Anda di halaman 1dari 26

BAB 1 PENGENALAN Pendahuluan Sekolah adalah wadah pendidikan yang sentiasa berusaha untuk memperkembang potensi individu dari

segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual serta dapat memberi sumbangan bermakna kepada pembangunan dan kesejahteraan masyarakat dan negara. Semua pelaksanaan pendidikan yang mencakupi bidang kurikulum, kokurikulum, khidmat tolong bantu, profesionalisme guru, pengurusan tenaga kerja, kebajikan disiplin pelajar serta yang berkaitan adalah berpusat kepada institusi pendidikan. Dalam senario ini pula, proses pendidikan dan pembelajaran di negara kita merupakan satu isu yang sentiasa bergerak dan berubah mengikut kehendak perubahan negara. Fenomena salah laku pelajar juga turut berubah dan kian rencam. Sejajar dengan itu perlu dilahirkan sebuah buku panduan untuk memantapkan pengurusan disiplin di sekolah-sekolah. Panduan serta maklumat yang tepat dan terkini adalah penting diselaraskan dalam menangani masalah disiplin pelajar ini. Jabatan Pendidikan Negeri Johor sedar akan masalah yang wujud dari fenomena salah laku pelajar di negeri ini dan satu langkah yang pragmatik harus diambil. Sebagai sebuah institusi pendidikan, Jabatan Pendidikan negeri Johor mempunyai peranan dan tanggungjawab dalam usaha membendung perbuatan melanggar disiplin sekolah di kalangan pelajar terutama di sekolah-sekolah bantuan kerajaan. Memandangkan peningkatan jumlah salah laku pelajar yang terlibat dalam perlanggaran disiplin seperti ponteng sekolah, ponteng kelas, melawan guru, gangsterism, merokok dan seumpamanya semakin berleluasa, adalah difikirkan satu tatacara tindakan patut diadakan sebagai panduan kepada pihak sekolah untuk bertindak terhadappelajar-pelajar manakala tindakan itu tidak mudah goyah oleh cabaran luar. Buku Panduan Pengurusan Disiplin Sekolah bertujuan untuk memberi panduan kepada pengetua, guru besar dan guru-guru dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang berhubungkait dengan disiplin pelajar di sekolah. Bab 2 buku ini akan memberi panduan tentang segala aspek pendokumentasian disiplin. Pihak sekolah diharap dapat memastikan segala aspek yang termuat dalam bab ini dimiliki sepenuhnya.

Bab 3 pula menyediakan prosedur tindakan yang wajar diambil berdasarkan kategori kesalahan ringan, sederhana, berat dan jenayah yang dilakukan. Hal ini merangkumi dokumen-dokumen yang perlu ada dalam setiap tindakan. Adalah dinasihatkan agar semua pengetua, guru besar dan guru-guru benar-benar

memahami,menguasai dan akur kepada setiap prosedur tindakan disiplin yang telah digariskan dalam buku ini untuk mengelakkan pihak sekolah dicabar oleh mana-mana pihak yang tidak puas hati. Bab 4 mengandungi pelbagai cadangan program bagi tujuan mempertingkatkan mutu disiplin di sekolah-sekolah.Program-program tersebut merupakan sebahagian daripada strategi pembangunan disiplin pelajar.Pihak sekolah boleh mengubahsuai program bagi memenuhi keperluan setempat. Pada keseluruhannya penghasilan Buku Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar berasaskan prinsip-prinsip garis panduan berkaitan pengurusan berkualiti serta berbudayakan kecemerlangan ini, akan mencapai matlamat Zero Defect serta dapat merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020. Rasional Sejak kebelakangan ini, sekolah dilihat sebagai sebuah rumah kaca. Pelajar dirotan hingga tercedera, pelajar dicubit hingga berdarah, berlari dengan memakai seluar dalam, dijemur di tengah padang dan sebagainya, segera mendapat liputan media massa. Segala tindak tanduk pihak sekolah dalam menangani disiplin pelajar-pelajar telah menjadi pengetahuan masyarakat umum. Di samping itu terdapat pula insiden-insiden yang berlaku secara senyap-senyap di dalam bilik darjah dan juga di persekitaran sekolah serta terlindung daripada penglihatan kita; pelajar-pelajar disingkir dengan cara dipandang sepi atau dilontar katakata kesat. Ketidakselarasan dalam mengambil tindakan terhadap salah laku pelajarpelajar ini telah meninggalkan impak terhadap sekolah dan institusi pendidikan. Sementelah pihak masyarakat semakin sedar dan lebih sensitif terhadap

ketidaksepadanan dan ketidakadilan pihak sekolah mengambil tindakan disiplin. Rasa tidak puas hati masyarakat umum ini sudah pasti akan menjejaskan kewibawaan kita

sebagai pendidik. Justeru itu, satu prosedur yang lebih mantap dalam mengurus disiplin pelajar-pelajar di sekolah adalah amat diperlukan. Matlamat Buku panduan ini bermatlamat untuk mewujudkan suasana yang harmoni antara sekolah dan masyarakat. Manakala pelajar-pelajar akan berasa diri mereka selamat, serta dihargai bagi merangsang pembelajaran. Objektif Buku panduan ini diharap dapat:1. dijadikan satu dokumentasi mengurus disiplin pelajar dengan lebih bersistematik dan mudah rujuk. 2. mewujudkan keselarasan dalam membuat keputusan di kalangan pengurus disiplin 3. meningkatkan kecekapan pengurusan disiplin di sekolah . 4. meminimumkan masalah salah laku pelajar-pelajar di sekolah di seluruh negeri Johor.

