Anda di halaman 1dari 16

KPD 3026

PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN


PENAKSIRAN 2
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG-PJJ)

Kajian tindakan
Tajuk :
Meningkatkan kemahiran mencantum huruf
hijaiyah melalui permainan puzzle

NAMA PELAJAR : ASPALAILY BT


IBRAHIM
NO. IC : 730322086164
KUMPULAN : EL- A18
NO MATRIK : D20102043036
SEMESTER : 2 (2011/2012)

1
NAMA PENSYARAH:
PROF. DR. KANTHASAMY A/L
NALLUSAMY

SENARAI KANDUNGAN HALAMAN

1. Penghargaan 3

2. Abstrak 4

3. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran lalu 5

4. Penyataan masalah 6

5. Objektif Kajian 6

6. Kumpulan sasaran 7

7. Pelaksanaan kajian 7

7.1 Kaedah Pemerhatian 7

7.2 Ujian Pra dan Pos 7

7.3 Soal selidik 7-8

8. Analisis tinjauan masalah 8-9

9. Analisis Kajian Masalah 9-10

10. Tindakan yang dijalankan 11

11. Refleksi kajian 11

12. Rumusan Pemerhatian aktiviti-aktiviti yang dijalankan 12

13. Refleksi kajian 13

13.1 Refleksi kajian terhadap pelajar 13

2
13.2 Refleksi kajian terhadap guru 13

14. Cadangan kajian di masa hadapan 14

15. Bibliografi 15

16. Lampiran 16

PENGHARGAAN

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Seribu kesyukuran dirafa’kan ke hadrat Rabbul Izzati kerana dengan taufik dan
hidayah-Nya, saya dapat menyiapkan Kajian Tindakan ini. Alhamdulillah, walaupun
sering dihambat waktu yang kian pantas berlari namun segala amanat yang diberikan
dapat dilaksanakan dengan penuh komitmen. Jadi dikesempatan ini, saya mengucapkan
salam penghargaan dan ribuan terima kasih kepada Pensyarah yang dihormati, Prof. Dr
Kanthasamy yang telah banyak membantu dan membimbing untuk menyiapkan kajian
ini. Segala tunjuk ajar yang diberikan banyak membantu saya dalam menyiapkan kajian
ini.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga saya sisipkan kepada tuan Guru
Besar SK Convent Aulong, En Hor Nee Khong kerana memberikan peluang kepada
saya bagi menaik taraf pencapaian murid Islam di sekolah ini. Begitu juga kepada
rakan-rakan seperjuangan yang memberikan kerjasama serta saling bertukar idea demi
menyiapkan tugasan ini. Serta tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada pelajar
Sekolah Convent Aulong yang telah memberi kerjasama sepanjang kajian tindakan ini
dijalankan. Akhir kalam, harapan saya hasil kajian ini dapat dijadikan rujukan kepada
pembaca. Ribuan kemaafan dipohon kerana sememangnya terdapat banyak kelemahan
dalam kajian ini. Semoga segala usaha yang dilakukkan akan mendapat keberkatan
daripada Allah taala. Amin Ya Rabbal Alamin.

3
ABSTRAK

Guru Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan Convent Aulong menghadapi


masalah dalam Pelajaran Pendidikan islam terutama Pelajaran Jawi iaitu mencantumkan
huruf-huruf Hijaiyah. Ini disebabkan murid-murid tidak dapat menguasai Al-Quran
dengan baik. Oleh itu, kajian ini telah dijalankan dengan tujuan untuk mengenalpasti
faktor-faktor yang menyebabkan murid-murid sukar menguasai kemahiran tersebut.
Lanjutan dari itu, kajian ini bertujuan untuk mendapatkan satu pendekatan yang paling
efektif untuk membantu murid-murid menguasai kemahiran tersebut. Kajian ini telah
dijalankan ke atas enam orang murid tahun 3 Bestari, Sekolah Kebangsaan Convent
Aulong. Segala maklumat yang diperlukan untuk dianalisis dala kajian ini diperolehi
melalui pemerhatian, ujian pra dan ujian pos serta soal selidik. Faktor utama ialah
mereka lemah dalam penguasaan mencantumkan tiga huruf Hijaiyah.

