Anda di halaman 1dari 16

SRITI DARUL MUTTAQIN, KAMPAR

KAJIAN KES
CARA MENINGKATKAN PENGUASAAN KOSA KATA &
EJAAN BAHASA INGGERIS UNTUK PEMBACAAN &
PENULISAN DALAM KALANGAN MURID TAHUN 5

DISEDIAKAN OLEH:
MAIZATUL SHAHIRA BT. MEOR ZUL HASSAN

UNTUK PEMERHATIAN:
USTAZ AHMAD RIZWAN BIN JAAFAR

1
KAJIAN KES
TAJUK KAJIAN

Cara Meningkatkan Penguasaan Kosa Kata & Ejaan Bahasa Inggeris Untuk Pembacaan &
Penulisan Dalam Kalangan Murid Tahun 5.

PENGENALAN

Isu kurang kemahiran bertutur, membaca dan menulis Bahasa Inggeris dalam kalangan murid
sekolah rendah hari ini sangat ketara. Tambahan pula masa kini sebilangan besar murid tidak
suka bertutur, membaca atau menulis Bahasa Inggeris. Mereka menganggap bahawa bertutur,
membaca dan menulis Bahasa Inggeris ini amat susah dan sukar untuk mengeja sesuatu
perkataan. Ini berdasarkan kajian kes di SRITI DARUL MUTTAQIN DALAM KALANGAN
MURID TAHUN 5 dibuktikan dengan statistik data program membaca buku Bahasa Inggeris
peringkat sekolah menunjukkan kelemahan yang ketara dalam pertuturan, bacaan dan tulisan.
Murid-murid ini lebih suka membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dan sahaja kerana
ianya mudah apatah lagi ianya selalu digunakan dalam kehidupan seharian. Justeru itu, maka
satu kajian akan dibuat untuk mengenalpasti punca, penyelesaian dan cara mengatasinya
permasalahan ini.

OBJEKTIF

1. Mengukur tahap kebolehan membaca teks Bahasa Inggeris kelas Tahun 5 seramai tujuh

orang murid.

2. Mengetahui tahap kebolehan menulis Bahasa Inggeris kelas Tahun 5 seramai tujuh

orang murid melalui penilaian terhadap buku tulis.

3. Mengenal pasti kemampuan tujuh orang murid kelas Tahun 5 menjawab soalan

peperiksaan atau ujian Bahasa Inggeris yang diberikan dengan baik.

2
SOALAN PENYELIDIKAN
1. Apakah isu kajian kes dan kaedah yang digunakan dalam kajian kes ini?
2. Apakah kaedah yang paling berkesan untuk menangani isu yang dikaji?
3. Bagaimanakah cara untuk melihat tahap kefahaman murid dalam pembacaan dan
penulisan Bahasa Inggeris?
4. Bagaimanakah cara untuk memberikan nilai tambah bagi kaedah yang digunakan untuk
kajian kes akan datang?

CARA PELAKSANAAN KAJIAN KES

Untuk melaksanakan dan menyelesaikan kajian kes ini, maka beberapa kaedah yang difikirkan
perlu dibuat iaitu penyelidikan melalui pemerhatian dan juga melalui analisis pembacaan serta
penulisan murid. Selain itu, analisis akan dibuat melalui permainan Scrabble yang boleh
menguji tahap penguasaan kosa kata murid. Semuanya akan direkodkan semasa kajian kes itu
nanti dan berkemungkinan memakan tempoh masa yang agak panjang.

JANGKAAN KESAN KES YANG DIBUAT

Melalui kajian kes yang dibuat ini murid akan memahami dan boleh mengeja Bahasa Inggeris

dengan baik. Di samping itu juga dapat menarik minat murid-murid untuk membaca buku-

buku cerita dalam Bahasa Inggeris. Melalui permainan Scrabble pula, murid dapat

memikirkan dan membina kosa kata Bahasa Inggeris.

Walau bagaimanapun, sepanjang kajian kes ini, dijangka terdapat beberapa kekangan yang

akan berlaku. Antaranya ialah :

1. Masalah ketidak hadiran murid ke sekolah yang menggangu pengajaran dan kajian.

2. Masa ketika mengendalikan kes ini kerana hambatan tugas-tugas yang lain.

Walaubagaimanapun semuanya akan dirancang dan diatur dengan baik semasa kajian nanti,

Insya-Allah.

3
INSTRUMEN KAJIAN KES

Instrumen kajian yang digunakan ialah:

i. Rakaman video dan gambar

ii. Buku cerita

iii. Buku tulis

iv. Kertas peperiksaan

v. Permainan Scrabble

KAEDAH KAJIAN

1. Rakaman video dan gambar – Rakaman dibuat semasa murid sedang membaca dan
menulis kosa kata Bahasa Inggeris di dalam kelas ketika sesi pembelajaran berdasarkan satu
waktu pengajaran sahaja. Kemudian, membuat rakaman pandangan guru-guru yang mengajar
Bahasa Inggeris atau insan yang mahir dalam bidang pendidikan terutama mengenai masalah
pembelajaran untuk memberikan pandangan tentang cara membantu murid menguasai kosa
kata dan ejaan dalam bacaan dan penulisan Bahasa Inggeris.