BAB 2 PENDOKUMENTASIAN Pengenalan Pendokumentasian ini sebagai garis panduan melaksanakan tindakan disiplin dengan cara yang betul dan berkesan, berasaskan dokumen-dokumen yang sahih. Pengetua/Guru dan guru-guru perlu mengetahui jenis-jenis dokumen yang perlu ada sebagai panduan dan rujukannya supaya tatacara yang diambil tidak menimbulkan masalah perundangan. Sekolah perlu mempunyai sistem penyimpanan dan kawalan dokumen yang teratur dan kemas serta memastikan segala maklumat disebarkan untuk panduan dan pengetahuan semua warga sekolah termasuk ibu bapa dan penjaga. Dokumen-Dokumen Yang Perlu Ada Rujukan 1. Ordinan Pelajaran 1.1 SCHOOL (SOCIETIES) REGULATIONS 1956 1.2 SCHOOL (TOURS) REGULATIONS 1957 1.3 SCHOOL (MAGAZINES) REGULATIONS 1.4 EDUCATION (SCHOOL DICIPLINE) REGULATIONS 1959 1.5 SCHOOL (GENERAL) REGULATIONS 1951 1.6 SCHOOL (COURSES OF STUDIES) REGULATIONS 1956 1.7 ASSISTED SCHOOL (MANAGEMENT) RULES 1962 1.8 PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN(PERSATUAN IBU BAPA GURU) 1998 2. Buku-Buku Panduan 2.1 Kementerian Pelajaran Malaysia Pannduan Am Disiplin SekolahSekolah Percetakan Adabi, Kuala Lumpur 1981. 2.2 Kementerian Pelajaran Malaysia, Panduan Bagi Ibu Bapa Mengenai Disiplin Murid-Murid Sekolah,Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur 1982.

2.3 Kementerian Pelajaran Malaysia, Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Guru Besar dan Guru-Guru,Percetakan Dewan bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur 1983. 2.4 Unit Bimbingan dan Kaunseling Bahagian Sekolah-Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia,Mencegah Salah Guna Dadah Melalui Kaunseling,Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur 1984 2.5 Bahagian Sekolah-Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia, Tatacara Tindakan Ke Atas Kes-Kes Penyalahgunaan Dadah Melalui Kaunseling,Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur, 1986 2.6 Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur 1984. 2.7 Bahagian Sekolah-Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia, Tatacara Tindakan Ke Atas Kes-Kes Penyalahgunaan Dadah Melalui Kaunseling,,Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur 1986. 2.8 Pasukan Petugas Anti Dadah, Jabatan Perdana Menteri, Penyalahgunaan Inhalan Panduan Untuk Para Guru, Percetakan Wira sdn Bhd, Selangor, 1986. 2.9 Kementerian Pendidikan Malaysia, Pendidikan Pencegahan Dadah Dalam KBSM, Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur 1994. 2.10 Unit disiplin, Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan. Panduan Bagi Mengatasi Masalah Ponteng Di Sekolah, Percetakan Watan Sdn. Bhd, K.L. 1994 2.11 Kenali dan perangi dadah (ADK) 2.12 Cuma 5 minit. 2.13 Perlembagaan Malaysia. 3. Surat-Surat Pekeliling Ikhtisas 3.1 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 6/1968.Pembuangan Murid-Murid Daripada Sekolah-Sekolah Kerana Kelakuan Curang, 10.9.1968. 3.2 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 8/1968. Tatatertib Di Sekolah-Sekolah, 18.9.1968 3.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 6/1968 dan 8/1968.Tambahan Kepada Surat Pekeliling Professional Kementerian Pelajaran (Gantung Persekolahan), 12.10.1968.

