Anda di halaman 1dari 4

Panduan menulis refleksi

1. Gunakan agenda
Jelaskan konteks masalah atau isu yang timbul.
Apakah maklumat tambahan yang boleh digunakan?
Apakah kaitannya dengan isu-isu yang lain? Apakah dan siapakah yang boleh
membantu?
Apakah andaian saya? Bagaimana saya menguji andaian-anadain tersebut?
Apakah yang boleh saya lakukan untuk menghasilkan perubahan?
Apakah kemungkinan hasilnya?
Apakah tindakan yang perlu saya ambil? Mengapa?
Senarai hasil yang ingin dicapai.
Refleksi ke atas hasil yang diperolehi.
Apakah yang perlu saya lakukan pada masa akan datang?

2. Fokus kepada pengalaman dan fikirkan apa yang perlu ditulis


Renungkan tentang pembacaan yang pernah dibuat berkaitan pengajaran dan
pembelajaran dan gunakan soalan-soalan di bawah sebagai panduan.
Apakah prinsip-prinsip pengajaran dan pembelajaran yang boleh dikaitkan
dengan peristiwa yang berlaku?
Apakah yang boleh saya ubah berkaitan dengannya?
Apa akan terjadi sekiranya saya mengubahnya?

3. Fokuskan peristiwa kritikal yang terjadi di dalam bilik darjah.


Jelaskan peristiwa berkenaan sejelas mungkin.
Apakah andaian-andaian yang telah saya gunakan?
Adakah cara lain untuk melihat peristiwa ini?
Bagaimana murid akan menjelaskan tentang peristiwa ini?
Apa yang boleh saya lakukan?

4. Ambil kira apa yang anda pelajari


Apakah perkara paling penting yang telah saya pelajari tentang pembelajaran
murid?
Apakah perkara paling penting yang telah saya pelajari tentang pengajaran
saya?
Apakah perkara paling penting yang telah saya pelajari tentang murid saya?
Bagaimanakah pengajaran yang saya perolehi dapat membantu pembelajaran
murid saya?
Pada penulisan refleksi di bawah, sila kenal pasti perkara-perkara berikut:

1. Refleksi dalam tindakan


2. Refleksi atas tindakan
3. Refleksi untuk tindakan
4. Perasaan
5. Bukti pemikiran serius
6. Kesedaran kendiri
7. Pelbagai ide
8. Mencerakin ide
9. Nilai yang menjadi pegangan
10. Sokongan literatur

Pada suatu ketika sedang saya mengajar Kursus


Penyelidikan Tindakan di bawah subtopik refleksi amalan
bekerja, seorang pelajar telah menyatakan kekeliruannya
dengan konsep-konsep seperti refleksi dalam tindakan,
refleksi atas tindakan dan refleksi untuk tindakan. Apabila
kekeliruan itu ditimbulkan, secara spontan saya telah
bertanya kepada keseluruhan kelas Ada apa-apa lagi
yang kamu ingin tahu tentang refleksi? Agak
menyeronokkan apabila soalan tersebut telah berjaya
mengundang pelbagai persoalan lain seperti konsep
refleksi deskriptif dan refleksi kritikal. Kebanyakan pelajar
menyatakan kemusykilan pemahaman mereka tentang
refleksi yang ditaklimatkan sebelum mereka pergi
menjalani sesi praktikum semester lima yang lalu.
Beberapa pensyarah yang menjadi penyelia praktikum
telah menegur cara penulisan refleksi yang dicatatkan ke
dalam folio praktikum mereka.

