Anda di halaman 1dari 3

5.

0 Refleksi
Dalam usaha menyediakan kerja khusus ini, saya ingin merakamkan ribuan terima
kasih kepada En. Azharuddin Bin Zani, selaku pensyarah subjek ELM3101 saya
atas segala nasihat, dorongan, bantuan dan keprihatinan semasa menyempurnakan
kerja khusus ini. Beliau telah meluangkan masa membimbing saya dengan memberi
cadangan dan pandangan kepada saya dalam menyiapkan kerja khusus dengan
jayanya. Beliau sedia menghulurkan maklumat dan tunjuk-ajar serta mengiringi saya
mengharungi segala cabaran sepanjang tempoh kerja khusus ini.
Selain itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kawan saya kerana
telah membantu saya menyiapkan kerja khusus ini dengan sempurna. Budi baik
mereka akan saya hargai. Dalam proses mencari maklumat yang berkenaan, saya
telah mengadakan perbincangan sesama kawan dan membuat kesimpulan tentang
benda yang dibincang. Saya dapat mempelajari pelbagai cara untuk mencari bahan
sumber sepanjang tempoh menyiapkan kerja khusus.
Sebenarnya, dalam proses menyiapkan kerja kursus ini, saya telah
menghadapi beberapa masalah. Masalah pertama adalah dalam pemahaman teori-
teori etika. Teori-teori ini semua amat mengelirukan saya dan senang salah faham
antara setiap teori. Jadi, untuk mengatasi masalah ini, saya telah membuat
pembacaan dan kajian yang rapi sebelum mula membuat kerja kursus ini. Masalah
kedua yang saya hadapi adalah menceritakan implikasi teori-teori ini dalam
kehidupan seharian kita. Di sini, masalah yang saya hadapi adalah cara dan teknik
yang betul untuk menghuraikannya. Selain itu, saya juga tidak pasti contoh-contoh
yang diberikan itu adalah sesuai atau tidak. Saya telah cuba mengatasi masalah ini
melalui perbincangan dengan kawan-kawan dan tanya pendapat mereka tentang
contoh yang saya berikan. Masalah terakhir yang saya hadapi adalah kesuntukkan
masa. Oleh kerana ada banyak hal yang perlu diselesaikan, jadi masa memanglah
sangat tidak mencukupi. Saya rasa ini adalah masalah diri saya yang tidak
mengagihkan masa dengan baik dan pada masa yang akan datang, saya akan cuba
mengatur masa saya dengan lebih sistematik.
Walaupun saya menghadapi banyak masalah, pada masa yang sama saya
juga membelajari banyak perkara baru. Pertama sekali, saya telah memahami
tentang 6 teori moral iaitu teori utilitarianisme, egoisme, eksistentialisme, prinsip
kewajiban, kemoralan sosial dan keperibadian mulia. Sebagai contohnya, teori
egoisme adalah satu teori yang menyatakan bahawa sesuatu tindakan itu adalah
betul jika ianya membawa kebaikan kepada diri sendiri dan sesuatu itu buruk jika
ia membawa keburukan kepada diri sendiri. Egoisme dibahagikan kepada dua iaitu
egoism psikologi dan egoisme etika. Egoisme psikologi ialah satu teori deskriptif
mengaitkan bagaimana orang melakukan tindakan. Egoisme etika pula ialah
memberitahu bagaimana mereka perlu bertindak. Ia di takrifkan sebagai teori yang
menganggap nilai baik itu menguntungkan diri sendiri dan nilai buruk itu merugikan
diri sendiri. Faktor egoism individu ialah pengaruh alam sekitar sosial sikap
mengagumi diri sendiri dan psikologi yang menganggap adanya ketiadaan jalan
dalam motif dan dorongan. Saya mampu memahami definisi dan konsep setiap teori
secara mendalam dan dapat memberikan contoh situasi yang bersesuaian dengan
setiap teori tersebut. Selain itu, saya juga dapat memahami perbezaan antara
keenam-enam teori ini dari pelbagai segi seperti perbezaan dalam segi fokus
kemoralannya, kepentingan moral itu untuk individu yang mana dan kelemahan
antara setiap teori dimana semuanya mempunyai keunikan diri mereka yang tertentu.
Paling penting sekali, saya juga boleh memahami perkaitan teori moral ini
dengan kehidupan seharian saya. Sebenarnya, sebelum ini saya tidak tahu bahawa
terdapat perbezaan dalam setiap perlakuan manusia yang boleh dibeza dengan
menggunaka teori-teori tersebut. Sebagai contohnya, saya ada lihat kawan saya
pentingkan diri sendiri semasa melaksanakan tugas tetapi saya tidak tahu bahawa ia
adalah berikutan dengan teori egoisme.
Akhir sekali, dengan memahami teori-teori ini dalam kehidupan seharian saya,
saya juga mampu melihat dunia ini daripada persepsi yang berlainan daripada
dahulu. Saya mampu membezakan dan memahami psikologi setiap individu melalui
sikap mereka menguruskan tugas. Ini dapat membantu saya supaya boleh bergaul
dengan lebih banyak antara rakan-rakan saya. Selain itu, ia juga membantu saya
dalam kerjaya saya sebagai seorang guru kerana saya perlu bergaul dengan banyak
murid-murid sekolah di mana setiap individu mempunyai keunikannya yang
tersendiri, pelbagai kaum yang berlainan dan sebagainya. Ia akan membantu saya
mengenal pasti ciri-ciri setiap murid dan cara untuk berinteraksi dengan mereka
secara baik dan efektif. Cara berinteraksi ini juga merupakan ciri yang perlu ada
dalam diri seseorang guru yang dikatakan efektif dalam pengajarannya.
Kesimpulannya, kerja kursus ini banyak manfaatnya terhadap saya. Banyak
ilmu dan perkara baru telah ia perkenalkan kepada saya dan menambahkan ilmu
pengetahuan saya dengan lebih mendalam lagi. Tidak lupa juga Tuhan yang
sentiasa menjaga hambanya, terima kasih saya ucapan. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai