Anda di halaman 1dari 6

CONTOH KAJIAN TINDAKAN BAHASA MELAYU PT3

Kajian Tindakan
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGEMBANGKAN ISI
KARANGAN (BERBENTUK UMUM LANGKAH
LANGKAH ) TINGKATAN 2 DENGAN KAEDAH RAJAH
1.0 REFLEKSI
Sebagai akibatnya, isi soalan karangan yang berbentuk
umum ( langkah-langkah ) sukar di
kembangkan/dihuraikan oleh para pelajar dalam masa
yang cepat dengan baik. Hal ini merupakan dapatan
pemerhatian saya terhadap pelajar 2KT1 hasil analisis
ujian bulanan yang pertama.
Bagaimana pelajar saya boleh mengembangkan isi
karangan? Semua ini telah menjadi dorongan kepada
saya untuk menjalankan kajian tindakan ini.
2.0 ISU KEPERIHATINAN / FOKUS KAJIAN
Saya mendapati semua pelajar 2KT1 tidak dapat
mengembangkan isi karangan dengan baik dalam ujian 1
yang lepas atau melepasi markah 50% Walaupun mereka
mengetahui isi karangan. Masalah ini jika tidak diatasi
akan menyebabkan pelajar tidak dapat menulis karangan
dengan baik dalam masa yang ditetapkan.
Oleh itu, saya yakin sekiranya pelajar dapat mengingat
akronim tertentu, maka pasti pelajar dapat menjawab
soalan tentang langkah - langkah dan sinonim
dengannya. Hal ini akan meningkatkan keyakinan dan
keseronokkan pelajar menulis atau mengarang seterusnya
meningkatkan prestasi mata pelajaran bahasa Melayu
kertas penulisan.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
3.1 Objektif Am
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran
menghurai isi karangan yang berbentuk umum ( langkah-
langkah ) dan sinonim dengannya.
3.2 Objektif Khusus
Kajian ini bertujuan untuk membantu para pelajar
mengembangkan isi / fakta tentang soalan karangan
berbentuk umum ( langkah-langkah ) dan sinonim
dengannya.
4.0 KUMPULAN SASARAN
Satu kelas iaitu Tingkatan 2KT 1 yang terdiri daripada 15
orang pelajar telah diambil sebagai responden kajian.
Pelajar yang terlibat dikategorikan kepada 3 kategori iaitu;
5 orang pelajar yang boleh menulis karangan secara
biasa tanpa bantuan guru.
5 orang pelajar yang boleh menulis karangan secara
biasa dengan bantuan guru pada tahap minimum.
5 orang pelajar yang boleh menulis karangan secara
biasa dengan bantuan guru sepenuhnya.
5.0 PELAKSANAAN KAJIAN
Kajian Tindakan ini melibatkan empat fasa iaitu fasa
tinjauan masalah, fasa analisis tinjauan masalah, fasa
tindakan dan fasa refleksi. Kajian ini akan dijalankan
selama 4 minggu dengan pengawasan pengkaji. Antara
instrument kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah :
5.1. Ujian Pre Kemahiran mengembangkan isi soalan
berbentuk umum ( langkah-langkah )
5.2. Kemahiran menggunakan Kaedah Rajah
5.3. Ujian Post kemahiran mengembangkan isi soalan
umum ( langkah-langkah )
6.0 TINJAUAN MASALAH
6.1 Pemerhatian
Saya akan menyemak latihan yang diberi kepada pelajar.
Jika ada kesilapan, pelajar akan diminta membuat
pembetulan dan hantar semula latihan tersebut kepada
saya.
6.2 Ujian Pra Kemahiran Mengembagkan Isi Soalan
Umum ( langkah langkah )
Kemahiran mencari fakta karangan soalan umum (
langkah-langkah ) .
Soalan : Huraikan pendapat anda tentang langkah-
langkah mengatasi masalah kemalangan jalan raya hari
ini
Sampel diminta mencari dan mengembangkan isi soalan
ini.
7.0 ANALISIS TINJAUAN MASALAH
7.1 Analisis Pemerhatian
Pelajar mengambil masa yang lama ( hampir 1jamt untuk
mengembangkan sekurang-kurangnya 3 isi tajuk
karangan yang di beri)
7.2 Analisis Ujian Pra
Semua sample yang terlibat mengambil masa yang lama
(lebih kurang 1jam ) untuk mengembangkan isi karangan;
- 6 orang dapat mengembangkan 3 isi karangan pada
tahap sederhana
- 4 orang dapat mengembangkan 2 isi pada tahap
sederhana
- 4 orang dapat mengembangkan 1 isi pada tahap
sederhana
- Seorang tdapat mengembangkan 2 isi pada tahap lemah
8.0 TINDAKAN YANG DICADANGAKAN
8.1 Kaedah Rajah
Kaedah ini telah digunakan dan dipilih memandangkan ia
dapat menarik perhatian dan minat pelajar. Justeru proses
memahami dan mengingat menjadi mudah Antara
Langkah ;
8.1 Guru Menyebut akronim KISMme dan pelajar diminta
mengikutnya
8.2 Guru memperkenalkan maksud setiap huruf ;
K KERAJAAN
I - IBU BAPA
S SEKOLAH
M MASYARAKAT
me MEDIA MASSA
8.3 Pelajar kemudian ditanya dengan soalan ;
Apakah yang dapat dibuat oleh (KISMme ) ?
Bagaimana caranya
Apakah contohnya ?
8.4 Guru dan pelajar berbincang kaitan rajah di bawah
dengan soalan yang diajukan
K - K APA/ BAGAIMANA /CONTOH
-U
I - A APA / BAGAIMANA / CONTOH
-M
S - K APA / BAGAIMANA /CONTOH
-K
M - KJ APA / BAGAIMANA /CONTOH
K
Me PTI APA / BAGAIMANA /CONTOH
8.4 Pelajar dikehendaki menulis jawapan daripada soalan
yang diberi