4
REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Pengkaji telah mengajar Mata Pelajaran Pendidikan Islam semenjak tahun 1999
lagi, tetapi sepanjang mengajar mata pelajaran tersebut, ramai murid yang tidak boleh
mencantumkan huruf Hijaiyah dengan sempurna. Tambahan pula kerana kelemahan
murid membaca Al-Quran menambahkan lagi kesukaran murid untuk mencantum huruf
Hijaiyah dengan sempurna.

Sebelum ini pengkaji telah menggunakan kaedah penerangan dan latih tubi.
Tetapi hasilnya kurang memuaskan dan memakan masa yang lama untuk murid
menguasainya.

Pengkaji telah biasa menggunakan kaedah ini tanpa melihat keberkesanan hasil
dan tindakan tersebut. Di sinilah pengkaji merasakan masalah ini mesti diselesaikan
dengan mempelbagaikan kaedah untuk meningkatkan kemahiran mencantum huruf
Hijaiyah.

5
PENYATAAN MASALAH

Berdasarkan pengalaman sebagai guru pendidikan Islam, pengkaji mendapati


ramai murid tidak dapat menguasai kemahiran mencantum huruf Hijaiyah dengan
sempurna. Sedangkan semasa murid di Tahun 1, kemahiran mencantum huruf Hijaiyah
telah diajar. Malangnya sehingga murid di Tahun 3 masih lagi belum dapat menguasai
kemahiran mencantum huruf Hijaiyah dengan sempurna.

Oleh itu pengkaji ingin mengesan kaedah pembelajaran yang sesuai untuk murid
menangani permasalahan ini.

OBJEKTIF KAJIAN

Umum :-
Untuk meningkatkan kemahiran mencantum huruf Hijaiyah bagi murid tahun tiga
Bestari di samping meningkatkan penguasaan bacaan Al-Quran

Khusus :-
Saya berharap melalui kajian ini, saya akan dapat :
~ mengenalpasti punca kesukaran murid untuk mencantumkan huruf Hijaiyah.

~ Mengenalpasti kaedah permainan yang boleh membantu murid untuk menguasai


kemahiran ini.

6
~ Memperbaiki amalan guru semasa proses pengajran dan pembelajaran.

KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran kajian ini ialah melibatkan 6 orang murid Tahun 3 Bestari yang
beragama Islam di Sekolah Kebangsaan Convent Aulong. Pelajar-pelajar ini berumur
dalam lingkungan 9 tahun iaitu 4 orang lelaki dan 2 orang perempuan. Pelajar-pelajar
ini dikenal pasti sebagai pelajar yang lemah dan mengalami kesukaran dalam
mencantum huruf Hijaiyah.

PELAKSANAAN KAJIAN
Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah dibuat berdasarkan kaedah pemerhatian,
ujian pra dan pos dan soal selidik.

Kaedah Pemerhatian
Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku murid-murid semasa p & p
dijalankan sebelum dan selepas kajian. Sebelum kajian dijalankan, murid-murid lebih
mengharapkan respon guru dalam menjawab soalan berkaitan mencantum huruf-huruf
Hijaiyah.

Ujian Pra dan Pos


Ujian pra diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan sejauh mana kefahaman
dan kemahiran mereka untuk mencantumkan huruf-huruf Hijaiyah yang terdapat dalam
ujian tersebut. Selepas saya menyemak soalan jawapan pelajar, saya memperkenalkan
bahan puzzle mencantumkan huruf-huruf Hijaiyah kepada murid-murid. Selepas

7
itu,saya telah memberikan ujian pos menggunakan set soalan yang sama dengan ujian
pra.

Soal selidik
Borang soal selidik telah disediakan dan diedarkan kepada murid-murid untuk
mendapatkan maklum balas murid berkenaan permainan puzzle sebelum dan selepas ia
diperkenalkan. Saya juga telah menggunakan borang soal selidik untuk mengenal
kecenderungan murid menguasai kemahiran mencantumkan huruf-huruf Hijaiyah di
dalam pengajaran dan pembelajaran mereka di sekolah.