3.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 1/1972. Peraturan-Peraturan (Tatatertib Sekolah) Pelajaran, 1959, 4.2.1972. 3.5 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 7/1975. Salahguna Dadah Garis Panduan Untuk Guru dan Guru Besar, 19.8.1975. 3.6 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 9/1975. Disiplin Di Sekolah: PeraturanPeraturan Sekolah Untuk Murid-Murid, 4.11.1975. 3.7 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 2/1976. Potongan Rambut Murid-Murid, 7.1.1976. 3.8 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 11/1976.Mengharamkan Semua Jenis Permainan Judi Di Sekolah-Sekolah, 9.10.1976. 3.9 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 7/1977. Pengelolaan Walkaton Di SekolahSekolah, 27.9.1977. 3.10 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 9/1977. Menganjur Dan Menjual Loteri Di Sekolah, 3.10.1977. 3.11 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 4/1978. Acara Suaikenal Di Sekolah-Sekolah, 2.5.1978. 3.12 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 2/1979. Laporan Murid-Murid Dalam Keadaan Risiko Penyalahgunaan Dadah Yang Memerlukan Pertolongan, 26.3.1979. 3.13 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 4/1982. Permainan Pin-table, Video Game,Game Watch, 1.10.1982. 3.14 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 3/1983. Pakaian Seragam Murid-Murid Sekolah, 9.3.1983. 3.15 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 6/1983. Larangan Permainan Bahan-Bahan Letupan, 23.4.1983. 3.16 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 7/1983. Garis Panduan Mengenai Pungutan Derma Melibatkan Murid-Murid Sekolah, 11.4.1983. 3.17 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 8/1983.Mengenakan Hukuman Biasa Terhadap Murid-Murid Yang Melakukan Perbuatan-Perbuatan Salahlaku Yang Tidak Dinyatakan Dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran, 7.11.1983. 3.18 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 4/1984.Perhimpunan Sekolah 14.6.1984.

3.19 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 4/1984. Tambahan Kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 4/1984 Perhimpunan Sekolah, 10.9.1984. 3.20 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 8/1985. Pakaian Seragam Murid-Murid Sekolah (Pindaan), 12.11.1985. 3.21 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 3/1988. Program Skim Lencana Anti Dadah Pasukan Berpakaian Seragam Sekolah Menegah (SLAD), 3.2.1988. 3.22 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 5/1988. Penyakit Demam Kepialu (Tifoid), Taun (Kolera), Penyakit Kuning (Hepatitis B), dan Keracunan Makanan, 21.1.1988. 3.23 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 7/1988. Penyertaan Pelajar Dalam Pertandingan Atau Kejohanan Sukan Anjuran Persatuan Atau Badan Induk Sukan, 10.3.1988. 3.24 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 8/1988.Keselamatan Diri Pelajar Di Sekolah, 1.3.1988. 3.25 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 12/1989. Garis Panduan Dari Segi Pencegahan Kebakaran Bagi Bangunan Dormitori Dan Asrama. 9.12.1989. 3.26 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 2/1991.Tatakelakuan Pelajar Ketika Di Masjid, 5.2.1991. 3.27 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 4/1991. Pelaporan Kejadian Tidak Diingini Di Sekolah, 16.5.1991. 3.28 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 3/1992. Pemakaian Tudung / Mini Telukung Bagi Pelajar-Pelajar Perempuan, 14.2.1992. 3.29 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 7/1992.Pengharaman Pensil Berbentuk Alat Suntikan (Syringe) Di Sekolah-Sekolah, 27.7.1992. 3.30 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 3/1993. Lapor Kepada Polis Salah Laku Yang Berbentuk Jenayah, 15.3.1993. 3.31 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 6/1993. Pakaian Seragam Sekolah, 3.6.1993. 3.32 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 6/1994. Menanam Semangat Patriotisme Di Kalangan Pelajar Dan Senaman Ringkas Dalam Bilik Darjah, 12.9.1994.

3.33 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 1/1995.Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pengajaran Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Serta Kegiatan Kokurikulum Dan Sukan Di Dalam Dan Di LuarSekolah, 6.4.1995. 3.34 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 3/1995.Pelaksanaan Skim Takaful Kemalangan Diri Berkelompok Bagi Semua Pelajar Sekolah Kerajaan Dan Bantuan Kerajaan, 21.7.1995. 3.35 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 5/1995. Keracunan Makanan Di SekolahSekolah, 2.8.1995 3.36 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 6/1995. Menangani Masalah Ponteng Di Sekolah, 5.9.1995. 3.37 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 7/1995. Tatacara Mengenakan Tindakan Dan Hukuman Terhadap Pelajar-Pelajar Sekolah, 11.10.1995. 3.38 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 8/1995. Penyertaan Pelajar Dalam Pertandingan Kejohanan Sukan Anjuran Persatuan Atau Badan Induk Sukan, 11.10.1995. 3.39 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 2/1996.Penampilan Diri Pelajar, Kekemasan Dan Kerapian Berpakaian, 24.6.1996. 3.40 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 4/1996.Pelaksanaan Kuasa Disiplin Dan Hukuman Di Sekolah, 3.9.1996. 3.41 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 4/1997. Hukuman Ke Atas Murid Menghisap Rokok, 22.5.1997. 3.42 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 5/1997. Sekolah Sebagai Kawasan Larangan Merokok, 22.5.1997. 3.43 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 7/1999. Penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah Di Sekolah Menengah, 10.6.1999. 3.44 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 8/1999.Keselamatan Diri Murid Dalam Perjalanan Pergi Dan Balik Sekolah, 10.6.1999. * Lain-Lain Pekekliling Yang Berkuatkuasa.