9.0 JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN


Bil Aktiviti Tarikh Pelaksanaan
1 Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal 23
Mac 2008
2. Merancang tindakan 24 Mac 2008
3. Menulis proposal kajian 24 Mac 2008
4. Melaksanakan kajian tindakan (aktiviti 1 ) 3 April 2008
5. Membincangkan masalah yang timbul dalam aktiviti 1 (
dalam panitia ) 3 April 2008
6. Melaksanakan tindakan ( aktiviti 2 ) 9 April 2008
7. Membincangkan masalah yang timbul dalam aktiviti 2 (
dalam panitia ) 9 April 2008
8. Ujian untuk mengesan pencapaian pelajar 17 April 2008
9. Refleksi kajian 17 April 2008
10. Menulis laporan kajian 21 April 2008
11. Pembentangan dapatan kajian 28 April 2008
10.0 KOS KAJIAN
KERTAS A 4 = 1 RIM ( RM 8.50 )

11.0 PELAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN


Fasa pelaksanaan tindakan ini melibatkan dua kali
perjumpaan bersama pelajar. Kaedah rajah dan
penjelasan langkah langkah pelaksanaannya digunakan
untuk pertama kali. Selepas analisis dan refleksi
dijalankan, Kaedah ini diulang semula untuk perjumpaan
kali kedua. Akhir sekali Ujian Post Kemahiran
MENGEMBANGKAN isi karangan berbentuk umum (
langkah-langkah ) dijalankan untuk menguji keberkesanan
kaedah ini.

12.0 REFLEKSI KESELURUHAN


Hasil kajian menunjukkan bahawa kaedah akronim dapat
meningkatkan kemahiran mengembangkan isi karangan
berbentuk umum ( langkah langkah dan yang
sinonimnya) dalam masa yang singkat. Hal ini kerana
pelajar yang dapat mencari kata kunci mengembangkan
isi karangan yang tepat dan cepat, akan membantu
mereka mengarang dengan baik atau sekurang-
kuranngnya menepati kehendak soalan.
13.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA
Untuk kajian seterusnya, saya berharap dapat
mengembangkan kaedah rajah ini dalam tajuk karangan
yang lain. Selain itu, saya akan memilih akronim yang
mudah dingat dan sesuai dengan pelajar.

Anda mungkin juga menyukai