Anda di halaman 1dari 21

JURNAL MINGGU PERTAMA

Bilangan Jurnal

Minggu Praktikum

Pertama

Tarikh Peristiwa / Kejadian:

18 hingga 22 Januari 2015

Tajuk Jurnal

Minggu Pertama Sebagai Guru Pelatih

Minggu yang telah berlalu adalah minggu pertama saya sebagai guru pelatih.
Biarpun telah menjadi guru di SMA Ad-Diniah ini selama 2 tahun, masih banyak
yang saya perlu pelajari bagi menjadi guru yang cemerlang. Strategi, Kaedah dan
teknik pembelajaran yang baru saya pelajari semasa di maktab perlu saya
praktikkan sepanjang tempoh latihan praktikum perguruan ini. Justeru hari pertama
saya di SMA Ad-Diniah sebagai guru pelatih sememangnya berlainan berbanding
sebelumnya.
Kami berempat yang sedang menjalani latihan praktikum telah berada di
sekolah seminggu lebih awal dari tarikh praktikum kerana memenuhi tuntutan
sebagai guru hakiki di sekolah. Pada minggu praktikum ini, saya agak sibuk dengan
tugasan guru hakiki sebagai guru kanan matapelajaran, setiusaha sukan, dan
jawatankuasa jadual waktu. Justeru, sepanjang minggu ini, saya cuba menyesuaikan
diri dengan tugasan hakiki, pada masa yang sama memastikan tugasan sebagai
guru pelatih berjalan lancer.
Ustaz YOHANAS BIN MISUAN yang merupakan guru pembimbing saya telah
berpesan agar segala urusan praktikum jangan ditangguh. Fokus kepada rancangan
pengajaran harian perlu saya utamakan, dengan membuat perancangan yang rapi,
dan menyediakan bahan bantu mengajar yang bersesuaian. Di samping itu, folio
praktikum hendaklah diselesaikan sebelum masuk minggu ketiga bagi latihan
praktikum. Justeru, pada minggu pertama ini, saya masih terkial-kial dalam
menguruskan

masa.

Terima

kasih

kepada

mereka

berdua

kerana

sering

memperingatkan saya.
Hari pertama saya bersama pelajar sebagai guru praktikum nyata tidak
mudah. Biarpun telah mengenali pelajar sebelum ini, transformasi saya sebagai

seorang guru terlatih nyata memberi cabaran kepada saya untuk mengubah cara
mengajar saya yang stereotype kepada lebih fleksibel dan teratur. Untuk praktikum
kali ini, saya telah mendapat 8 waktu dan setiap minggu saya perlu menyiapkan
sebanyak empat RPH.
Beberapa kelemahan dalam perancangan pengajaran minggu ini perlu saya
perbaiki, seperti pengurusan masa, kawalan kelas, dan bahan bantu mengajar yang
lebih berkesan. Hal yang demikian kerana, saya telah mengambil masa yang lama
dalam menyampaikan set induksi kepada pelajar, dan menyebabkan masa pada
langkah pertama telah berkurang. Saya perlu bersedia di tepi kelas lima minit lebih
awal sebelum kelas bermula dan meminta guru masa sebelumnya, menyelesaikan
pengajaran

mereka

agar

proses

pengajaran

dan

pembelajaran

saya

tidak

terganggu.
Selain itu, pengurusan masa yang efektif perlu saya beri perhatian, lebih lagi
apabila melibatkan

aktiviti pelajar.

Setiap arahan

perlu

lebih jelas,

selain

pengawalan kelas yang teratur kerana pelajar-pelajar jika tidak dikawal dan
dipandu, mereka akan berlengah-lengah dalam aktivit mereka. Justeru, aspek
pengawalan

kelas

perlu

saya

kaji

melalui

pembacaan

berkenaan

kaedah

melaksanakan aktiviti pembelajaran yang efisyen. Saya berharap, minggu hadapan


permasalahan ini dapat diselesaikan dengan baik, insya-Allah.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan

: .............................................

Nama

: .............................................

Tarikh

: .............................................

Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan

: .............................................

Nama

: .............................................

Tarikh

: .............................................

