Anda di halaman 1dari 19

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS JAWI 10

ORANG MURID TAHUN 2 OPTIMIS


MENGGUNAKAN TEKNIK
DALIL AVU ZAR ZAD

DALILAH BINTI DESA

SK BUKIT KALAM
PETI SURAT 81097
87020 WP LABUAN
(0123725032)

2010
KANDUNGAN
Halaman
PENGHARGAAN i
ABSTRAK ii
KANDUNGAN iii
1.0 REFLEKSI P&P YANG LALU 1
2.0 FOKUS KAJIAN 2
3.0 OBJEKTIF KAJIAN 3
4.0 KUMPULAN SASARAN 4
5.0 PERANCANGAN 4
6.0 TINJAUAN AWAL 6
7.0 PELAKSANAAN AKTIVITI INTERVENSI 8
8.0 PENILAIAN 11
9.0 REFLEKSI KAJIAN 13
10.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA 13
BIBLIOGRAFI 12
LAMPIRAN 13
PENGHARGAAN

Saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izin-Nya saya dapat menyiapkan Kajian
Tindakan ini. Sepanjang saya menjalankan kajian ini, saya mendapat sokongan dan kerjasama
yang tidak ternilai daripada pelbagai pihak. Kesempatan ini saya ambil bagi merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada mereka yang berkenaan.

Pertamanya, jutaan terima kasih kepada pengetua dan barisan pentadbir yang lain yang
begitu bersungguh-sungguh membantu dan memudahkan kajian saya serta tidak putus-putus
memberi sokongan yang padu. Kepada pegawai-pegawai di Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan yang begitu komited membantu memberi kefahaman tentang
Kajian Tindakan, penyelaras Kajian Tindakan Wilayah Persekutuan Labuan, Puan Hajah
Khaziati Osman, kepada Juru latih Utama Kajian Tindakan, Puan Kartini Ahmad, yang sentiasa
memberi tunjuk ajar tanpa jemu. Tidak lupa kepada rakan-rakan guru yang sentiasa memberi
kerjasama yang dapat melancarkan lagi proses saya menjalankan kajian ini.

Khusus kepada anak-anak murid yang terlibat secara langsung sebagai sampel kajian,
kerjasama dan kesungguhan mereka mengikuti aktiviti yang saya jalankan sangat mengharukan
dan sangat dihargai. Akhir sekali penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga
ditujukan khas untuk suami dan anak-anak tercinta, sokongan dan kasih sayang kalian
merupakan dorongan yang sangat tinggi nilainya bagi mencapai kejayaan ini.

Allah S.W.T. jua yang dapat membalas segala jasa dan budi yang dihulurkan.
ABSTRAK

Sikap dan tingkahlaku murid-murid Tahun 2 Optimis semasa proses pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran Jawi menunjukkan mereka berhadapan masalah untuk mahir
menulis jawi dan lemah dalam menyambung huruf-huruf tunggal jawi. Ujian, kutipan data
melalui soal selidik dan pemerhatian mengesahkan wujudnya masalah tersebut dan menguatkan
hasrat saya untuk mencari penyelesaian bagi mengatasinya. Masalah tersebut juga menyebabkan
mereka hilang minat terhadap mata pelajaran Jawi. Justeru, Kajian Tindakan ini dijalankan
dengan tujuan untuk mencari pendekatan terbaik menggunakan formula paling mudah bagi
membantu murid menulis jawi serta mengenali huruf jawi tunggal yang boleh disambung dan
yang tidak boleh disambung. Teknik Dalil Avu Zar Zad telah diperkenalkan. Kemahiran murid
bagi mengenali huruf Jawi yang mewakili huruf Rumi serta menulis suku kata mudah cuba
ditingkatkan dengan menggunakan Teknik Dalil, manakala kemahiran murid untuk mengenali
huruf tunggal Jawi yang boleh disambung dan tidak boleh disambung cuba ditingkatkan dengan
Teknik Avu Zar Zad. Dapatan kajian ini menunjukkan murid-murid yang selama ini langsung
tidak tahu menulis perkataan Jawi dan tidak tahu menyambung huruf-huruf tunggal Jawi mampu
melakukannya dengan penuh keyakinan. Setiap kali menjalankan P&P, mereka begitu khusyuk
tunduk dan menulis jawapan tanpa ragu-ragu. Dapat dirumuskan, kemahiran murid dapat
ditingkatkan sekiranya kita mampu menggunakan kaedah yang sesuai dengan tahap kecerdasan
mereka. Amalan penyelidikan untuk mencari pendekatan terbaik dalam amalan P&P bukan
sahaja dapat mengatasi masalah pembelajaran murid malah menggilap kreativiti dan inovasi
guru.
1.0 REFLEKSI AMALAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN YANG LALU