ANALISIS TINJAUAN MASALAH

Tinjauan masalah
Dalam melaksanakan kajian ini, tinjauan masalah dibuat berdasarkan pemerhatian, ujian
pra dan pos, dan soal selidik.

Pemerhatian
Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku murid-murid semasa p & p
dijalankan sebelum dan selepas kajian. Sebelum kajian dijalankan, murid lebih
mengharapkan respon guru dalam menjawab soalan berkaitan mencantumkan huruf-
huruf hijaiyah.

Ujian Pra dan pos


Ujian pra diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan sejauh mana
kefahaman dan kemahiran mereka untuk mencantumkan huruf-huruf Hijaiyah yang
terdapat dalam ujian tersebut. Selepas saya menyemak jawapan pelajar, saya
memperkenalkan bahan puzzle mencantumkan huruf-huruf Hijaiyah kepada murid.
Selepas itu, saya telah memberikan ujian pos menggunakan set soalan yang sama
dengan ujian pra.

8
Borang Soal Selidik
Borang soal selidik telah disediakan dan diedarkan kepada murid untuk mendapatkan
maklum balas murid berkenaan permainan puzzle sebelum dan selepas ia
diperkenalkan. Saya juga telah menggunakan borang soal selidik untuk mengenal
kecenderungan murid menguasai kemahiran mencantum huruf-huruf Hijaiyah di dalam
pengajaran dan pembelajaran mereka di sekolah.

CONTOH BORANG SOAL SELIDIK


Bil Item Ya Tidak
Bilangan Murid
01 Meminati Pealajaran pendidikan Islam
02 Sukar mempelajari Pelajaran pendidikan islam
03 Sukar mencantumkan huruf-huruf Hijaiyah
04 Membuat latihan mencantumkan huruf-huruf
Hijaiyah
05 Memahami pengajaran mencantumkan huruf- Skala =selalu-kadang-kadang
huruf Hijaiyah yang diajar oleh guru Selalu = orang
Kadang-kadang = orang
06 Mengalami masalah untuk mencantumkan huruf- Skala =selalu-kadang-kadang
huruf Hijaiyah. Selalu = orang
Kadang-kadang = orang

ANALISIS KAJIAN MASALAH

Analisis Pemerhatian
Pemerhatian yang digunakan adalah pemerhatian tidak berstuktur. Murid-murid
dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Saya mendapati bahawa melalui
perbincangan, murid lebih banyak meniru jawapan kawan yang telah siap. Tetapi
keadaan kelas agak bising dan kadang-kadang menjadi tidak terkawal. Terdapat

9
sekumpulan murid yang hanya berbincang tetapi tetap mengharapkan respon guru. Ada
juga murid yang tidak memberi reaksi yang positif dan mereka lebih suka mendiamkan
diri. Ada murid yang terlalu agresif sehingga mengusik rakan yang lain tanpa usul
periksa. Namun begitu, hasil perbincangan setiap kumpulan berjaya dilakukan dengan
baik.

Analisis Ujian Pra dan Pos


Berdasarkankepada tinjauan masalah yang dikenalpasti, saya telah menjalankan satu
ujian pra kepada kumpulan sasaran. Ujian pra ini merangkumi 10 soalan
mencantumkan tiga huruf Hijaiyah yang berlainan. Berikut adalah jadual analisis item
ujian pra berdasarkan gred murid selepas ujian dilakukan.

ANALISIS ITEM UJIAN PRA


Bil Nama Murid Bil soalan yang betul Markah Gred
(20/20) (100%)
01 Muhamad Aiman 6/20 33 D
02 Muhammad Lukman 9/20 45 C
03 Muhammad Nazrul 5/20 25 D
04 Aidil Ashraf 9/20 45 C
05 Amalina 6/20 33 D
06 Nurul Nadirah 5/20 25 D

Soal Selidik
Borang soal selidik telah disediakan dan diedarkan kepada murid untuk mendapatkan
maklum balas murid berkenaan permainan puzzle sebelum dan selepas ia
diperkenalkan. Saya juga telah menggunakan borang soal selidik untuk mengenal
kecenderungan murid menguasai kemahiran mencantumkan huruf-huruf Hijaiyah di
dalam pengajaran dan pembelajaran mereka di sekolah.