JURNAL MINGGU KEDUA


Bilangan Jurnal
Minggu Praktikum

:
:

Tarikh Peristiwa / Kejadian


Tajuk Jurnal

Kedua
:

25 HINGGA 29 JANUARI 2015

Masalah murid tidak menunjukkan kerjasama

dalam kumpulan

1.

Masalah / Peristiwa
Masalah yang telah saya hadapi pada minggu ini ialah masalah murid tidak

menunjukkan kerjasama dalam kumpulan. Terdapat di kalangan mereka tidak


berkomunikasi dengan baik dan tidak memainkan peranan dalam kumpulan.

2.

Analisis
Masalah ini timbul kerana mereka tidak memberikan fokus pada langkah

pertama pengajaran dan seterusnya tidak tahu apa yang perlu mereka lakukan
apabila aktiviti dijalankan. Terdapat juga pelajar slow learner yang tidak dibantu
oleh rakan sekumpulan sedangkan rakan ini lebih pintar. Selain itu, ada pelajar yang
mengganggu rakan lain ketika aktivi pembelajaran yang menyebabkan tugasan
tidak dapat diselesaikan tepat pada masa.

3.

Cadangan Tindakan Susulan


a) Guru perlu membahagikan murid ke dalam kumpulan yang seimbang di mana
setiap kumpulan ada murid yang pandai dan ada murid yang lemah.

b) Guru perlu menggalakkan murid pandai untuk membantu murid yang lemah
agar jurang yang ada dapat dirapatkan.
c) Guru perlu menerapkan nilai bekerjasama dalam diri murid agar mereka
dapat menunjukkan sikap bekerjasama antara ahli kumpulan.
d) Guru perlu memastikan semua murid fokus pada langkah

pertama

pengajaran agar mereka lebih bersedia.


4.

Tempoh Masa Tindakan Susulan


Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu agar murid-

murid dapat berkerjasama dan memainkan peranan masing-masing dalam proses


pembelajaran serta tidak mengganggu pelajar lain dalam melakukan sesuatu
tugasan atau aktiviti.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan

: .............................................

Nama

: .............................................

Tarikh

: .............................................

Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan

: .............................................

Nama

: .............................................

Tarikh

: .............................................

JURNAL MINGGU KETIGA


Bilangan Jurnal
Minggu Praktikum

:
:

Tarikh Peristiwa / Kejadian


Tajuk Jurnal

1.

Ketiga
:

1 HINGGA 5 FEBUARI 2015

Murid-Murid Membuat Bising

Masalah / Peristiwa
Masalah kali ini adalah berkisar kepada disiplin bilik darjah di mana murid-

murid selalu membuat bising ketika saya sedang melaksanakan sesi p & p di dalam
bilik darjah.

2.

Analisis
Masalah ini timbul kerana murid tidak mendengar arahan guru semasa

berlangsungnya proses p & p di dalam bilk darjah. Selain itu, masalah ini mungkin
juga berpunca dari p & p yang saya rancangkan di dalam bilik darjah tidak sesuai
dengan minat murid menyebabkan mereka tidak menumpukan perhatian kepada
pengajaran saya di dalam kelas. Selain itu faktor persekitaran kelas juga mungkin
memainkan peranan kerana sekolah masih dalam proses penambahbaikan, justeru,
persiktaran yang bising ini sangat membataskan komunikasi guru dengan pelajar.

3.

Cadangan Tindakan Susulan

Terdapat beberapa cadangan boleh dilaksanakan untuk memperbaiki masalah yang


wujud iaitu:

a) Saya perlu lebih tegas dengan murid-murid semasa proses p & p berjalan.
b) Saya juga akan merangka aktiviti pengajaran harian yang lebih menarik agar
dan tidak memerlukan banyak arahan suara kerana factor persekitaran yang
tidak mengizinkan.
c) Saya juga akan memberikan lembaran kerja yang sesuai dengan tahap
kebolehan setiap murid agar mereka tidak membuat bising ketika di dalam
bilik darjah.
d) Mengadakan perbincangan dengan pengetua berkenaan bunyi bising semasa
proses p&p.
4.

