Anda di halaman 1dari 12

PKB3113

ISU DAN TRENDA PENDIDIKAN KHAS


TUGASAN 2

PENGENALAN
Setiap hari terdapat ramai murid yang menghadiri sekolah untuk menerima
pendidikan

yang

disediakan

oleh

sekolah.

Pengajaran

dan

pembelajaran

dilaksanakan oleh guru berdasarkan topik-topik yang terkandung dalam sukatan


rasmi yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Segala topik dalam

sukatan yang ditetapkan oleh setiap mata pelajaran perlu diajar dalam tahun
berkaitan. Guru akan menguji penguasaan pengetahuan dan kemahiran yang telah
disampaikan melalui ujian dan juga peperiksaan di akhir penggal tahun akademik.
Pada amnya, penjelasan di atas memberi sedikit gambaran tentang sistem
pendidikan yang bercorak aliran perdana, dan corak pelaksanaannya memang
bersesuaian dengan kebolehan majoriti murid dalam sistem persekolahan umum.
Namun, terdapat segolongan murid yang akan sudah pasti akan menghadapi
kegagalan dalam pengajaran dan pembelajaran sekiranya mengikuti sistem
pendidikan seperti yang dijelaskan.

Golongan murid ini merupakan murid

berkeperluan khas kerana mereka mengalami keadaan kecacatan yang menjadi


halangan kepada penguasaan pengetahuan dan kemahiran yang disampaikan oleh
guru melalui proses pengajaran dan pembelajaran seperti yang biasa diamalkan
dalam sistem pendidikan aliran perdana.

Bagi mencapai kejayaan dalam

pendidikan, pelbagai usaha dan bantuan perlu disediakan untuk membantu mereka.
Oleh yang demikian, corak pendidikan adalah berbeza dan mempunyai pelbagai
ciri-ciri yang tidak terdapat dalam sistem pendidikan aliran perdana.

Pendidikan

yang disediakan untuk golongan berkeperluan khas tersebut dikenali sebagai


Pendidikan Khas.
Program Pendidikan Khas adalah salah satu usaha dan solusi bagi
menyelesaikan masalah yang berlaku ke atas murid yang mengalami kesulitan dan
kesukaran dalam pembelajaran dan menguasai sesuatu kemahiran terutamanya
dalam kemahiran membaca, menulis dan juga mengira. Pendidikan khas adalah
sebagai satu cara untuk membantu murid-murid yang tidak bernasib baik ini untuk
mendapat pendidikan yang sama rata seperti murid-murid di aliran perdana yang

PKB3113

ISU DAN TRENDA PENDIDIKAN KHAS

lain. Pendidikan khas tidak sama dengan pengajaran yang lain dan berbeza cara
dalam penyampaian ilmu kepada murid-murid khas ini. Guru yang mengajar juga
mempunyai latihan yang tertentu dan terlatih supaya boleh mengikut rentak yang
bersesuaian dengan tahap bagi membantu membetulkan kekurangan yang ada
pada murid-murid ini.

Oleh hal yang demikian, timbul isu-isu berkaitan dengan Pendidikan Khas
yang melibatkan guru dan juga pihak-pihak yang berkaitan. Isu-isu ini kadangkala
mengganggu perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran guru dan juga murid
Pendidikan Khas itu sendiri. Antara isu yang sering dilihat dan berlaku dalam
Program Pendidikan Khas ini melibatkan Guru Pendidikan Khas yang tidak terlatih.

PKB3113

ISU DAN TRENDA PENDIDIKAN KHAS

ISU DAN TRENDA GURU TIDAK TERLATIH

Kekurangan guru dalam bidang Pendidikan Khas dilihat begitu ketara sekali.
Berikutan dengan kekurangan guru tersebut maka, Kementerian Pelajaran telah
membuka peluang kepada Guru Sandaran Tidak Terlatih dalam Kursus Perguruan
Lepasan Ijazah (KPLI). Pendidikan Khas mula menerima guru-guru KPLI ini yang
datang dari pelbagai opsyen. Sedikit sebanyak guru-guru lama merasa agak lega
kerana persepsi mungkin akan berubah apabila Pendidikan Khas mula diajar oleh
guru berijazah.

Kita tidak menafikan ada sebahagiannya sangat komited tetapi

bilangan itu sangat sedikit jika dibandingkan dengan pelbagai masalah lain yang
timbul selepas itu.
Guru yang tidak berminat terpaksa mengajar juga kerana tiada pekerjaan.
Mereka tidak boleh memberikan komitmen sepenuhnya dan gagal mengajar dengan
baik adalah antara yang menjadi masalah utama dalam Pendidikan Khas. Tempoh
masa yang
menjadi

diperuntukan

seorang

guru,

untuk melatih mereka ini sangat tidak relevan untuk


lebih-lebih

lagi

guru

Pendidikan

Khas.

Kekurangan

pengetahuan dan pengalaman mereka menyebabkan proses pengajaran dan


pembelajaran tidak berkesan dan ada sebahagiannya berasa tidak selesa bersama
dengan murid Pendidikan Khas. Inilah kesannya daripada temuduga yang dijalankan
secara tidak telus. Ramai pegawai atasan menggunakan kuasa mereka memilih
saudara-mara atau ahli keluarga menceburi bidang ini kerana opsyen yang mereka
miliki menyebabkan mereka sukar mendapat pekerjaan lain dalam erti kata lain
menggunakan kabel.
Campur tangan yang sedemikian juga melahirkan ramai guru Pendidikan
Khas yang hanya makan gaji dengan pendidikan tetapi mempunyai komitmen lain

PKB3113

ISU DAN TRENDA PENDIDIKAN KHAS

seperti perniagaan dan sebagainya. Seolah-olah mereka tidak mampu berbuat apa
dan setiap hari hanya menunggu masa untuk balik sahaja sama seperti murid
Pendidikan Khas. Jika dulu guru-guru lama membuat semua perkara dengan sendiri
termasuk bahan bantu mengajar dan pengurusan kelas. Kumpulan guru baru yang
ada sekarang sangat terhad pengalamannya kerana semua kerja-kerja yang
sepatutnya tugas guru diserahkan kepada pembantu pengurusan murid. Maka
lahirlah guru-guru yang tidak berkualiti dan tidak mampu mengurus dengan baik.
Seterusnya, dari segi isu Guru Pendidikan Khas dan antara yang paling popular
pada masa kini di mana ada di antara sekolah yang tidak mempunyai Guru
Pendidikan Khas yang terlatih khusus untuk mengajar murid-murid istimewa ini.
Walaupun sekolah itu mempunyai Program Pendidikan Khas, namun terdapat guru
yang ditempatkan di program ini tidak mempunyai kelayakan dan latihan serta
kepakaran dalam Pendidikan Khas. Isunya di sini, guru hanya masuk sekadar untuk
memenuhi masa tanpa diisi dengan pelajaran yang sepatutnya diperolehi oleh
murid-murid khas ini berdasarkan sukatan pelajaran. Sedikit membantu guru ini
memahami proses sebenar untuk mengajar murid-murid ini adalah dengan
menghadiri kursus yang berkaitan dengan Program Pendidikan Khas. Kursus-kursus
yang dijalankan akan membantu guru-guru yang tiada dalam kepakaran dengan
dunia dan realiti Pendidikan Khas yang sebenar.
Isu lain yang dilihat dalam Pendidikan Khas adalah sebilangan guru yang tidak
berminat dan tidak mempunyai komited untuk mengajar murid Pendidikan Khas ini.
Masalah ini berlaku mungkin disebabkan bidang ini dipilih sebagai jalan terakhir
mereka untuk mendapatkan pekerjaan dan sebagai meningkatkan taraf hidup yang
lebih baik. Namun, hal ini akan memberi kesan kepada murid-murid Pendidikan
Khas yang sepatutnya mendapat hak yang lebih baik dalam memperolehi ilmu
untuk memajukan diri mereka ke arah yang lebih baik kerana ada ibu atau bapa
yang sanggup menghantar anaknya ke sekolah dengan menaiki basikal walaupun
jarak antara rumah dengan sekolah jauh bagi mendapatkan sesuatu apabila pulang
ke rumah. Oleh itu, guru sepatutnya memberi ilmu yang terbaik kepada murid
tersebut. Sikap negatif sesetengah guru yang tidak berminat dan tidak komited
untuk

