Anda di halaman 1dari 6

Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tarikh Peristiwa / Kejadian Tajuk Jurnal

: : : :

6/12 Keenam 4 Mac hingga 8 Mac 2013 Kemahiran Membina Ayat semasa menjawab soalan kefahaman Bahasa Melayu

1.

Isu / Masalah Saya mendapati satu masalah yang dihadapi oleh murid tahun 4 Ibnu Sina, iaitu kemahiran

membina ayat semasa menjawab soalan kefahaman yang diberikan. Murid tidak dapat membina ayat tunggal dengan teknik yang betul. Murid hanya menulis jawapan pendek sahaja.

2.

Analisis Pemerhatian telah dilakukan disepanjang minggu ini dan minggu yang sebelumnya. Berikut

merupakan hasil daripada pemerhatian yang telah dilakukan ; a. Murid tidak bersikap serius dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. b. Pengurusan diri murid Tahun 4 masih pada tahap yang lemah dan perlukan bimbingan. c. Murid tahu bagaimana perlu menjawab soalan kefahaman tetapi mereka malas untuk menulis panjang. d. Murid memerlukan guru untuk memberikan peringatan agar mereka membina ayat dengan betul semasa menjawab soalan kefahaman.

3. Cadangan Untuk Memperbaiki Bagi mengatasi masalah ini, murid perlu didedahkan dengan struktur ayat yang betul sebelum mereka membina ayat. Malah jawapan kepada soalan lisan juga boleh menggunakan ayat penuh bagi membiasakan murid dengan teknik menjawab dengan betul. Pemantauan semasa murid menyiapkan kerja juga perlu lebih agresif. 4. Tempoh Masa Tempoh masa yang diambil bagi mengatasi masalah ini adalah sepanjang masa praktikum.

5. Tindakan Susulan Berikut merupakan langkah tindakan susulan yang akan dilakukan bagi mengatasi masalah: a. Memantau kemajuan jawapan murid dari semasa ke semasa

b. Merancang aktiviti pengajaran yang lebih membina kemahiran murid dalam penggunaan ayat. c. Sentiasa peka dengan kelemahan dan masalah murid semasa proses pengajaran. d. Memberikan latih tubi yang mudah dan senang untuk difahami oleh murid.

6. Kesimpulan Secara kesimpulannya, guru perlu peka dengan persekitaran dan permasalahan murid semasa perlaksanaan pengajaran. Guru perlu berusaha dalam meningkatkan keupayaan murid dalam keahiran menulis perkataan dan ayat serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan. Murid boleh menulis yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui oleh mereka dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas, cantik dan kemas. Guru sebagai peranan utama untuk memastikan keberkesanan perlaksanaan sesuatu pengajaran bagi melahirkan murid yang memenuhi kriteria seperti yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Disemak oleh Guru Pembimbing Tandatangan: Nama: . Tarikh: .

Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing Tandatangan : .. Nama Tarikh : .. : ..

Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tarikh Peristiwa / Kejadian Tajuk Jurnal

: : : :

7/12 Ketujuh 11 Mac hingga 15 Mac 2013 Minggu Ujian Mac

1.

Isu / Masalah Masalah yang dihadapi pada minggu ini adalah semasa mengendalikan kelas-kelas

peperiksaa. Murid kelas ketiga dilihat sangat nakal dan tidak mendengar arahan guru. Kebanyakan mereka juga tidak mampu membaca dengan baik dan memerlukan saya menerangkan dan memimpin mereka menjawab soalan.

2.

Analisis Berikut merupakan hasil daripada pemerhatian yang telah dilakukan; a. Murid kelas akhir kurang berminat dalam pelajaran. b. Latar belakang murid juga tidak memberangsangkan. c. Murid masih mentah dan tidak memahami apa yang perlu mereka lakukan.

3. Cadangan Untuk Memperbaiki Bagi mengatasi masalah ini, saya membantu mereka membaca dan memahami soalan ujian. Mereka agak lemah tetapi saya perlu memberi perhatian kepada semua murid agar tidak ada yang tidak faham apa yang mereka jawab.

4. Tempoh Masa Tempoh masa yang diambil bagi mengatasi masalah ini adalah sepanjang minggu ujian.

5. Tindakan Susulan Berikut merupakan langkah tindakan susulan yang akan dilakukan bagi mengatasi masalah: a. Memimpin murid membaca dan memahami soalan ujian. b. Membantu murid menjawab menggunakan teknik soal jawab agar mereka dapat menggunakan KBKK dengan lebih baik.. .

6. Kesimpulan Secara kesimpulannya, meskipun saya tidak mengajar kelas tersebut semasa P&P, tanggungjawab mendidik masih terletak di tangan guru. Oleh itu, semua murid di sekolah perlu dididik dan dibantu tidak mengira tahap IQ mahupun latar belakang keluarga. Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Disemak oleh Guru Pembimbing Tandatangan: Nama: . Tarikh: .

Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing Tandatangan : .. Nama Tarikh : .. : ..

Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tarikh Peristiwa / Kejadian Tajuk Jurnal

: : : :

8/12 Kelapan 18 Mac hingga 22 Mac 2013 Tiada Alatan

1.

Isu / Masalah Stor alatan berkunci pada hari Jumaat kerana guru yang memegang kunci cuti. Oleh kerana

itu, saya melakukan P&P tidak mengikut RPH.

2.

Analisis Guru yang memegang kunci bercuti dan ini adalah masalah yang tidak boleh dielakkan.

3. Cadangan Untuk Memperbaiki Tiada

4. Tempoh Masa Tiada

5. Tindakan Susulan Tiada

6. Kesimpulan Tiada

Disemak oleh Guru Pembimbing Tandatangan: Nama: . Tarikh: .

Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing Tandatangan : .. Nama Tarikh : .. : ..

Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tarikh Peristiwa / Kejadian Tajuk Jurnal

: : : :

9/12 Kesembilan 25 Mac hingga 29 Mac 2013 Cuti Perengahan Semester 1

1.

Isu / Masalah Tiada.

2.

Analisis Tiada.

3. Cadangan Untuk Memperbaiki Tiada

4. Tempoh Masa Tiada

5. Tindakan Susulan Tiada

6. Kesimpulan Tiada

Disemak oleh Guru Pembimbing Tandatangan: Nama: . Tarikh: .

Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing Tandatangan : .. Nama Tarikh : .. : ..

Anda mungkin juga menyukai