Anda di halaman 1dari 3

JURNAL REFLEKTIF MINGGUAN

Bilangan Jurnal : Ke-16


Minggu Internship : Minggu 4
Tarikh Peristiwa / Kejadian : 4 Ogos 2014 8 Ogos 2014
Tajuk Jurnal : Masalah perkembangan motor halus
kanak-kanak
1. Isu/ Perkara Yang Difokuskan
Masalah yang telah dikenalpasti pada minggu ini ialah perkembangan motor
halus kanak-kanak prasekolah yang masih lemah. Terdapat beberapa orang
murid yang mengalami masalah perkembangan motor halus. Keadaan ini telah
menyebabkan mereka tidak dapat melakukan aktiviti yang berkaitan motor halus
seperti menggunting, melipat, menulis dan lain-lain dengan baik. Malah mereka
kelihatan kurang berminat dengan aktiviti yang melibatkan penggunaan motor
halus. Semasa melaksanakan aktiviti menghasilkan kolaj pada 8 Julai 2014,
terdapat beberapa orang murid yang tidak dapat menghasilkan karya dengan
baik dan memerlukan bantuan daripada guru (saya).
.
2. Analisis
Punca utama permasalahan ini ialah kerana perkembangan motor halus kanak-
kanak masih tidak berkembang dengan baik dan mereka baru sahaja
didedahkan dengan penggunaan otot-otot halus pada jari dalam menulis,
menggunting dan sebagainya pada semester ini. Masalah ini menyebabkan
murid kurang berminat dan tidak memberi tumpuan kepada aktiviti yang
dilaksanakan. Malah, keadaan ini menyebabkan objektif pembelajaran tidak
dapat dicapai sepenuhnya. Masalah ini perlulah diatasi dalam kadar segera agar
proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dapat dicapai dengan sebaik yang
mungkin.

3. Cadangan tindakan susulan
Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil dalam menangani masalah ini.
Antaranya ialah :
a) Memberi peluang kepada murid dalam melakukan contengan bebas seperti
melaksanakan aktiviti melukis.
b) Memberi peneguhan kepada murid seperti memberi nasihat dan pujian
kepada apabila mereka dapat menyiapkan sesuatu hasil kerja dengan baik.
c) Melaksanakan aktiviti origami atau aktiviti yang melibatkan penggunaan
motor halus pada waktu perbualan pagi atau waktu-waktu tertentu sebagai
latihan pergerakan motor halus kanak-kanak.

4. Tempoh masa tindakan susulan
Saya akan cuba mengatasi masalah ini sepanjang saya berada di sini agar
masalah ini dapat dikurangkan dari semasa ke semasa.

Disemak oleh guru pembimbing

Tandatangan : .

Nama :..

Tarikh :..

Disemak oleh pensyarah penyelia

Tandatangan :.

Nama :.
Tarikh :.

Anda mungkin juga menyukai