mengajar

murid-murid

Pendidikan

Khas

juga

menjadi

satu

isu

permasalahan yang dihadapi oleh individu yang terlibat dalam Pendidikan Khas.

dan

PKB3113

ISU DAN TRENDA PENDIDIKAN KHAS


Selain itu, isu hangat yang seringkali diutarakan mengenai profesionalisme

guru. Perkara ini berkaitan dengan sikap guru yang tidak bermoral, malas dan tidak
mempunyai kemahiran pedagogi yang baik semasa mengajar di dalam kelas.
Sebagai guru sepatutnya, perlu sedar bahawa pentingnya menjaga profesionalisme
guru. Ini kerana profesion keguruan bukanlah satu profesion yang tidak tinggi malah
telah pun diiktirafkan sebagai professional.
Seterusnya, isu yang berkaitan guru ialah kekurangan guru khas yang terlatih.
Akibatnya pihak kerajaan termasuk menerima masuk permohonan guru aliran
perdana ke dalam aliran pendidikan khas. Apabila ini berlaku maka sudah pastilah
akan wujud pertentangan kaedah pengajaran guru tadi terhadap kanak-kanak khas.
Kesannya guru atau murid tadi akan mengalami tekanan dan tidak mampu
menghayati dengan perasaan gembira semasa melakukan proses pembelajaran dan
pengajaran di dalam kelas.

CARA DAN STRATEGI MENANGANI ISU DAN TRENDA GURU TIDAK


TERLATIH

Bagi menyelesaikan masalah dan isu yang timbul berkenaan dengan guru
Pendidikan Khas, saya mencadangkan sekolah yang membuka Program Pendidikan
Khas perlu menempatkan guru yang terlatih dan berkemahiran sahaja bagi
mengajar murid-murid bekeperluan khas. Ini kerana guru yang terlatih dan biasa
dengan keadaan murid-murid khas lebih memahami dan mempunyai ilmu
pengetahuan yang cukup bagi mencurahkan bakti dan tenaga dalam Pendidikan
Khas. Oleh hal yang demikian, tumpuan dan perhatian yang secukupnya boleh
diberikan kepada anak-anak khas ini semasa di sekolah. Pengetahuan dan ilmu
yang cukup bakal memberi kesan yang positif untuk menangani masalah supaya
langkah seterusnya boleh diambil.
Sebagai seorang guru yang dipertanggungjawabkan untuk mendidik, sikap
sambil lewa dan kurang bermotivasi perlu diambil serius dengan mempunyai
kesedaran diri yang tinggi dalam diri selain boleh dibantu dengan mengikuti kursus-

PKB3113

ISU DAN TRENDA PENDIDIKAN KHAS

kursus motivasi dan bimbingan supaya mutu pengajaran boleh ditingkatkan.


Semasa dalam bilik darjah, guru perlu kreatif dan inovatif serta aktiviti bersesuaian
dengan masalah pada murid tetapi perlu diingatkan bahawa sikap sabar, cekap,
ikhlas dan bijak menangani masalah perlu ditanamkan dalam diri guru Pendidikan
Khas itu sendiri.
Dari segi masalah perhubungan guru di aliran perdana dengan guru Pendidikan
Khas adalah dengan sering menanamkan sikap toleransi dengan kelebihan dan juga
kelemahan masing-masing. Guru-guru dari dua aliran ini perlu mewujudkan
hubungan yang baik antara satu sama lain. Pihak pentadbir perlu memainkan
peranan dan bijak untuk mencari jalan untuk mengeratkan hubungan dengan
mengadakan

