Anda di halaman 1dari 49

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

FAKULTI PEMBANGUNAN MANUSIA


JABATAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

KAR 1034
PROJEK LAPORAN AKHIR

TAJUK KAJIAN TINDAKAN:

MENGATASI MASALAH MEMBATANG SUKU KATA TERBUKA KV+KV DI


KALANGAN KANAK-KANAK BERUMUR 5 TAHUN MENGGUNAKAN KAEDAH
“RODA IMPIAN SUKU KATA”

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA NO.MATRIK NO.TELEFON


FAIROZ FATIHAH BINTI RAZAT E20181021584 013-2116958

PENSYARAH:
DR JUPPRI BACOTANG

TARIKH SERAHAN:
21 DECEMBER 2020
PENGHARGAAN

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah dengan limpah kurnia-Nya dan keizinan-Nya dapat
saya selesaikan kajian tindakan bagi kursus Projek Laporan Akhir (KAR 1034) yang
merupakan sebahagian daripada tugasan yang perlu dilaksanakan untuk semester ini.
Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W serta ahli keluarga dan para
sahabat baginda.

Sejuta penghargaan buat pensyarah bagi kursus ini iaitu Dr Juppri Bacotang di atas segala
tunjuk ajar, cadangan dan nasihat yang diberikan dari awal permulaan sehingga selesai
kajian ini dijalankan. Ucapan setinggi perhargaan turut saya berikan kepada pihak
Nimblebee Preschool Sri Hartamas dan khususnya buat pengurus Nimblebee Preschool
iaitu Puan Nur Syafiqah Binti Azlan kerana menerima saya untuk menjalankan kajian di
tadika tersebut. Tanpa keizinannya, tidak mungkin saya dapat menjalankan kajian ini dan
mendapat pengalaman menjadi pendidik dalam tempoh menjalani Latihan Mengajar.

Tidak lupa juga ucapan terima kasih buat rakan-rakan yang membantu saya dalam
menjalankan kajian tindakan ini. Selain itu, ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak
yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak
langsung. Segala bantuan yang telah anda hulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa
bantuan dan sokongan anda semua, kajian tindakan ini tidak dapat dilaksanakan dengan
sempurna. Akhir kata, hanya Allah yang mampu membalas segala jasa dan kebaikan kalian
semua terhadap saya. Hanya titipan doa yang mampu saya berikan, semoga Allah sentiasa
melapangkan segala kesulitan buat kalian.

Sekian, terima kasih.


ISI KANDUNGAN

Penghargaan

Pengenalan

1.0 Maklumat Pengkaji

2.0 Pendahuluan

3.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

4.0 Fokus Kajian

5.0 Objektif Kajian

6.0 Soalan Kajian

7.0 Kepentingan Kajian

8.0 Kumpulan Sasaran

9.0 Kaedah Pengumpulan Data

10.0 Pelaksanaan

10.1 Tindakan Pertama

10.2 Tindakan Kedua

10.3 Tindakan Ketiga

10.4 Tindakan Keempat

10.5 Tindakan Kelima

11.0 Analisis Data

12.0 Kesimpulan

Bibliografi

Lampiran
PENGENALAN

Kata orang bijak pandai, “Kunci untuk mendapat pengetahuan adalah daripada
pembacaan.” Bagi kanak-kanak, keupayaan membaca dan menulis sejak dari usia tiga
tahun merupakan satu kelebihan kepada diri sendiri dan kebanggaan kepada keluarga.
Kanak-kanak patut diajar membaca ketika kecil lagi. Ketika berusia 18 bulan, kanak-kanak
sudah boleh diperkenalkan kemahiran membaca secara beransur-ansur. Unsur utama yang
perlu diberi penekanan ialah kesedaran umum mengenai bunyi-bunyi perkataan dan
penggunaannya dalam situasi seharian. Contohnya perkataan “mama” dan “papa.” Kedua-
dua perkataan ini boleh disebut, dibaca dan diperkenalkan kepada kanak-kanak kerana
kekerapan penggunaannya.

Kemahiran membaca bukanlah kemahiran semula jadi. Membaca tidak sama


pembentukannya seperti berjalan atau berlari. Kanak-kanak secara semulajadi boleh
berkembang dari segi psikomotor tapi sebaliknya, kanak-kanak tidak boleh membaca secara
semulajadi. Ini bermakna, kemahiran ini perlu dipupuk dengan cara yang tersusun dan
berkesan. Hakikatnya, kemahiran membaca merupakan kemahiran peringkat tinggi.
Pengalaman kita sendiri jelas menyokong kenyataan bahawa kemahiran membaca bukanah
satu perkara yang mudah. Masih ramai kanak-kanak di peringkat sekolah rendah dan juga
menengah yang masih tidak boleh membaca dengan lancar dan baik.

Kemahiran ini merupakan kemahiran asas yang perlu dikuasai bermula dari
prasekolah. Sekiranya mereka masih belum dapat menguasai kemahiran asas membaca
pada ketika ini, maka murid-murid ini akan terus tercicir didalam kelas semasa proses
Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dijalankan. Kegagalan menguasai kemahiran
membaca menyebabkan murid tidak dapat membaca dengan betul dan lancar malah
mereka tidak akan dapat menjawab soalan yang akan dikemukakan.

