Anda di halaman 1dari 8

PROJEK FERTIGASI PPKI SMK SERI BEDENA 2017

SEPANJANG TAHUN 2017

1
KERTAS KERJA PROJEK FERTIGASI PPKI SMK SERI BEDENA 2017

1. TAJUK

Kertas Cadangan Projek Pertanian Menggunakan Kaedah Fertigasi Program


Pendidikan Khas Integrasi SMK Seri Bedena 2017.

2. MATLAMAT

Memberikan pendedahan dan kemahiran kepada pelajar pendidikan khas


mengenai penanaman sayuran dan pokok menggunakan kaedah Fetirgasi.

3. OBJEKTIF

i. Memberikan latihan pertanian jangka panjang agar pelajar boleh

mengusahakan pertanian menggunakan kaedah ini sebagai mata

pencarian mereka kelak.

ii. Memberi peluang kepada pelajar untuk merasai pengalaman bertani

secara moden.

iii. Memberi pendedahan dan kemahiran tentang asas usahawan

pertanian.

iv. Membekalkan produk jualan untuk Program Keusahawanan PPKI

SMK Seri Bedena.

v. Menambahkan lagi dana tabung PPKI SMK Seri Bedena dengan

penjualan hasil dari pertanian ini.

2
4. LATAR BELAKANG

Menyedari kepada keperluan sebenar golongan murid-murid khas ini, PPKI SMK
Seri Bedena telah mengambil langkah memperkenalkan Projek Mini
Penanaman Sayuran Menggunakan Kaedah Fertigasi mulai tahun 2017. Pada
peringkat awal, projek ini akan diselia oleh Encik Shahrol Nizam Bin Mispan serta
diberi tunjuk ajar oleh Syarikat RMS Perfect Trading dalam memberi panduan
mengenai penanaman menggunakan fertigasi. Projek ini akan dilaksanakan di
tapak pertanian PPKI di belakang bangunan baru. Pokok yang akan ditanam
adalah pokok cili padi kerana berdasarkan ketahanan pokok dan buah
tersebut melawan penyakit. Walaubagaimanapun, jenis tanaman mungkin
berubah mengikut kesesuaian dan permintaan pasaran. Hasil tanaman akan
diserahkan kepada bahagian keusahawanan yang dibimbing oleh En Mohd
Yusof Bin Abd Manap untuk dijual.

5. PENGENALAN KEPADA SISTEM FERTIGASI

Apa Itu Fertigasi?

Fertigasi, atau dalam bahasa Inggeris "Fertigation", adalah singkatan daripada


perkataan "fertilization" (pembajaan) dan "irrigation" (pengairan). Fertigasi
adalah satu teknik penanaman dimana tanaman akan diairi larutan baja
secara titis beberapa kali sehari mengikut keperluan. Melalui kaedah ini,
pemberian nutrien lengkap yang diperlukan oleh zon akar boleh dikawal
mengikut keperluan tanaman berdasarkan jenis dan peringkat pertumbuhan
sesuatu tanaman. Dengan itu, pembaziran sumber dapat dielakkan dan
pencemaran alam sekitar dapat dihindarkan.

Fertigasi tergolong dalam kumpulan hidroponik iaitu pengeluaran


tanaman tanpa menggunakan tanah. Secara umumnya, semua jenis tanaman
tanaman/sayuran boleh ditanam menggunakan kaedah fertigasi, tetapi
penanaman tanaman yang bernilai tinggi seperti tomato, cili, timun jepun,
terung, melon dan strawberi adalah digalakkan. Dengan menggunakan
kaedah fertigasi, pengusaha boleh mengelakkan tanaman mereka daripada
dijangkiti penyakit akar seperti Pythium, Fusarium, Rhizoctonia dan penyakit layu
bakteria yang kebanyakannya dibawa oleh tanah.

3
Selain daripada itu, tanaman tersebut dapat ditanam di mana sahaja
asalkan cukup cahaya untuk tujuan fotosintesis dan mempunyai tempat untuk
meletak polibeg. Kaedah titisan yang digunakan dalam sistem fertigasi mampu
membekalkan air dan larutan baja kepada tanaman dengan berkesan tanpa
pembaziran. Air dan larutan baja diberikan secara berkala setiap hari. Larutan
baja yang mengandungi segala nutrien untuk keperluan peringkat pokok
diberikan terus ke akar tanaman. Musim bagi tanaman adalah bergantung
mengikut jenis pokok yang ditanam. Kebanyakan tanaman mengambil masa 6
bulan untuk setiap musim sebelum pengeluaran hasil berkurangan dan perlu
ditanam dengan pokok baru.

Kelebihan Kaedah Fertigasi

Pemberian nutrien lengkap yang boleh dikawal mengikut kehendak


tanaman berdasarkan jenis dan peringkat pertumbuhan sesuatu
tanaman.
Media tumbesaran dan persekitaran menjamin kebersihan dan
menghindarkan masalah penyakit.
Mengatasi masalah tanah seperti tidak subur, perumah penyakit dan
perosak.
Meningkatkan hasil per unit kawasan dengan kepadatan tinggi.
Tiada masalah merumpai sekali gus mengurangkan kos buruh.
Boleh dikendalikan oleh seorang pekerja sahaja
Kualiti hasil yang lebih baik.
Penggunaan baja yang cekap mencapai 85% berbanding kaedah tabur
hanya 30%.
Mengurangkan penggunaan racun keatas tanaman terutamanya jika
jejaring kalis serangga diguna pakai.
Hasil lebih tinggi , boleh mencapai sehingga 700% atau tujuh kali ganda.
Pengurusan tanaman yang lebih sistematik.
Boleh menanam beberapa jenis tanaman sekaligus dengan
menggunakan teknik berselang.
Pokok tetap terjaga walaupun sekolah sedang bercuti panjang