jamuan

makan

bersama-sama,

perjumpaan

semua

guru

dan

meluahkan perasaan agar dapat memahami tugasan masing-masing dengan


menjauhkan sikap prasangka di antara satu sama lain.
Alatan yang bersesuaian untuk murid-murid semasa menjalankan aktiviti juga
perlu dititkberatkan. Ini kerana, ada murid yang sangat sensitif dan bukan mudah
bagi mereka untuk melakukan aktiviti sama seperti murid yang normal. Belum tentu
murid khas ini dapat menyambut bola yang berat seperti yang digunakan oleh
murid normal dan guru harus peka dengan keperluan murid. Sekiranya alatan itu
ingin dipamerkan, tempatkan di luar kelas dengan kaedah stesyen. Bilik darjah juga
perlu dihias dan dalam suasana ceria agar murid lebih gembira untuk belajar. Guru
perlu mengorbankan sedikit masa bagi memenuhi keperluan murid-murid ini.
Pengurusan bilik darjah turut melambangkan sikap prihatin dan professional guru
itu sendiri. guru hendaklah peka di dalam penyediaan bahan yang bersesuaian
dengan murid-murid keperluan khas ini. Terdapat sesetengah guru menggunakan
muzik latar semasa membuat aktiviti. Hal ini menyebabkan kebisingan di dalam
kelas, tindakan agresif dan sebagainya. Sekiranya mempelbagaikan suasana
tempat belajar iaitu di luar bilik darjah. Oleh kerana mereka mudah tertarik kepada
persekitaran, mereka akan hilang tumpuan untuk belajar di luar bilik darjah dan
mereka lebih banyak bermain. Selain itu, guru juga boleh melaksanakan peneguhan
negatif kepada murid seperti mengenakan dendaan dan hukuman kepada mereka.
Hal ini mungkin dapat mendorong mereka supaya tidak lagi melakukan perkara
yang tidak disukai oleh guru.

PKB3113

ISU DAN TRENDA PENDIDIKAN KHAS


Bagi meningkatkan profesionalisma guru-guru Pendidikan Khas, pihak sekolah,

Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri perlu merangka programprogram atau kursus serta bengkel bagi menambah input-input yang sesuai dengan
program pendidikan. Ianya juga perlu dilihat dari aspek agama atas segala
tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada semua golongan guru. Guru perlu
memiliki pengetahuan profesional

yang serdahana bagi melaksanakan tugas

sebagai guru dengan jayanya. Pengetahuan profesional ini perlu bagi memandu
pemikiran guru dan bertingkah laku di dalam bilik darjah dan keputusan tentang
pembelajaran dan pengajaran, kurikulum dan fenomena bilik darjah. Guru yang
berwawasan mestilah proaktif, mempunyai inisiatif, bersifat responsif dan inovatif
dalam rangka menjalankan tugas sebagai pendidik. Juga dicadangkan sekiranya ada
guru yang menghadapi masalah dalam proses pengajaran, mereka perlu dibimbing
cara melaksanakan pengajaran yang sesuai dengan keupayaan murid Pendidikan
Khas. Terutama sekali bagi Guru Sandaran Tidak Terlatih. Mereka ini juga
memerlukan guru pembimbing bagi membantu mereka menyesuaikan diri dengan
proses pengajaran.
Selanjutntya, pihak pengurusan boleh mengadakan lawatan ke sekolah-sekolah
rintis sebagai penanda aras untuk memantapkan lagi profesion keguruan. Di
samping itu juga digalakkan menghadiri sebarang kursus, bengkel atau seminar
yang dianjurkan oleh badan-badan lain termasuk NGO sebagai pemantapan dalam
ilmu pengetahuan.
Sejajar dengan ini, guru seharusnya sentiasa mengemaskini perkembangan
pendidikan diri dengan bacaan dan inkuiri diri yang meluas terutama bidang
kepakaran

masing-masing.