Dokumen 1. Surat-Surat Pengurusan Tentang Ponteng. 2. Buku laporan guru bertugas. 3. Rekod Salahlaku Pelajar. 4. Peraturan Sekolah. 5. Rekod kehadiran kokurikulum. 6. Rekod kehadiran murid (register) 7. Kad ujian bulanan. 8. Rekod murid keluar masuk. 9. Buku guru ganti. 10. Kad 001 / 002 11. Surat akurjanji. 12. Perisian Sistem Salahlaku Disiplin Murid (disket). 13. Surat akuan rawatan hospital. Fail 1. Akur Janji (02/04/001) 2. Berhenti Sekolah (02/04/002) 3. Buang Sekolah (02/04/003) 4. Gantung Sekolah (02/04/004) 5. Ponteng Sekolah (02/04/005) 6. Rotan (02/04/006) 7. Surat Tunjuk Sebab (02/04/007) 8. Surat Turun Kuasa (Disiplin) Cara Mendapatkan Dokumen 1. Cara mendapatkan dokumen : 1.1 Kementerian Pendidikan Malaysia (Unit Disiplin Bahagian Sekolah) 1.2 Jabatan Pendidikan Negeri Johor. (Unit HEM)

1.3 Institut Pentadbiran Negara (INTAN Bukit Kiara, Kuala Lumpur - Bahagian Perpustakaan) 1.4 Dewan Bahasa dan Pustaka (Bahagian Pemasaran) 1.5 Laman Web Kementerian Pendidikan Malaysia (Dalam pembinaan) 1.6 Sekolah-sekolah yang berdekatan. 1.7 Mana-mana terbitan Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kesatuan Guru berkaitan) 1.8 Kedai-kedai buku. Sistem Simpanan dan Kawalan 1. Tempat Penyimpanan (Sekolah Menengah) : 1.1 Bilik Pengetua. 1.2 Bilik Penolong Kanan. 1.3 Bilik Penolong Kanan HEM. 1.4 Bilik Penyelia Petang. 1.5 Bilik Kaunselor. 1.6 Bilik Guru. 2. Tempat Penyimpanan (Sekolah Rendah) : 2.1 Bilik Guru Besar. 2.2 Bilik Penolong Kanan. 2.3 Bilik Penolong Kanan HEM. 2.4 Bilik Penyelia Petang. 2.5 Bilik Guru Kanan Kokurikulum. 2.6 Bilik Guru. Semua dokumen direkodkan untuk memudahkan rujukan oleh semua guru. Bilik Pengetua/Guru Besar dijadikan bilik sumber utama. Dicadangkan supaya Bilik Penolong Kanan HEM dijadikan sebagai bilik sumber disiplin untuk menyimpan semua dokumen berkaitan dengan disiplin. 3. Kawalan : 3.1 Semua dokumen dikatelogkan dan dicop (Hak Milik Sekolah). 3.2 Buku Rekod Peminjam di setiap bilik yang berkenaan.

3.3 Semua dokumen/buku disenaraikan dalam rekod serahan tugas semasa pertukaran/perpindahan/persaraan guru yang bertanggungjawab. 3.4 Pemeriksaan stok perlu dijalankan setiap 3 bulan. 3.5 Buku / dokumen diselenggarakan dengan kemas

PENYEBARAN MAKLUMAT DISIPLIN

CARA PENYEBARAN MAKLUMAT DISIPLIN BIL Cara Penyebaran Maklumat Disiplin Guru 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. Mesyuarat Awal Tahun Minggu Orientasi Perhimpunan Sekolah Buku Peraturan Sekolah Papan Kenyataan Kelas Taklimat Ibu Bapa Semasa Pendaftaran Pelajar Buletin PIBG dan Mesyuarat PIBG Laman Web Sekolah Media Massa Ceramah / Seminar Keibubapaan / Motivasi Pelajar 11. 12. Perkembangan Staf Siaraya Sekolah / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / Sasaran Pelajar IbuBapa

Lain-Lain cara yang sesuai.

BAB 3 PROSEDUR TINDAKAN Pengenalan Tindakan yang diambil ke atas pelajar yang melanggar peraturan tanpa mengikut prosedur yang betul akan menimbulkan masalah serta boleh dicabar. Oleh itu, garis panduan ini dapat membantu Pengetua / Guru Besar dalam melaksanakan prosedur tindakan secara betul dan sistematik agar tindakan tersebut akan memuaskan semua pihak. Kesalahan yang dikategorikan dalam bab ini merupakan panduan sahaja.