Saya telah mengajar Jawi selama 9 tahun. Selama itu jugalah saya menghadapi masalah yang
sama, iaitu pelajar begitu mengambil masa untuk menguasai Jawi. Sudahlah peruntukan masa
untuk bidang ini cuma setengah jam sahaja. Bagi saya, mengajar Jawi ini sama sahaja seperti
mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu, cuma tulisannya sahaja yang berbeza. Jadi peruntukan
waktu selama setengah jam memang tidak memadai. Ketidakmampuan murid menguasai Jawi
memberi implikasi negatif kepada mereka, iaitu tidak minat dengan mata pelajaran Jawi. Kaedah
pengajaran saya juga sama sahaja sebagaimana yang saya gunakan sejak mula mengajar Jawi.
Saya tidak dapat lari daripada kaedah chalk and talk. Saya akhirnya berfikir adakah kaedah ini
sahaja yang sesuai untuk saya gunakan dalam mengajar Jawi. Mengapa hanya chalk and talk?
Sedangkan sudah terbukti ramai murid saya yang tidak dapat saya tingkatkan kemahiran mereka
dengan kaedah tersebut. Tidak adakah kaedah lain yang lebih berkesan? Perkara ini memang
saya sudah terfikir sejak sekian lama.

Mesti ada sesuatu yang saya boleh lakukan! Bukan hanya di satu dua kelas, saya berhadapan
masalah yang sama tetapi semua kelas yang saya ajar termasuk kelas Tahun 2 Optimis. Perkara
ini amat membimbangkan saya. Saya tidak boleh membiarkan situasi ini terus berlarutan. Saya
harus memulakan usaha untuk memperbaiki situasi ini. Selain memikirkan masalah ini berpunca
daripada diri saya sendiri, saya perlu mendekati murid untuk mendalami masalah mereka dan
mencari penyelesaian terbaik bagi mengatasi masalah pengajaran dan pembelajaran yang
dihadapi. Mungkinkah persekitaran kelas yang masih sama sejak mereka menjejakkan kaki ke
sekolah dan latar belakang keluarga yang tidak ada pengetahuan mendalam tentang Jawi turut
mempengaruhi kemahiran mereka? Setelah berfikir berkali-kali, akhirnya saya memutuskan
untuk memulakan Kajian Tindakan ini dengan memilih 10 orang murid Tahun 2 optimis sebagai
sasaran pertama saya. Ini kerana, saya dapati 10 orang murid ini menghadapi masalah yang
sangat kritikal untuk menulis Jawi. Walaupun kadang-kadang mereka kelihatannya cuba
menumpukan perhatian semasa saya mengajar, tetapi kelihatannya mereka sukar untuk
mengikuti pengajaran apatah lagi untuk memahami apa yang saya ajarkan.. Banyak soalan yang
sama saya terima daripada murid, antaranya “Ustazah, huruf K sama dengan huruf apa?”,
“Ustazah, huruf zal boleh disambungkan dengan huruf dal tak?, “Ustazah, huruf alif boleh
disambungkan dengan huruf dal tak?, “Ustazah, boleh tak huruf kaf disambungkan dengan huruf
ya?” dan soalan-soalan lain yang sering kali berulang-ulang yang sama! Kekerapan menerima
soalan dan memberi jawapan yang sama memberi saya idea untuk menghasilkan satu formula
bagi membantu mereka memahami dan memberi jawapan bagi persoalan yang timbul dalam
pemikiran mereka.

