Anda di halaman 1dari 19

8 LANGKAH MUDAH

MENULIS KAJIAN TINDAKAN SEKOLAH DTP


JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

Tajuk Kajian:
Nama:
Nama Sekolah:

BIL ASPEK KAJIAN


Abstrak

1 Pengenalan

2 Fokus Kajian

3 3.1 Objektif Kajian

3.2 Persoalan Kajian

4 Peserta Kajian

5 Metodologi Kajian
5.1 Pelaksanaan Kajian

6 Dapatan Kajian

7 Rumusan Kajian

8 Kesimpulan

Bibliografi

1
8 LANGKAH MUDAH
MENULIS KAJIAN TINDAKAN SEKOLAH DTP
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

BIL ASPEK KAJIAN CATATAN

Abstrak
(Pengenalan + Fokus + Objektif +Peserta+
Pelaksanaan + Dapatan+Rumusan)
5 kata kunci
1 Pengenalan
-Apakah masalah pdp yang saya hadapi?

2 Fokus Kajian
- Apakah isu yang saya ingin selesaikan?
- Apakah punca masalah saya?
-Apakah implikasi jika masalah tidak
diatasi

3 3.1 Objektif Kajian


Mengapa masalah ini perlu diselesaikan?

3.2 Persoalan Kajian

4 Peserta Kajian
-Siapa yang menghadapi masalah ini?
(Jumlah, jantina, kaum, tahap
pencapaian dll)

5 Metodologi Kajian
5.1 Pelaksanaan Kajian
-Bagaimana menyelesaikan masalah ini/
intervensi yang diambil?...(Inovasi?)
-Apakah kaedah untuk menilai
keberkesanan tindakan yang diambil?
(ujian pra, intervensi, ujian pasca)
-Terangkan langkah-langkah
menyelesaikan isu ini.
Langkah 1, langkah 2, langkah 3….

6 Dapatan Kajian
-Apakah hasilnya? (Data-jadual,graf)
(Pemerhatian berdasarkan kaedah yang
digunakan)

7 Rumusan Kajian
Adakah tindakan ini berjaya?

2
8 Kesimpulan
-Rumuskan dapatan secara keseluruhan dan
kaitkan dengan hasil kajian.
-Nyatakan apakah implikasi kajian tindakan
ini kepada Perkembangan / pembangunan
profesionalisme kerjaya anda, kepada
sekolah/sistem pendidikan
-Berikan cadangan untuk menambah baik
amalan anda sebagai seorang pendidik pada
masa akan datang.

Bibliografi

APA style
-Senaraikan rujukan kajian lepas
- susun mengikut urutan abjad

3
LANGKAH 1

BIL ASPEK KAJIAN CATATAN

Abstrak (Tips : Pengenalan + Fokus + Objektif +Peserta+ Intervensi


+ Dapatan)

1 Pengenalan 1. Setiap kali saya menyemak kertas ujian atau peperiksaan


-Apakah masalah pdp yang bagi Kertas 2 Bahasa Melayu, bagi soalan C iaitu
saya hadapi? Rumusan, saya berasa kecewa dengan gaya penulisan
murid.
*Ada rujukan kajian yang lalu 2. Murid tidak dapat menulis rumusan dengan lengkap.
sekurang-kurangnya 1 3. Murid-murid saya memperoleh markah sederhana dan
lemah.

2 Fokus Kajian 1. Saya dapati kebanyakan murid-murid tidak berjaya


-Apakah punca masalah saya? mengenalpasti semua fokus yang terdapat dalam bahan-
-Apakah isu yang saya ingin bahan yang diberikan.
selesaikan? 2. Murid gagal mengumpul sekurang-kurangnya 8 isi yang
-Apakah implikasi jika terdapat dalam bahan sama ada petikan ataupun grafik .
masalah tidak diatasi 3. Sehubungan dengan itu, mereka menulis apa-apa sahaja
yang mereka fikirkan isi .
*Ada rujukan kajian yang lalu
sekurang-kurangnya 1

3 3.1 Objektif Kajian 1. Murid dapat mengenalpasti fokus soalan.


Apa yang ingin dicapai 2. Murid dapat mengumpul isi yang tepat dan cukup
dalam kajian ini? berdasarkan bahan petikan.
3. Murid memperoleh markah cemerlang bagi soalan
rumusan.