Walaubagaimanapun Pengetua / Guru Besar boleh menggunakan budi bicara mereka semasa menentukan kesalahan untuk tujuan menjatuhkan hukuman. Kategori Kesalahan Kesalahan Berat 1. Melakukan mana-mana kesalahan sederhana kali ketiga. 2. Menyimpan, membawa, mengedar, menghisap atau terbabit dalam kegiatan dadah. 3. Membawa, menyimpan, menghisap atau mengedar bahan tembakau. 4. Membawa, meminum, menyimpan atau mengedar minuman keras atau sebarang benda yang memabukkan/menghayalkan. 5. Menyebabkan / melakukan pergaduhan atau kekerasan. 6. Melawan, mengancam, memukul atau mengugut / mencederakan guru / pengawas / murid. 7. Biadab terhadap guru / pengawas / murid. 8. Memeras ugut guru / pengawas / murid. 9. Membawa / menggunakan senjata atau alat berbahaya. 10. Melakukan buli (pelancoan), penderaan atau paksaan terhadap murid lain. 11. Mencuri, merompak, memecah masuk dan menceroboh kawasan larangan. 12. Melakukan perjudian atau membabitkan diri dalam pertaruhan. 13. Mencetak, menerbit, memmamer, mengedar atau menyimpan rencana, majalah atau pita rakaman dan multimedia yang terlarang. 14. Membabitkan diri dalam kumpulan haram.

15. Mencabul kehormatan guru / murid. 16. Melakukan zina, liwat, hubungan luar tabii. 17. Melacur / menjadi bohsia / bohjan / pondan. 18. Bersekedudukan atau membabitkan diri dalam kegiatan tidak bermoral. 19. Mengintai murid lelaki / perempuan. 20. Menulis atau mengeluarkan kenyataan akhbar yang mencemarkan. 21. Merosakkan harta benda sekolah / guru. 22. Membawa atau menggunakan bahan letupan. 23. Menulis / melukis perkataan atau gambar lucah atau melakukan perbuatan lucah. 24. Membabitkan diri dalam tunjuk perasaan, perhimpunan haram atau merusuh. 25. Menyalahgunakan alat permainan, eletronik atau bahan-bahan multimedia. 26. Membawa atau menggunakan alat yang menyebabkan kecederaan atau mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran / peperiksaan atau ujian. 27. Menganjur atau membabitkan diri dalam acara kebudayaan yang bertentangan dengan nilai-nilai masyarakat Malaysia. 28. Menganjur atau membabitkan diri dalam acara kebudayaan tanpa kebenaran pihak sekolah, PPD,JPNJ dan Kementerian Pendidikan Malaysia. 29. Melakukan ponteng sekolah berterusan (berturut-turut) selama 30 hari atau berkala (tidak berturut-turut) selama 60 hari / selama 1 tahun sesi persekolahan. 30. Mengganggu / menjejaskan kuasa Guru Besar / Pengetua atau guru yang menjalankan tugas. 31. Membawa masuk tetamu dari luar ke kawasan sekolah tanpa kebenaran. 32. Mengedar, memiliki, membawa, melukis dan memamerkan bahan lucah. 33. Mengeluarkan kata-kata lucah dan kesat. 34. Melakukan hubungan yang dicurigai. 35. Kesalahan-kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini oleh Jawatankuasa Disiplin Sekolah (contoh mengandung- masih dalam pertimbangan JPN) Kesalahan Sederhana 1. Melakukan mana-mana kesalahan ringan melebihi 3 kali.

2. Menyalahgunakan / menggunakan peralatan / sumber bekalan eletrik sekolah tanpa kebenaran. 3. Keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran. 4. Tidak amanah, menipu, berbohong dan meniru ketika ujian / peperiksaan. 5. Ponteng sebarang acara rasmi sekolah. 6. Tidak menghormati lagu-lagu / bendera / jata sekolah, negeri dan kebangsaan. 7. Fesyen rambut keterlaluan seperti punk / skin head atau berwarna. 8. Menconteng pada harta benda sekolah. 9. Memakai barang kemas keterlaluan, seperti menindek telinga dan memakai subang lebih daripada satu pada satu cuping telinga. 10. Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini oleh Jawatankuasa Disiplin Sekolah. Kesalahan Ringan 1. Menyimpan misai, janggut atau jambang. 2. Berambut panjang atau menyerupai kumpulan tertentu. 3. Bermain dalam bilik darjah, koridor atau kawasan yang dilarang. 4. Menggunakan dan membawa keluar sebarang peralatan bilik darjah dan sekolah tanpa kebenaran. 5. Keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran. 6. Berada di kantin pada waktu persekolahan (kecuali waktu rehat) tanpa kebenaran. 7. Menyimpan atau menggunakan alat permainan kepunyaan sekolah tanpa kebenaran. 8. Menggunakan alat hiburan atau eletronik sekolah tanpa kebenaran. 9. Memasuki dan tidak mematuhi arahan makmal / bengkel / bilik khas. 10. Memakai barang kemas atau perhiasan atau alat solek kecuali jam. 11. Memasuki bilik khas tanpa kebenaran. 12. Makan atau minum di bilik darjah. 13. Melakukan pembaziran air atau eletrik. 14. Tidak memakai pakaian sekolah yang lengkap. 15. Semua kesalahan bersabit dengan pembelajaran (tidak membawa buku, tidak membuat kerja rumah, tidak memberi perhatian dan lain-lain).