Oleh itu tindakan yang sesuai perlu diambil segera bagi mengatasi sebarang
masalah pembelajaran yang mungkin timbul dari semasa ke semasa. Salah satu langkah
yang perlu diambil adalah dengan menjalankan ujian-ujian yang tertentu bagi membolehkan
pendidik mendapatkan maklumat asas tentang pencapaian murid-murid. Ujian pra adalah
salah satu ujian yang boleh digunakan untuk menyaring murid-murid tersebut. Seterusnya
kaedah “roda suku kata” boleh digunakan untuk meningkatkan lagi kemahiran membaca di
kalangan murid prasekolah.
bstrak
Kemahiran membaca bermula
daripada mengenal, mengecam dan
menyebut huruf, membunyikan
suku kata, membatangkan suku
kata
seterusnya membaca perkataan dan
ayat. Namun masih terdapat
beberapa orang murid tidak dapat
menguasai kemahiran
membatangkan
dua suku kata mudah yang terdiri
daripada pola kv + kv
terutamanya di
kalangan murid linus. Oleh yang
demikian, kajian ini telah
menggunakan
pendekatan belajar melalui bermain
bagi meningkatkan kemahiran murid
membatangkan suku kata terbuka
kv + kv kerana bermain adalah
fitarah
semula jadi kanak-kanak. Dalam
pada itu, pengkaji juga telah
mewujudkan satu inovasi teknologi
berbentuk teknologi reality maya
atau
Virtual Reality (VR) bagi
membantu pelajar yang mengalami
masalah ini.
Seramai 10 orang murid di salah
sebuah sekolah jenis kebangsaan
Tamil
telah terlibat dalam kajian ini.
Hasil dari pemerhatian dan
temubual
kesemua 10 orang murid menyatakan
minat mereka untuk belajar dengan
pendekatan bermain melalui
teknologi reality maya. Ujian pra
dan pos
juga telah menunjukkan peningkatan
yang signifikan selepas penggunaan.
Seterusnya, ini membuktikan
penggunaan teknologi reality maya
telah
menyumbang kepada peningkatan
kemahiran membatangkan suku kata
kv+kv di kalangan murid linus.
Perbincangan dan cadangan kajian
lanjutan turut disertakan di dalam
kajian ini.
Kata Kunci: Teknologi reality maya,
suku kata kvkv, Bahasa Malaysia,
LINUS.
bstrak
Kemahiran membaca bermula
daripada mengenal, mengecam dan
menyebut huruf, membunyikan
suku kata, membatangkan suku
kata
seterusnya membaca perkataan dan
ayat. Namun masih terdapat
beberapa orang murid tidak dapat
menguasai kemahiran
membatangkan
dua suku kata mudah yang terdiri
daripada pola kv + kv
terutamanya di
kalangan murid linus. Oleh yang
demikian, kajian ini telah
menggunakan
pendekatan belajar melalui bermain
bagi meningkatkan kemahiran murid
membatangkan suku kata terbuka
kv + kv kerana bermain adalah
fitarah
semula jadi kanak-kanak. Dalam
pada itu, pengkaji juga telah
mewujudkan satu inovasi teknologi
berbentuk teknologi reality maya
atau
Virtual Reality (VR) bagi
membantu pelajar yang mengalami
masalah ini.
Seramai 10 orang murid di salah
sebuah sekolah jenis kebangsaan
Tamil
telah terlibat dalam kajian ini.
Hasil dari pemerhatian dan
temubual
kesemua 10 orang murid menyatakan
minat mereka untuk belajar dengan
pendekatan bermain melalui
teknologi reality maya. Ujian pra
dan pos
juga telah menunjukkan peningkatan
yang signifikan selepas penggunaan.
Seterusnya, ini membuktikan
penggunaan teknologi reality maya
telah
menyumbang kepada peningkatan
kemahiran membatangkan suku kata
kv+kv di kalangan murid linus.
Perbincangan dan cadangan kajian
lanjutan turut disertakan di dalam
kajian ini.
Kata Kunci: Teknologi reality maya,
suku kata kvkv, Bahasa Malaysia,
LINUS.
MENGATASI MASALAH MEMBATANG SUKU KATA TERBUKA KV+KV DI
KALANGAN KANAK-KANAK BERUMUR 5 TAHUN MENGGUNAKAN KAEDAH
“RODA IMPIAN SUKU KATA”

Oleh
Fairoz Fatihah Binti Razat

ABSTRAK

Kemahiran membaca bermula daripada mengenal, mengecam dan menyebut huruf,


membunyikan suku kata, membatangkan suku kata seterusnya membaca perkataan dan
ayat. Namun masih terdapat beberapa orang murid tidak dapat menguasai kemahiran
membatangkan dua suku kata mudah yang terdiri daripada pola kv + kv terutamanya di
kalangan murid berusia 5 tahun. Oleh yang demikian, kajian ini telah menggunakan
pendekatan belajar melalui bermain bagi meningkatkan kemahiran murid membatangkan
suku kata terbuka kv + kv kerana bermain adalah fitrah semula jadi bagi mereka. Dalam
pada itu, pengkaji juga telah mewujudkan satu bahan bantu mengajar bagi membantu murid
yang mengalami masalah ini. Terdapat seorang murid di Nimblebee Preschool telah terlibat
dalam kajian ini. Ujian pra dan pos juga telah menunjukkan peningkatan yang signifikan
selepas penggunaan bahan bantu mengajar tersebut. Seterusnya, ini membuktikan
penggunaan “Roda Impian Suku Kata” telah menyumbang kepada peningkatan kemahiran
membatangkan suku kata terbuka kv+kv di kalangan murid prasekolah tersebut.

Kata Kunci: Roda Impian Suku Kata, suku kata kv+kv.


1.0 MAKLUMAT PENGKAJI
Pengkaji merupakan pelajar semester 6, Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak,
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Pengkaji telah menjalani praktikum di
Nimblebee Preschool dan salah satu tujuan pengkaji berada di tadika tersebut bagi
tempoh tertentu adalah untuk menjalankan kajian tindakan yang merupakan tugasan
dalam subjek Projek Laporan Akhir (KAR1034). Tajuk kajian pengkaji ialah
MENGATASI MASALAH MEMBATANG SUKU KATA TERBUKA KV+KV DI
KALANGAN KANAK-KANAK BERUMUR 5 TAHUN MENGGUNAKAN KAEDAH
“RODA IMPIAN SUKU KATA”. Bahan bantu mengajar tersebut merupakan idea dan
ciptaan pengkaji semasa melaksanakan pemilihan tajuk bagi kajian tindakan. Pengkaji
telah memilih seorang subjek kajian berdasarkan pencapaian murid-murid dan
berdasarkan prestasi akademik mereka. Diharapkan dengan penggunaan bahan bantu
mengajar “Roda Impian” tersebut akan dapat membantu murid yang mempunyai
masalah membatang suku kata terbuka kv+kv.
2.0 PENDAHULUAN

Membaca boleh ditakrifkan sebagai perlakuan mendapatkan maklumat melalui lambang-


lambang bertulis atau bercetak. Membaca boleh juga dimaksudkan sebagai menyuarakan
tulisan, mengambil isi dan fikiran yang bertulis dan memahamkan kandungannya. Mengajar
membaca bermakna mengajar murid memindahkan tulisan kepada suara serta melatih
mereka memahami apa yang terkandung dalam bacaan itu.

Membaca merupakan asas kepada kejayaan seseorang murid. Kemahiran membaca


bermula daripada mengenal, mengecam dan menyebut huruf, membunyikan suku kata,
membatangkan suku kata seterusnya membaca perkataan dan ayat. Kemahiran membaca
merupakan salah satu fokus dalam Tunjang Komunikasi Bahasa Malaysia yang perlu
dikuasai oleh murid-murid prasekolah. Menguasai kemahiran membaca bukan sekadar
membantu kanak-kanak lebih berjaya menguasai tunjang-tunjang lain tetapi juga membantu
meningkatkan proses perkembangan mental, psikologikal dan sosial dengan lebih baik.
Kajian ini dijalankan bertujuan menambahbaik amalan pengajaran pengkaji untuk membantu
murid meningkatkan kemahiran membatangkan suku kata terbuka kv + kv bagi
membolehkan murid-murid menguasai kemahiran membaca yang lebih kompleks. Pengkaji
menggunakan pendekatan belajar melalui bermain sebagai suatu inisiatif untuk
meningkatkan kemahiran murid membatangkan suku kata terbuka kv + kv melalui
permainan “Roda Impian Suku Kata”. Permainan yang menyeronokkan dengan suku kata
yang bergambar diharapkan dapat menarik minat subjek untuk meningkatkan kemahiran
membatangkan suku kata terbuka kv + kv.
3.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Membaca adalah satu perkara yang penting di dalam kehidupan seharian kita. Sekiranya
kita tidak boleh membaca, maka terputuslah perhubungan kita dengan dunia luar. Begitulah
pentingnya kemahiran membaca untuk murid-murid prasekolah. Seawal sesi pembelajaran
di prasekolah mereka telah diterapkan dengan kemahiran 3M (membaca, menulis dan
mengira). Kajian awal dijalankan untuk memperolehi data awal melalui ujian pra yang di
jalankan ke atas 13 orang murid di Nimblebee Preschool Sri Hartamas, Kuala Lumpur. Pada
sesi pengajaran dan pembelajaran yang lalu, terdapat seorang murid tidak dapat membaca
apabila diberika buku “Bacalah Anakku” jilid 3 yang mempunyai dua suku kata terbuka
kv+kv. Saya juga membenarkan murid-murid lain membantunya ketika membaca supaya
sikap bantu membantu dapat dipupuk dalam diri mereka. Saya dapat memerhati bahawa dia
sering menanyakan mengenai bacaan yang sama kepada murid lain yang telah dapat
membaca. Selain itu, saya melakukan ujian pra keatas setiap murid dengan menyediakan
lembaran kerja atau latihan dua suku kata terbuka kv+kv. Hasil ujian pra tersebut, seramai
seorang murid yang lemah dalam aspek membatang suku kata terbuka kv+kv telah dikesan.
Kelambatan dalam membunyikan suku kata dan mengeja perkataan adalah masalah bagi
murid tersebut. Di samping itu, terlalu banyak perkataan di dalam bahan bacaan menjadikan
mereka keliru, buntu dan mula malas untuk mengeja dan membaca.

Masalah ini boleh mempengaruhi prestasi murid dalam komponen lain selain
komponen perkembangan bahasa. Bagi murid yang kurang cekap dalam membaca akan
ketinggalan dalam sesi pembelajaran dan akan mempengaruhi keputusan mereka apabila
masuk ke tahun satu. Justeru itu, masalah membaca harus diatasi segera. Salah satu
kaedah yang boleh mencetuskan minat membaca, adalah dengan penggunaan bahan bantu
mengajar yang menarik dan lebih kearah kepada belajar sambil bermain yang mudah
difahami dengan harapan ia mampu menarik minat murid untuk membaca. Ekoran daripada
masalah ini pengkaji telah mengambil inisiatif untuk menjalankan kajian tindakan terhadap
masalah yang dihadapi agar masalah ini dapat diatasi. Oleh itu, pengkaji telah menjalankan
kajian tindakan dengan penggunaan “Roda Impian Suku Kata” dalam membantu kemahiran
kanak-kanak untuk mahir membatang dan sekaligus membaca.
4.0 FOKUS KAJIAN DAN ISU KEPRIHATINAN

Kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji kelemahan dan masalah yang dihadapi oleh
murid prasekolah dalam kemahiran membatang suku kata terbuka kv+kv dan menggunakan
kaedah “Roda Impian Suku Kata” serta latih tubi untuk mengatasi kelemahan tersebut
supaya dapat meningkatkan kemahiran membaca di kalangan murid prasekolah. Membaca
adalah proses untuk memperoleh tafsiran yang bermakna tentang lambang-lambang
bercetak atau bertulis, Harris dan Sipay (1980). Manakala Kenedy (1981) pula
mendefinisikan bacaan sebagai keupayaan seseorang untuk mengecam bentuk visual iaitu
lambang-lambang grafik yang mewakili bahasa atau perkataan, menghubungkan bentuk itu
dengan bunyi atau makna yang telah diketahui dan seterusnya berasaskan pengalaman
lalu, memahami dan mentafsirkan maksudnya (Marohaini Yusoff, 1999). Dua definisi yang
diberikan ini sudah cukup untuk menjelaskan bahawa kemahiran membaca adalah satu
proses yang kompleks. Membaca adalah satu keupayaan untuk membaca ayat dengan
lancar serta sebutan, intonasi, dan jeda yang betul. Penekanan adalah diberi kepada aspek
pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan pelbagai
teknik. Melalui huraian di atas menunjukkan bahawa membaca bukanlah hanya merupakan
proses mekanikal yang melibatkan tulisan dan huruf semata-mata. Membaca merupakan
proses yang saling bertimba balik antara tulisan huruf dan seterusnya proses
menterjemahkan penulisan serta proses permaknaan perkataan yang telah diterjemahkan.
Oleh itu membaca bukanlah satu proses yang mudah tetapi melibatkan satu siri proses yang
kompleks (Zulkifley Hamid, 2006). Setelah masalah dikenal pasti, pengkaji telah merangka
satu ujian membaca dan bertulis dalam kalangan murid. Pengkaji telah menggunakan ujian
pra, senarai semak dan pemerhatian untuk membantu dalam menyelesaikan dan mendapat
maklumat berdasarkan permasalahan yang dikaji. Berdasarkan ujian pra, pengkaji
mendapati Subjek 1 hanya dapat menyelesaikan 3 dari 9 soalan suku kata terbuka kv+kv
yang diberikan. Berdasarkan senarai semak juga, kanak-kanak tersebut tidak dapat
membaca dua suku kata kv+kv. Melalui pendedahan awal dalam membaca suku kata
kepada murid-murid perlulah dititikberatkan agar kanak-kanak dapat membaca dan
membuat latihan dengan mudah. Apabila kanak-kanak mampu menguasai kemahiran
membaca suku kata kv+kv ini maka ia akan memudahkan kanak-kanak untuk mahir dalam
pembacaan yang lainnya.
5.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif Umum
Kajian ini dilaksanakan untuk membantu murid berumur 5 tahun dalam membatangkan
dua suku kata terbuka kv+kv.

Objektif Khusus
Berikut adalah objektif khusus dalam kajian tindakan ini iaitu:
i. Untuk mengenal pasti murid yang tidak dapat membatang suku kata terbuka
kv+kv.
ii. Untuk membantu kanak-kanak dalam membatang suku kata terbuka kv+kv
menggunakan kaedah “Roda Impian Suku Kata”.
iii. Mengenal pasti maklumbalas murid dalam membaca suku kata kv+kv
menggunakan kaedah “Roda Impian Suku Kata”.
6.0 SOALAN KAJIAN

Terdapat beberapa soalan kajian yang perlu dijawab dalam kajian ini iaitu:

i. Berapakah bilangan murid yang dikenal pasti tidak dapat membatang dua suku kata
terbuka kv+kv?
ii. Adakah murid tersebut dapat membatang dua suku kata terbuka kv+kv dengan
menggunakan kaedah “Roda Impian Suku Kata”?
iii. Adakah kanak-kanak dapat membaca dengan betul menggunakan kaedah “Roda
Impian Suku Kata”?

7.0 KEPENTINGAN KAJIAN

Berdasarkan masalah kajian dan objektif kajian di atas, perlulah kajian dibuat bagi
membantu subjek meningkatkan kemahiran membatangkan suku kata terbuka kv+ kv
dengan menggunakan kaedah “Roda Impian Suku Kata”. Ia sekaligus dapat membantu
penyelidik untuk menarik minat subjek serta mengekalkan tumpuan mereka dalam aktiviti
pembelajaran yang akan membawa kepada peningkatan prestasi dan objektif pembelajaran
dapat dicapai. Dengan ini, penyelidik berharap kajian ini dapat membuka jalan sesetengah
pihak dalam mengatasi masalah murid-murid yang tidak dapat membatang suku kata
terbuka kv+kv. Kaedah ini juga akan mendatangkan keseronokan dan hiburan serta
merangsang murid-muird mempelajari sesuatu melalui cara yang aktif. Justeru itu dalam
Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan Kementerian Pendidikan Malaysia, 2017 muka
surat 10 telah menghuraikan Pendekatan Belajar Melalui Bermain yang menjadi asas
konsep dan prinsip pendidikan prasekolah dimana, melalui pendekatan ini, aspek
perkembangan fizikal, sosial emosi, kognitif dan bahasa serta potensi kanak-kanak dapat
ditingkatkan ke tahap yang maksimum