Tempoh Masa Tindakan Susulan


Saya akan cuba mengatasi segala masalah saya dalam tempoh dua minggu.

Di mana saya akan cuba mencari maklumat-maklumat untuk mendapatkan idea


yang menarik dalam merancang aktiviti di dalam bilik darjah agar pengajaran saya
akan jadi lebih menarik lagi, selain langkah menyelesaikan bunyi bising. Di
harapkan saya akan berjaya mengatasi masalah ini.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan

: .............................................

Nama

: .............................................

Tarikh

: .............................................

Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan

: .............................................

Nama

: .............................................

Tarikh

: .............................................

JURNAL MINGGU KEEMPAT


Bilangan Jurnal
Minggu Praktikum

:
:

Tarikh Peristiwa / Kejadian


Tajuk Jurnal

1.

Keempat
:

8 HINGGA 12 FEBUARI 2015

Masalah Pengurusan Kelas

Masalah / Peristiwa
Masalah yang telah saya hadapi sepanjang minggu ini adalah berkenaan

pengurusan kelas di mana masih terdapat kelas yang tidak menyediakan carta
organisasi mereka dan jadual kebersihan kelas.

2.

Analisis
Masalah yang timbul antaranya, ketua kelas tidak menjalankan

tanggungjawab mereka apabila terdapat guru yang terlupa atau masa guru yang
perlu diganti kerana ketidakhadiran guru tersebut. Selain itu, keperluan seperti
kapur atau marker yang tidak tersedia juga menyulitkan guru yang masuk untuk
mengajar.
3.

Cadangan Tindakan Susulan


a) Saya perlu berbincang dengan guru kelas langkah yang patut diambil kerana
murid-murid kelas tersebut di bawah seliaan mereka.

b) Saya akan memastikan peralatan yang ingin saya gunakan saya boleh bawa
sendiri bagi memastikan kelancaran proses p&p.
4.

Tempoh Masa Tindakan Susulan


Masalah ini akan segera saya selesaikan dalam minggu ini, kerana penjagaan

MMI yakni Masa Intelek perlu dilindungi. Selain itu, pelajar perlu pandai
menguruskan diri mereka, dan bagi memastikan proses p&p saya tidak lagi
terganggu.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan

: .............................................

Nama

: .............................................

Tarikh

: .............................................

Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan

: .............................................

Nama

: .............................................

Tarikh

: .............................................

JURNAL MINGGU KELIMA


Bilangan Jurnal
Minggu Praktikum

:
:

Tarikh Peristiwa / Kejadian


Tajuk Jurnal

1.

KeLIMA
:

15 HINGGA 17 FEBUARI 2015

Masalah Bacaan dan Doa Perhimpunan

Masalah / Peristiwa
Masalah yang ingin saya tekankan pada minggu ini adalah berkenaan

kesalahan dan ketidaklancaran bacaan doa oleh wakil pelajar dari badan pengawas
dan badan dakwah sekolah.

2.

Analisis
Sebagai pelajar di sekolah menengah agama, wakil yang membacakan doa di

hadapan ratusan pelajar lain seharusnya bacaan dan ikrar yang dilaungkan jelas
dan betu cara bacaannya. Masalah bacaan adalah pada doa dan ikrar yang
dilaungkan dalam bahasa arab. Selain itu, intonasi dan tempat berhenti haruslah
betul agar doa lebih dihayati dan ikrar dapat diikuti dengan baik.
3.

Cadangan Tindakan Susulan

a) Pertamanya, saya akan terlebih dahulu berbincang dengan guru displin


kerana kedua badan ini berada di bawah seliaan beliau. Justeru apa pun
langkah yang ingin saya ambil, perlulah dalam pengetahuan dan izin beliau.
b) Setelah mendapat keizinan, say akan mencari masa yang sesuai bagi
pertemuan, dan memberikan teks serta memandu mereka dalam bacaan doa
yang betul dan laungan ikrar yang bersemangat.
4.

Tempoh Masa Tindakan Susulan


Masalah ini akan saya selesaikan dalam 3 minggu ini, kerana perlu mencari

masa yang sesuai dan latihan yang konsisten. Latihan dan sekali perjumpaan
adalah tidak memadai.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan

: .............................................

