Anda di halaman 1dari 7

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN

BAHAGIAN PROSES/PENJELASAN
1. Tajuk Penguasaan Pelajar Terhadap Kaedah Jawi Yang Lemah Semasa Sesi
Kajian Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Yang dijalankan di Dalam Kelas

2. Nama 1. Nurul Amalia Binti Nasri


penyelidik 2. Qurratu Aini Binti Sallehuddin
3. Nurul Syifak Binti Yusof

3. Nama
Sekolah Kafai Al Firdaus Bandar Baru Selayang
4. Refleksi

Setelah selesai dan berjaya menjalankan kajian ini, saya telah


membuat kesimpulan bahawa terdapat beberapa kekuatan dan
kelemahan terhadap kajian kes yang dijalankan ini.

Kekuatan:

Secara keseluruhannya, dapatan daripada kajian kes ini saya


dapat mengetahui dan mengenal pasti faktor pelajar yang masih lemah
dalam penguasaan Jawi. Selain itu, terdapat aktiviti yang dilaksanakan
sebagai tindakan susulan bagi mengatasi permasalahan pelajar yang
lemah dalam penguasaan Jawi seperti melaksanakan kaedah belajar
sambil bermain dan mengunakan kaedah imlak dalam pengajaran jawi.
Usaha dan tindakan yang dilaksanakan membawa kepada pendekatan
yang positif terhadap seseorang pelajar itu. Oleh itu, tindakan yang
dilaksanakan ini dianggap berjaya mencapai objektif yang disasarkan
kerana memperlihatkan kesan yang baik iaitu pelajar mula bersemangat
dan responsif dalam mempelajari kaedah Jawi. Ini dapat meningkatkan
lagi kefahaman pelajar terhadap penguasaan Jawi.

Kekurangan:

Setiap usaha yang ingin dilaksanakan pasti mempunyai


kekurangan seperti guru terpaksa berkorban masa dalam merancang
sesuatu pendekatan yang ingin dilaksanakan dan memerlukan guru
yang mahir untuk melaksanakan aktiviti ini agar memberi kesan yang
terbaik untuk para pelajar khususnya pelajar yang lemah.

CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA


Hasil dari dapatan yang diperoleh, terdapat beberapa
cadangan untuk kajian tindakan seterusnya iaitu untuk meneliti
kemahiran-kemahiran asas Jawi seperti bertutur, membaca, mendengar
dan menulis untuk disesuaikan dengan kaedah pendekatan yang
digunakan. Selain itu, perlu meneliti modul dan sumber pengajaran yang
boleh digunakan dalam aktiviti pengukuhan kaedah Jawi untuk
menangani masalah pelajar yang lemah. Seterusnya, cadangan bagi
topik lain adalah kajian tentang modul pentaksiran yang bersesuaian
bagi melaksanakan pentaksiran bilik darjah dengan kaedah yang
berkesan terhadap pelajar.

5. Isu
Keprihatinan/ Kajian ini berkaitan dengan penguasaan pelajar yang masih lemah
Fokus Kajian terhadap kaedah Jawi semasa sesi pengajaran dan pembelajaran yang
dijalankan oleh guru di dalam kelas. Mata pelajaran Jawi merupakan
salah satu subjek yang perlu diajar di setiap sekolah rendah agama di
bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Selangor. Tinjauan awal yang
telah dilakukan adalah melalui kaedah pemerhatian dan temu bual.

Melalui kajian terdahulu ada menyatakan, setiap guru memainkan


peranan yang penting dalam menarik minat murid untuk belajar dengan
cara mempelbagaikan kaedah pengajaran( Abd. Karim Desa,1994).
Apabila murid-murid tidak berminat dalam sesuatu mata pelajaran
tertentu dan guru tidak berusaha untuk menarik minat mereka akan
menyebabkan murid menjadi pasif serta kurang memberi perhatian
sepenuhnya di dalam kelas.
Setiap guru pasti mahukan sesuatu yang baik dan positif dalam
perangkaan yang dibuat namun adakalanya perkara yang dibuat itu
akan mengalami kegagalan disebabkan timbul masalah-masalah yang
tidak dapat dielakkan. Kebarangkalian masalah ini adalah berpunca
daripada kelemahan guru sendiri dalam mewujudkan kaedah pengajaran
yang berkesan. Ini menyebabkan murid menjadi sukar untuk memahami
apa yang guru sampaikan dan akan menyebabkan pelajar tidak
meminati subjek tersebut. Selain itu, kaedah penyampaian guru yang
kurang menarik juga salah satu faktor pelajar sukar untuk memahami
sesuatu pelajaran. Seorang guru seharusnya memilih corak kepimpinan
yang bersesuaian dan menggunakan teknik yang pelbagai dalam
mewujudkan interaksi berkesan dengan murid-murid agar dapat
mempengaruhi pembentukan minat murid terhadap pelajaran.
6. Objektif Umum
Kajian
Mengenal pasti pelajar yang bermasalah dalam penguasaan jawi.