Pertanyaan yang sama berulang kali juga meyakinkan saya bahawa tentu ada kelemahan dalam
amalan pengajaran yang telah saya gunakan menyebabkan murid-murid tidak dapat menguasai
kemahiran yang diperlukan. Selain cara pengajaran saya yang mungkin tidak berkesan dan tidak
menarik, murid juga agaknya tidak mendapat tunjuk ajar atau bantuan ibu bapa dalam
mengulangkaji mata pelajaran Jawi di rumah. Saya dapat memahami masalah tersebut kerana
mungkin latar belakang ibu bapa mereka juga tidak mempunyai pengetahuan dan kemahiran
yang berkaitan dengan mata pelajaran Jawi. Mereka juga mungkin merasakan Jawi tidak penting
kerana tidak dinilai dalam UPSR. Hakikat sebenarnya, walaupun bidang Jawi yang menjadi sub
mata pelajaran Pendidikan Islam ini tidak dinilai dalam peperiksaan UPSR namun penilaian akan
tetap dilakukan dalam peperiksaan PMR dan SPM di sekolah menengah nanti. Hakikatnya
kemahiran menulis Jawi perlu dipupuk sejak di sekolah rendah bagi memastikan mereka
mempunyai minat yang berterusan terhadap mata pelajaran Jawi serta bagi memastikan mereka
dapat menguasai mata pelajaran Jawi. Ringkasnya, mahir atau tidak mahir seseorang murid itu
menulis dan membaca Jawi, adalah bertitik tolak di sekolah rendah lagi.

Saya bertambah yakin keputusan saya untuk bertindak dengan menghasilkan formula atau teknik
baru mengajar Jawi akan dapat dapat membantu saya mengatasi masalah ini. Dengan teknik baru
itu nanti, saya bukan sahaja dapat memperbaiki amalan pengajaran saya tetapi juga mungkin
akan dapat meningkatkan minat murid saya terhadap mata pelajaran Jawi. Saya semakin pasti
dengan fokus kajian saya, menghasilkan teknik atau formula baru untuk meningkatkan
kemahiran murid menulis Jawi, bermula dengan murid Tahun 2 Optimis! Mula-mula saya akan
menghasilkan teknik untuk membantu mereka mengenali huruf Jawi yang mewakili huruf Rumi
serta menulis perkataan Jawi menggunakan suku kata mudah, kemudian saya akan menghasilkan
teknik atau formula untuk membantu mereka mengenali huruf Jawi yang boleh disambung dan
tidak boleh disambung. Mudah-mudahan hasrat saya untuk meningkatkan kemahiran mereka
menulis Jawi akan tercapai.

2.0 FOKUS KAJIAN

Oleh sebab kemahiran menulis Jawi merupakan tunjang kepada pencapaian baik Pendidikan
Islam dalam peperiksaan PMR dan SPM, saya harus mengambil langkah segera untuk mengatasi
masalah 10 orang murid Tahun 2 Optimis yang tidak dapat menguasai kemahiran menulis Jawi
dengan menggunakan teknik atau formula baru yang akan saya hasilkan nanti. Saya harus
membantu mereka menguasai Jawi sebelum mereka ke sekolah menengah, ibarat kata pepatah,
melentur buluh biarlah dari rebungnya. Untuk kemahiran menulis Jawi, mula-mula saya harus
menghasilkan teknik yang paling berkesan iaitu mencari formula yang dapat membantu mereka
mengenali huruf-huruf Jawi yang mewakili huruf-huruf Rumi dan membantu mereka menulis
suku kata mudah dalam Jawi. Seterusnya teknik atau formula yang dapat membantu murid
mengenali huruf tunggal Jawi yang boleh disambung dan tidak boleh disambung. Menggunakan
10 orang murid Tahun 2 Optimis sebagai sampel kajian sangat bertepatan kerana sebagai guru
mata pelajaran Jawi mereka, saya dapat berhubung secara langsung dengan mereka untuk
mengaplikasikan formula yang saya perkenalkan. Selain itu, saya juga dapat melibatkan murid-
murid tersebut untuk mengutip data bagi mengesahkan andaian semasa refleksi serta mengutip
data bagi mengenal pasti keberkesanan formula dalam meningkatkan kemahiran mereka menulis
Jawi. Dapatan daripada analisis data selepas tindakan intervensi dilakukan juga akan membantu
saya mengesan pencapaian objektif kajian.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Berikut ialah objektif umum dan objektif khusus bagi kajian ini:

3.1 Objektif Umum


Objektif kajian ini secara umumnya adalah untuk meningkatkan kemahiran 10 orang murid
Tahun 2 optimis menulis Jawi, iaitu meningkatkan kemahiran mereka mengenali huruf-huruf
Jawi yang mewakili huruf-huruf Rumi serta membantu mereka menulis suku kata mudah
menggunakan Teknik Dalil dan mengenali huruf tunggal Jawi yang boleh disambung dan tidak
boleh disambung menggunakan Teknik Avu Zar Zad. Diharapkan dengan teknik yang
diperkenalkan, murid-murid tersebut dapat menguasai kemahiran menulis Jawi dengan baik serta
akan lebih meminati mata pelajaran Jawi. Seterusnya diharapkan mereka akan dapat mencapai
pencapaian yang cemerlang dalam peperiksaan PMR dan SPM yang akan mereka jalani semasa
di peringkat menengah nanti.

