Anda di halaman 1dari 3

BILANGAN JURNAL : 7/12

MINGGU PRAKTIKUM : KETUJUH

TARIKH PERISTIWA / KEJADIAN : 14-18 OGOS 2017

TAJUK JURNAL : CABARAN SEBAGAI SEORANG GURU

1.Masalah / Peristiwa

Saya telah berada di SKBL selama 7 minggu dan isu yang telah dikenalpasti pada minggu ke-7 ini ialah
cabaran saya sebagai seorang guru iaitu dalam aspek bagaimana hendak merancang aktiviti pdp agar
dapat berjalan dengan lancar serta dapat menarik minat murid untuk belajar. Sepanjang saya berada di
sekolah dan sepanjang saya mengajar saya mendapati bahawa saya perlu melakukan aktiviti yang
menarik dalam setiap sesi pdp yang dijalankan agar dapat menarik minat dan perhatian murid untuk
belajar. Namun demikian, aktiviti yang dijalankan mestilah dapat mencapai objektif yang diinginkan.
Berdasarkan pemerhatian dan pengalaman saya juga, jika tidak ada aktiviti yang menarik dalam sesi pdp
yang dijalankan, murid akan cepat bosan dan tidak dapat memberi perhatian yang sepenuhnya terhadap
pengajaran saya dan mereka akan bercakap antara satu sama lainserta melakukan kerja sendiri di
belakang. Hal ini sedikit sebanyak telah mengganggu saya untuk mengajar. Saya juga mendapati
bahawa, sesi pdp yang dijalankan mestilah berunsurkan PAK21 kerana ianya dapat melatih murid untuk
berfikir di luar kotak dan mempunyai unsur KBAT. Oleh itu, sebagai seorang guru, saya perlu berfikiran
lebih kreatif untuk menghasilkan aktiviti yang bermakna kepada murid agar murid dapat memahami isi
pengajaran yang di sampaikan serta mempunyai minat yang tinggi untuk belajar agar dapat
menumpukan sepenuh perhatian terhadap sesi pengajaran yang dijalankan.

2.Analisis

Setelah membuat beberapa penganalisian, saya mendapati bahawa kekangan ini mungkin berlaku
kerana:

i. Kurang aktiviti di dalam sesi pdp yang dijalankan.


ii. Pengajaran berpusatkan guru.
iii. Tidak dapat merancang aktiviti yang sesuai dan menarik.
iv. Tidak melibatkan murid dalam sesi pdp yang dijalankan.
3. Cadangan Tindakan Susulan

Antara cadangan tindakan susulan yang dapat saya ambil dan laksanakan ialah:

i. Merancang aktiviti yang dapat menarik perhatian murid.


ii. Pengajaran berpusatkan murid.
iii. Menjalankan pembelajaran secara berkumpulan.
iv. Melibatkan semua murid dalam aktiviti yang dijalankan.
v. Berfikiran lebih kreatif.
vi. Mengaplikasikan pembelajaran PAK21.
vii. Berbincang untu mendapatkan idea daripada guru-guru lain.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan

Saya akan cuba untuk mengatasi cabaran yang dihadapi dalam tempoh sepanjang saya
berpraktikum. Saya akan melakukan menambahbaikan dalam pdp yang dijalankan agar dapat
menarik minat pelajar untuk belajar. Saya juga akan berusaha untuk merancang aktiviti yang
menarik serta akan berusaha agar dapat berfikiran kreatif dan inovatif.

DISEMAK OLEH GURU PEMBIMBING: DISEMAK OLEH PENSYARAH PENYELIA:

TANDATANGAN : …………………………………. TANDATANGAN : …………………………………


NAMA : …………………………………. NAMA : …………………………………
TARIKH : …………………………………. TARIKH : …………………………………

Anda mungkin juga menyukai