Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA PROGRAM KEMPEN KAMAR BCB

(KAMAR BERSIH, CERIA, BERMAKLUMAT)


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN GUAR NANGKA
2017

KERTAS KONSEP PROGRAM GOTONG-ROYONG KEMPEN KAMAR BCB 2017


(KAMAR BERSIH,CERIA, BERMAKLUMAT)
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN GUAR NANGKA.

1.0 PENGENALAN

Tandas sekolah menjadi tempat yang sangat penting kepada murid. Tandas menjadi tempat untuk
melepaskan hajat, untuk menukar pakaian, membersihkan diri dan pelbagai fungsi lain. Boleh dikatakan
bahawa tandas akan dikunjungi oleh murid sekurang-kurangnya sekali dalam sehari. Sebaliknya murid
yang tidak mengunjungi tandas akan menghadapi risiko masalah kesihatan, akibat menahan keperluan
melepaskan hajat. Oleh sebab tandas menjadi tempat utama kunjungan murid, keadaan fizikal dan unsur-
unsur kebersihan, keselamatan serta kesihatan sepatutnya menjadi perhatian. Sesuai dengan hasrat ini
kerajaan Malaysia telah menyahut seruan Pertubuhan Tandas Sedunia atau World Toilet Organisation
untuk merayakan “Hari Tandas Sedunia”. Sambutan ini merupakan sebahagian daripada program
Kempen Tandas Bersih yang telah dijalankan sejak tahun 2001 bagi mencapai sasaran sifar tandas kotor
di Malaysia menjelang tahun 2020. Sambutan ini bertujuan bagi mengingatkan rakyat mengenai amalan
penjagaan tandas yang baik dan bersih dan seterusnya meningkatkan imej kebersihan tandas awam dan
tandas sekolah di negara kita. Isu kebersihan tandas ini kelihatan sebagai perkara remeh tetapi amat perlu
diberi perhatian kerana implikasinya besar ke atas kesihatan dan kesejahteraan rakyat.

2.0 RASIONAL

Bertujuan mewujudkan budaya setempat di sekolah secara berterusan menjaga kebersihan tandas.
Suasana dan persekitaran yang bersih, ceria dan tenteram amat perlu bagi meningkatkan keselesaan
pelajar, secara tidak langsung dapat melahirkan insan yang seimbang dari segi emosi, rohani dan intelek.

3.0 MATLAMAT

Mewujudkan tandas bersih, ceria dan bermaklumat (BCB) melalui penerapan ilmu dan amalan kebersihan yang
berterusan melibatkan seluruh warga sekolah dan ibu bapa. Memberi kesedaran kepada pelajar tentang betapa
pentingnya menjaga kebersihan tandas bagi mewujudkan suasana yang bersih, ceria, cantik dan
mempunyai kemudahan yang mencukupi untuk pelajar,
KERTAS KERJA PROGRAM KEMPEN KAMAR BCB
(KAMAR BERSIH, CERIA, BERMAKLUMAT)
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN GUAR NANGKA
2017

4.0 OBJEKTIF

4.1 Membina perlakuan amalan kebersihan tandas sebagai budaya hidup yang berterusan
dalam kehidupan seharian.

4.2 Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah terhadap kebersihan, keindahan
dan keceriaan tandas serta menghargai kemudahan yang disediakan.

4.3 Memupuk semangat kepunyaan serta kekitaan dalam kalangan murid.

4.4 Melaksanakan aktiviti-aktiviti amalan kebersihan tandas bagi mencapai kebersihan


maksimum.

5.0 SASARAN PROJEK

5.1 Sasaran Sumber Manusia


5.1.1 Semua murid lelaki dan perempuan
5.1.2 Semua guru lelaki dan perempuan
5.1.3 Semua pekerja pembersihan

5.2 Sasaran Tandas

Program ini akan memfokuskan kepada 8 unit tandas sahaja, iaitu:

LOKASI NAMA PENGGUNA BIL BIL


UNIT TANDAS
BLOK Kamar BCB 1 (PELAJAR) Guru, Murid & pekerja (P) 1 10
Kamar BCB 2 (GURU) 1 2
BLOK Kamar BCB 3 (PELAJAR) Guru, Murid & pekerja (L) 1 10
Kamar BCB 4 (GURU) 1 2
BLOK Kamar BCB 5 (PELAJAR) Guru, Murid & pekerja (P) 1 10
Kamar BCB 6 (GURU) 1 2
BLOK Kamar BCB 7 (PELAJAR) Guru, Murid & pekerja (L) 1 10
Kamar BCB 8 (GURU) 1 2
JUMLAH 8 48