Nama

: .............................................

Tarikh

: .............................................

Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan

: .............................................

Nama

: .............................................

Tarikh

: .............................................

JURNAL MINGGU KEENAM


Bilangan Jurnal
Minggu Praktikum

:
:

Tarikh Peristiwa / Kejadian


Tajuk Jurnal

Keenam
:

24 HINGGA 26 FEBUARI 2015

Masalah hal keseragaman dan kebersihan

pakaian
1. Masalah/peristiwa
Masalah yang saya hadapi minggu ini adalah berkaitan dengan hal
keseragaman pakaian ; lencana, tali leher, hari pakaian dan kebersihan diri;
merangkumi kebersihan pakaian, dan diri sendiri. Kebanyakan murid memandang
enteng akan hal ini. Mereka tidak begitu mengambil berat tentang isu mematuhi
arahan pemakaian dan penjagaan diri. Pada pandangan saya, ini tidak sepatutnya
berlaku kepada seorang murid sekolah apatah lagi sekolah menengah.
2. Analisis
Keseragaman dan Kebersihan diri adalah antara elemen terpenting yang
perlu dititikberatkan oleh murid-murid sekolah. Mereka sepatutnya menjadikan ia
suatu tabiat untuk untuk mematuhi undang undang dan berpakaian bersih dan
kemas. Sekiranya murid-murid bersikap tidak endah dengan hal ini, mereka
sememangnya boleh dianggap melanggar

3.

Cadangan Tindakan Susulan


a) Saya perlu memberi nasihat dan bimbingan kepada murid-murid tentang
kepentingan mematuhi undang-undang dan menjaga kebersihan diri.
b) Berpakat dengan guru lain menganjurkan kempen-kempen seperti
Personaliti Indah, Diri Bersih dan Sihat dan lain-lain. Melalui kempen
seperti ini, murid-murid secara tidak langsung akan menyedari kesilapan
mereka dan akan mula berfikir untuk melakukan perubahan demi menjaga
kesihatan mereka.

4.

Tempoh Masa Tindakan Susulan


Masalah ini akan cuba saya selesaikan dalam 3 minggu, untuk merancang

dan berpakat dengan guru lain.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan

: .............................................

Nama

: .............................................

Tarikh

: .............................................

Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan

: .............................................

Nama

: .............................................

Tarikh

: .............................................

JURNAL MINGGU KETUJUH


Bilangan Jurnal
Minggu Praktikum

:
:

Tarikh Peristiwa / Kejadian


Tajuk Jurnal

Ketujuh
:

1 HINGGA 5 mac 2015

Masalah Dalam Perancagan Kokurikulum

1. Masalah/peristiwa
Sepanjang tujuh minggu saya menjalani latihan praktikum ini saya masih lagi belum
dapat menyusun gerak kerja saya agar dapat diselaraskan dengan kesibukan
membuat perancangan mengajar dan pembinaan bahan bantu mengajar serta
memenuhi tugasan hakiki guru. Hal yang demikian ini menyebabkan tugasantugasan saya ada yang terbengkalai.
2. Analisis
Dalam usaha memastikan rancangan pengajaran saya berjalan dengan baik,
terdapat beberapa urusan lain yang telah terganggu khususnya perancangan
kokurikulum pelajar di mana saya perlu melatih pelajar untuk persediaan
menghadapi sukan peringkat negeri yang berlangsung pada hujung minggu lepas.
Tugasan saya sebagai seituasaha satu murid satu sukan terbengkalai dan tidak
dapat disempurnakan kerana keterbatasan waktu.

3. Cadangan Tindakan Susulan


Keadaan ini perlu diatasai agar kerja saya yang tidak siap ini tidak menggangu
tugasan guru lain. Justeru saya akan berbincang dengan guru penolong kanan
kokurikulum bagi menyelesaikan masalah tersebut.
1. Mengatur kembali jadual perancangan sukan
2. Memastikan Buku laporan sukan dan permainan dikemaskini

4. Tempoh Masa Tindakan susulan


Masalah ini akan cuba saya selesaikan sepanjang cuti penggal ayang akan
berlangsung pada 13 21 mac 2015 nanti.
Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan

: .............................................

