluran pertama dan 3 biji guli dalam saluran
kedua, maka ayat matematik oeprasi tambah akan
ditulis sebagai 2+3.
3. Murid dikehendaki menulis ayat matematik selepas
mereka memahami cara penulisannya. Guru akan
meletakkan guli dalam kedua-dua saluran dan
murid perlu menulis ayat matematik mengikut
bilangan guli yang terdapat dalam saluran.
4. Guru menyemak ayat matematik yang dituliskan
oleh murid.
5. Langkah 3 diulangi untuk menguji tahap
penguasaan murid terhadap cara menulis ayat
matematik.

Aktiviti 3: Penulisan Ayat Matematik Operasi Tambah


dalam lingkungan 10 Menggunakan alat
“Sum Up”
1. Murid diminta untuk mencari kombinasi kepada 5
menggunakan alat “Sum Up”.
2. Murid mencari kombinasi kepada 5 dengan
menukar kombinasi bilangan guli di kedua-dua
saluran alat “Sum Up” untuk menghasilkan ayat
matematik operasi tambah.
3. Guru menyemak ayat matematik operasi tambah
yang dituliskan oleh murid.
4. Setelah murid dapat mencari kombinasi kepada 5,
guru akan menukarkan soalan kombinasi kepada
nombor lain.
4. Pengajaran Kemahiran Operasi Tambah Dalam i. Papan bentuk lazim Fokus:
Lingkungan 10 ii. Kolam Kad Matematik i. Arahan lisan kepada murid untuk
iii. Alat memancing membuat lembaran kerja. Contoh
Objektif Jangka Pendek: arahan lisan yang diberikan, “Murid-
Murid boleh: murid, sila memancing satu kad soalan
1. Menyelesaikan operasi tambah dalam bentuk lazim. dalam kolam matematik.”
2. Menambah secara spontan fakta asas tambah. ii. Demonstrasi tentang cara penggunaan
papan bentuk lazim.
Aktiviti 1: Pengajaran Cara Penukaran Soalan Operasi
Tambah dalam bentuk lazim
1. Guru memperkenalkan papan bentuk lazim.
2. Guru menjelaskan setiap item yang terdapat pada
papan bentuk lazim seperti simbol ‘+’ perlu
dituliskan di sebelah kiri, nombor pertama dituliskan
pada garis pertama dan nombor kedua dituliskan
pada garis kedua dalam bentuk lazim mengikut nilai
nombor.
3. Guru menuliskan ayat matematik operasi tambah
pada papan putih.
4. Guru mengajar murid untuk menukarkan ayat
matematik operasi tambah tersebut kepada bentuk
lazim dan cara penambahan dalam bentuk lazim.
5. Murid diminta untuk menukarkan ayat matematik
operasi tambah ke dalam bentuk lazim.
6. Langkah 2 hingga 4 diulangi untuk memastikan
murid menguasai cara menukarkan ayat matematik
operasi tambah dalam bentuk lazim.

Aktiviti 2: Penambahan Secara Spontan Fakta Asas


Tambah Dalam Lingkungan 10
1. Guru menyediakan kolam kad ayat matematik
operasi tambah.
2. Murid dikehendaki memancing kad ayat matematik
operasi tambah.
3. Murid perlu menjawab soalan yang terdapat pada
kad ayat matematik operasi tambah dengan
menambah secara spontan.
4. Murid yang menjawab dengan cepat, tepat dan
banyak akan diberikan ganjaran.

RUMUSAN RPI SESI ____ / 2019 TARIKH :

STATUS PENCAPAIAN RUMUSAN KESELURUHAN


DICAPAI DICAPAI DICAPAI OBJEKTIF OBJEKTIF
BIL. PERKARA TARIKH CAPAI SEPENUHNYA PADA PADA DITERUSKAN BAHARU
TAHAP TAHAP
SEDERHANA RENDAH
1 INTERVENSI 1
2 INTERVENSI 2
3 INTERVENSI 3
4 INTERVENSI 4
PENCATAT RPI, DISEMAK OLEH GPK PENDIDIKAN KHAS/PENYELARAS,

…………………………………..
Tarikh:_____________

DIPERSETUJUI OLEH IBU BAPA/ PENJAGA, PENGESAHAN GURU BESAR,

…………………………………..
Nama:______________________________
Tarikh:_____________

Anda mungkin juga menyukai