8.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan pengkaji dan dua orang murid yang menghadapi masalah membaca di
Nimblebee Preschool Sri Hartamas semasa pengkaji menjalankan praktikum di prasekolah
tersebut. Melalui pemerhatian, murid tersebut merupakan murid yang paling memerlukan
bantuan untuk meningkatkan kemahiran membaca. Pengkaji mengambil keputusan untuk
menjalankan kajian ke atas kanak-kanak tersebut untuk mengenal pasti keberkesanan
intervensi dalam membantu kanak-kanak yang tidak dapat mengikuti PdP melalui kaedah
tradisional yang dijalankan selama ini.
9.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA

1) Ujian Pra dan Ujian Pos Membatang Suku Kata Terbuka KV+KV.
Ujian pra diadakan sebelum intervensi dijalankan. Kajian ini dijalankan untuk
mengenal pasti bilangan kanak-kanak yang tidak dapat membatang suku kata
terbuka kv+kv. Dalam ujian yang dijalankan, pengkaji meminta setiap murid
membaca buku “Bacalah Anakku” dan lembaran kerja suku kata. Ujian pos diberikan
kepada subjek kajian setelah proses intervensi dijalankan. Kanak-kanak diminta
untuk membaca buku “Bacalah Anakku” dan lembaran kerja yang sama bagi ujian
pra dan ujian pos. Perbezaan pencapaian antara ujian pos dan ujian pra digunakan
untuk mengesan kemajuan dan pencapaian subjek kajian.

2) Pemerhatian
Fasa memerhati dilaksanakan semasa peserta kajian membaca buku dan
melaksanakan lembaran kerja. Dalam fasa ini pengkaji memerhatikan dan
mendengar bacaan mereka, pengkaji memberi ruang dan masa untuk murid tersebut
membatang suku kata kv+kv pada lembaran kerja dan bertanya kepada rakan yang
lain. Sekiranya kelihatan mereka sudah agak penat, pengkaji memberi mereka ruang
untuk berhenti sebentar, sama ada untuk minum air atau berehat. Pemerhatian juga
dilakukan ke atas cara peserta kajian menyebut suku kata terbuka kv+kv, cara
mereka membatang dan juga keupayaan peserta kajian membaca suku kata yang
ditunjukkan. Semasa peserta kajian melaksanakan lembaran kerja dan membaca
buku, pengkaji juga bersoal jawab dengan peserta kajian untuk memastikan mereka
membatang suku kata terbuka kv+kv dan membaca perkataan yang mengandungi
suku kata terbuka kv+kv dengan betul.

3) Temu Bual
Pengkaji juga mengumpul data murid menggunakan kaedah temu bual. Pengkaji
telah mengadakan satu sesi temu bual dengan guru kelas yang mengajar subjek
kajian sebelum pengkaji memulakan praktikum di tadika tersebut. Pengkaji telah
mencatat seluruh kandungan temu bual dengan guru tersebut untuk mengenal pasti
tahap penguasaan subjek kajian terhadap kemahiran membatang suku kata terbuka
kv+kv.

4) Analisis Dokumen
Pengkaji mengumpul data menggunakan kaedah analisis dokumen. Dalam proses
menjalankan kaedah ini, pengkaji telah menyemak lembaran kerja berkaitan
membatang suku kata terbuka kv+kv yang diberikan kepada subjek kajian.
10.0 PELAKSANAAN
Pengkaji telah melakukan tindakan selepas sesi pengajaran dan pembelajaran (pdp)
mengikut masalah yang dihadapi oleh subjek kajian selama 4 minggu. Pengkaji telah
merancang pembelajaran terlebih dahulu supaya intervensi kajian yang dijalankan
berjalan dengan lancar. Strategi pembelajaran yang akan diaplikasikan oleh pengkaji
adalah dengan mengatasi masalah membatang suku kata terbuka kv+kv yang
terdapat dalam kalangan murid dengan menggunakan kaedah “Roda Impian Suka
Kata”. Tajuk pembelajaran yang digunakan dalam kajian pengkaji ialah “Putar dan
Sebut”. Objektif yang ditetapkan telah dijadikan sebagai panduan untuk menjalankan
kajian ini.

10.1 Tindakan Pertama


Melalui tindakan pertama, pengkaji akan memperkenalkan alat bantu mengajar “Roda
Impian Suku Kata” kepada murid. Pengkaji telah menghasilkan “Roda Impian Suku
Kata” untuk membantu meningkatkan kemahiran murid-murid dalam membaca suku
kata terbuka kv+kv melalui cara yang lebih kreatif. Rasional untuk menunjukkan “Roda
Impian Suku Kata” kepada murid adalah untuk menarik perhatian murid supaya tidak
cepat bosan dan lebih fokus untuk membatang suku kata terbuka kv+kv.

10.2 Tindakan Kedua


Dalam tindakan kedua ini, pengkaji akan menerangkan cara penggunaan “Roda
Impian Suku Kata” kepada murid dengan mudah. Kemudian, pengkaji telah
mengaitkan soalan-soalan bagi pengajaran yang telah disampaikan untuk menguji
pandangan pertama kanak-kanak terhadap isi pembelajaran tersebut. Sehubungan
dengan itu, dalam penstrukturan idea, pengkaji akan menjalankan aktiviti hands on
kepada murid tersebut. Aktiviti hands on merupakan aktiviti praktik, aktiviti manipulatif
dan aktiviti berpusatkan bahan. Oleh yang demikian, pengkaji akan membuat
persiapan untuk menyediakan aktiviti yang baik dalam menyampaikan isi
pembelajaran kepada murid serta melibatkan mereka dalam aktiviti hands on.

10.3 Tindakan Ketiga


Murid diberi peluang untuk mencuba “Roda Impian Suku Kata” tersebut secara hands
on iaitu memutarkan “Roda Impian Suku Kata” sehingga ianya berputar dan berhenti.
Murid dikehendaki melihat penanda arah pada “Roda Impian Suku Kata” yang
menunjukkan terarah pada suku kata. Aktiviti hands on ini juga boleh dijalankan
dengan pengumpulan data yang berulangan dengan pelaksanaan aktiviti lain.
Contohnya, pengkaji memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menyebut
mengenai gambar apakah yang terdapat pada “Roda Impian Suku Kata” tersebut.
Dengan itu, murid lebih berminat serta memperolehi ilmu pengetahuan baharu tentang
isi pengajaran yang disampaikan. Semasa aktiviti hands on dijalankan, pengkaji boleh
memberi peneguhan terhadap mereka samada peneguhan positif atau negatif.

10.4 Tindakan Keempat


Dalam tindakan seterusnya, pengkaji menguji murid dengan meminta subjek
melakukan putaran kedua menggunakan “Roda Impian Suku Kata”. Setelah mereka
memutarkan dan penanda menunjukkan pada arah suku kata dan gambar, pendidik
bersoal jawab dengan murid mengenai gambar tersebut dan meminta murid tersebut
membatang suku kata terbuka kv+kv yang terdapat pada “Roda Impian Suku Kata”.
Aktiviti tersebut dilakukan berulangan dan pengkaji dapat memberi peneguhan
terhadap murid yang membuat kesilapan semasa melakukan aktiviti.

10.5 Tindakan Kelima


Tindakan terakhir iaitu setelah murid menguasai kemahiran membatang suku kata
kv+kv menggunakan “Roda Impian Suku Kata”, pengkaji akan memberi soalan kepada
murid tanpa menggunakan bahan maujud sebagai pengukuhan pengetahuan mereka
terhadap aktiviti hands on yang telah dilakukan. Kemudian, pengkaji akan
menyediakan lembaran kerja yang sama dengan ujian pra sebagai penilaian selepas
tindakan bagi membuktikan sama ada kaedah hands on (penggunaan “Roda Impian
Suku Kata”) berkesan untuk meningkatkan kefahaman kanak-kanak terhadap isi
pembelajaran yang disampaikan.
11.0 Analisis Data
Analisis Data Ujian Pra dan Ujian Pos

Ujian pra
Rajah 1
Ujian pos
Rajah 2
Melalui keputusan ujian pra dan ujian pos menunjukkan peningkatan kemahiran membatang
suku kata terbuka kv+kv. Subjek 1 menggunakan “Roda Impian Suku Kata”. Rajah 2 di atas
jelas menunjukkan peningkatan yang mendadak yang ditunjukkan oleh Subjek 1 pada
lembaran kerja ujian pra dimana jumlah bilangan soalan yang berjaya dijawab oleh Subjek 1
hanya tiga soalan sahaja manakala dalam ujian pos dia telah dapat menjawab semua
soalan dengan betul.

Nama Bilangan Soalan Bilangan Betul

Subjek 1 9 Ujian Pra Ujian Pos


3 9

Jadual 1

Berdasarkan Jadual 1 menunjukan perbandingan ujian pra dan ujian pos didapati keputusan
ujian penilaian Subjek 1 meningkat dengan mendadak iaitu pada ujian pra Subjek 1 hanya
dapat menjawab satu soalan sahaja tetapi dalam ujian pos dia telah dapat menjawab semua
soalan (sembilan soalan) dengan betul.

Rajah 3: Graf perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pos


Melalui analisis pola perbandingan jumlah soalan yang dapat dijawab dalam ujian pra dan
ujian pos dapat dilihat dengan jelas peningkatan yang mendadak. Dalam ujian pra Subjek 1
hanya dapat menjawab sebanyak 3 daripada sembilan soalan yang diberikan manakala
dalam ujian pos pula Subjek 1 dapat menjawab sembilan soalan dengan betul.

Bagi ujian pra dan ujian pos, pengkaji telah menganalisis dengan menukarkan kepada
bentuk peratusan untuk menerangkan kajian yang telah dilakukan. Dengan cara
membandingkan data-data daripada ujian pra dan ujian pos itu, perkaitan antara data dapat
dilihat dengan jelas. Dalam kajian ini data yang dikumpul diproses dalam bentuk peratusan.
Formula ini dikira dengan membahagikan bilangan soalan yang dapat dijawab dengan
jumlah soalan (9 soalan) dan didarab dengan 100 peratus (%). Ujian pos diberikan kepada
subjek kajian setelah proses menggunakan "Roda Impian Suku Kata" selesai dijalankan.
Ujian ini sama dengan ujian pra dengan meminta subjek kajian menjawabkan 9 soalan suka
kata kv+kv yang sama dengan ujian pra. Perbezaan pencapaian antara ujian pos dan ujian
pra digunakan untuk mengesan kemajuan pencapaian murid. Ujian pos dibuat selepas
intervensi dibuat. Pencapaian ujian pos subjek kajian dalam bentuk peratus boleh dilihat
dalam Jadual 2

Subjek Kajian Markah soalan yang dapat dijawab dengan betul (%)
Ujian Pra Ujian Pos
Subjek 1 27 81

Jadual 2

Pengkaji juga telah menggunakan skala untuk menilai dan menentukan pencapaian subjek
kajian bagi ujian pra dan ujian pos membatang suku kata kv+kv. Berdasarkan skala gred
bagi ujian pra dan ujian pos subjek kajian yang mendapat gred A dikatakan telah menguasai
kemahiran membatang suku kata terbuka kv+kv

Gred Tahap Penguasaan Markah (%)