Nama

: .............................................

Tarikh

: .............................................

Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan

: .............................................

Nama

: .............................................

Tarikh

: .............................................

JURNAL MINGGU KELAPAN


Bilangan Jurnal
Minggu Praktikum

:
:

Tarikh Peristiwa / Kejadian


Tajuk Jurnal

Kelapan
:

8 HINGGA 12 Mac 2015

Masalah Bahan Bantu Mengajar (Bbm)

1. Masalah/peristiwa
Sepanjang lapan minggu saya menjalani latihan praktikum di Sekolah ini,
saya menghadapi masalah dalam penggunaan bahan bantu mengajar yang
menarik. Terutamanya dalam pembelajaran pendidikan al-quran dan al-sunnah.
Agak terhad bagi saya untuk menggunakan bahan bantu mengajar ketika proses
P&P. Keadaan ini membuatkan, murid-murid mudah bosan dan kurang memberi
tumpuan di dalam kelas. Secara tidak langsung proses P&P agak terganggu.
2. Analisis
Bahan bantu menagajar yang saya sediakan tidak begitu marik perhatian
pelajar. Saya lebih banyak menerangkan kepada murid tentang topik pada hari
tersebut. Pada pandangan saya, aktiviti penerangan tersebut perlu kerana
maklumat yang ingin disampaikan agak banyak dan pelajar perlu diterangkan
dengan kesemua maklumat ini. Pada hakikatnya, murid-murid ini bukan sahaja tidak

begitu memahami pembelajaran bahkan mudah bosan dan hilang tumpuan. Saya
juga kurang menggunakan ICT di dalam aktiviti P&P pada minggu ini.

3. Cadangan Tindakan Susulan


Keadaan ini adalah tidak sepatutnya terjadi. Hal ini kerana, bahan bantu
mengajar merupakan satu media pengajaran yang boleh membantu guru dan
membolehkan murid lebih memahami ilmu yang diajar. Pemilihan bahan bantu
mengajar yang betul dan sesuai adalah amat penting untuk menjadikan proses P&P
lebih berjalan dengan lebih berkesan.

1. Pemilihan bahan.
Pemilihan bahan bantu mengajar haruslah selaras dengan objektif pembelajaran
murid pada hari tersebut. Bahan bantu mengajar yang sesuai dapat membantu
murid lebih memahami pengajaran yang diajar pada hari tersebut.
2. Lebih menggunakan ICT
Selaras dengan zaman yang serba berteknologi, teknik pengajaran juga mula
berubah. Selain daripada bahan bantu mengajar yang sedia ada seperti buku teks
dan buku latihan, latihan interaktif menggunakan komputer juga boleh digunakan.
Dengan grafik yang menarik, dapat menarik minat murid untuk terus belajar.

4. Tempoh Masa Tindakan susulan


Masalah ini akan cuba saya selesaikan dalam serta merta dengan berusaha
membina beberapa bahan bantu mengajar serta meminta bahan yang boleh
dikongsi oleh guru dari sekolah lain.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan

: .............................................

Nama

: .............................................

Tarikh

: .............................................

Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan

: .............................................

Nama

: .............................................

Tarikh

: .............................................

JURNAL MINGGU KESEMBILAN


Bilangan Jurnal

Minggu Praktikum

Tarikh Peristiwa / Kejadian


Tajuk Jurnal

Kesembilan
:

