Anda di halaman 1dari 6

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN 2011

NAMA PENYELIDIK:
ROKIAH BT. RASAT
No.IC: 560619-05-5204

TAJUK KAJIAN:

‘INDAHNYA SUKUKATA JAWI RUMI, RUMI


JAWI’
1.0 NAMA SEKOLAH
SK RAWANG
2.0 NAMA PENYELIDIK
Rokiah binti Rasat No.IC: 560619-05-5204

3.0 TAJUK KAJIAN


‘Indahnya Sukukata Jawi Rumi, Rumi Jawi”

4.0 REFLEKSI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN LALU


Pengalaman 3 bulan mengajar subjek Pendidikan Islam tahun 5 Dinamik, Saya
mendapati separuh daripada pelajar kelas ini masih lemah dalam menguasai tulisan
Jawi. Semasa menanda kertas Ujian Mac yang lalu, Kebanyakkan mereka mendapat
markah yang sederhana , tetapi apabila saya menyebut sukukata itu, murid-murid
boleh menjawab dengan betul.. Ini menunjukkan bahawa mereka sebenarnya
mengetahui jawapan kepada soalan tetapi mereka tidak dapat membaca sukukata .

5.0 ISU/KEPERIHATINAN (FOKUS KAJIAN)


Fokus utama kajian tindakan yang akan saya laksanakan ini ialah mejurus kepada
teknik mudah mengeja dan menyebut sukukata dan perkatan yang ditulis dalam
tulisan jawi. Menyedari kemahiran membaca tulisan jawi amat penting dalam subjek
Pendidikan Islam, sesuatu tindakan perlu diambil untuk mengatasi masalah ini.

6.0 OBJEKTIF KAJIAN

6.1 OBJEKTIF AM
 Meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam
itu sendiri, dalam masa yang sama dapat meningkatkan penguasaan
murid-murid dalam membaca tulisan jawi.
 Murid dapat mengetahui dan mengingati cara padanan huruf jawi
dengan huruf rumi.

6.2 OBJEKTIF KHUSUS


 Murid dapat memadankan suku kata rumi ke jawi dan jawi ke rumi.
 Murid dapat menyebut perkataan jawi.
 Murid dapat membaca ayat pendek dengan betul .

7.0 KUMPULAN SASARAN


14 orang murid Tahun 5 Dinamik yang dikenal-pasti bermasalah dalam membaca
tulisan jawi berdasarkan keputusan Ujian Bulan Mac yang lepas. Lokasi kajian adalah
Kelas1Dinamik.

8.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN


8.1 Aktiviti 1 : Mengeja Sukukata
 Apabila murid berjaya menyebut sukukata rumi, mereka akan
memadankan sukukata rumi dan sukukata jawi menjadi perkataan.

8.2 Aktiviti 2:Padanan Sukukata


 Apabila murid telah berjaya menghafaz padanan sukukata , mereka
akan mengaplikasikan padanan sukukata ini untuk mengeja dan
menyebut perkataan.
 Setiap murid dibekalkan 1 set padanan sukukata rumi dan sukukata
jawi.
 Setiap murid dikehendaki mengingati 5 padanan sukukata pada setiap
satu masa mata pelajaran Pendidikan Islam. Bermakna murid akan
mengingati 30 padanan sukukata dalam masa 6 masa seminggu dalam
p&p.
 Setiap kali p&p bermula, guru akan membuat latih tubi menyebut
sukukata.
8.3 Aktiviti 2: Mengeja suku kata terbuka jawi dengan kaedah padanan.
 Apabila murid sudah mengingati kesemua padanan sukukata, guru
akan membekalkan setiap murid kad imbasan satu suku kata terbuka.
 Setiap murid akan mendapat suku kata terbuka yang berbeza.
 Murid diminta menukarkan huruf rumi tesebut kepada huruf jawi dan
menyebut suku kata tersebut.
 Menyambung perkataan menjadi ayat pendek.

8.4 Ujian Mengesan Pencapaian Murid


 Apabila sesuatu tajuk habis diajar, ujian mengesan pencapaian murid
akan diadakan bagi mengesan tahap pencapaian mereka.

8.5 Post Mortem/Refleksi


 Post Mortem akan dilakukan sebaik berakhirnya ujian post dan
pencapaian yang baik atau kelemahan dan kekurangan dari kaedah
atau pendekatan yang digunakan dapat dikesan melalui ujian tersebut
akan dicatat sebagai proses penambah-baikan.

8.6 Laporan Kajian


 Hasil kajian akan dilaporkan secara bertulis bagi mengetahui sejauh
mana keberkesanan dan kewajarannya untuk penambahbaikkan perlu
dilakukan pada masa yang akan datang.

9.0 BAHAN YANG DICADANGKAN


a) Modul atau set‘Padanan Sukukata Jawi ke Rumi ’.
b) Kertas warna A4
c) Marker Pen
d) Pen drive
e) Buku catatan guru.
10.0 JADUAL PERLAKSANAAN KAJIAN
Bil. Aktiviti Tarikh
Perlaksanaan
1. Menulis proposal kajian 01 Mac 2011
2. Merancang Tindakan 10 Mac 2011
3. Melaksanakan Tindakan-Aktiviti 1 15 Mac 2011
4. Membincangkan masalah yang timbul dalam 20 Mac 2011
tindakan 1.
5. Melaksanakan Tindakan-Aktiviti 2 25 Mac 2011
Membincangkan masalah yang timbul dalam 30 Mac 2011
tindakan 2.
6. Melaksanakan Tindakan-Aktiviti 3 05 April 2011
Membincangkan masalah yang timbul dalam 10 April 2011
tindakan 3.
7. Melaksanakan Tindakan-Aktiviti 4 15 April 2011
8. Membincangkan masalah yang timbul dalam 25 April 2011
tindakan 4.
9. Ujian Pengesanan 03 Mei 2011
10. Refleksi Kajian. 10 Mei 2011
11. Menulis Laporan Kajian. 15 Mei 2011

11.0 KOS KAJIAN

Bil. Jenis Bahan Jumlah Kos


1. Modul dan set ‘Padanan Sukukata Jawi Ke RM 50.00
Rumi’
10 set x 5.00
2. Kertas A4 1 rim x 8.00 RM 8.00
3. Marker Pen 1 x 6.00 RM 6.00
4. Pen Drive 1 x 32.00 RM 32.00
5. Buku catatan guru 1 x 3.00 RM 3.00
Jumlah RM 99.00

12.0 PENUTUP
Kajian Tindakan yang dilakukan ini merupakan usaha murni dalam membantu
murid memantapkan penguasaan dalam tulisan jawi. Selain itu, ia membantu
murid memahami kaedah yang diterapkan dan cara penggunaannya terhadap
murid. Dengan memahami cara penggunaannya, murid akan dapat menguasai
cara membaca perkataan dalam tulisan jawi. Kemahiran yang diperolehi dalam
proses menyebut sukuta dan perkataan dapat membantu mereka membina ayat-
ayat yang mudah yang bersesuaian dengan tahap kemampuan mereka. Keupayaan
menghasilkan ayat-ayat yang mudah akan meningkatkan daya kreativiti mereka
selaras dengan peningkatan umur serta pencapaian mereka dalam proses
pembelajaran. Kreativiti ini seterusnya akan memberikan mereka keyakinan untuk
membaca bahan-bahan daripada tulisan jawi bersama rakan sebaya yang
seterusnya menjadi titik tolak kepada proses perkembangan ilmu ke arah
pembentukan generasi yang berketrampilan dan mempunyai daya saing yang
tinggi.

Anda mungkin juga menyukai