Anda di halaman 1dari 7

Gabungan Kaedah Fonik dengan Kaedah Pandang dan Sebut

Kaedah yang dicadangkan ini menggabungkan kaedah fonik dan kaedah pandang dan
sebut dalam satu pelajaran membaca pada peringkat awal. Kaedah pandang dan sebut juga
dikenali sebagai Kaedah Seluruh Perkataan.
Kaedah gabungan yang dicadangkan ini berasaskan kepada perkara-perkara berikut:
a) Sistem ejaan bahasa Melayu adalah mengikut abjad dan fonemik ertinya ada hubungan yang
rapat di antara simbol/huruf dan bunyinya.
b) Suku kata perkataan Bahasa Melayu adalah jelas (jika dibandingkan dengan bahasa-bahasa
lain dengan bahasa Inggeris misalnya).
c) Ciri-ciri yang baik daripada kaedah fonik dan kaedah pandang dan sebut boleh digabungkan.
d) Murid-murid Melayu yang baru melangkah masuk ke darjah 1 rata-rata telah pun mempunyai
perbendaharaan Bahasa Melayu yang mencukupi untuk terus belajar membaca.
Melalui kaedah ini guru tidak perlu menunggu murid mengetahui semua nama huruf, bunyi
huruf dan suku kata sebelum mereka membaca perkataan-perkataan atau ayat. Malahan guru
tidak begitu perlu memperkenalkan dan mengajar abjad dan bunyi huruf dari a hingga z secara
tertib biasa.
Kaedah gabungan ini mencadangkan murid diperkenalkan kepada bunyi beberapa huruf vokal
dan konsonan, dan kemudian terus membunyikan suku kata dan perkataan-perkataan yang
bermakna, dalam satu hingga dua pelajaran. Dengan cara begini dalam dua atau tiga pelajaran
sahaja, murid akan terus dapat membaca beberapa perkataan dan ayat, dan ini membuatkan
murid merasa bangga kerana mereka boleh membaca serta faham apa yang dibaca.

Untuk menjelaskan kaedah ini secara terperinci, lihat


beberapa contoh berikut:
1. Mulakan dengan memperkenalkan bunyi dua atau tiga huruf vokal: a, o, u dengan
menggunakan kad imbasan (flash card). Buat latihan membunyikan huruf ini beberapa kali,
selang-seli.
2. Kemudian perkenalkan pula bunyi dua atau tiga huruf konsonan, misalnya: d, k, m dengan
menggunakan kad imbasan, dan buat latih tubi beberapa kali supaya semua murid dapat
melafazkan bunyi tiap-tiap lambang itu dengan jelas.
3. Gabungkan bunyi tiap-tiap huruf konsonan dengan huruf vokal supaya menjadi suku kata:
da di du ka ki k u sa si su
4. Seterusnya bina beberapa perkataan yang bermakna, misalnya:
ba..... ba.... baba

bu..... bu.....bubu
da..... da..... dada
ku..... ku..... kuku
5. Ulangi langkah ini beberapa kali, kemudian gabungkan dua perkataan menjadi ayat dan latih
murid membacanya:
baba bubu
dada kuku

6. Perkenalkan gabungan lain:


a ..... ku..... aku
a..... da..... ada
i..... ni..... ini
i..... tu...... itu
bu..... ku..... buku
ba..... ba..... baba
bu..... ka..... buka
ba..... ju..... baju
7. Suruh murid-murid membaca ayat-ayat berikut daripada beberapa perkataan di atas:
aku ada buku
aku buka baju
ini buku aku
itu baju aku
8. Kemudian gantikan aku dengan baba dan ulang membacanya.
9. Seterusnya baca ayat-ayat ini pula:
buku dia
buku baba
buku aku/ku
10. Gantikan buku dengan baju, baju, dan kuku dan ulang bertubi-tubi dengan kad imbasan.
11. Perkenalkan gabungan bunyi lain pula seterusnya.
i ... bu ..... ibu
bu ... di ..... budi
u ... da ..... uda
budi ibu
budi ibuku