Khusus :
1. Mengenal pasti punca tahap penguasaan Jawi yang lemah dalam kalangan
pelajar tahun 3 hamzah

2. Mengetahui tindakan yang dilakukan untuk mengatasi isu ini.

3. Mencadangkan langkah-langkah ke arah penambahbaikan proses PdP Jawi.

7. Kumpulan
Sasaran Pelajar yang terlibat ialah seramai 5 orang daripada 25 orang pelajar dari
kelas 3 Hamzah yang terdiri daripada 2 orang lelaki dan 3 orang perempuan.
Permasalahan ini tertumpu kepada murid-murid tahun 3 Hamzah yang
menghadapi masalah penguasaan Jawi yang lemah dan sukar untuk
memahami dengan lebih jelas semasa sesi pengajaran dan pembelajaran yang
dijalankan.

8. Tindakan
yang Antara tindakan yang dijalankan ialah dengan menggunakan kaedah
dicadangkan
permainan dan nyanyian.

Permainan adalah satu kaedah pengajaran yang dapat mengembangkan


daya kreativiti dan menarik minat pelajar terhadap pelajaran. Pengajaran
pemulihan Jawi akan lebih berkesan sekiranya dilaksanakan dengan inovasi
pembelajaran yang menggunakan kaedah permainan. Pelajar yang memenangi
permainan tersebut akan diberikan hadiah atau ganjaran untuk menaikkan
semangat mereka untuk mahir dalam penulisan Jawi. Selain itu, guru juga
menggunakan kaedah imlak di mana guru melakukan pembacaan sesuatu
perkataan untuk ditulis oleh pelajar dengan suara yang lantang dan kuat.
Kaedah ini melibatkan dua kemahiran iaitu mendengar dan menulis. Kedua dua
aktiviti ini merupakan tindakan susulan untuk meningkatkan lagi kemahiran para
pelajar dalam menguasi Jawi dengan lebih baik.

Dalam kajian ini, saya telah menggunakan beberapa cara untuk


mendapatkan hasil dapatan. Metodologi kajian yang saya gunakan dalam kajian
ini adalah pemerhatian dan temu bual.

1.Pemerhatian
Saya telah menggunakan kaedah pemerhatian dalam melaksanakan
kajian ini. Sepanjang pemerhatian yang saya lakukan semasa melaksanakan
kajian ini adalah dengan membuat penilaian terhadap tingkah laku dan kelakuan
murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka di dalam
kelas. Melalui pemerhatian saya, saya mendapati bahawa tugasan yang
diberikan tidak dapat disiapkan dengan sepenuhnya dan terdapat ruang kosong
pada soalan yang diberikan. Melalui pemerhatian saya juga, pelajar sukar untuk
menjawab soalan yang ditanya oleh guru berkenaan dengan penggunaan
kaedah Jawi dalam tajuk pembentukan suku kata dengan baik. Selain itu,
terdapat pelajar yang membuat kerja sendiri semasa menyiapkan tugasan
kerana tidak tahu untuk menjawab dan tidak mahu untuk bertanya kepada guru.

2.Temu bual
Kaedah lain yang saya telah gunakan ialah melalui kaedah temu bual
yang dilakukan secara tidak formal terhadap pelajar-pelajar kumpulan sasaran.
Temu bual ini melibatkan perbualan antara saya dengan 5 orang pelajar bagi
mendapatkan maklumat yang relevan dengan kajian. Saya juga mengadakan
perbincangan bersama guru-guru mata pelajaran Jawi bagi mendapatkan
maklumat berkenaan dengan isu ini. Isu ini tidak boleh dibiarkan bagi mengelak
berlakunya penurunan prestasi pelajar. Antara soalan yang saya utarakan
kepada pelajar kumpulan sasaran adalah seperti berikut:

1. -Adakah anda kurang meminati dalam mempelajari kaedah Jawi?