3.2 Objektif Khusus

Objektif khusus kajian ini adalah seperti di bawah:

i. Untuk memastikan 100% murid Tahun 2 optimis lulus dalam ujian mengenal pasti huruf
Jawi yang mewakili huruf Rumi dan menulis suku kata mudah Jawi setelah menggunakan
Teknik Dalil.

ii. Untuk memastikan 100% murid Tahun 2 Optimis lulus dalam ujian mengenal pasti huruf-
huruf Jawi yang boleh dan tidak boleh disambung setelah menggunakan Teknik Avu Zar
Zad.

iii. Untuk meningkatkan min minat murid Tahun 2 Optimis terhadap mata pelajaran Jawi

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran terdiri daripada 10 orang murid Tahun 2 Optimis di SK Bukit Kalam yang
menghadapi masalah dalam menulis Jawi. Saya mengambil keputusan untuk menjalankan kajian
ke atas murid-murid ini agar mereka menyedari bahawa mereka mampu mencapai kejayaan
sekiranya mereka meminati proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan serta berusaha
untuk cemerlang.
5.0 PERANCANGAN

Kajian ini akan melibatkan saya sendiri sebagai pengkaji dan 10 orang murid Tahun 2 Optimis
sebagai sampel kajiian. Di bawah ini ialah jadual perancangan menjalankan kajian dalam tempoh
masa yang telah ditentukan:

Jadual 1
Perancangan Kajian Dalam Tempoh Masa 3 Bulan
Bulan Minggu Aktiviti Catatan
Mac 1 Tinjauan Awal: i. Soalan ujian
i. Mereka bentuk soalan untuk ujian pra dan ujian seperti di
pos bagi mengenal pasti kemahiran murid Lampiran A
ii. Mereka bentuk soal selidik (10 soalan) ii. Soal Selidik
iii. Menjalankan ujian pra (20 minit) seperti di
iv. Mengedarkan soal selidik kepada murid dan Lampiran B
mengumpul semula selepas 10 minit iii.Perkara-perkara
v. Membuat perhatian terhadap sikap murid sebelum di perhatikan
aktiviti intervensi seperti di
lampiran C

Mac 2&3 Analisis Data Tinjauan awal:


i. Menganalisis, merekod dan melapor markah
ujian pra - bilangan dan peratus yang lulus/yg
dapat menjawab dengan betul.
ii. Menganalisis data soal selidik - menentukan nilai
min bagi mengukur minat/persepsi murid pada
mata pelajaran Jawi dan bilangan serta peratus
bagi setiap kategori skala
iii. Melaporkan dapatan analisis data soal selidik
dalam Jadual
iv. Melaporkan dapatan pemerhatian
Mac 4 Merancang dan menyusun aktiviti intervensi:
i. Aktiviti I: Mereka bentuk Kad Dalil Avu Zar Zad
dan memperkenalkan kad kepada murid-murid.
Murid akan diperkenalkan terlebih dahulu
dengan Teknik Dalil - Menggunakan Jadual
kunci huruf yang mengandungi huruf-huruf
tunggal Rumi bersamaan huruf tunggal Jawi
(Contoh Kad di Lampiran C)
ii. Aktiviti II: Memberi soalan latih tubi untuk
mengenal pasti kemahiran murid mengenal pasti
huruf dan kemahiran murid menulis suku kata
mudah.
iii. Aktiviti IV: Memperkenalkan Teknik Avu Zar
Zad
iv. Aktiviti V: Memberi latih tubi - murid perlu
menulis jawapan bagi perkataan bagi mengesan
kemahiran mereka mengenali huruf-huruf yang
boleh disambung dan yang tidak boleh
disambung.

April 1-3 Melaksanakan aktiviti intervensi sebagaimana yang Nota: semua


dirancang secara satu persatu aktiviti akan
divideokan
Melakukan pemerhatian dan membuat perekodan
terhadap perubahan sikap dan tingkah laku murid

April 4 Menjalankan ujian pos untuk menilai tahap


perubahan tingkah laku terhadap teknik yang
diperkenalkan.
Mengedar soal selidik untuk dijawab oleh murid
Mei 1 Menganalisis data ujian pos
Menganalisis data soal selidik
Menyediakan jadual dan pelaporan hasil analisis data
2 Menulis refleksi kajian dan membuat cadangan
3 Mengemas kini laporan - editing, memastikan isi
kandungan, rujukan dan lampiran dilengkapkan
4 Menjilid laporan dan bersedia untuk dihantar ke
PPD.