16. Lewat ke sekolah. 17. Lewat bergerak ke perhimpunan / bengkel / makmal. 18. Bising dalam bilik darjah sehingga mengganggu kelas lain. 19. Menunggang atau memandu kenderaan dalam kawasan sekolah. 20. Berjalan-jalan tanpa kebenaran. 21. Tidak membuat gerakerja yang ditugaskan. 22. Mengganggu kawasan. 23. Mengganggu guru. 24. Lewat masuk kelas. 25. Mengotorkan kelas. 26. Tidak duduk setempat. 27. Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini oleh Jawatankuasa Disiplin Sekolah.

Kesalahan dan Hukuman


KATEGORI KESALAHAN BERAT JENIS HUKUMAN - Rotan (3 7 kali) - Gantung Sekolah - Buang Sekolah BIDANG KUASA - Pengetua/Guru Yang Diberi Kuasa - Pengetua - Pengetua SEDERHANA - Nasihat / Kaunseling - Amaran / Denda - Rotan (tidak lebih dari 2 kali) RINGAN - Nasihat - Amaran - Denda - Pengetua/GPK/GPK HEM/Penyelia Petang/ Kaunselor dan Guru - Guru

Carta Aliran

CARTA ALIRAN TINDAKAN BAGI KES RINGAN (Sila Rujuk Carta Alir)

CARTA ALIRAN TINDAKAN BAGI KES SEDERHANA (Sila Rujuk Carta Alir)

CARTA ALIRAN TINDAKAN BAGI KES BERAT

(Sila Rujuk Carta Aliran)

BAB 4 PROGRAM PEMBANGUNAN DISIPLIN Pengenalan Aspek disiplin perlu diberi keutamaan dalam membina sebuah sekolah yang berkesan. Masalah disiplin yang telah dapat ditangani dengan baik dan bijaksana akan menjatuhkan imej sekolah, menimbulkan masalah pembelajaran selain menjejas dan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Program pembangunan disiplin di sekolah perlu selari dengan aspek perkembangan insan dari akademik, kegiatan kokurikulum, kepemimpinan dan sahsiah, program yang dibuat secara terancang dan berfokus kepada masalah dapat mengurangkan masalah tersebut. Sebelum seseorang Pengetua / Guru Besar membuat perancangan pembangunan disiplin di sekolahnya, beliau perlu mengenalpasti masalah dan membuat keutamaan. Ini boleh dibuat dengan beberapa cara seperti pemerhatian tingkahlaku, temubual, laporan salah laku pelajar, pencapaian dalam peperiksaan dan kegiatan kokurikulum serta pandangan masyarakat. Bab ini memberikan beberapa cadangan dan panduan program pembangunan disiplin di sekolah. Program Pendidikan Awal Melengkapkan prasarana sekolah yang kondusif dan menarik untuk proses pengajaran dan pembelajaran seperti kemudahan fizikal, kebersihan / keceriaan dan keselamatan. 1 Kemudahan Fizikal 1.1.1 Kerusi meja pelajar. 1.1.2 Kantin. 1.1.3 Tandas. 1.1.4 Perpustakaan. 1.1.5 Gelanggang permainan / padang. 1.1.6 Balai / sudut bacaan.

1.1.7 Bilik-bilik khas. 1.1.8 Tempat rehat. 1.1.9 Tempat letak motorsikal / basikal. 1.1.10 Bilik darjah. 1.1.11 Papan kenyataan. 1.1.12 Bekalan air / api. 1.1.13 Surau. 1.1.14 Koperasi / kedai buku 1.1.15 Bengkel / makmal yang lengkap. 1.1.16 Kipas. 1.2 Kebersihan dan Keceriaan 1.2.1 Pertandingan kebersihan / keceriaan dan kelas. 1.2.2 Sekolah dalam taman. 1.2.3 Pertandingan mural. 1.2.4 Gotong royong. 1.3 Keselamatan 1.3.1 Keselamatan lalu lintas. 1.3.2 Jaga sekolah. 1.3.3 Kawad keselamatan 1.3.4 Pagar. 1.3.5 Kelab cegah jenayah. 1.3.6 Briged komuniti. 2. Program Pembangunan Pelajar 2.1 Program orientasi pelajar baru. 2.2 Program mengenali sekolah melalui : 2.2.1 Peraturan sekolah. 2.2.2 Lagu Sekolah. 2.2.3 Kecemerlangan sekolah. 2.2.4 Kemudahan sekolah.