2. Buku cerita – Setiap murid akan diuji dari segi bacaan Bahasa Inggeris melalui buku
cerita yang dibekalkan. Kemahiran menyebut kosa kata yang betul dari segi sebutan akan
dinilai dan murid akan menulis semula kosa kata yang ada dalam cerita yang dibaca dalam
buku tulis.

3. Buku tulis – Beberapa buah buku tulis murid diambil secara rawak untuk disemak.
Kemudian beberapa muka surat dari buku-buku tersebut di fotostat untuk di buat analisis
tentang penguasaan kosa kata dan ejaan dalam penulisan Bahasa Inggeris. Data analisis ini
akan dinilai, mengenal pasti punca serta melaksanakan cara untuk mengatasinya.

4. Kertas peperiksaan – Mengambil beberapa kertas jawapan peperiksaan pertengahan


tahun. Kertas peperiksaan ini juga dinilai dan dianalisis untuk melihat sejauh mana
kemahiran menulis Bahasa Inggeris.

4
5. Permainan Scrabble – Permainan ini akan menguji tahap penguasaan kosa kata dan
ejaan dalam kalangan murid. Murid akan bermain dalam tempoh masa yang ditetapkan
dengan mengikut syarat permainan tersebut.

6. Intervensi – Melaksanakan program bimbingan (pemulihan, pengukuhan dan


pengayaan). Kemudian membuat ujian sebagai refleksi (dapatan)

Penutup

Semoga kajian ini berjalan lancar dan mendapat sokongan daripada semua pihak di sekolah
terutamanya dan semuanya dapat dilakukan dengan jayanya. Analisa yang dibuat juga akan
diteliti berdasarkan bukti-bukti yang sah. Semoga dengan kajian ini dapat membantu murid
yang lemah ini dan yang lainnya supaya boleh membaca serta menulis Bahasa Inggeris dengan
lebih baik pada masa akan datang.

LAPORAN TINDAKBALAS KAJIAN YANG DIBUAT

Tajuk Kajian : Cara Meningkatkan Penguasaan Kosa Kata & Ejaan Bahasa
Inggeris Untuk Pembacaan & Penulisan Dalam Kalangan Murid
Tahun 5.
Tarikh Mula Kajian : 4 SEPTEMBER 2023
Tempoh Kajian & Pelaksanaan : 4 SEPTEMBER 2023- 22 SEPTEMBER 2023
(selama tiga minggu)

Pada minggu pertama kajian kes, kaedah yang digunakan adalah melalui buku cerita. Buku
cerita diedarkan kepada tujuh orang murid yang terlibat untuk menguji tahap penguasaan kosa
kata dan ejaan Bahasa Inggeris setiap murid. Setelah murid membaca buku cerita tersebut,
mereka dikehendaki menulis semula kosa kata Bahasa Inggeris dengan ejaan yang betul dalam
masa 10 minit. Daripada tujuh orang murid, tiga orang berjaya menulis sebanyak 15 kosa kata
dengan 13 daripadanya ejaan betul, dua orang menulis 10 kosa kata, dengan lapan daripadanya
ejaan yang betul dan dua orang lagi menulis lapan kosa kata, dengan enam daripadanya ejaan
betul.

5
Bil. Nama Murid Bil. kosa kata Bil. ejaan yang betul
1. Aisyah 8 6
2. Ajwad 10 8
3. Huzaifah 15 13
4. Radhwa 10 8
5. Ramadhan 8 6
6. Umar 15 13
7. Zayd 15 13

JADUAL 1

CARTA PENGUASAAN BILANGAN KOSA KATA DAN


BILANGAN EJAAN YANG BETUL BAGI MURID
TAHUN 5
16
14
12
10
8
6
4
2
0
Aisyah Ajwad Huzaifah Radhwa Ramadhan Umar Zayd
1 2 3 4 5 6 7

Bil. kosa kata Bil. ejaan yang betul

CARTA 1

6
Pada minggu kedua kajian kes, kaedah yang digunakan adalah melalui buku tulis. Murid
diminta untuk membina lima ayat Bahasa Inggeris dalam masa 15 minit dan ditulis dalam buku
tulis tersebut. Melalui ayat yang dibina, hanya dua oramg murid daripada tujuh orang murid
membina lima ayat yang sempurna dari segi penggunaan kosa kata dan ejaan manakala tiga
orang daripadanya hanya membina tiga ayat dengan sempurna manakala dua orang murid lagi
hanya mampu membina dua ayat dengan sempurna.