Guru

juga

disarankan

mengamalkan

ciri-ciri

penyelidikan profesion yang sentiasa berkembang. Penyelidikan membawa kepada


inovasi dalam pendidikan diri seorang profesional. Guru perlu menganjak dan
merubah paradigma melalui amalan penyelidikan yang kukuh.

Guru bersikap

terbuka dan tidak mempunyai tanggapan yang menyulitkan tentang sebab-sebab


dan

hubungan

melaksanakan

tugas

ini.

Guru

juga

perlu

menguasai

atau

mempunyai pengetahuan dasar minimum yang mencukupi sebagai guru. Antara


pengetahuan minimum itu ialah pengetahuan isi kandungan, pegetahuan pedagogi
am, pengetahuan kurikulum, pengetahuan kandungan pedagogi, pengetahuan

PKB3113

ISU DAN TRENDA PENDIDIKAN KHAS

tentang pelajar dan ciri-ciri diri, pengetahuan falsafah, matlamat, tujuan, nilai dan
sejarah pendidikan.
Pemilihan dan pengambilan guru pelatih perlu diperketatkan lagi dengan
mengambilkira aspek personalti, minat, latar belakang dan kegiatan luar. Ini
memberi ruang kepada institusi perguruan membentuk insan guru yang berkualiti
dan boleh melaksanakan dasar-dasar negara. Kementerian pelajaran juga perlu
meningkatkan pemantauan dan penguatkuasaan bagi memastikan guru dapat
bertugas dengan dedikasi dan telus. Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas atau
Penyelaras memainkan peranan penting memantau dan memberi teguran serta
menasihati guru-guru supaya yang melakukan kesilapan. Mereka perlu diberi
kesedaran dan pengetahuan mengenai tugas dan tanggungjawab seorang guru
Pendidikan Khas. Pemantauan perlu dijalankan secara sitematik dan berterusan
supaya guru sentiasa berusaha dengan lebih cemerlang dan berkualiti.
Pemilihan kriteria guru yang tidak telus semasa temuduga juga boleh
menyebabkan masalah dalam mendidik bakal guru yang betul-betul layak menjadi
guru Pendidikan Khas kelak. Kesannya mungkin hanya dipandang sebelah mata
oleh sesetengah pihak namun hakikatnya boleh menyebabkan nasib yang malang
kepada murid-murid. Cuba bayangkan sikap guru yang tidak bertanggungjawab
dalam mendidik anak didiknya. Maka sudah tentulah akan menyebabkan muridmurid tadi terabai dan sekaligus mendorong masalah yang lain seperti masalah
keciciran dan sosial. Kementerian pelajaran juga perlu meningkatkan pemantauan
dan penguatkuasaan bagi memastikan guru dapat bertugas dengan dedikasi dan
telus. Pemantauan perlu dijalankan secara sitematik dan berterusan supaya guru
sentiasa berusaha dengan lebih cemerlang dan berkualiti.
Kerajaan telah pun mengambil beberapa langkah seperti mengadakan Kursus
Dalam Cuti untuk Guru Sandaran Tidak Terlatih. Seperti sedia maklum guru yang
tidak terlatih ini langsung tidak mempunyai kemahiran dan pengetahuan mengenai
ilmu perguruan maka sudah tentulah akan berlaku juga kepincangan dan
kelemahan dalam mendidik anak-anak murid. Misalnya, kurangnya pengetahuan
mengenai kanak-kanak berkeperluan khas boleh menyebabkan guru menggunakan
kaedah dan teknik yang salah. Bagi Guru Sandaran Tidak Terlatih tempoh masa
yang ditetapkan untuk mendapatkan ilmu pedagogi tidak mencukupi. Mereka perlu