TINDAKAN YANG DIJALANKAN

10
Dalam kajian ini, saya telah menghasilkan bahan puzzle dengan sendiri.

Penghasilan bahan puzzle


Saya telah menghasilkan bahan puzzle untuk menjalankan kajian ke atas murid-
murid yang dikaji. Saya bertanggungjawab untuk menerangkan kaedah penggunaan
bahan puzzle ini. Saya menerangkan kepada murid-murid bagaimana untuk bermain
dengan bahan puzzle tersebut.
(Hasil bahan puzzle ini dilampirkan dalam bahagian lampiran)

Menulis semula hasil cantuman puzzle


Setelah murid-murid mencantumkan bahan puzzle tersebut, murid-murid
dikehendaki menulis semula hasil tersebut di dalam buku. Ini bertujuan agar murid
mengingati hasil cantuman puzzle tersebut.

REFLEKSI KAJIAN

Saya telah melakukan refleksi pada setiap aktiviti pelaksanaan untuk menilai
keberkesanan tindakan. Refleksi secara keseluruhan dijalankan selepas teknik
mencantumkan puzzle dijalankan terhadap murid dan di bawah adalah hasil selepas
teknik ini dijalankan.
Analisis item Ujian Pos
Bil Nama Murid Bil soalan yang betul Markah Gred
(20/20) (100%)
01 Muhamad Aiman 9/20 45 C
02 Muhammad Lukman 14/20 70 B
03 Muhammad Nazrul 10/20 50 C
04 Aidil Ashraf 12/20 60 B
05 Amalina 9/20 45 C
06 Nurul Nadirah 8/20 40 C

11
Analisis Item Ujian PRA & POS

GRED PRA POS


A - -
B - 2
C 2 4
D 4 -
E - -

Secara keseluruhannya, pencapaian murid dalam ujian pos ini terdapat sedikit
peningkatan. Walaupun masih terdapat murid yang tidak mencapai gred A, prestasi
murid yang mendapat gred B dan C ada peningkatan. Jadual di atas menunjukkan
perbezaan perolehan markah dan gred yang telah dicapai oleh murid di dalam kedua-
dua ujian yang telah dijalankan. Berdasarkan daripada keputusan di atas, peningkatan
prestasi murid di antara ujian pra dan ujian pos tidaklah terlalu jauh.
Ini mungkin disebabkan kaedah pengajaran yang digunakan semasa proses
pengajaran dan pembelajaran dalam kajian tindakan ini masih baru dan perlu
diperjelaskan pada masa akan datang.
Namun begitu , saya berpuas hati dengan prestasi murid –murid ini kerana
sedikit sebanyak ia telah membantu murid menguasai cara mencantumkan huruf-huruf
hijaiyah. Masalah utama yang boleh saya kenal pasti di sini ialah murid-murid
mengalami kesukaran untuk membezakan huruf yang boleh dicantum atau tidak.

RUMUSAN PEMERHATIAN AKTIVITI –AKTIVITI YANG DIJALANKAN

Berdasarkan kepada pemerhatian saya terhadap aktiviti-aktiviti yang dijalankan,


saya telah mengenalpasti beberapa kekuatan, kelemahan dan tindakan susulan yang
perlu diambil perhatian. Kekuatan yang saya perolehi melalui kajian ini ialah murid
telah mendapat pendedahan tentang satu lagi kaedah baru dalam mencantumkan huruf-

12
huruf Hijaiyah. Murid-murid juga dapat membentuk pengetahuan yang sedia ada iaitu
daripada perkara yang tidak ditahui kepada perkara yang ditahui dan difahami. Selain
itu juga, murid –murid juga didedahkan dengan pelbagai bentuk huruf Hijaiyah yang
masih lagi belum dapat mereka kuasai dengan sepenuhnya.

Kelemahan yang boleh saya dapati berdasarkan kajian tindakan ini ialah
kawalan kelas. Ini dpata dilihat melalui sikap murid-murid yangmasih suka bermain
ketika p & p dijalankan. Kesimpulannaya, aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam kajian
tindakan ini perlu diperbaiki dan dipermudahkan agar bersesuaian dengan peringkat
umur murid.