budi uda
di ... a ..... dia
ka ... ki ..... kaki
kaki dia
kaki ibu
kaki kuda
12. Suruh murid membaca ayat-ayat yang menggunakan berbagai-bagai perkataan yang dicipta:
ibu buku
baba uda bubu
udaku ada kuda
dia kaki kuda
buku uda
Kaedah gabungan ini boleh diajar di dalam tiga hingga empat hari, selama sejam
sehari. Dalam seminggu sahaja murid-murid boleh mengenal huruf-huruf a, e, i, o : b, d, k dan
membaca suku kata, perkataan-perkataan dan ayat yang dibentuk daripadanya.
Cadangan yang dikemukan ini berguna kepada guru pemulihan khas sebagai panduan dalam
mempelbagaikan kaedah pengajaran.
*** Artikal ini saya perolehi dan ubahsuai daripada laman blog Pelangi Petang.
Terima kasih atas kunjungan anda ke Blog Cikgu Hijau. Tekan "LIKE" kalau suka...
Anda mungkin juga meminati:

Kaedah Pengajaran Kemahiran Membaca Bahasa Melayu : Kaedah Kawalan Vokal Berstruktur

Kaedah Mengatasi Masalah Tidak Lancar Membaca Murid-Murid Pemulihan Khas

Saya Pandai Membaca Kaedah Suku Kata - Buku

Kajian Tindakan Meningkatkan Kemahiran Membaca Murid LINUS dan Pemulihan

Aktiviti MEMBACA LANTANG dapat meningkatkan motivasi kanak-kanak untuk menguasai


kemahiran membaca
Linkwithin

Ditulis oleh : Cikgu Hijau

at 6/28/2012 08:05:00 pm No comments:

Kaedah dan Strategi Pengajaran Kanak-Kanak Berkeperluan


Khas - BUKU
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

Kaedah dan Strategi Pengajaran


Kanak-Kanak Berkeperluan Khas

Buku Kaedah dan Strategi Pengajaran Kanak-Kanak Berkeperluan Khas ini merupakan buku kedua
yang ditulis olehMohd Zuri Ghani dan Aznan Che Ahmad selepas buku Pengantar Pendidikan Khas.
Kedua-dua penulis buku ini merupakan pensyarah kursus Pendidikan Khas di Universiti Sains Malaysia
(USM). Buku ini mempunyai 205 halaman hitam-putih dan diterbitkan oleh Penerbit USM pada tahun
2011.
Ia
dijual
dengan
harga RM49.00.
Buku ini membawa pembaca mengenali dan memahami kaedah dan strategi pengajaran yang berkesan
untuk mendidik kanak-kanak berkeperluan khas. Pelbagai kaedah pengajaran dan intervensi
dikemukakan bagi mengatasi masalah menyebut, mengeja, membaca dan mengira. Huraian yang
ringkas, padat dan mudah difahami dengan disertakan contoh-contoh pengajaran dan pembelajaran yang
relevan
pada
masa
kini.

Buku ini mempunyai 9 bab, antara isi kandungannya ialah:


Bab 1 - Teori Pembelajaran
Bab 2 - Pengajaran Mnemonik
Bab 3 - Pengajaran Scaffolding
Bab 4 - Pengajaran Terus
Bab 5 - Pengajaran Eksplisit
Bab 6 - Pembelajaran Masteri
Bab 7- Intervensi Meningkatkan Kemahiran Ejaan Murid Berkeperluan Khas
Bab 8 - Intervensi Meningkatkan Kemahiran Bacaan Murid Berkeperluan Khas
Bab 9 - Intervensi Meningkatkan KemahiranMengira Murid Berkeperluan Khas

Sumber: http://bukumalaysia.com/
Terima kasih atas kunjungan anda ke Blog Cikgu Hijau. Tekan "LIKE" kalau suka...
Anda mungkin juga meminati:
Pengantar Pendidikan Khas - BUKU
Perbezaan Pemulihan Khas dan Pendidikan Khas
Bijak Mengeja Mahir Membaca - BUKU
Siapakah Murid atau Kanak-Kanak Berkeperluan Khas (KKBK)?
Kemahiran Bacaan Awal Bahasa Melayu Prasekolah - BUKU
Linkwithin

Ditulis oleh : Cikgu Hijau

at 5/26/2012 01:36:00 pm 2 comments:

Intervensi Meningkatkan Kemahiran Mengeja


Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

Tulisan ini adalah sambungan daripada post sebelumnya iaitu punca-punca murid lemah mengeja.
Mengeja memerlukan seseorang mengingat dan mengetahui banyak perkataan. Sekiranya arahan
membaca dan mengeja diasingkan, maka kanak-kanak dapat meningkatkan kemahiran membaca dan
mengeja serentak.