Bil. Nama Murid Bil. ayat yang betul


penggunaan kosa kata
dan ejaan
1. Aisyah 2
2. Ajwad 3
3. Huzaifah 3
4. Radhwa 3
5. Ramadhan 2
6. Umar 5
7. Zayd 5

JADUAL 2

CARTA BILANGAN AYAT YANG BETUL DARI ASPEK


PENGGUNAAN KOSA KATA DAN EJAAN BAGI
MURID TAHUN 5
6
5
4
3
2
1
0
Aisyah Ajwad Huzaifah Radhwa Ramadhan Umar Zayd
1 2 3 4 5 6 7

CARTA 2

7
Pada minggu ketiga kajian kes, kaedah yang digunakan adalah melalui kertas peperiksaan
dan permainan Scrabble. Murid diminta untuk mengarang esei dalam 50 patah perkataan dalam
masa 20 minit. Daripada tujuh orang murid, seramai 3 orang murid mendapat markah 12/15.
Seramai dua orang murid mendapat 10/15 dan seramai dua orang murid lagi mendapat markah
8/15.

Melalui permainan Scrabble pula, murid diminta untuk membina perkataan dalam masa 30
minit. Daripada tujuh orang murid seramai lima orang murid berjaya membina 20 kosa kata
yang betul dari segi ejaan, seorang berjaya membina 18 kosa kata dengan ejaan yang betul dan
seorang lagi dengan 15 kosa kata dengan ejaan yang betul.

Bil. Nama Murid Jum. markah esei yang


diperoleh (%)
1. Aisyah 53
2. Ajwad 67
3. Huzaifah 80
4. Radhwa 53
5. Ramadhan 67
6. Umar 80
7. Zayd 80

JADUAL 3

CARTA JUMLAH MARKAH ESEI BAGI MURID


TAHUN 5 (%)
90
80
70
60
50
40
30
20
10
0
Aisyah Ajwad Huzaifah Radhwa Ramadhan Umar Zayd
1 2 3 4 5 6 7

CARTA 3

8
Bil. Nama Murid Bil. kosa kata yang dibina
1. Aisyah 15
2. Ajwad 20
3. Huzaifah 20
4. Radhwa 18
5. Ramadhan 20
6. Umar 20
7. Zayd 20

JADUAL 4

CARTA BILANGAN KOSA KATA YANG DIBINA BAGI


MURID TAHUN 5
Zayd 20

Umar 20

Ramadhan 20

Radhwa 18

Huzaifah 20

Ajwad 20

Aisyah 15

0 5 10 15 20 25

CARTA 4

9
RUMUSAN:
1) SEBELUM kajian kes dilaksanakan,

a) Jumlah murid yang terlibat adalah seramai tujuh orang iaitu dalam kalangan

murid Tahun 5.

b) Masalah yang dihadapi ialah murid kurang menguasai kosa kata dan ejaan dalam

Bahasa Inggeris. Mereka kurang tahu menyebut kosa kata dalam pembacaan dan

melakukan kesalahan ejaan dalam penulisan.

2) SELEPAS kajian kes dilaksanakan.

a) Perkembangan murid amat memberansangkan. Daripada tujuh orang murid,

lima orang murid telah menunjukkan peningkatan dalam penguasaan kosa kata

dan ejaan. Setiap pentaksiran dan latihan dalam buku aktiviti, lima orang murid

ini dapat menyelesaikan soalan tanpa bimbingan guru. Kesimpulannya,

daripada empat kaedah iaitu buku cerita, buku tulis, kertas peperiksaan dan

permainan Scrabble, didapati kaedah buku cerita dan permainan Scrabble amat

berkesan untuk meningkatkan penguasaan kosa kata dan ejaan Bahasa Inggeris

untuk pembacaan dan penulisan.

3) Tindakan susulan

Murid akan didedahkan lebih banyak aktiviti membaca buku ceritan Bahasa

Inggeris dan bermain permainan Scrabble bagi meningkatkan lagi penguasaan

kosa kata dan ejaan.

a) Cadangan bimbingan selanjutnya

Bimbingan setetrusnya akan lebih tertumpu kepada dua orang murid yang

masih belum menguasai kosa kata dan ejaan Bahasa Inggeris untuk pembacaan

10
dan penulisan. Kaedah bimbingan adalah melalui medium visual dan audio bagi

menarik minat murid-murid ini untuk menguasai kosa kata dan ejaan Bahasa

Inggeris.

LAMPIRAN

Aktiviti murid membaca buku cerita

11
12
Aktiviti murid menulis lima ayat dalam buku tulis

13
Kertas peperiksaan murid

14
Aktiviti murid bermain permainan Scrabble

15
16

Anda mungkin juga menyukai