Anggaran Perbelanjaan Kajian

Untuk menjalankan kajian ini, saya telah mengenal pasti bahan dan kos yang akan terlibat.
Jadual di bawah menunjukkan perincian bagi bahan dan anggaran perbelanjaan kajian:

Jadual 2
Anggaran Perbelanjaan Kajian
Bil Butiran Harga Per unit x Jumlah
unit (RM) (RM)
1 Kertas mahjung 0.20 x 10 20.00
2 Kertas A4 10.00 x 1 rim 10.00
3 Dakwat pencetak 80.00 x 1 katraj 80.00
4 Artline 3.00 x 3 9.00
5 Bahan fotostat 0.50 x 50 helai 2.60
6 Thum drive 40.00 x 1 40.00

Alat Bantu Mengajar

Senarai ABM yang digunakan (jika ada) juga boleh disediakan dalam satu jadual, contoh dengan
format berikut:
Jadual 3
Alat Bantu Mengajar Yang Digunakan
Bil Jenis ABM Kuantiti
1 Kad Dalil Avu Zar Zad 10

6.0 TINJAUAN AWAL

10 orang murid 2 Optimis yang dipilih sebagai sampel kajian adalah hasil pemerhatian semasa
pengajaran dan latihan. Ujian pra dijalankan untuk mengenal pasti tahap kemahiran murid dalam
menulis Jawi. Saya memberikan dua jenis kertas soalan berbeza kemahiran dalam tempoh masa
yang berbeza. Pertama, soalan menulis suku kata mudah Jawi daripada perkataan dalam tulisan
Rumi. Manakala soalan kedua adalah untuk menyambung huruf-huruf tunggal Jawi. Soalan yang
dikemukakan merangkumi semua subtopik dalam Jawi (Lampiran E). Setelah murid selesai
menjawab, kertas jawapan mereka dikutip dan jawapan mereka dianalisis. Jawapan murid tidak
dibincangkan kerana soalan yang sama akan digunakan untuk ujian pos. Jadual 4 menunjukkan
keputusan prestasi yang ditunjukkan oleh murid-murid dalam ujian pra.

Berdasarkan dapatan dalam Jadual 4, daripada 10 orang murid yang mengambil ujian pra untuk
menulis suku kata mudah tanpa Kad Dalil, tiada seorang pun murid yang mencapai gred A
hingga C. 5 orang murid mencapai Gred D (50%) manakala 5 orang murid lagi mencapai gred E
(50%). Untuk ujian pra bagi mengenal huruf yang boleh disambung dan tidak boleh disambung
serta menyambungnya tanpa Jadual Avu Zar Zad, tiada seorang pun murid yang mendapat gred
A hingga C. 3 orang (30%) mencapai gred C manakala 7 orang lagi mencapai gred E (70%).

Dapatan ini menunjukkan bahawa murid yang menjadi sasaran kajian sememangnya mempunyai
masalah dalam menguasai kemahiran menulis Jawi. Daripada pemerhatian juga, didapati
kebanyakan murid-murid ….
Jadual 4
Analisis Keputusan Ujian Pra
Julat markah Gred Tulis Suku Kata Mudah Mengenal huruf Yang Boleh
Tanpa Kad Dalil Disambung Dan Tidak
Boleh Disambung Serta
Menyambungnya Tanpa
Kad Avu Zar Zad
Bilangan Peratus Bilangan Peratus
Murid Murid
10 A 0 0% 0 0%
8-9 0 0% 0 0%
6-7 B 0 0% 0 0%
4-5 C 0 0% 0 0%
2-3 D 5 50% 3 30%
0-1 E 5 50% 7 70%