6.0 MASA

6.1 Tarikh : 21 April 2017 – 30 April 2017


6.2 Tempoh Masa : 1 Minggu
KERTAS KERJA PROGRAM KEMPEN KAMAR BCB
(KAMAR BERSIH, CERIA, BERMAKLUMAT)
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN GUAR NANGKA
2017

7.0 JAWATANKUASA

Ahli Jawatankuasa Induk

Pengerusi Tn. Haji Mohd Bokeri Bin Abu Othman


Pengetua

Timbalan Pengerusi En. Mohsin Bin. Ibrahim


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Naib Pengerusi 1 Pn. Zainiah Binti Muhammad


Penolong Kanan Pentadbiran

Naib Pengerusi 2 En. Ruslizan Bin. Ahmad


Penolong Kanan Kokurikulum

Setiausaha Pn. Nursakinah bt Pauzi


Guru 3K

Naib Setiausaha Pn. Norzalina bt Jamaludin


Kaunselor

Ahli Jawatankuasa Pelaksana

Penyelaras : Pn. Syarmila bt Ahmad

KAMAR BCB 1 DAN 2 Pn. Hamidah bt Hamid


Pn. Aida Farehan bt Dir
Pelajar Perempuan
Penyelaras : En. Ruslie b. Jair

KAMAR BCB 3 DAN 4 En. Abu Bakar b. Habin


En. Mohd Hafiez b. Omar
Pelajar Lelaki
Penyelaras: Pn. Hasliza bt Ibrahim

KAMAR BCB 5 DAN 6 Pn. Noormasayu bt Manshor


Pn. Norshahada bt Mohd Nor
Pelajar Perempuan
KERTAS KERJA PROGRAM KEMPEN KAMAR BCB
(KAMAR BERSIH, CERIA, BERMAKLUMAT)
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN GUAR NANGKA
2017
Penyelaras : En. Mohd Zaki b. Mohamad Radzi

KAMAR BCB 7 DAN 8 En. Narul Erwan Shah b. Hasan


En. Saiful Azman b. Mokhtar
Pelajar Lelaki

8.0 KEWANGAN

RM
KOS OLEH LPBT/PCG
cat dinding, berus, roller,
spray dinding 600
Baldi kecil X 6 100
bunting, banner, carta, poster
laminate A4 200
680
JUMLAH BESAR 880

9.0 PELAN PELAKSANAAN

9.1 Perancangan
9.1.1 Analisis Keperluan
9.1.2 Penyediaan kertas konsep
9.1.3 Pembentukan Jawatankuasa

9.2 Pelaksanaan
9.2.1 Mesyuarat Jawatankuasa
9.2.2 Jawatankuasa Melaksanakan Tugas
9.2.3 Majlis Pelancaran

9.3 Pemantauan
9.3.1 Pelaksanaan Projek Guru dan Murid
9.3.2 Aktiviti dan Jadual Pembersihan Pekerja

9.4 Penilaian dan Rancangan Penambahbaikan


9.4.1 Mesyuarat post mortem
9.4.2 Laporan akhir program

10.0 USAHA-USAHA SEKOLAH DALAM MEWUJUDKAN TANDAS BERSIH


10.1 Menjalankan kerja penyenggaraan fizikal dan pembersihan berterusan
10.2 Menyediakan perkakasan tambahan (Aksesori)
10.3 Melaksanakan Projek Keceriaan
KERTAS KERJA PROGRAM KEMPEN KAMAR BCB
(KAMAR BERSIH, CERIA, BERMAKLUMAT)
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN GUAR NANGKA
2017
10.4 Melaksanakan Kempen Tandas BCB
10.4.1 Pendidikan 3K dan amalan baik tandas:Ceramah dan Taklimat
10.4.2 Poster, banner, bunting, kata-kata perangsang, bahan didik.
10.4.3 Pertandingan menulis pendapat, rajah Ishikawa, ucapan spontan.
10.4.4 Program Anak Angkat.
10.4.5 Tabung Keceriaan
10.5 Pemantauan, Pemeriksaan dan Peneguhan Nilai

PENUTUP
Hasrat untuk menyediakan sekolah yang kondusif memerlukan usaha yang berterusan khususnya oleh guru-
guru dan murid sekolah. Diharapkan program ini mendapat sokongan dan kerjasama daripada semua pihak
yang terlibat agar usaha mendidik dan membudayakan amalan baik dapat akhirnya membentuk murid yang
berjaya.

Disediakan oleh, Disahkan oleh:

(NORZALINA BT JAMALUDIN) Pengetua


Naib Setiausaha SMK Guar Nangka
SMK Guar Nangka

Anda mungkin juga menyukai