Anda di halaman 1dari 2

Bilangan Jurnal : 3/12

Minggu Praktikum : Ketiga

Tarikh Peristiwa/Kejadian : 24-28 Julai 2017

Tajuk Jurnal : Minggu Ketiga Di SK Batu Lintang

Pada minggu ke-3 berada di SK Batu Lintang saya telah dapat menyesuaikan diri dengan
keadaan dan suasana pembelajaran di sini. Pada hari Isnin dan selasa saya telah mengajar
membaca al-Quran bagi bidang khatam al-Quran iaitu surah Fathir ayat 1-38. Melalui
pemerhatian saya semasa mengendalikan kelas tersebut terdapat beberapa orang yang masih
lemah dalam pembacaan terutamanya dalam hukum tajwid. Masalah ini dapat dikenalpasti
apabila bacaan secara individu dijalankan. Walaupun tahap pembacaan mereka dalam
keadaan lemah, akan tetapi, mereka tetap bersemangat untuk membaca al-Quran. jadi, melalui
pembacaan secara individu, saya dapat menegur kesilapan bacaan murid-murid saya
terutamanya dalam hukum tajwid. Pada hari selasa juga, saya telah mengajar bahasa arab
tahun 2 bagi tajuk “‫”ادواتي الدراسية‬. Kemahiran yang ditekankan dalam pengajaran saya pada hari
itu ialah kemahiran mendengar dan kemahiran menyebut. Melalui pemerhatian saya semasa
menjalankan proses pdp tersebut ialah terdapat beberapa orang yang tidak dapat menyebut
apa yang telah didengari. Hal ini demikian kerana, mereka masih belum dapat mengenal huruf
arab menyebabkan mereka tidak berupaya untuk menyebut dan membaca perkataan yang
diberikan. Perkara ini perlu diberi perhatian kerana ketika berada di tahun 2, murid sepatutnya
dapat mengenal huruf arab dan huruf jawi agar dapat memudahkan proses pdp pada tahun
yang seterusnya.

Pada hari rabu pula, bagi subjek pendidikan Islam tahun 5, saya telah mengajar bidang hadis
iaitu hadis mentaati pemimpin. Murid tahun 5 98% dapat membaca jawi dan ia dapat
memudahkan proses pdp yang dijalankan. Namun, masih terdapat beberapa orang yang
memerlukan perhatian yang lebih kerana pembacaan jawi masih dalam tahap yang lemah.
Akan tetapi, semua murid dapat memberi kerjasama yang baik dan semua aktiviti yang
dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya. Bagi bahasa arab tahun 2 pula, saya telah
melaksanakan aktiviti “kenali siapa saya”. aktiviti ini menekankan kemahiran bercakap dan
aktiviti ini dapat menarik minat murid untuk menumpukan perhatian terhadap proses
pembelajaran yang dijalankan. Tambahan pula, semua murid dapat memberi kerjasama yang
menggalakkan menyebabkan proses pdp dapat berjalan dengan lancar. Pada hari rabu juga,
saya sempat menghadirkan diri ke perhimpunan mingguan yang bertempat di dewan SK Batu
Lintang.

Selain itu, pada hari khamis pula, saya telah menghadirkan diri ke mesyuarat mingguan
bersama rakan guru yang lain. Pada hari jumaat pula, saya telah mengajar bidang jawi bagi
subjek pendidikan Islam. Topik yang telah dipelajari ialah khat nasakh. Terdapat 5 huruf yang
perlu dipelajari oleh murid ialah huruf ‫ ال‬،‫ ل‬،‫ ݢ‬،‫ ك‬،‫”" ا‬. Semua huruf telah diperkenalkan kepada
murid dan murid telah ditunjukkan cara untuk menulis khat nasakh dengan betul. Akan tetapi,
murid hanya berjaya menguasai 2 huruf sahaja dan huruf lain perlu diberi penekanan pada
masa akan datang. Walaupun menulis khat merupakan sesuatu yang agak sukar akan tetapi
semua murid telah memberikan kerjasama yang sangat membanggakan menyebabkan proses
pdp dapat berjalan dengan lancar dan objektif yang dirangka dapat dicapai dengan jayanya.

Disemak Oleh Guru Pembimbing Disahkan Oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan : …………………………………….. Tandatangan : ……………………………………..

Nama : ………………………………….. Nama : ……………………………………..

Tarikh : …………………………………….. Tarikh : ……………………………………..

Anda mungkin juga menyukai