3.2 Persoalan kajian 1. Bagaimana murid dapat mengenal pasti fokus kajian?
Bagaimana mencapai 2. Bagaimana murid dapat mengumpulkan isi yang tepat dan
objektif? cukup berdasarkan bahan petikan?
3. Bagaimana murid dapat memperoleh markah yang
cemerlang bagi soalan rumusan?

4 Peserta Kajian Jumlah: 21 orang murid dari kelas 5 Sains 1


Siapa yang menghadapi Jantina: 15 perempuan, 6 lelaki
masalah ini? Kaum: 21 orang murid Melayu
(Jumlah, jantina, kaum, tahap Tahap pencapaian: sederhana dan lemah dalam rumusan
pencapaian dll)

5 Metodologi 1. Murid-murid didedahkan dengan teknik Rumusan Dua


Langkah (RuDuLa).
Tindakan Yang Dijalankan 2. Saya melatih tubi murid saya menulis rumusan dengan
-Bagaimana menyelesaikan berpandukan Modul RuDuLa selama 5 bulan iaitu Mac
masalah ini? hingga Julai 2023.
(Inovasi?) 3. Teknik RuDuLa ini akan menjadi sumber rujukan utama
-Apakah intervensi cikgu untuk murid semasa mereka menulis Rumusan. Melalui teknik
mengatasi masalah ? RuDuLa murid lebih mudah mengenalpasti fokus dan isi
-Apakah indikator untuk yang terdapat dalam setiap bahan soalan rumusan.
menilai keberkesanan tindakan 4. Saya melaksanakan pengajaran yang banyak
yang diambil?(ujian pra, menggunakan teknik penyoalan yang menggunakan
intervensi, ujian pasca) kemahiran berfikir aras tinggi, kerja kumpulan,

4
-Terangkan langkah-langkah pembentangan dan pentaksiran kendiri dan rakan sebaya
menyelesaikan isu ini. semasa PdP.
Langkah 1, langkah 2, langkah 5. Langkah-langkah melaksanakan teknik RuDuLa ialah:
3…. 6. Seterusnya saya menjalankan Ujian 2 dan Ujian 3.

6 Dapatan Kajian Pelajar telah menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun


-Apakah hasilnya? (Ujian 3) pada 3 Mei 2022. Semua pelajar 5 Sains 1 lulus.
(Data-jadual,graf) Sebanyak 15 orang daripada 21 orang berjaya mendapat 26-
-(Pemerhatian berdasarkan 29 markah, 5 orang mendapat 24-25 markah dan seorang
indikator yang digunakan) hanya mendapat 20 markah.

7 Rumusan Kajian Teknik RuDuLa telah berjaya meningkatkan pencapaian murid


-Adakah tindakan ini berjaya? dalam menulis rumusan. Selepas menggunakan teknik
-Apakah cadangan kajian RuDuLa, murid telah berjaya meningkatkan jumlah markah
akan datang? mereka semasa sesi ujian yang dilaksanakan.

8 Kesimpulan -Teknik RuDuLa telah berjaya membantu murid untuk


mengenalpasti fokus soalan, mengumpul isi yang tepat dan
-Rumuskan dapatan secara cukup berdasarkan bahan petikan, berjaya memperoleh markah
keseluruhan dan kaitkan dengan cemerlang bagi soalan rumusan.
hasil kajian. -teknik yang diperkenalkan ini telah digunakan secara meluas
-Nyatakan apakah implikasi kajian
dalam kalangan guru sekolah saya untuk membantu murid
tindakan ini kepada
Perkembangan / pembangunan
meningkatkan penguasaan mereka dalam menulis rumusan
profesionalisme kerjaya anda, khususnya dalam kalangan murid menengah atas.
kepada sekolah/sistem pendidikan -Kecekapan guru dalam mengajar kemahiran menulis rumusan
-Berikan cadangan untuk juga telah berjaya ditingkatkan melalui penggunaan teknik ini.
menambah baik amalan anda -Teknik ini dicadangkan untuk dilaksanakan untuk murid kelas
sebagai seorang pendidik pada sederhana dan lemah untuk menguji keberkesanannya kerana
masa akan datang. kajian ini melibatkan sampel murid kelas cemerlang sahaja.

Bibliografi Chuah, Siew Mei and Al Amin, Mydin (2022) Pengaruh


-APA amalan penyeliaan terhadap pengajaran kreatif
guru. Jurnal Kepimpinan Pendidikan. pp. 30-40. ISSN E-
ISSN: 2289-9669

Kementerian Pelajaran Malaysia (2003). Huraian Kurikulum


Prasekolah Kebangsaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
Dan Pustaka.