4
6. KUMPULAN SASARAN

Murid-murid pendidikan khas SMK Seri Bedena yang mengambil aliran


Kemahiran Hidup Bersepadu (Pertanian). Mereka akan keluar bertani mengikut
jadual yang telah ditetapkan

7. TEMPAT

Tempat yang dipilih adalah kawasan pertanian yang sedia ada bersebelahan
pakir motosikal pelajar. Tempat yang dipilih ini sesuai kerana mempunyai tanah
yang rata dan sesuai untuk fertigasi.

8. JAWATANKUASA PROJEK PERTANIAN FERTIGASI

Penasihat : Puan Wan Shamsiah Binti Wan Yusoff


(Pengetua SMK Seri Bedena)
Pengerusi : Puan Norhayati Binti Jupri
(GPK Pendidikan Khas)
Penyelaras Projek : Encik Shahrol Nizam Bin Mispan
Bendahari : Tuan Haji Basri Bin Arsat
Unit Keusahawanan : Encik Mohd Yusof Bin Abd Manap
AJK : Encik Mat Huda Bin Sanusi
Puan Suhana Binti Mohamed Royani
Encik Muhammad Murizal Bin Josti
Puan Adlin Juliana Binti Jaaffar
Puan Siti Haslinda Binti Muhamad
Puan Nor Azma Binti Saidina Abu Bakar
Puan Azlina Binti Shafie (PPM)
Puan Rulizah binti Norhatim (PPM)
Puan Norasheana Binti Abdul Rahim (PPM)
Ahli : Semua Pelajar PPKI SMK Seri Bedena

5
9. KOS PELAKSANAAN PROJEK

Bil. Peralatan Fertigasi Dan Menanam Pokok Cili 461 172 Kos (RM)
polybag
1. 172 pcs polybag
2. 172 pcs drip
3. 172 pcs microtube
4. 10 unit rubber grummit
5. 10 unit valve
6. 70 guni sabut
7. 1 gulung polypipe 32mm
8. 1 gulung polypipe 14mm 2236.00

9 1 gulung silversine
10 1 gulung jaring
11 5 kilo dawai
12 10 batang besi nako
13 5 batang besi 2x3
14 172 pokok anak cili

Bil. Peralatan Sistem Pengairan dan Kerja-kerja Pemasangan Kos (RM)


1. 1 digital time 70.00
2. 1 EC meter 140.00
3. 1 set baja AB 120.00
4. 1 unit pam 0.5 hp 150.00
5. Peralatan penyambungan system paip 120.00
6. Filter 80.00
7. Upah 80.00
Jumlah 760.00

6
10. JADUAL PELAKSANAAN

Bil. Jangka Masa Perkara

1. Januari - Febuari - Pengenalan kaedah sistem fertigasi kepada


pelajar
- Penyediaan tapak fertigasi untuk musim
pertama
- Menyemai benih
- Penjagaan anak benih
2. Febuari Mac - Menanam anak pokok
- Meracun dan merawat pokok
- Memancang tiang sokongan
- Pendebungaan
- Mencantas dahan
3. Mac Jun - Memetik hasil
- Menjual hasil yang diperolehi
- Meracun dan merawat pokok
- Pendebungaan
- Mencantas dahan
4. Jun Julai - Mencabut pokok
- Merawat media
- Menyemai benih
- Menyediakan semula tapak untuk musim
kedua
- Perbincangan kesimpulan hasil semusim

Pelajar-pelajar akan melaksanakan projek ini sebanyak dua musim setahun dan
mereka akan ke tapak tanaman mengikut jadual yang akan ditentukan kelak
secara bergilir-gilir.
7
11. PENUTUP

Projek mini penanaman pokok menggunakan kaedah fertigasi ini adalah projek
yang pertama kali dijalankan di SMK Seri Bedena dan ianya dirasakan mampu
untuk memberikan impak yang cukup besar di dalam memperkatakan
mengenai hala tuju program pendidikan khas itu sendiri.

Melalui koleksi pengalaman tenaga pengajar di PPKI SMK Seri Bedena,


projek ini diharapkan akan dapat membantu pelajar selepas tamat menempuh
alam persekolahan kelak serta dapat memberikan satu definisi yang jelas bukan
sahaja kepada para pelajar dan ibu bapa yang terlibat tetapi kepada
masyarakat juga secara keseluruhannya. Sokongan daripada pelbagai pihak
amat diharapkan di dalam memastikan usaha ini mencapai kejayaan. Terima
kasih.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

(ENCIK SHAHROL NIZAM BIN MISPAN) (PUAN NORHAYATI BINTI JUPRI)

Penyelaras Projek Fertigasi PPKI GPK Pendidikan Khas


Program Pendidikan Khas Integrasi, Program Pendidikan Khas Integrasi,
SMK Seri Bedena. SMK Seri Bedena.

Disahkan oleh :

..
KELULUSAN PERMOHONAN

Kertas kerja Projek Fertigasi bagi tahun 2016 ini diluluskan / tidak diluluskan dengan
peruntukan sebanyak Ringgit Malaysia Satu Ribu Sahaja (RM 2,996.00) daripada PCG

Pertanian.

Anda mungkin juga menyukai