Anda di halaman 1dari 5

Contoh Format Penulisan Refleksi Menggunakan Grid Refleksi

Nama Aktiviti Huraian Aktiviti Perasaan semasa menjalankan aktiviti Pada awalnya saya merasa janggal untuk melakonkan watak seorang yang mengalami kemalangan jalan raya. Saya berasa kurang selesa kerana saya seolah-olah ingin mempersendakan murid-murid saya. Tetapi apabila berfikir secara positif iaitu untuk tujuan pendidikan, saya memberanikan diri untuk mencuba. Akhirnya apabila saya berjaya melakukannya, saya berasa amat gembira dan berpuas hati atas sambutan dan berjaya menarik minat pelajar saya untuk menerokai tajuk pelajaran hari ini. Kegunaan Aktiviti Tindakan Susulan

Set Induksi

1. Saya berlakon sebagai seorang yang baru sahaja mendapat rawatan akibat satu kemalangan jalan raya. 2. Murid-murid kelihatan terkejut dan telah menarik perhatian mereka untuk menyoal tentang apa yang telah berlaku kepada saya. 3. Keadaan ini telah memberi peluang kepada saya untuk memulakan sesi pengajaran saya tentang tajuk hari ini: Berhati-hati di jalan raya 4. Set induksi ini menarik sebab pelajar belum pernah

Saya telah merancang aktiviti ini agar dapat menarik minat murid saya. Pada saya, aktiviti ini adalah sesuatu yang menarik dan baru kepada murid saya. Namun begitu, ada juga di kalangan murid-murid saya merasa seram kerana keluarga mereka pernah mengalami peristiwa yang menakutkan mereka. Oleh itu, saya perlu buat sesuatu yang berbeza pada masa lain.

Oleh sebab ada murid yang merasakan peristiwa ini adalah satu titik hitam dalam sejarah hidup mereka maka pada kali yang lain saya akan menyiasat dan mengetahui latar belakang murid saya sebelum saya menjalankan sesuatu aktiviti terutamanya yang menyebabkan gangguan emosi. Saya akan memanggilnya dan cuba mententeramkannya kembali.

mengalami peristiwa seperti ini. 5. Namun set induksi jenis ini tidak boleh dibuat selalu kerana ia dapat memberi kesan negative kepada pelajar yang pernah mengalami nya.

Contoh Penulisan Refleksi Bentuk Jurnal


Tarikh Peristiwa/ Masalah 1.6.2007 Murid tidak menghantar tugasan pada masa yang telah ditetapkan. Pandangan Terhadap Masalah Saya berasa kecewa dengan sikap pelajar saya yang tidak menghantar tugasan dalam bentuk penulisan tepat pada masa yang telah ditetapkan. Punca Masalah Punca masalah setelah diselidiki: Tindakan Kesan/ Tindakan Susulan Saya catatkan semua alasan sebagai satu cara mencari punca masalah mereka tidak menghantar tugasan. Saya akan terus memberikan bimbingan dan dorongan kepada pelajar yang lemah. Pelajar diberikan masa yang mencukupi untuk menyiapkan tugasan mereka. Pelajar yang tidak dapat menyiapkan tugasan yang berulang akan diminta menyiapkannya pada waktu rehat.

Tindakan 1 Pelajar yang ingkar akan diambil nama dan diminta Masalah 1 memberikan Pelajar biasa tunjuk sebab. berbuat demikian Tindakan 2 tanpa ditegur Beri nasihat kepada pelajar Masalah 2 tentang Sikap pelajar kepentingan yang tidak latihan menulis mengambil yang pelbagai berat tentang jenis. pentingnya membuat Peruntukan latihan bertulis masa yang seperti mana sesuai untuk kehendak membuat soalan latihan peperiksaan penulisan Pengajian Am. seperti mana kehendak soalan peperiksaan.

Contoh Penulisan Refleksi Penggunaan Teknik Penyoalan (i) Adakah bahan yang digunakan sesuai dan berjaya mencapai objektif? Adakah projek dapat membantu murid memahami konsep dengan jelas atau membolehkan mereka menguasai kemahiran baru mengikut objektif yang ditentukan?

(ii)

(iii)

Adakah projek berjaya dijalankan secara sistematik, tepat dan lengkap?

(iv)

Adakah murid-murid melibatkan diri secara cergas dalam aktiviti yang dirancang?

(v)

Adakah kaedah dan aktiviti yang digunakan sesuai dan berkesan?

(vi)

Adakah aktiviti penilaian diadakan semasa aktiviti projek dijalankan?

(vii)

Adakah kaedah pengumpulanmaklumat berkesan?

(viii) Adakah aktiviti yang dijalankan dapat mencapai hasil pembelajaran yang ditentukan?

Anda mungkin juga menyukai