Mohamed, H. (2016). Meningkatkan Kemahiran Menulis


Karangan Melalui Penggunaan Track
Changes. Malaysian Journal of Learning and
Instruction, 13(1), 135–159.

5
LANGKAH 2

Teknik RuDuLa Meningkatkan Kemahiran Menulis Rumusan dalam Kalangan


Murid
Zuraini Binti Ghazali
SMK Ahmad Boestamam, Manjung Perak

Abstrak

Kajian ini dilaksanakan untuk meningkatkan kemahiran menulis rumusan dalam


kalangan murid tingkatan lima. Teknik RuDuLa dihasilkan dan digunakan untuk
membantu memudahkan murid mengenalpasti fokus soalan, mengumpul isi yang tepat
dan cukup berdasarkan bahan petikan bagi memperoleh markah cemerlang bagi soalan
rumusan selain meningkatkan kemahiran mengajar rumusan dalam kalangan guru
bahasa Melayu. Kajian ini melibatkan 21 orang murid dari satu kelas tingkatan lima.
Ujian pra dan ujian pasca dilaksanakan untuk mengesan tahap pencapaian murid
selepas menggunakan teknik RuDuLa dalam menulis rumusan. Selepas guru mengajar
menggunakan teknik RuDuLa, hasil ujian pasca menunjukkan bahawa 15 orang murid
telah berjaya memperoleh markah kategori cemerlang, 5 orang mendapat markah baik
dan seorang murid memperoleh markah sederhana. Dapatan ini menunjukkan bahawa
teknik RuDuLa telah berjaya membantu murid untuk cemerlang dalam menulis
rumusan. Kesimpulannya, penggunakaan kaedah menulis rumusan menggunakan
teknik RuDuLa ini adalah sesuai dan releven digunakan oleh guru bahasa Melayu
untuk meningkatkan kemahiran menulis rumusan dalam kalangan murid. Implikasi
kajian ini diharapkan dapat memberi sumbangan ilmu pengetahuan dan amalan
mengajar rumusan khususnya terhadap guru dan murid dalam mempelajari bahasa
Melayu.

1. Pengenalan

Selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta

Pendidikan 1996, Bahasa Melayu ialah mata pelajaran teras di semua sekolah

rendah dan menengah (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003). Antara objektif

Bahasa Melayu diajar di sekolah adalah untuk melahirkan idea dan pendapat secara

6
lisan menggunakan kata, istilah, frasa, ungkapan, dan ayat yang betul dan gramatis.

Namun demikian masih terdapat murid yang tidak dapat menguasai sepenuhnya

kemahiran menulis rumusan dalam bahasa Melayu (Mohamed, H., 2016).

Hakikatnya, Bahasa Melayu merupakan satu mata pelajaran penting dan penentu

kepada pencapaian pelajar dalam peperiksaan SPM. Kementerian Pendidikan Malaysia

sentiasa menekankan tentang, guru perlulah kreatif dalam melaksanakan sesi

pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Menurut Chuah dan Al Amin , (2022) proses

pengajaran dan pembelajaran melalui kaedah pengajaran kreatif harus

dipertingkatkan supaya dapat merangsangkan minda murid dalam menjawab soalan .

Sehubungan itu, guru perlu sentiasa berusaha mendorong murid untuk berfikir dan

menyelesaikan masalah secara kreatif demi memperoleh keputusan yang cemerlang

dalam peperiksaan SPM.

Dalam subjek bahasa Melayu juga, kemahiran menulis merupakan kemahiran

asas yang murid perlu kuasai selain kemahiran mendengar bertutur dan kemahiran

membaca. Semua kemahiran bahasa ini dilihat saling melengkapi untuk membolehkan

murid menguasai bahasa Melayu dengan cemerlang. Namun demikian, gaya penulisan

dalam kalangan murid saya masih kurang kreatif dan amat memerlukan latihan yang

berterusan. Murid didapati masih tidak dapat menulis rumusan dengan lengkap dengan

format yang betul.

Kesannya, murid hanya mampu memperoleh markah dalam kategori sederhana

dan lemah. Penekanan dan fokus utama kajian ini adalah memastikan semua murid

saya dapat menguasai teknik dan kemahiran menulis rumusan agar mereka berjaya

mendapat markah terbaik bagi kertas 2. Rumusan menjadi fokus kajian saya

7
memandangkan berdasarkan pemerhatian saya murid saya agak keliru untuk

mengenalpasti fokus dan mengaitkan dengan isi-iai yang terdapat dalam bahan

rumusan.

