Anda di halaman 1dari 7

SK TAMAN RINTING 2

PASIR GUDANG
SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN

KERTAS KERJA
PROJEK MINI TAMAN HERBA

PROJEK INTERNSHIP (BERKUMPULAN)


Anjuran Guru Pelatih
PISMP Ambilan Januari 2014
IPG Kampus Temenggong Ibrahim
dengan kerjasama
Pendidikan Khas SK Taman Rinting (2)
1.0 PENDAHULUAN

Internsip ialah satu program latihan di lapangan yang bertujuan untuk mengaitkan
pengetahuan, kemahiran dan pengalaman sedia ada dengan amalan sebenar tugas guru
permulaan. Pelajar dikehendaki merancang, melaksana dan menilai projek / aktiviti yang
berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah atau aktiviti
rutin yang menjadi amalan dan budaya sekolah. Kami mengambil inisiatif melaksanakan
PROJEK MINI TAMAN HERBA. Projek ini disusun untuk mengembangkan minat pelajar
dalam meningkatkan pengetahuan tentang kepentingan alam sekitar dan cara untuk
menghayati alam sekitar.

2.0 MATLAMAT

Memupuk semangat kelestarian alam sekitar dan nilai-nilai murni di kalangan pelajar
seperti bekerjasama, bertanggungjawab dan bertolak ansur dalam mewujudkan
suasana persekitaran sekolah yang bersih dan ceria. Justeru merapatkan lagi
hubungan antara guru, pelajar dan ibu bapa dan masyarakat setempat.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Mengindahkan persekitaran sekolah dengan tanaman yang beraneka jenis.
3.2 Kelestarian keadaan persekitaran yang bersih dan bebas Aedes dan penyakit
Denggi.
3.3 Mengaktifkan murid untuk mengetahui kepentingan menjaga alam sekitar
3.4 Menghayati alam sekitar yang sedia ada.
3.5 Menimbulkan perasaan mencintai alam sekitar di kalangan murid.

4.0 TARIKH, MASA DAN TEMPAT


Tarikh : 13 Ogos 2017 hingga 17 Ogos 2017 (Ahad hingga Khamis)
Masa : 8.00 pagi hingga 2.00 petang
Tempat : Taman Herba di Pendidikan Khas SK Taman Rinting 2

5.0 SASARAN/PENYERTAAN
Semua guru pelatih IPGKTI
6.0 LANGKAH-LANGKAH PROJEK MINI TAMAN HERBA
1. Mencari dan memilih tapak projek yang sesuai.
2. Membersihkan tapak projek.
3. Menggunakan rak pasu bunga yang sedia ada.
4. Membuat lakaran gambar mini taman herba.
5. Menyediakan bahan dan alatan perkebunan.
6. Memilih dan mencari atau membeli anak-anak pokok yang herba sesuai.
7. Menanam anak-anak pokok herba di dalam pasu.
8. Menghias dan menyusun anak-anak pokok herba di rak yang sedia ada.
9. Melabel setiap anak pokok herba.
10. Membuat hiasan di sekitar mini taman herba dengan tayar terpakai dan bahan-
bahan alam sekitar.
11. Menyediakan papan maklumat murid tentang kegunaan setiap jenis anak pokok
herba.

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Item Kuantiti Jumlah


(RM)

Cat (RM 10) 4 RM 40

Tayar terpakai (RM 5) 6 RM 30

Rumput tiruan (RM 3) 50 kaki RM 150

Pasu bunga kecil - -

Tanah - -

Baja - -

Bahan kitar semula (RM 0 ) - -


(Contoh : Botol plastik)

Lain-lain - -

JUMLAH KESELURUHAN RM 220.00


8.0 LAKARAN GAMBAR PROJEK MINI TAMAN HERBA
Sila rujuk di lampiran

9.0 SENARAI PERALATAN

BIL SENARAI PERALATAN KUANTITI

1. Serampang tangan 3

2. Penyiram 2

3. Cangkul 1

4. Pencantas 2
10.0 JAWATANKUASA INDUK

PENASIHAT
Pn. Rosyati Binti Jani
(Guru Besar SK Taman Rinting (2))

PENGERUSI
Pn. Nor Aza Binti Busra
(GPK Pendidikan SK Taman Rinting (2))

NAIB PENGERUSI
Pn. Norazah Binti Mat Sarif
(GPK Pentadbiran)

Pn. Roina Binti Abdullah


(GPK Hal Ehwal Murid)

En. Mohd. Fadzil Bin Selamat


(GPK Kokurikulum)

SETIAUSAHA
Cik. Shantini A/P Raman

BENDAHARI
Cik. Kalaivaani A/P Sunmugam

AJK PERALATAN
Cik. Kalaivaani A/P Rajandran

AJK DEKORASI & LANDSKAP


Cik. Kalaivaani A/P Sunmugam

AJK KEBERSIHAN & KEKEMASAN


Cik. Kalaivaani A/P Rajandran
11.0 JAWATANKUASA KERJA

NAMA TUGAS

1. Membuat kertas kerja projek mini taman herba.


1. SHANTINI A/P RAMAN
2. Melakar gambar projek mini taman herba.
3. Mengecat tayar-tayar terpakai.
4. Mengumpul bahan-bahan kitar semula.
5. Membersihkan rak-rak di tapak projek mini taman
herba.
6. Menghias di sekitar tapak projek mini taman herba.

2. KALAIVAANI A/P SUNMUGAM 1. Mencari anak-anak pokok herba.


2. Mencari tempurung untuk membuat perhiasan di
tapak projek mini herba.
3. Membuat buku maklumat herba.
4. Mencari anak-anak pokok herba.
5. Mengecat tempurung dan tayar untuk projek mini
taman herba.

3. KALAIVAANI A/P RAJANDRAN 1. Mencari anak-anak pokok herba.


2. Mencari bahan-bahan kitar semula.
3. Membeli barang-barang keperluan projek mini
taman herba.
4. Membuat label anak-anak pokok herba.
5. Membersihkan dan mengecat tempurung untuk
perhiasan.
6. Membersihkan tapak projek mini taman herba.
12.0 PENUTUP

Semoga projek ini mencapai matlamat serta objektif ke arah mewujudkan persekitaran
yang bersih, ceria dan harmonis. Semoga semua perancangan dan pelaksanaan keceriaan
kami di Taman Herba ini berjalan dengan lancar.

Disediakan oleh Disemak oleh,

________________________ ______________________
(CIK. SHANTINI A/P RAMAN) (PN. NOR AZA BINTI BUSRA)
Setiausaha GPK Pendidikan Khas
Tarikh : SK TAMAN RINTING 2
Tarikh :

Disahkan oleh,

__________________________
(PN. ROSYATI BINTI JANI)
Guru Besar
SK Taman Rinting 2
Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai