Anda di halaman 1dari 15

0

ISI KANDUNGAN








BIL TAJUK M/S
1 1 (a) :
PENGENALAN
CARTA ALIRAN PELAKSANAAN KEMAHIRAN
INTENSIF/BERFOKUS
REFLEKSI

1
1-2

3-4
2 1(b) :
CONTOH PANTUN 4 KERAT KANAK-KANAK
PERTANDINGAN MENULIS PANTUN 4 KERAT
MINGGU BAHASA MALAYU

4
5-6
3 1(c)
ANALISIS DUA KARYA SASTERA KANAK-KANAK
- PANTUN
- SAJAK

7-12
4 BILBIOGRAFI 13
1

1(a) :
Pengenalan
Bacaan intensif ialah bacaan yang pada asasnya bertujuan memperkembangkan
kebolehan dalam meneliti, memaham dan mentafsir apa sahaja yang dibaca dengan tepat.
Di samping itu, bacaan intensif memberi tekanan kepada kajian-kajian terhadap ciri-ciri
tatabahasa, meneliti pembentukan dan penggunaan perkataan, serta pemakaian bahasa itu
dalam konteks dan situasi yang berlainan. Latihan bacaan intensif biasanya memerlukan
bimbingan dan bantuan penuh daripada guru-guru terutama dalam menghadapi dan
menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid.

Carta Alir Pelaksanaan Kemahiran Intensif / Berfokus
Contoh Bahan Bacaan Intensif

Aku sebuah telefon bimbit. Aku dibuat di sebuah kilang yang besar dancanggih. Di
situ, aku ada banyak kawan. Walaupun kami tidak sama bentuk tetapi kami mempunyai
fungsi yang sama.
Aku digunakan untuk menghubungi kenalan tuan aku. Aku juga berfungsi sebagai
kamera. Kadang-kadang tuan aku menggunakan aku untuk melayari Internet. Tuan aku juga
dapat menggunakan aku untuk mendengar muzik .
Aku sedar bahawa aku sangat penting kepada tuan aku. Aku sungguh bangga
menjadi telefon bimbit miliknya.

2

















Guru menyediakan bahan bacaan intensif
atau bacaan berat yang sesuai.
Murid membaca, meneliti, memahami dan mentafsir
bahan bacaan secara senyap dengan tepat.
Murid mengkaji :-
Maklumat telaah isi dan telaah bahasa
Ciri ciri tatabahasa.
Pola-pola kalimat, kosa kata, diskusi umum dan
sebagainya
Pembentukan dan penggunaan perkataan.
Pemakaian bahasa dalam konteks dan situasi yang
berbeza.
.
Bahan mestilah perlu menitik beratkan dua
perkara iaitu membaca telaah isi dan membaca
telaah bahasa.
Murid membuat penilaian dan rumusan atau kesimpulan daripada apa
yang dibaca dan sebagainya.
Murid diberi latihan-latihan yang berkaitan dengan bacaan intensif.
Guru memberi bimbingan dan bantuan penuh kepada murid.
3

Refleksi
Kemahiran membaca merupakan salah satu daripada empat kemahiran bahasa
yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Melalui pembacaan,
seseorang itu mampu menimba ilmu pengetahuan yang tidak dapat diperolehi menerusi
pengalaman-pengalaman biasa yang lain. Membaca dapat membantu memperluaskan
pemikiran dan idea serta meningkatkan daya kreatif seseorang individu dalam pelbagai
bidang.
Teks atau bahan bacaan intensif yang benar-benar sesuai sahaja yang digunakan,
iaitu bacaan yang dipilih secara berhati-hati dengan mengambil kira bentuk dan isinya.
Penggunaan petikan yang pendek-pendek sebagai bahan bacaan untuk pelaksanaan
bacaan intensif memudahkan murid mengkaji pola-pola kalimat, latihan kosa kata, diskusi
umum dan sebagainya menjadi kekuatan utama dalam pemilihan bahan bacaan intensif.
Selain itu, pemilihan bahan harus menekankan dua aspek penting dalam bacaan
intensif ini iaitu membaca telaah isi dan membaca telaah bahasa. Dalam membaca telaah
isi, membaca teliti, membaca pemahaman, membaca kritis dan membaca idea sangat
dititikberatkan. Sementara membaca telaah bahasa, aspek-aspek yang berkaitan dengan
bahasa, perlu ditegaskan.
Antara kelemahan dan kekurangan ketika pelaksanaan bacaan intensif ialah bacaan
berat atau intensif ini memerlukan kepada fokus yang mendalam dan penelitian terhadap
bahan atau teks yang dibaca. Sesetengah murid sukar untuk memberikan fokus yang
mendalam serta ketekunan yang tinggi dalam pembacaan.
Faktor masa mengajar yang singkat turut membantutkan aktiviti murid dalam
mengumpul dan memahami maklumat dan makna bahan atau teks bacaan. Ini kerana
bacaan berat melibatkan masa yang lebih lama dan panjang untuk murid mendapat
maklumat dan memahami teks atau bahan bacaan secara jitu dan mantap. Oleh itu,
bimbingan penuh guru amat membantu.
Justeru itu, antara penambahbaikan yang dapat dilakukan ialah bahan bacaan
intensif itu bolehlah dibincangkan bersama oleh murid dalam kelas, dianalisa dan
seterusnya dijadikan asas untuk latihan-latihan menulis. Aktiviti dalam kelas juga boleh
ditukar setiap hari. Sebagai contoh, hari pertama misalnya, mengkaji perkataan dengan
menggunakan imbuhan, hari kedua, latihan perkamusan, hari ketiga latihan meneka maksud
mengikut konteks, hari keempat membaca dengan laju dan sebagainya. Murid-murid juga
patut dibenarkan menggunakan kamus atau sebuah buku teks rujukan tatabahasa.
4

Kesimpulannya para guru perlu memberikan perhatian dalam beberapa aspek
penting seperti pemilihan bahan yang bersesuaian dengan tahap murid yang diajar,
merancang aktiviti dengan baik dan memberikan bimbingan yang sepenuhnya ketika
melaksanakan bacaan intensif serta aspek aspek lain yang difikirkan rasional dalam
mencapai objektif yang disasarkan.
1(b) :
Contoh: Pantun 4 kerat kanak-kanak (Muhibah dan Perpaduan).
Petang hari pergi ke pekan,
Pulang membawa sebungkus laksa;
Hidup muhibah perlu diamalkan,
Di negara Malaysia berbilang bangsa.

Cantik bergugus buah papaya,
Masak dipetik satu per satu;
Walaupun berlainan bangsa budaya,
Kerana muhibah hidup bersatu.

Air mengalir dalam terusan,
Mengairi sawah beratus relung;
Bekerjasama segala urusan,
Tanda bersatu bergotong-royong.

Tuan Puteri dari kayangan,
Senyuman manis seperti madu;
Bermacam-macam keturunan bukan halangan,
Untuk membina bangsa yang padu.

Enak nian air kelapa,
Penawar sakit mujarab sekali;
Kebudayaan asal tidak dilupa,
Kebudayaan nasional mereka banggai

Sumber : Kurik kundi merah saga : kumpulan pantun lisan Melayu / penasihat Anwar
Ridhwan, Safian Hussin ; Mohd. Thani Ahmad dll,: DBP, 1990.

5

PERTANDINGAN MENULIS PANTUN 4 KERAT MINGGU BAHASA MALAYU

PENDAHULUAN
Pantun merupakan puisi tradisi Melayu yang diwarisi zaman berzaman. Dalam usaha
untuk mewarisi puisi tradisional ini dihayati oleh generasi muda, pihak Kementerian
Pendidikan telah memperkenalkan pertandingan Pesta Pantun pada tahun 1989. Secara
tidak langsung, para Murid dapat menghayati dan berfikiran kritis dalam hal ini. Bagi
menyahut usaha ini juga maka Minggu Bahasa Malayu telah mengadakan pertandingan
menulis pantun 4 kerat.

OBJEKTIF
1. Murid dapat menggunakan kemahiran berfikir dengan semaksimum mungkin.
2. Memupuk minat murid terhadap dunia sastra melayu khususnya pantun.
3. Melahirkan murid yang berfikiran kreatif dan kritis.

SASARAN
Semua murid tahun 4, 5, dan 6.
Semua guru dan staf.

TARIKH DAN MASA
Tarikh : 21-25 April 2014
Masa : 7.10 pagi - 1.00 petang.

PELAKSANAAN PERTANDINGAN
Syarat-Syarat Pertandingan :
6

1. Pertandingan terbahagi kepada dua katogeri iaitu :
1- Terbuka kepada semua murid tahap dua tahun 4, 5 dan 6.
2- Terbuka kepada semua guru dan staf sekolah.
2. Pantun yang dibenarkan hanyalah jenis empat kerat iaitu pantun empat baris yang
mempunyai dua baris pembayang dan dua baris maksud. Rima hujung baris
mestilah berpolakan a/b/a/b.
3. Pertandingan dijalankan sepanjang tempoh Minggu Bahasa Malayu. Tarikh tutup
penyerahan pantun pada 24 April 2014 untuk penilaian dan penghakiman.
4. Tema pantun adalah bebas. Pantun yang dihasilkan mestilah asli dari idea anda
sendiri.
5. Keputusan hakim adalah muktamad.
6. Pemarkahan mengambil kira aspek :
Isi - 20 markah
Bahasa - 20 markah
Nilai susila -10 markah

KELEBIHAN AKTIVITI
Pertandingan menulis pantun terutamanya pantun empat kerat sering diadakan di
peringkat sekolah rendah. Ini kerana ianya lebih mudah dan sesuai dengan tahap
penguasaan semua murid untuk menghasilkannya berbanding karya sastra lain. Selain itu
pertandingan ini juga dapat mendorong murid untuk mengkaji dan membaca bahan-bahan
berkaitan, secara tidak langsung membudayakan budaya membaca di kalangan murid-
murid.
Persaingan yang sihat juga dapat dipupuk dikalangan murid dan mendedahkan
mereka dengan suasana pertandingan. Para guru juga secara tidak langsung dapat memilih
dan mencungkil bakat murid untuk diasah bagi mewakili sekolah dalam mana - mana
pertandingan pantun yang dianjurkan.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Penulisan pantun ini boleh dijadikan sebagai satu aktiviti kokurikulum kelab bahasa
malayu sebagai medan pendedahan awal kepada murid. Selain itu guru juga boleh
mendedahkan murid dengan karya sastra lain seperti puisi, sajak, gurindam dan lain-lain.
7

1(c) :
ANALISIS DUA KARYA SASTERA KANAK-KANAK

Analisis Teks Pantun 4 Kerat Muhibah Dan Perpaduan
Petang hari pergi ke pekan,
Pulang membawa sebungkus laksa;
Hidup muhibah perlu diamalkan,
Di negara Malaysia berbilang bangsa.

Cantik bergugus buah papaya,
Masak dipetik satu per satu;
Walaupun berlainan bangsa budaya,
Kerana muhibah hidup bersatu.

Air mengalir dalam terusan,
Mengairi sawah beratus relung;
Bekerjasama segala urusan,
Tanda bersatu bergotong-royong.

Tuan Puteri dari kayangan,
Senyuman manis seperti madu;
Bermacam-macam keturunan bukan halangan,
Untuk membina bangsa yang padu.

Enak nian air kelapa,
Penawar sakit mujarab sekali;
Kebudayaan asal tidak dilupa,
Kebudayaan nasional mereka banggai






8


Pantun Maksud
Petang hari pergi ke pekan,
Pulang membawa sebungkus laksa;
Hidup muhibah perlu diamalkan,
Di negara Malaysia berbilang bangsa.

Malaysia merupakan negara yang
terdiri daripada berbilang bangsa
dan rakyatnya perlu mengamalkan
cara hidup muhibah.
Cantik bergugus buah papaya,
Masak dipetik satu per satu;
Walaupun berlainan bangsa budaya,
Kerana muhibah hidup bersatu.
Walaupun rakyat Malaysia terdiri
daripada pelbagai bangsa dan
budaya, namun kerana amalan
cara hidup muhibah, rakyat dapat
hidup bersatu padu.
Air mengalir dalam terusan,
Mengairi sawah beratus relung;
Bekerjasama segala urusan,
Tanda bersatu bergotong-royong.
Dalam semua urusan, rakyat hidup
bersatu padu dan bergotong-
royong berkat hidup bekerjasama.
Tuan Puteri dari kayangan,
Senyuman manis seperti madu;
Bermacam-macam keturunan bukan halangan,
Untuk membina bangsa yang padu.
Rakyat yang berbilang keturunan
tidak akan menjadi halangan untuk
rakyat Malaysia
membentuk menjadi bangsa yang
bersatu padu.
Enak nian air kelapa,
Penawar sakit mujarab sekali;
Kebudayaan asal tidak dilupa,
Kebudayaan nasional mereka banggai.
Sebagai rakyat yang berbilang
kaum, tentulah mempunyai
berbilang budaya dan cara hidup.
Namun, kebudayaan dan cara
hidup asal tidak akan dilupakan
walaupun kebudayaan nasional
diamalkan.

Tema:Keharmonian dan perpaduan hidup masyarakat berbilang bangsa.

Persoalan:
Amalan hidup muhibah perlu diamalkan oleh rakyat dalam negara berbilang kaum.
Cara hidup muhibah dapat menyatu-padukan rakyat berlainan bangsa dan budaya.
Amalan bekerjasama dan bergotong royong dapat memudahkan segala urusan.
9

Kepelbagaian keturunan tidak menghalang pembinaan bangsa yang padu.
Kebudayaan nasional tidak melenyapkan kebudayaan sesuatu kaum.

Bentuk:
Terdiri daripada lima rangkap.
Pantun ini berbentuk pantun empat kerat, iaitu dua baris awalan pembayang dan dua
baris akhir maksud pantun.
Pantun ini mengandungi empat belas hingga lapan belas patah perkataan dalam
satu rangkap
Suku kata terdiri daripada lapan hingga dua belas suku kata sebaris.
Rima akhir tetap a,b,a,b.



Unsur Bunyi Contoh
Asonansi Petang hari pergi ke pekan, (R1,B1)
Aliterasi Walaupun berlainan bangsa budaya, (R2,B3)


Nilai:
Bekerjasama: Masyarakat berbilang kaum hidup bekerjasama menjalankan amalan
gotong-royong.
Hormat-menghormati: Masyarakat yang berbilang kaum saling menghormati adat
dan budaya masing-masing.
Semangat bermasyarakat: Menjalankan amalan gotong-royong menunjukkan
semangat hidup bermasyarakat.
Gaya Bahasa Contoh
Repitasi Masak dipetik satu per satu; (R2,B2)
Simile Senyuman manis seperti madu; (R4,B2)
Hiperbola Mengairi sawah beratus relung; (R3,B2)
Anafora Kebudayaan asal tidak dilupa,
Kebudayaan nasional mereka banggai.
(R5,B3 4)
Responsi Ada beras taruh dalam padi,
Ada ingat taruh dalam hati. (R4)
Kata Ganda Tanda bersatu bergotong-royong. (R3,B4)
10

Patriotisme: Masyarakat yang cinta akan tanah air dan sentiasa bangga dengan
kebudayaan tempatan.

Pengajaran:
Kita mestilah bertolak ansur dalam segala hal sebagai rakyat sebuah negara yang
mempunyai masyarakat majmuk.
Kita perlulah hidup bersatupadu agar keharmonian negara dapat dikekalkan.
Kita hendaklah hidup berkerjasama dan bertoleransi tanpa mengira bangsa.

Sajak Hari Akhir Persekolahan Oleh Ahmad Bakhtiar Abdul Mutalib (KOMSAS PMR)
Ada suara hati
yang tersisip
di celah buku-buku
ada mata batin
yang mengintip
pesan para guru
ada air jernih
yang tumpah
dalam dakapan perpisahan
ada tangan nakal
yang mengukir;
merdeka, kita ke takah dewasa!

ANALISIS TEKS
SAJAK MAKSUD
Di pohon sana
pada dahan pohon tualang
lihatlah lebah-lebah
sudah membuat sarang
serangga yang cergas
sentiasa hidup sepakat
sikap yang terpuji.
Pada dahan sebatang pokok, lebah
sedang membuat sarang. Lebah ialah
sejenis serangga yang cergas dan
sentiasa hidup bermuafakat. Sikap ini
ialah sikap yang terpuji bagi lebah.
Ada ratu ada pekerja
berkumpul dan bekerjasama
madu manisnya
Dalam keluarga lebah ada ratu atau
pekerja. Walaubagaimanapun, semua
lebah hidup berkumpul dan bekerjasama
11

penawar penyakit manusia.

dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
Madu yang dihasilkan oleh lebah sangat
manis dan menjadi penawar kepada
penyakit manusia.
Lebah-lebah
pada dahan pohon tualang
kau membuat aku sedar
harus selalu berusaha
dan meniggalkan jasa
seperti madumu yang istimewa
Penyajak membuat kesimpulan bahawa
lebah-lebah yang ada pada dahan pokok
memberi kesedaran tentang kepentingan
usaha. Selain itu, manusia perlu berbuat
jasa dalam hidup seperti lebah yang
berjasa melalui madunya yang istimewa.