PKB3113

ISU DAN TRENDA PENDIDIKAN KHAS

diberi tempoh masa yang lebih lama supaya mereka dapat mempelajari tenik-teknik
dan pendekatan dalam pengajaran.
Kesimpulannya pendidikan khas tidak sepertimana yang disangkakan.
Memerlukan kesabaran dan paling penting pengorbanan untuk mendidik muridmurid menjadi sebahagian daripada rakan-rakan yang berada di kelas perdana.
Pendidikan pemulihan juga bukan satu cabang profesion perguruan yang lengang
tanpa isu-isu yang membimbangkan, malah jika diambilkira, pendidikan pemulihan
ini memberi satu cabaran secara tidak langsung kepada guru pemulihan untuk
membentuk murid-murid supaya mereka boleh menjadi insan yang membanggakan
suatu hari nanti. Belakang pasang diasah lagikan tajam. Tegur biar jujur, ajar biar
sabar, didik jangan diherdik.

PKB3113

ISU DAN TRENDA PENDIDIKAN KHAS

KESIMPULAN
Isu dan trenda dalam Pendidikan Khas sering berlaku dalam sistem pendidikan
pada masa kini. Sekiranya isu seperi ini tidak dibendung dengan cepat dikhuatiri
masalah yang lebih besar akan timbul dalam sistem pendidikan ini. Sebagai
seorang guru kita perlulah bijak dalam menangani setiap isu yang datang bagi
memastikan proses pembelajaran berjalan seperti yang dirancang.
Namun begitu, kerjasama daripada semua pihak amatlah diperlukan.
Kesimpulannya, semua pihak perlulah sedar tentang tanggungjawab masing-masing
dan sentiasa berfikir untuk meningkatkan tahap pencapaian murid Pendidikan Khas.
Khas tidak seperti yang disangkakan oleh sesetengah pihak. Apabila berada dalam
program ini, kesabaran yang sangat tinggi diperlukan dan pengorbanan dari
pelbagai aspek untuk mendidik dan membimbing murid-murid istimewa ini menjadi
sebahagian daripada rakan-rakan yang berada di aliran perdana.
Pendidikan Khas bukanlah satu cabang profession perguruan yang bersih dari
isu-isu dan masalah yang pelbagai ragam dan kadangkala sangat membimbangkan.
Jika diambil kira, Pendidikan Khas ini memberi satu cabaran kepada guru Pendidikan
Khas untuk membentuk murid yang dari tiada apa-apa menjadi murid dan insan
yang boleh dibanggakan dan diharap. Apa yang paling penting, didiklah mereka
dengan sebaik mungkin dan galaslah tanggungjawab yang diberikan dengan baik
supaya murid-murid ini dapat merasa hak yang sama rata seperti murid yang
berada di aliran perdana.

PKB3113

ISU DAN TRENDA PENDIDIKAN KHAS

Rujukan

BUKU
Kamarudin Haji Husin ( 1986 ), Panduan Latihan Mengajar, Selangor :
Longman
Malaysia Sdn. Bhd.
K.A. Razhiyah ( 2006 ), Anak Istimewa Panduan Ibu Bapa Membesarkan Anak
Istimewa, Kuala Lumpur : Pts Profesional
Mohd Sharani Ahmad ( 2006 ), Mengurus Kanak-Kanak Yang Susah Belajar,
Kuala
Lumpur : Pts Professional
Mok Soon Sang ( 2009 ),Perkembangan Kanak-Kanak, Perak : Penerbitan
Multimedia
Sdn. Bhd.
Omardin Ashaari ( 2007 ), Pengurusan Sekolah Suatu Panduan Lengkap,
Kuala
Lumpur : Utusan Publication & Distribution Sdn. Bhd.

INTERNET
http://shermiemy.blogspot.com/2011/01/isu-dan-trenda-dalampendidikan.html

PKB3113

ISU DAN TRENDA PENDIDIKAN KHAS


https://sites.google.com/a/ippm.edu.my/jpk/bahan-ilmiah
http://belognurna.blogspot.com/2011/09/pengenalan-kepada-pemulihan-

dalam.html
http://yushazwani.blogspot.com/2011/09/isu-isu-yang-berkaitan-pendidikankhas.html

Anda mungkin juga menyukai