Terdapat beberapa kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dapat digunakan oleh guru sebagai
langkah intervensi untuk membantu murid mengatasi masalah dalam kemahiran mengeja.
1. Kaedah Abjad
Kaedah ini sememangnya digunakan untuk mengajar murid mengeja. Murid perlu mengenal semua abjad
sebelum murid berjaya mengeja sesuatu perkataan dengan baik. Contohnya : untuk mengeja "ibu", murid
perlu kenal abjad "i", "b" dan "u".
2. Kaedah Fonik/Fonetik
Kaedah ini adalah berdasarkan bunyi sebutan dalam suku kata dan menggabungkannya dengan suku
kata yang lain. Untuk mengeja sesuatu perkataan, murid perlu membunyikan huruf-huruf terlebih dahulu,
kemudian membentuk suku kata dan seterusnya perkataan. Contohnya: Perkataan bola dieja [b (beh) + o
(o) = bo] dan l (leh) + a (a) = la]. Kedua-dua suku kata kemudian digabungkan iaitu [bo] + [la] dan ia
menjadi [bola].
3. Kaedah Elektik
Kaedah elektik adalah kaedah campuran atau gabungan di antara dua pendekatan iaitu pendekatan
membina dan pendekatan cerakinan. Beberapa kaedah digabungkan seperti kaedah bunyi, kaedah abjad
dan kaedah suku kata, kaedah rangkai kata, kaedah ayat. Kaedah ini adalah mengikut prinsip psikologi
membaca, maka ia dapat disesuaikan dengan kehendak dan kebolehan murid untuk membaca dalam
sebarang keadaan.
Cara pengajaran:
Huruf: Guru memperkenalkan huruf abjad berdasarkan bunyi huruf sahaja. Contonya, a - ayam, u - ular.
Guru tidak boleh memperkenalkan nama huruf abjad.
Suku kata: Guru mengajar suku kata menerusi perkataan. Contohnya, ba - baju, bakul, basikal, bawang.

4. Kaedah Suku Kata


Kaedah ini dimulakan dengan suku kata yang asas iaitu KV, KVK, KVKVK dan seterusnya.
5. Teknik Perisian Komputer
Pembelajaran membaca merupakan aktiviti kognitif yang melibatkan pengutipan maklumat daripada teks
yang dibaca. Melalui penggunaan perisian komputer, bahan-bahan boleh dihasilkan bukan sahaja dalan
bentuk teks malah dalam bentuk visual dan audio. Hubungan antara teks dengan imej sebagai elemen
dalam
proses
membaca
dapat
dilihat
menerusi
teori
dwipengkodan.
Teori dwipengkodan (Paivio, 1986) menjelaskan bahawa murid yang didedahkan dengan dua mod
pembelajaran (melalui visual dan verbal) dapat meningkatkan ingatan dan kefahaman. Dalam teknik ini,
murid diberi peluang untuk membina makna teks yang dibaca menerusi penghasilan gambaran visual.
Namun demikian, menurut Wienstein dan Mayer (1986) serta Post dan Carreker (2002), murid tidak
berupaya menghasilkan gambaran visual secara efektif jika murid tidak dibantu oleh guru menerusi
galakan atau pendedahan menggunakan strategi pembelajaran ini.

6. Mendengar Perakam Suara


Murid mendengar dengan teliti dan mengulangi cara mengeja yang dimainkan oleh pita rakaman.
7. Kaedah Multisensori
Kaedah ini adalah berdasarkan kepada pengamatan terhadap pelbagai deria seperti deria visual, deria
sentuhan, deria suara, dan gabungan semua deria. Kaedah ini membantu murid terutamanya murid yang
mengalami masalah pembelajaran.

Anda mungkin juga menyukai