7.0 PELAKSANAAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


MENGGUNAKAN TEKNIK DALIL AVU ZAR ZAD

Teknik Dalil Avu Zar Zad adalah satu formula mudah bagi mengatasi masalah murid dalam
menulis Jawi. Teknik Dalil adalah menggunakan Jadual Kunci Huruf yang mengandungi huruf-
huruf yang mewakili huruf-huruf tunggal Rumi bersamaan huruf tunggal Jawi. Teknik Avu Zar
Zad pula adalah Jadual yang menunjukkan huruf-huruf Jawi yang boleh disambung dan yang
tidak boleh disambung dengan huruf selepasnya. Huruf hamzah, alif, va, wau, zai, ro, zal dan
dal atau dikenali sebagai Avu Zar Zad adalah huruf-huruf yang tidak boleh disambung. Pada kad,
selepas huruf-huruf ini diletakkan symbol (-). Huruf-huruf Jawi selain daripada huruf-huruf Avu
Zar Zad boleh disambung dengan huruf-huruf lain selepasnya. Pada kad, simbol (+) diletakkan.
Berikut ialah aktiviti intervensi yang dijalankan berdasarkan Teknik Dalil Avu Zar Zad:

v. Aktiviti I: Memperkenalkan Teknik Dalil


Saya memberikan Kad Dalil Avu Zar Zad kepada setiap murid dan mengajar mereka bagaimana
untuk menggunakan kad tersebut berdasarkan tahap pengetahuan sedia ada mereka sendiri.
(Contoh Kad di Lampiran C). Pada permulaannya, saya membantu murid mengenal pasti
persamaan huruf tunggal Rumi dengan huruf tunggal Jawi. Langkah seterusnya membezakan
penggunaan huruf kaf dan qaf (iaitu huruf kaf di awal suku kata manakala huruf qaf di akhir
suku kata). Seterusnya saya membimbing murid mengenali dan membezakan huruf-huruf diagraf
dan huruf vocal di awal suku kata.

Pemerhatian: Sesi penerangan dan soal jawab sambil memegang Kad Dalil ternyata dapat
menarik minat murid melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti p&P. Saya berpuas hati dan
bersyukur dengan sikap dan tingkah laku yang ditunjukkan murid.

vi. Aktiviti II: Memberi Soalan Latih Tubi Untuk Teknik Dalil

Setelah soal jawab secara lisan dengan memanggil murid secara bergilir-gilir untuk memberi
jawapan, saya memberikan beberapa soalan latih tubi kepada murid iaitu soalan-soalan yang
mengandungi huruf tunggal rumi. Saya meminta murid-murid menulis huruf Jawi yang
mempunyai persamaan dengan huruf Rumi yang ada pada kertas latih tubi masing-masing
dengan melihat Kad Dalil Huruf. Setelah semua murid selesai menulis jawapan masing-masing,
saya menulis jawapan yang betul di papan tulis. Murid-murid diminta menandakan jawapan
mereka, sama ada betul atau salah.

Aktiviti seterusnya ialah menulis beberapa perkataan mudah dalam tulisan Jawi (suku kata
terbuka dan suka kata tertutup). Tujuan aktiviti ini ialah untuk membiasakan murid menulis
perkataan-perkataan tertentu menggunakan huruf Jawi. Sambil melihat kad, saya juga membantu
murid-murid menulis perkataan-perkataan. Saya juga memandu murid dalam penulisan dengan
menulis dua huruf Jawi yang perlu ada dalam setiap perkataan yang dihasilkan. Selain itu,
gambar-gambar objek turut dilukis di sebelah perkataan yang hendak ditulis untuk membantu
murid menulis dengan betul.
Pemerhatian: Saya dapati semua murid dapat menuliskan jawapan yang betul pada kertas latihan
masing-masing. Kegembiraan dan kepuasan jelas terbayang pada wajah mereka. Saya merasa
sangat seronok dan sekain berpuas hati dengan perubahan sikap mereka.

vii. Aktiviti III: Memperkenalkan Teknik Avu Zar Zad

Dengan berpandukan kad Avu Zar Zad, saya menerangkan mengenai huruf-huruf yang
menghasilkan bunyi “Avu Zar Zad’ dan menjelaskan bahawa-bahawa huruf-huruf tersebut boleh
disambung di panggkalnya tetapi tidak di hujungnya. Selain daripada huruf-huruf Avu Zar Zad,
huruf-huruf tersebut boleh disambung di pangkal dan di hujungnya. Saya juga menerangkan
maksud symbol ( + ) dan ( - ) yang ada pada Kad Avu Zar Zad. Apabila sesuatu perkataan Jawi
mengandungi salah satu huruf Avu Zar Zad, maka simbol ( - ) ditulis selepas huruf tersebut. Tapi
jika huruf selain huruf Avu Zar Zad maka symbol ( + ) ditulis selepas itu.