22 HINGGA 26 Mac 2015

Masalah Penguasaan Bahasa Arab Yang Masih

Rendah
1. Masalah/Peristiwa
Minggu ini merupakan minggu kesembilan praktikum berjalan, minggu-minggu
terakhir

banyak

mengajar

saya

tentang

niat

asal

seorang

guru

adalah

menyampaikan ilmu dan memastikan semua pelajar dapat menerima ilmu yang
disampaikan dan mempraktikkannya dalam kehidupan mereka. Jika terdapat pelajar
yang tidak memahami apa yang disampaikan oleh saya sebagai seorang guru ini
menunjukkan bahawa P&P saya tidak berjaya sepenuhnya.
2. Analisis
Sebagaimana minggu-minggu sebelumnya, saya telah mengajar bahasa arab
dengan fokus pada kemahiran menulis. Walaupun kemahiran menulis tidak

memerlukan komunikasi yang banyak, saya masih perlu memperbaiki komunikasi


saya dalam bahasa arab bukan sahaja demi tuntutan oleh unit praktikum dalam
matapelajaran minor, sebaliknya demi masa depan saya dan anak bangsa. Pada
pandangan saya, setiap guru yang berada di aliran pengajian Islam perlu mahir
berbahasa arab kerana asal agama islam itu datangnya dari bahasa al-Quran iaitu
bahasa arab. Justeru, kegagalan saya dalam berkomunikasi dengan menggunakan
bahasa yang mudah dan tersusun kepada pelajar serta kegagalan segilintir murid
dalam mencapai hasil pembelajaran perlu diatasi.
3. Cadangan Tindakan Susulan
Saya perlu memperbaiki kelemahan yang masih ada pada diri diri saya . Saya juga
perlu belajar berkomunikasi bahasa arab dengan guru-guru bahasa arab yang
banyak pengalaman di sekolah saya untuk melatih saya membiasakan diri
berkomunikasi dengan pelajar di dalam kelas walaupun menggunakan kalimahkalimah yang mudah. Ia akan meningkatkan lagi tahap komunikasi saya.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan


Saya akan terus berusaha memeperbaiki lagi kelemahan komunikasi yang ada pada
diri saya terutamanya dalam bahasa arab dengan menggunakannya di dalam kelas
sepanjang P&P walaupun sedikit demi sedikit sepanjang saya berkhidmat sebagai
guru.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan

: .............................................

Nama

: .............................................

Tarikh

: .............................................

Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan

: .............................................

Nama

: .............................................

Tarikh

: .............................................

JURNAL MINGGU KESEPULUH


Bilangan Jurnal
Minggu Praktikum

:
:

Tarikh Peristiwa / Kejadian


Tajuk Jurnal

Kesepuluh
:

10

29 Mac HINGGA 2 April 2015

Penguasaan Pelajar Dalam Kawad Kaki

1. Masalah/Peristiwa
Aktiviti kokurikulum dijalankan seperti biasa pada minggu ini, di mana saya terlibat
dalam melatih pelajar jabatan pertahanan awam agar dapat menguasai kemahiran
kawad kaki bagi badan beruniform ini. Rata-rata pelajar masih lagi belum mampu
melaksakan kawad dengan baik walaupun sudah menyertai badan beruniform ini
sedari dari tingkatan 1. Justeru kelemahan saya dalam menyampaikan latihan turut
perlu dipandang serius.
2. Analisis

Kawad kaki bagi Jabatan Pertahanan Awam melibatkan beberapa komponen kawad
sebagaimana badan beruniform lainnya. Antaranya seperi kawad melapor, kawad
static, kawad dinamik dan kawad keluar. Fokus saya adalah, sebaik tamat minggu
praktikum nanti pelajar-pelajar saya sekurang-kurangnya telah menguasai kawad
melapor, kawad statik dan kawad keluar.
3. Cadangan Tindakan Susulan
Saya perlu meneliti beberapa kelemahan yang terdapat dalam saya melatih pelajarpelajar saya kemahiran kawad ini di samping mengesan keupayaan platun secara
keseluruhan sama ada mereka ini berkelayakan ataupun saya perlu berpuas hati
dengan pencapaian mereka semampunya.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan


Kemahiran kawad bukanlah sesuatu yang mampu dicapai dalam waktu yang
singkat.

Pun

begitu,

saya

akan

berusaha

memberikan

yang

terbaik

dan

semampunya serta berharap pelajar-pelajar ini mampu mengikuti arahan dengan


baik dalam tempoh waktu yang berbaki selama 2 minggu ini.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan

: .............................................

Nama

: .............................................

Tarikh

: .............................................

Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan

: .............................................

Nama

: .............................................

Tarikh

: .............................................

Anda mungkin juga menyukai