2.3 Program jatidiri pelajar melalui : 2.3.1 Kepemimpinan. 2.3.2 Motivasi. 2.3.3 Kerjaya. 2.3.4 Kemahiran belajar. 2.3.5 Inventori potensi diri. 2.4 Program cintai sekolah. Program Pencegahan 1. Mengemaskini pengurusan kokurikulum sekolah. 2. Mempelbagaikan aktiviti kokurikulum sekolah. 3. Mengemaskini peraturan sekolah. 4. Meningkatkan profesionalisme guru-guru. 5. Memantapkan Lembaga Pengawas. 6. Kelas pemulihan akademik. 7. Program PINTAS dan AWAS. 8. Sistem mentor mentee. 9. Aktiviti Penghayatan Agama dan Pendidikan Moral. Program Pemulihan 1. Program Bimbingan dan Kaunseling. 2. Program Keibubapaan. 3. Program Lawatan. 4. Program Perkhemahan. 5. Program Mesej Dari Penjara 6. Ceramah. 7. Program Membina Semangat / BTN * Program-program di atas mengikut kesesuaian.

Lampiran (BAB 4) Panduan Program Peningkatan Disiplin Di Sekolah Sebelum melaksanakan sesuatu program pembangunan disiplin, pihak sekolah hendaklah mengambilkira langkah-langkah berikut sebagai panduan : 1. Kenalpasti Masalah Di Sekolah : Contoh : Datang Lewat ke sekolah Ponteng Merokok Vendalisme Dan lain-lain 2. Kenalpasti Punca Masalah : Contoh : Sikap pelajar Sikap guru Latarbelakang keluarga pelajar Pengaruh rakan sebaya Persekitaran sekolah Dan lain-lain. 3. Langkah-Lang Mengatasi Masalah : Contoh : Program cintai sekolah Pengurusan kelas berkesan Program motivasi pelajar Kursus peningkatan profesionalisme Pertandingan Penerangan mengenai peraturan sekolah Program mentor mentee Penguatkuasaan konsistan pengetua / guru

Hubungan (ibu bapa, guru, pelajar dan masyarakat luar) Ganjaran / penghargaan Dan lain-lain 4. Penilaian : 5. Tindakan Susulan. PROGRAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN Berdasarkan analisa 1999 - Masalah yang ketara ialah : i) Ponteng Kelas ii) Ponteng sekolah iii) Lewat datang ke sekolah iv) Rambut berfesyen v) Mengancam murid lain Cara untuk mengesan punca masalah : 1. Edarkan soal selidik a. untuk guru b. untuk pelajar Antara punca pelanggaran disiplin: 1. Faktor sekolah - fizikal sekolah - suasana sekolah - guru 2. Faktor ibu bapa dan masyarakat. 3. Faktor pelajar sendiri Program untuk mengatasi : a) khusus untuk pelajar b) khusus untuk guru c) khusus untuk ibu bapa / masyarakat Program untuk pelajar : 1. Program sayangkan sekolah 2. Program mengambil air sembahyang

3. Sesi kaunseling 4. Perhimpunan setiap pagi - memberi motivasi- tanamkan kenyataan positif. 5. Sediakan Program khas kepada kumpulan pelajar bermasalah. 6. Mengubah tempat duduk pelajar di dalam kelas pada setiap minggu. 7. Program minda Jumaat. 8. Memberi perhatian kepada pelajar terutamanya dari sel jiwa/perasaan. Program Untuk Guru 1. Program pemuafakatan antara pentadbir, guru kanan dan guru-guru. 2. Program mengimbasi kembali tanggungjawab seorang guru 3. Perbincangan terbuka antara guru dan pengetua (Berkongsi masalah dan pengalaman) 4. Program/kursus teknik komunikasi. 5. Sering mengadakan inhouse traning Program Untuk Ibu bapa 1. Majlis dialog dengan ibu bapa dalam kelompok yang kecil. 2. Lawatan ke rumah pelajar 3. Program pemuafakatan antara sekolah dengan ibu bapa, masyarakat dan ahli politik.

Cadangan Program Menangani Masalah Disiplin Masalah Merokok 1. Kenalpasti pelajar yang merokok bermula dari sekolah rendah (kerjasama dengan sekolah rendah) (pengesanan awal) 2. Surat pemberitahuan kepada ibu bapa. 3. Tingkatkan penggunaan pas keluar 4. Adakan kempen-kempen anti merokok 5. Melibatkan ibu bapa dalam program sekolah 6. Pemeriksaan mengejut (spot check) 7. Memastikan semua warga sekolah tidak merokok di kawasan sekolah

Masalah Memusnahkan Harta Benda Sekolah 1. Haramkan penggunaan Liquid paper 2. Pelajar buat Inventori kelas 3. Sistem gantirugi 4. Wujudkan SB Sekolah 5. Kempen sayangkan sekolah 6. Pertandingan keceriaan kelas 7. Pengswastaan kawasan sekolah kelab / persatuan. 8. Meningkatkan tahap keselamatan sekolah (berkunci dll).