A Telah Menguasai (TM) 80 – 100 80 - 100
B Sedang Menguasai (SM) 60 – 79 60 - 79
C Belum Menguasai (BM) 40 – 59 40 - 59
D Memerlukan Bimbingan (MB) 0 – 39 0 - 39

Jadual 3
Subjek Kajian Gred ujian bagi soalan yang dapat dijawab dengan
betul
Ujian Pra Ujian Pos
Subjek 1 D A

Jadual 4

Berdasarkan Jadual 4, Subjek 1 telah mencapai gred yang tertinggi iaitu Gred A kerana dia
telah menguasai kemahiran membatang suku kata terbuka kv+kv setelah intervensi
dijalankan.
Analisis Pemerhatian (Senarai Semak)

Berdasarkan senarai semak yang telah disediakan untuk tujuan pemerhatian, pengkaji
mendapati bahawa terdapat perubahan yang jelas bagi Subjek 1. Sikap dan tingkah laku
Subjek 1 telah berubah menjadi lebih aktif dan menunjukkan minat dalam pembelajaran
sekiranya dibandingkan dengan pengajaran yang lepas. Apabila pembelajaran melalui
aktiviti hands on dijalankan, kanak-kanak lebih menumpukan perhatian dalam membatang
suku kata kv+kv yang ditunjukkan oleh pengkaji. Subjek kajian juga menunjukkan minat
serta fokus ketika intervensi dijalankan. Selain itu, sifat Subjek 1 juga berubah menjadi lebih
aktif dan perasaan ingin tahu semakin meningkat. Minat dan semangat pembelajaran murid-
murid meningkat melalui aktiviti yang dijalankan. Perubahan lain yang dapat dikesan oleh
pengkaji ialah murid tersebut tidak lagi hilang fokus terhadap pembelajaran mengenai
membatang suku kata kv+kv. Murid tersebut sangat fokus dan bersemangat ketika
diberitahu akan menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (pdp) menggunakan
“Roda Impian Suku Kata”.

Senarai semak pemerhatian sebelum melaksanakan aktiviti hands on (Roda Impian Suku
Kata)

Aspek yang Dinilai Tahap Pencapaian Catatan

L S B

Pengetahuan murid-murid dalam Subjek tidak tahu


membatang suku kata kv+kv membatang suku
kata kv+kv

Penglibatan murid-murid dalam


pembelajaran suku kata kv+kv.

Kefahaman murid-murid dalam


melakukan aktiviti membatang
suku kata kv+kv.

Kanak-kanak mahir membatang


suku kata kv+
Senarai semak pemerhatian selepas melaksanakan aktiviti hands on (Roda Impian Suku
Kata)

Aspek yang Dinilai Tahap Pencapaian Catatan

L S B

Pengetahuan murid-murid dalam


membatang suku kata kv+kv

Subjek 1 amat
berminat dalam
Penglibatan murid-murid dalam
pembelajaran
pembelajaran suku kata kv+kv.
membatang suku
kata

Kefahaman murid-murid dalam


melakukan aktiviti membatang suku
kata kv+kv.

Kanak-kanak mahir membatang


suku kata kv+

Indikator: Tahap pencapaian murid


L = Lemah
S = Sederhana
B = Baik
Analisis Temu Bual

Pengkaji juga menganalisis kandungan bagi temu bual. Pengkaji mendengar secara aktif
dan meneliti isi perbincangan dalam sesi temu bual untuk menjaga kesahihan data. Pengkaji
telah mengumpul segala maklumat daripada guru Bahasa Melayu dan dijadikan data
sokongan berhubung dengan soalan kajian. Pengkaji menggunakan soalan yang ringkas
untuk mendapatkan maklumat. Soalan yang digunakan adalah seperti Jadual 5 berikut:
Bil. Soalan
1. Berapa orang murid yang tidak dapat membaca?
2. Adakah setiap murid dapat membatang suku kata?
3. Adakah murid-murid dapat membatang suku kata dengan betul?

Jadual 5

Berikut merupakan sesi temu bual bersama guru Bahasa Melayu. Pengkaji telah menemu
bual guru Bahasa Melayu yang mengajar subjek kajian sebelum kajian ini dijalankan untuk
mengenal pasti tahap penguasaan kanak-kanak terhadap kemahiran membatang suku kata
kv+kv. Berikut merupakan skrip temu bual tersebut:

(Temu bual bersama guru Bahasa Melayu)

Pengkaji: Assalamualaikum cikgu.


Guru Bahasa Melayu: Waalaikumussalam.
Pengkaji: Cikgu, siapakah murid-murid 5 Erudite yang tidak menguasai dalam
kemahiran membaca?
Guru Bahasa Melayu: Terdapat seorang kanak-kanak ini masih tidak dapat membaca suku
kata.
Pengkaji: Menurut pandangan cikgu, mengapakah murid tersebut masih belum
mahir?
Guru Bahasa Melayu: Hal ini mungkin disebabkan tidak dapat membatang suku kata
dengan baik.
Pengkaji: Oh sebab itu rupanya. Itu sahaja soalan saya, terima kasih cikgu.
Guru Bahasa Melayu: Sama-sama.