Setelah selesai simbol-simbol ditulis, saya meminta murid menyambung huruf-huruf. Saya
memberi peringatan, sekiranya selepas sesuatu huruf ada tanda ( + ), maka huruf itu boleh
disambungkan dengan huruf di hadapannya. Tetapi jika selepas sesuatu huruf ditulis symbol ( - ),
maka huruf itu tidak boleh disambung.

Setelah memberi penerangan, saya juga menyoal murid secara lisan bagi mengenal pasti tahap
pemahaman mereka.

Pemerhatian: Saya dapati murid-murid memberi respons yang sungguh menakjubkan. Mereka
seronok untuk mencuba menyambung huruf-huruf sambil menggunakan Kad Dalil Avu Zar Zad.

viii. Aktiviti VI: Memberi Latih Tubi Untuk Teknik Avu Zar Zad

Apabila telah pasti mereka dapat memahami bagaimana untuk menggunakan kad, saya memberi
soalan yang mengandungi perkataan yang ditulis huruf tunggal Jawi. Saya meminta murid-murid
menyambung huruf-huruf Jawi tersebut dengan menggunakan Jadual Teknik Avu Zar Zad.
Soalan mengandungi 15 kata nama dan ditulis dalam huruf-huruf Jawi yang tidak bersambung.
Murid-murid diminta menulis semula perkataan dalam tulisan Jawi dengan betul. Sepanjang
menyiapkan latihan, murid-murid dibenarkan untuk menggunakan Kad Dalil Avu Zar Zad
sebagai panduan.

Setelah semua murid telah menyiapkan latihan mereka, saya meminta seorang demi seorang
keluar ke papan hitam untuk menulis jawapan mereka.

Pemerhatian: Murid kelihatan bersungguh-sungguh menyiapkan latihan. Apabila saya bertanya


siapa yang mahu ke depan untuk menulis jawapan, semuanya mengangkat tangan masing-masing
dan begitu yakin untuk ke depan kelas untuk menulis jawapan di papan hitam. Alangkah gembira
rasanya di jiwa apabila melihat perubahan positif pada murid.

8.0 PENILAIAN

Untuk mengesan keberkesanan Teknik Dalil Avu Zar Zad dalam meningkatkan kemahiran murid
dalam menulis jawi, saya menjalankan ujian pos untuk mengesan sama ada berlaku peningkatan
dalam kemahiran berdasarkan peratusan murid yang lulus dalam ujian menulis Jawi dan
mengedarkan soal selidik berkenaan minat murid terhadap mata pelajaran Jawi untuk mengenal
pasti sama ada berlaku peningkatan dalam minat. Selain itu, laporan saya berkenaan dengan
perubahan sikap dan tingkah laku murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran akan turut
digunakan bagi memperjelaskan lagi sama ada objektif menjalankan kajian iaitu untuk
meningkatkan kemahiran murid dalam menulis Jawi tercapai atau sebaliknya. Huraian adalah
mengikut objektif khusus kajian seperti berikut:

8.1 Objektif 1 : Untuk memastikan 100% sasaran kajian iaitu 10 orang murid 2 optimis lulus
dalam ujian mengenal pasti huruf Jawi yang mewakili huruf Rumi dan menulis
suku kata setelah menggunakan Teknik Dalil.

Murid telah menjalani ujian pos. Soalan ujian yang digunakan semasa ujian pra digunakan
semula. Soalan ujian mengarahkan murid menulis suku kata mudah Jawi daripada tulisan Rumi.
Perbandingan keputusan yang dicapai murid dalam ujian pra dan pos adalah seperti dalam Jadual
5.

Jadual 5
Perbandingan Keputusan Ujian Pra Dan Ujian Pos Iaitu Sebelum Teknik Dalil Dan Selepas
Teknik Dalil
Ujian Pra Ujian Pos

Gagal Lulus Gagal Lulus

100% 0% 0% 100%

Jadual menunjukkan semua murid yang gagal semasa ujian pra telah lulus dalam ujian pos. ini
menunjukkan Teknik Dalil telah dapat meningkatkan kemahiran 10 orang murid 2 optimis
mengenali huruf Jawi yang mewakili huruf Rumi dan menulis suku kata mudah bagi tulisan
Jawi. Dapatan ini juga menunjukkan objektif menjalankan kajian tindakan ini iaitu untuk
memastikan 100% murid lulus dalam ujian telah tercapai.

8.2 Objektif 2: Untuk memastikan 100% sasaran kajian iaitu 10 orang murid 2 Optimis lulus
dalam ujian bagi mengenal pasti huruf-huruf Jawi yang boleh dan tidak boleh
disambung setelah menggunakan Teknik Avu Zar Zad.