Masalah Ponteng Sekolah 1. Mengenalpasti pelajar ponteng (senarai khas) 2. Buku kawalan kehadiran dan tatakelakuan pelajar. 3. Buku kecil - kawalan kehadiran bagi pelajar bermasalah 4. Menghubungi keluarga segera/telefon. 5. Program PRS 6. Program mentor mente (abang angkat) 7. Surat amaran 8. Kaunseling 9. Program sifar ponteng 10. Gerakan Briged komuniti .

Contoh Program Menangani Masalah Disiplin KES MEMUSNAHKAN HARTA BENDA SEKOLAH 1. PROGRAM : Sekolahku Kebanggaanku 2. MATLAMAT : Untuk mengurangkan masalah salahlaku Memusnahkan Harta Benda Sekolah. 3. OBJEKTIF : 3.1 Mendarah dagingkan sikap kecintaan terhadap sekolah. 3.2 Mengurangkan kerosakan harta benda sekolah 3.3 Menjadikan persekitaran sekolah kondusif dalam P & P. 4. AKTIVITI : 4.1 Langkah-langkah pelaksanaan. 4.2 Mengadakan pertandingan keceriaan bilik darjah 4.3 Melaksanakan penyelenggaraan harta benda kelas dan sekolah Melaksanakan penyelenggaraan harta benda kelas dan sekolah 4.4 Melaksanakan penilaian pertandingan yang dilaksana 4.5 Pertandingan kawasan luar dari bilik darjah 5. SASARAN : Semua pelajar 6. SUMBER TENAGA : Semua guru dan staf sokongan 7. STRATEGI PELAKSANAAN : 7.1 Penubuhan jawatankuasa programMesyuarat membentuk Plan Tindakan dan pengagihan tugas. 7.2 Menyebarkan maklumat program kepada semua guru, staf sokongan dan semua pelajar 7.3 Perlaksanaan dan tindakan 7.4 Pemantauan dan pendokumentasian 8. PENILAIAN 8.1 Bilangan kes kerosakan harta benda sekolah berkurangan 8.2 Keceriaan persekitaran sekolah dan bilik darjah meningkat 8.3 Kehadiran pelajar ke sekolah meningkat

LAWATAN PENGURUSAN BILIK DARJAH 1. PROGRAM : Lawatan berfokus 2. MATLAMAT : Pengurusan kelas yang baik Merangsang Pembelajaran yang baik. 3. OBJEKTIF : 3.1 Untuk mempertingkatkan kesedarantentang pengurusan bilik darjah. 3.2 Membina budaya sayangkan sekolah 3.3 Mewujudkan perasaan kekitaan 3.4 Membina semangat kerjasama 3.5 Membuat perbandingan tentang Kemajuan diri. 4. AKTIVITI : 5. SASARAN : 4.1 PK HEM/PK1 4.2 Penyelia petang 4.3 Guru penyelaras tingkatan 4.4 Guru tingkatan 4.5 Ketua tingkatan 6. SUMBER : PIBG 7. STRATEGI PELAKSANAAN 7.1 Kenalpasti sekolah. Sekolah yang pernah menerima anugerah dan terbukti keberkesanannya. 7.2 Menghubungi sekolah berkenaan. 7.3 Menyediakan pengangkutan 7.4 Menyediakan tugasan pemerhatian 7.5 Lawatan 8. PENILAIAN : 8.1 Keceriaan bilik darjah bertambah baik. 8.2 Pelajar lebih bertanggungjawab dan menyayangi bilik darjah. 8.3 Pelajar menunjukkan semangat kerjasama.

RUMUSAN :

Buku Panduan Pengurusan Disiplin ini jika dilaksanakan sebagaimana yang dirancang dan dimantapkan lagi melalui penilaian dan pemantauan yang sistematik mungkin akan dapat membantu pihak sekolah dalam menangani masalah salahlaku di kalangan pelajar. Sebagai sebuah institusi pendidikan, sekolah haruslah berperanan mendidik dan memulihkan tingkah laku negatif pelajar. Oleh itu diharapkan sebarang tindakan hendaklah mengambilkira aspek kebajikan, kesejahteraan dan kemanusiaan pelajar terlibat. Buku Panduan Pengurusan Disiplin ini, sekiranya diikuti dengan betul, akan dapat mencapai matlamat menjaga kebajikan dan kesejahteraan pelajar. Semoga dengan pemahaman yang lebih olehpengetua, guru besar dan guru-guru tentang prosedur-prosedur tindakan disiplin, maka dapatlah mereka menjalankan tugastugas mendisiplinkan pelajar dengan lebih adil, tegas dan penuh yakin serta berkesan. Buku Panduan Pengurusan Disiplin tetap memerlukan sokongan program-program lain dari pelbagai pihak sama ada pihak jabatan, daerah , sekolah atau lain-lain lagi agar perkembangan yang seimbang seseorang pelajar sebagaimana yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan dapat dicapai.

Anda mungkin juga menyukai