2. -Adakah anda membaca bahan bacaan jawi terlebih dahulu sebelum kelas
bermula?
3. -Adakah penyampaian guru menarik minat anda?
4. -Adakah anda mengetahui pembentukan suku kata?

9. Bahan yang
dicadangkan AKTIVITI 1: Joran Jawi

Kaedah Pelaksanaan:

1. Guru meminta murid mereka cipta perkataan daripada suku kata yang
telah dipelajari.
2. Murid perlu bermain permainan pancing ikan.
3. Pelajar dikehendaki mencantumkan kepala dan ekor ikan bagi membentuk
perkataan.
4. Murid yang berjaya memancing dan menyusun suku kata menjadi
perkataan dengan pantas dikira sebagai pemenang.
5. Setelah aktiviti selesai, murid menyanyi lagu vokal dan suku kata
berdasarkan suku kata yang telah dipelajaran.
Pemerhatian:

Berdasarkan pemerhatian saya, 5 daripada 5 orang


pelajar kelihatan sangat bersemangat dan tertarik untuk melaksanakan
aktiviti ini. Buktinya, mereka dapat memahami kehendak permainan dan
dapat melaksanakan aktiviti dengan baik. 3 daripada 5 orang pelajar
dapat menghabiskan permainan pada masa yang telah ditetapkan. Oleh
itu, aktiviti ini dapat membantu mereka untuk membina perkataan
berdasarkan suku kata yang dipelajari.

Refleksi:

Kekuatan
Saya dapati bahawa aktiviti ini dapat mengubah suasana pembelajaran
di dalam kelas dengan perubahan yang positif. Aktiviti ini membantu
guru-guru dalam berhadapan dengan pelajar yang lemah dan pasif
semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Murid tidak
merasa bosan atau jemu dan melatih murid berinteraksi dengan bebas
sesama guru. Keberkesanan aktiviti ini dapat dilihat kepada perubahan
pelajar daripada yang bersikap pasif dan sukar untuk memahami
pengajaran guru bertukar kepada yang lebih riang, kreatif, aktif dan lebih
bersemangat untuk bertanya kepada guru.

Kelemahan

Setiap aktiviti yang dilakukan pasti ada kekurangannya. Melalui aktiviti


ini, akan membebankan guru dalam menyediakan bahan bantu mengajar
dan juga memerlukan modal dan peruntukan kewangan.

AKTIVITI 2: Imlak (Mendengar dan Menulis)

Kaedah Pelaksanaan:

1. Guru memberi sehelai kertas kepada pelajar.


2. Guru akan menyebut perkataan, frasa atau ayat dengan suara yang kuat
dan lantang.
3. Pelajar perlu menggunakan kemahiran mendengar dan menulis.
4. Pelajar akan menulis berdasarkan apa yang disebut oleh guru.

Pemerhatian:

Berdasarkan pemerhatian saya, 4 daripada 5 orang


pelajar berjaya menulis dengan jawapan yang betul. 5 daripada 5 orang
pelajar juga menumpukan perhatian untuk mendengar dan menulis apa
yang disebut oleh guru. Hal ini dapat membantu pelajar untuk
menggunakan kemahiran mendengar dan kemahiran menulis perkataan
Jawi supaya mereka ingat apa yang mereka telah dengar dan tulis.

Refleksi:

Kekuatan
Saya dapati bahawa aktiviti ini dapat melatih pelajar untuk
menggunakan kemahiran mendengar dan menulis dalam pembelajaran.
Aktiviti ini dapat melibatkan semua pelajar untuk lebih memberi perhatian
terhadap pengajaran seseorang guru itu. Aktiviti ini juga memerlukan
kerjasama daripada guru untuk melontarkan suara dengan jelas, kuat
dan lantang supaya dapat didengari dan difahami dengan jelas. Guru
juga tidak membelakangkan murid semasa proses PdP berjalan.

Kelemahan
Kaedah ini memerlukan guru yang mahir dan membuat
perancangan serta persediaan yang teliti. Murid yang mempunyai
masalah pendengaran tidak dapat mengikuti dengan baik dan akan
ketinggalan. Murid yang lemah juga akan cepat bosan dan mula
melakukan aktiviti sendiri.
10. Jadual
Pelaksanaan
Kajian

11. Kos kajian

Anda mungkin juga menyukai