REFLEKSI KAJIAN

Secara keseluruhannya, pelbagai perkara yang meliputi aspek-aspek teknikal


pengajaran dan pembelajaran telah dikenal pasti setelah semua aktiviti atau tindakan
yang dijalankan dalam kajian ini.

Refleksi kajian terhadap Pelajar


Pada peringkat penguasaan murid, saya mendapati penguasaan mereka untuk
mencantumkan huruf-huruf Hijaiyah masih di peringkat sederhana. Masalah in juga
mungkin berkait rapat dengan cara pembelajaran mereka disamping tidak pergi ke
kelas mengaji Al-Quran. Namun begitu, masalah ini akan segera diatasi sekiranya guru
membimbing murid-murid yang lemah ini secara berterusan dan berusaha membaiki
kelemahan mereka dalam menguasai Pelajaran Pendidikan Islam.

Refleksi kajian terhadap Guru

Bagi saya pula, pengalaman menjadi seorang pendidik yang hampir mencecah
12 tahun ini masih banyak perkara dan kelemahan yang perlu diperbaiki. Walaupun
dipertanggungjawabkan mengajar pelajaran Pendidikan Islam, ia bukanlah satu perkara

13
yang mudah dan senang. Lebih-lebih lagi apabila mengajar anak bangsa sendiri iaitu
kaum Melayu di mana Islam adalah agama rasmi. Satu formula dan kaedah pengajaran
yang berkesan perlu difikirkan kembali agar objektif dan matlamat yang ingin dicapai
menemui hasil yang baik dan berkesan.

CADANGAN KAJIAN DI MASA HADAPAN

Setelah menjalankan kajian tindakan ini, sesi perbentangan di hadapan semua


rakan-rakan guru di sekolah telah diadakan dengan jayanya. Perbentangan ini
bertujuan untuk mengetahui cadangan, komentar, teguran dan pendapat yang telah
diperolehi dan dikongsi bersama agar kajian tindakan ini dapat diteruskan pada masa
akan datang. Di antara cadangan yang diberikan ialah saya perlu mengemaskini
langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan kemampuan
murid.

Pendekatan pengajaran yang digunakan perlu diambil kira dari aspek


kecerdasan murid iaitu kumpulan murid yang cerdas, sederhana dan lemah. Selain itu,
penggunaan bahan permainan di dalam p & p juga jangan lah terlalu kerap kerana
murid-murid akan terbiasa menggunakan teknik permainan setiap kali p & p berjalan.

BIBLIOGRAFI

1. Nik Rusila bt Yaakob.2001. Penguasaan Jawi dan Hubungannya dengan Minat dan
Pencapaiannya Dalam Pendidikan Islam. Kertas Kerja dalam Jurnal Pendidik
dan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.

14
2. Hassan Basri. 1991. Laporan Penguasaan Jawi di Sekolah-Sekolah Rendah. Kajian
IRPA. Universiti Malaya.

3. Amri Daud. 2005. Kajian Keberkesanan j-QAF di 2 Buah Sekolah Perintis di


Terengganu. Tesis Sarjana Pendidikan. Universiti Malaya.

4. Ishak Haron dan Hassan Basri. 1998. Laporan Penguasaan Jawi di Sekolah-Sekolah
Menengah. Kajian IRPA. Universiti Malaya.

5. Mohd Azhan bin Abdul Halim. 2006. Kajian Tindakan Kepada Modul Senang Jawi.
Kajian Tindakan Jabatan Pelajaran Perak. Didapati dari atas talian
http://jpnperak.edu.com.my.

6. Abdul Majid Konting. 1997. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Dewan Bahasa dan
Pustaka: Kuala Lumpur.

7. Idris Awang. 2002. Kaedah Penyelidikan. Akademi Pengajian Islam Univerti


Malaya: Kuala Lumpur.

8. Alis bin Puteh. 2008. Kajian Tindakan di Sekolah: Satu Pengenalan. Pure Honey
Enterprise: Kuala Lumpur.

LAMPIRAN

Akhiran + Tengah + Awalan

15
=

16

Anda mungkin juga menyukai