Saya merasa agak terkilan kerana meskipun pelajar-


pelajar tersebut telah ditaklimatkan dan diberikan contoh
penulisan refleksi, mereka masih tidak berkeupayaan
untuk membuat refleksi dan menterjemahkannya dalam
bentuk penulisan reflektif tentang amalan bekerja mereka
ke dalam jurnal praktikum. Saya bercadang untuk
bertanyakan pelajar saya secara rawak dengan tujuan
mengenalpasti punca sebenar kegagalan mereka
menghasilkan penulisan jurnal yang reflektif. Terlintas
dalam fikiran saya persoalan Bagaimana boleh saya
mengajar pelajar saya agar mereka benar-benar dapat
menguasai ilmu dan kemahiran membuat refleksi,
khususnya refleksi kritikal. Bagaimana boleh saya
jelaskan kepada para pelajar bahawa melakukan refleksi
merupakan salah satu langkah dalam proses
pembelajaran? Dengan perkataan lain, saya mahukan
pelajar saya menghayati dan mengaplikasikan pernyataan
Saya perlu melakukan refleksi berkualiti untuk
membolehkan berlakunya proses pembelajaran yang
optima semasa menjalani kursus Penyelidikan Tindakan
bersama Pn Shamsina Shamsuddin. Saya perlu
mengetahuinya. Saya teringat kenyataan Slavin (1991)
yang mendefinisikan pembelajaran koperatif sebagai .
methods share the idea that students work together to
learn and are responsible for one anothers learning as
well as their own. Saya mahu pelajar bekerja secara
koperatif untuk mengetahui, memahami, mengaplikasi
pengetahuan dan kemahiran serta menghasilkan refleksi
kritikal yang berkualiti.

Saya juga percaya bahawa tanpa menyuap pelajar dengan


semua maklumat, mereka masih berpeluang untuk
melakukannya dengan baik. Saya mahu mereka
menggunakan pengetahuan sedia ada untuk digabungkan
dengan maklumat baru yang perlu mereka terokai dan
akhirnya cuba membina kefahaman sendiri tentang
refleksi kritikal. Berdasarkan kepada pandangan Lev
Vygotysky (1978), pengasas Social Constructivism, murid
akan mendapatkan (berkolaboratif) orang lain yang
diistilahkan sebagai More Knowlegable Others (MKO) untuk
meningkatkan pemahaman mereka tentang sesuatu konsep
(dikenali sebagai Zone of Proximal Development). Saya
mahu pelajar-pelajar saya melihat kesilapan mereka
sebagai peluang untuk memperbaiki diri. Saya percaya
bahawa dengan cara begini, pelajar akan dapat belajar
dengan lebih bermakna.

[1] Apabila kekeliruan itu ditimbulkan, secara spontan saya telah bertanya kepada
keseluruhan kelas Ada apa-apa lagi yang kamu ingin tahu tentang refleksi?
[2] Agak menyeronokkan apabila soalan tersebut telah berjaya mengundang pelbagai
persoalan lain seperti konsep refleksi deskriptif dan refleksi kritikal. Kebanyakan
pelajar menyatakan kemusykilan pemahaman mereka tentang refleksi yang
ditaklimatkan sebelum mereka pergi menjalani sesi praktikum semester lima yang
lalu.
[4] Saya merasa agak terkilan....
[3] Saya bercadang untuk bertanyakan pelajar saya secara rawak dengan tujuan
mengenalpasti punca sebenar kegagalan mereka menghasilkan penulisan jurnal yang
reflektif.
[5] Terlintas dalam fikiran saya persoalan Bagaimana boleh saya mengajar pelajar
saya agar mereka benar-benar dapat menguasai ilmu dan kemahiran membuat
refleksi, khususnya refleksi kritikal. Bagaimana boleh saya jelaskan kepada para
pelajar bahawa melakukan refleksi merupakan salah satu langkah dalam proses
pembelajaran?
[6]... saya mahukan pelajar saya menghayati dan mengaplikasikan pernyataan Saya
perlu melakukan refleksi berkualiti....
[7], [8]....bekerja secara koperatif untuk mengetahui, memahami, mengaplikasi
pengetahuan dan kemahiran serta menghasilkan refleksi kritikal yang berkualiti.
[9] Saya juga percaya bahawa tanpa menyuap pelajar dengan semua maklumat,
mereka masih berpeluang untuk melakukannya dengan baik.
[10]...kenyataan Slavin (1991) yang mendefinisikan pembelajaran koperatif
sebagai . methods share the idea that students work together to
learn..... pandangan Lev Vygotysky (1978), pengasas Social Constructivism, murid
akan mendapatkan (berkolaboratif) orang lain yang diistilahkan sebagai More
Knowlegable Others (MKO) untuk meningkatkan pemahaman mereka tentang sesuatu
konsep (dikenali sebagai Zone of Proximal Development).

Anda mungkin juga menyukai