Melalui temu bual yang dijalankan bersama guru Bahasa Melayu yang mengajar subjek
kajian sebelum ini jelas menunjukkan bahawa terdapat seorang murid yang masih belum
menguasai kemahiran membatang suku kata kv+kv iaitu subjek 1. Oleh yang demikian,
Subjek 1 dipilih sebagai subjek kajian dalam kajian tindakan ini.
12.0 Kesimpulan

Pada kesimpulannya, pengkaji telah menjalankan kajian penyelidikan berkaitan dengan


kemahiran membatang suku kata kv+kv dengan mengaplikasikan pendekatan belajar
melalui bermain bagi membantu responden menguasai kemahiran membatangkan suku
kata terbuka kv + kv supaya responden tidak tercicir dalam menguasai kemahiran
membaca. Pendekatan belajar melalui bermain telah terbukti menunjukkan
keberkesanannya meningkatkan kemahiran responden kerana bermain itu adalah dunia
kanak-kanak, dan kehidupan mereka memang tidak dapat dipisahkan daripada bermain.
Namun begitu, kecerdasan pelbagai yang dimiliki oleh setiap murid ataupun responden
menuntut guru atau pengkaji tidak hanya tertumpu kepada satu pendekatan sahaja. Untuk
kajian yang seterusnya, pengkaji merasakan perlu ada pendekatan pengajaran yang
fleksibel dan inovatif yang dapat menarik perhatian responden dan merangka satu strategi
yang membantu mereka mengingat kembali maklumat yang dipelajari supaya proses
pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan serta penguasaanresponden
terhadap sesuatu kemahiran mencapai tahap paling maksimum.

Berdasarkan kajian tindakan ini juga terdapat kelemahan yang dikenal pasti. Antaranya ialah
pengkaji tidak dapat menjalankan intervensi bersama subjek kajian secara bersemuka
disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) selepas dua kali intervensi
dilaksanakan. Bagi mengatasi masalah tersebut, pengkaji telah berhubung dengan ibu bapa
subjek kajian dan berjaya untuk melakukan intervensi bersama subjek kajian melalui
panggilan video menggunakan aplikasi WhatsApp. Secara kesimpulannya, penggunaan
“Roda Impian Suku Kata” dapat membantu meningkatkan kemahiran membatang suku kata
terbuka kv+kv bagi murid prasekolah.
BIBLIOGRAFI

Asplaila Ramli, Maslinda Mahmud. (2002). Meningkatkan Kemahiran Murid Membaca Ayat-
ayat yang mengandungi Perkataan Gabungan Dua Suku Kata Terbuka Dan Tertutup KV +
KVK.SK Sawah Dato’. Johor

Fatimah Othman, (2009). Jurnal Pendidikan Prasekolah. Perlaksanaan Dan Keberkesanan


Pendekatan Belajar Melalui Bermain Dalam Kemahiran Asas Membaca Di Kelas
Prasekolah, 1–48.

Kementerian Pelajaran Malaysia, (2017). Huraian Kurikulum Standard Prasekolah


Kebangsaan (KSPK). Kuala Lumpur.

Sharifah Nor Puteh & Aliza Ali (2011). Pendekatan Bermain Dalam Pengajaran Bahasa Dan
Literasi Bagi Pendidikan Prasekolah.Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 1(2):1-15

Syed Abu Bakar Syed Akil (1994) Panduan Mengajarkan Kemahiran Membaca.Kuala
Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka
LAMPIRAN

Templete “Roda Impian Suku Kata”


Templete “Roda Impian Suku Kata”

Aktiviti membatang suku kata yang melibatkan kaedah “Roda Impian Suku Kata”
Templete “Roda Impian Suku Kata”
Buku “Bacalah Anakku”
Kandungan Buku “Bacalah Anakku”
iv. Pengkaji telah
menjalankan
kajian
penyelidikan
berkaitan
dengan
penambahbaik
anamalan
pengajaran dan
pembelajaran
dengan
mengaplikasika
n pendekatan
belajarmelalui
bermain bagi
membantu
responden
menguasai
kemahiran
membatangkan
suku kata
terbuka kv + kv
supaya semua
responden
tidak tercicir
dalam
menguasaikem
ahiran
membaca.
Pendekatan
belajar melalui
bermain telah
terbuktimenunj
ukkan
keberkesanann
ya
meningkatkan
kemahiran
responden
kerana main
ituadalah dunia
kanak-kanak,
dan kehidupan
mereka
memang tidak
dapat
dipisahkandari
pada bermain.
Namun begitu,
kecerdasan
pelbagai yang
dimiliki oleh
setiapmurid
ataupun
responden
menuntut guru
atau pengkaji
tidak hanya
tertumpu
kepadasatu
pendekatan
sahaja.Untuk
kajian yang
seterusnya,
pengkaji
merasakan
perlu ada
pendekatan
pengajaranyan
g fleksibel dan
inovatif yang
dapat menarik
perhatian
responden dan
merangkasatu
strategi yang m
embantu
mereka mengin
gat
kembali maklu
mat
yang dipelajari
Mengenalpasti maklumbalas
murid linus terhadap
pendekatan
v. belajar melalui bermain untuk
meningkatkan kemahiran murid
vi. membatangkan suku kata
terbuka kv+kv menggunakan
teknologi
vii. realiti maya
viii. Mengenalpasti maklumbalas
murid linus terhadap
pendekatan
ix. belajar melalui bermain untuk
meningkatkan kemahiran murid
x. membatangkan suku kata
terbuka kv+kv menggunakan
teknologi
xi. realiti maya
xii. Mengenalpasti maklumbalas
murid linus terhadap
pendekatan
xiii. belajar melalui bermain untuk
meningkatkan kemahiran murid
xiv. membatangkan suku kata
terbuka kv+kv menggunakan
teknologi
xv. realiti maya
xvi. Mengenalpasti maklumbalas
murid linus terhadap
pendekatan
xvii. belajar melalui bermain untuk
meningkatkan kemahiran murid
xviii. membatangkan suku kata
terbuka kv+kv menggunakan
teknologi
xix.realiti ma

Anda mungkin juga menyukai