Soalan kedua ujian pos ialah untuk murid-murid menyambung huruf-huruf tunggal Jawi. Soalan
yang digunakan juga adalah sama yang digunakan semasa ujian pra. Analisis data adalah seperti
dalam Jadual 6 di bawah:
Jadual 6
Perbandingan Keputusan Ujian Pra Dan Ujian Pos Iaitu Sebelum Teknil Avu Zar Zad Dan
Selepas Teknik Avu Zar Zad
Ujian Pra Ujian Pos

Gagal Lulus Gagal Lulus


100% 0% 20% 80%

Berdasarkan dapatan dalam Jadual 6, didapati Teknik Dalil Avu Zar Zad berjaya menjadi
pemangkin perubahan markah yang ketara terhadap para murid. Walaupun ujian pos
menunjukkan 20% peratus murid masih gagal, namun tidak memberi makna kegagalan teknik ini
meningkatkan kemahiran murid kerana murid berkenaan gagal mengikuti sesi pengajaran dan
pembelajaran seperti murid-murid lain, iaitu sering tidak hadir ke sekolah. Dapatan ini juga
menunjukkan objektif kajian tindakan ini iaitu untuk meningkatkan kemahiran 10 orang murid
Tahun 2 Optimis mengenal huruf-huruf Jawi yang boleh dan tidak boleh disambung serta
menyambung huruf-huruf tunggal menggunakan Teknik Avu Zar Zad dengan memastikan 100%
murid lulus dalam ujian telah dapat dicapai.

9.0 REFLEKSI KAJIAN

Semasa ujian pos dilakukan, saya merasa sangat gembira dan terharu apabila melihat murid-
murid yang sebelum ini langsung tidak tahu menulis perkataan Jawi dan tidak tahu menyambung
huruf-huruf tunggal mampu melakukannya dengan penuh keyakinan tanpa memanggungkan
kepala mereka untuk melihat kiri dan kanan bagi mencari jawapan daripada rakan, seperti
sebelum ini. Mereka begitu khusyuk tunduk dan menulis jawapan mereka tanpa ragu-ragu.
Walaupun kami telah berpuas hati kerana murid telah mengenal huruf yang boleh dan tidak
boleh disambung secara total, tetapi daripada pemerhatian, masih ada murid yang tidak tahu
untuk menulis huruf jawi dengan betul apabila bersambung. Saya telah merangka beberapa cara
untuk mengatasi masalah tersebut melalui Kajian Tindakan yang seterusnya.

Penulisan Kajian Tindakan ini juga banyak membuka dimensi pemikiran baru saya terhadap
dunia pendidikan. Saya dapat mencungkil kekuatan dan kelemahan diri dan murid. Saya telah
menyenaraikan beberapa cadangan untuk tindakan pada masa hadapan, iaitu menggunakan dua
teknik ini seawal mungkin terhadap murid-murid dan menggunakan teknik ini dengan kerap
dalam latihan latih tubi agar mereka tidak perlu menggunakan kunci huruf lagi untuk
meningkatkan kemahiran menulis sesuatu perkataan.

10.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Oleh sebab masih terdapat murid yang menghadapi masalah untuk menulis huruf yang betul
apabila disambungkan dengan huruf lain, saya bercadang untuk menjalankan kajian tindakan
yang seterusnya dan mencari kaedah baru bagi membantu murid mengatasi masalah tersebut.
Saya juga bercadang menulis modul ejaan terkini untuk diguna pakai rakan-rakan setugas.
Modul tersebut boleh digunakan selepas murid-murid telah menguasai kedua-dua kemahiran
iaitu menulis suku kata terbuka dan tertutup serta membezakan huruf tunggal yang boleh
disambung dan tidak boleh disambung.

BIBLIOGRAFI

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. (2008). Buku manual kajian
tindakan. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Bity Salwana Alias. (2009). Pembudayaan Kajian Tindakan. Kertas Kerja Seminar Penyelidikan
Kebangsaan 2007. Institut Aminuddin Baki, Pahang, 29 – 31 Julai.

Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2008). Buku panduan kursus pemantapan pelaksanaan


kurikulum pendidikan Islam KBSR 2008. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Musa Sulaiman. (2000). Kepengetuaan: kepimpinan, tugas dan hubungannya dengan falsafah
pendidikan, satu penjelasan. Jurnal Pendidikan Guru: 13:1-10.

Anda mungkin juga menyukai