Tema
Sikap dan jasa lebah dimana lebah mempunyai pelbagai sikap terpuji seperti rajin dan
bekerjasama, di samping berjasa kepada manusia. Lantaran itu, kita perlu mencontohi lebah
yang mengamalkan kehidupan bermasyarakat dan berjasa kepada hidupan lain.

Persoalan
1.
2.
3.
4.
Kerajinan sejenis serangga
Permuafakatan dalam kehidupan
Jasa sejenis serangga
Hidup bersatu padu tanpa mengira kedudukan

Gaya Bahasa
Gaya Bahasa Contoh
1. Pengulangan

Pengulangan perkataan ada ada ratu ada
pekerja
Pengulangan frasa pada dahan pohon
tualang
2. Sinkof
(penggunaan singkatan kata)
Seperti madumu yang istimewa.

Unsur Bunyi
1. Asonansi (pengulangan
huruf vokal)
Ada ratu ada pekerja
dalam baris sajak di atas, vokal a diulang
sebanyak 7 kali
2. Aliterasi Serangga yang cergas
12

dalam baris sajak di atas, konsonan g
diulang sebanyak 4 kali

Nilai Murni

Bekerjasama
Bukti: berkumpul dan bekerjasama

Kerajinan
Bukti: lihatlah lebah-lebah sudah membuat sarang

Bersatu padu
Bukti: sentiasa hidup sepakat

Berjasa
Bukti: penawar penyakit manusia


Pengajaran
1. Kita perlu bekerjasama dalam melakukan sesuatu pekerjaan untuk mendapatkan hasil yang
terbaik.
2. Kita perlu bersikap rajin demi mencapai kesempurnaan dalam hidup.
3. Kita akan menikmati kejayaan jika menjadikan sikap bersatu padu sebgai amalan
kehidupan.
4. Sebagai manusia yang berhati murni, kita perlu berjasa kepada pihak-pihak yang
memerlukan bantuan.







13


Bilbiografi

Modul : KRB3013 Prinsip Pengajaran Bacaan. Aki Andhy (2012). KIRKBY INTERNATIONAL
COLLEGE.

Kurik kundi merah saga : kumpulan pantun lisan Melayu / penasihat Anwar Ridhwan, Safian
Hussin ; Mohd. Thani Ahmad dll,: DBP, 1990.

Panduan Guru Bahasa Malaysia (SJK) Tahun 3, Kurikulum Standart Sekolah Rendah.
Bahagian Pembangunan Kurikulum. KPM, cetakan 2012

http://cikguazharrodzi.blogspot.com/2011/04/sajak-hari-akhir-persekolahan-komsas.html

http://www.scribd.com/doc/4853290/Kemahiran-Membaca

http://bahasamelayudnisenu.blogspot.com/2013/02/bacaan-intensif.html












14




Krb 3013
Prinsip
pengajaran bacaan






PENGAJIAN BAHASA MELAYU
Tugasan: BERPASANGAN
NAMA NO. ID NO MATRIK
ANDY KONG SIN YU 810618135041 PPG/BM/11/00961/2012/2/KIC
EDWIN @UJANG ANAK SIBAU 690516135565 PPG/BM/11/00966/2012/2/KIC

DISEDIAKAN OLEH

NAMA TUTOR E-LEARNING: ABDUL HADI HAJI ISHAK
TARIKH SERAH: 3 MEI 2014
Secara Individu/berpasangan
(30 markah)
1(a) Sediakan carta alir yang menunjukkan pelaksanaan kemahiran intensif / berfokus.
Kemukakan contoh bahan bacaan yang sesuai untuk digunakan. Sediakan refleksi ringkas
tentang carta alir tersebut.
1(b) Berdasarkan pantun kanak-kanak yang dipilih, kemukakan saranan aktiviti atau program
bagi menggalakkan kanak-kanak menghayati bahan sastera tersebut.
Saranan anda harus meliputi nama aktiviti, objektif, masa, kelebihan atau keberkesanan, langkah
pelaksanaan, peglibatan kanak-kanak dan cadangan penambahabaikan.
1(c). Aplikasikan dua karya sastera kanak-kanak ( genre berbeza) untuk menganalisis.prinsip-
prinsip mengajar membaca untuk berfikir dan menghayati sastera kanak-kanak yang disarankan.

Anda mungkin juga menyukai