2. Fokus kajian

Mata pelajaran Bahasa Melayu merupakan mata pelajaran teras pada peringkat Sijil

Pelajaran Malaysia (SPM). Mata pelajaran Bahasa Melayu peringkat SPM mempunyai

dua bahagian, iaitu Bahasa Melayu Kertas 1 (1103/1) dan Bahasa Melayu Kertas 2

(1103/2). Format pentaksiran bagi mata pelajaran ini telah mengalami perubahan

format bermula tahun 2020 iaitu berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah

(KSSM). Satu instrumen pentaksiran bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Kertas 2

ialah rumusan.

Rumusan merupakan satu komponen penting dengan peruntukan markah yang

ditetapkan sebanyak 30 markah. Aspek yang diberikan penekanan dalam penulisan

rumusan ialah kemahiran mengenalpasti beberapa kata kunci atau fokus yang terdapat

dalam pelbagai bahan yang diberikan dalam soalan. Berdasarkan kata kunci atau fokus

tersebut pelajar mesti mengumpul 8 isi dengan tepat daripada semua bahan yang

diberikan. Oleh itu, penulisan rumusan memerlukan pelajar yang mahir menguasai

maklumat yang terdapat dalam petikan dan mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi

untuk memastikan mereka menguasai semua bahan yang diberikan.

8
Sehubungan itu, projek penyediaan dan pemilihan bahan-bahan bantu mengajar

(BBM) dengan teknik RuDuLa disediakan yang bertujuan untuk membantu pelajar 5

Sains 1 bagi menangani masalah yang dihadapi pelajar dalam aspek penulisan

rumusan. Berdasarkan ujian rumusan yang dilaksanakan oleh guru kepada 21 orang

pelajar pada bulan September 2020 Kelas Tingkatan 5 SN 1 didapati 100 peratus

pelajar dalam kelas berkenaan memperoleh markah kurang daripada 20 markah dalam

penulisan rumusan. Pelajar lemah dalam penulisan rumusan berpunca daripada

kegagalan memahami tugasan soalan .

Pembedahan terhadap isu kegagalan pelajar dalam pembelajarannya, khususnya

dalam penulisan rumusan perlu dilaksanakan segera dan tidak boleh dibiarkan

berpanjangan. Seandainya mereka tidak menguasai kemahiran menulis rumusan

dengan baik kebarangkalian mereka tidak akan mendapat keputusan cemerlang . Oleh

itu, kajian tindakan perlu dilakukan bagi meningkatkan penguasaan kemahiran menulis

rumusan dengan menggunakan kaedah terancang dan sistematik serta mudah dikuasai

pelajar. Selain itu, perlu ada satu pendekatan dan strategi yang sesuai dan pelbagai

untuk pengajaran dan pembelajaran menulis karangan. Lantaran itu, bagi

meningkatkan kemahiran menulis karangan, ‘teknik RuDuLa’ diaplikasi dalam proses

PdP.

3.1 Objektif Kajian

Objektif kajian ini ialah:

1. Murid dapat mengenalpasti fokus soalan.

2. Murid dapat mengumpul isi yang tepat dan cukup berdasarkan bahan petikan.

3. Murid memperoleh markah cemerlang bagi soalan rumusan.

9
3.2 Persoalan Kajian

Persoalan kajian ini ialah:

1. Bagaimana murid dapat mengenal pasti fokus kajian?

2. Bagaimana murid dapat mengumpulkan isi yang tepat dan cukup berdasarkan bahan petikan?

3. Bagaimana murid dapat memperoleh markah yang cemerlang bagi soalan rumusan?

4. Kumpulan Sasaran

Kajian melibatkan pengajaran seorang guru dan 21 orang pelajar Tingkatan 5 Sains 1.

Mereka terdiri daripada semua murid Melayu iaitu 15 orang murid perempuan dan

enam orang murid lelaki. Keseluruhan kebolehan murid ini adalah pada tahap

sederhana dan lemah dalam menulis rumusan tetapi cemerlang dalam bahagian soalan

yang lain. Oleh itu, kajian tindakan dilaksanakan untuk mengatasi masalah tersebut.

5. Metodologi Kajian

Kajian ini dilaksanakan melalui kaedah pemerhatian, ujian pra dan ujian pasca.

Pemerhatian

Sikap murid yang kurang fokus dan kurang memberikan tumpuan terhadap pengajaran

guru didapati telah menjadi salah satu faktor yang mempengaruhi kemahiran murid

dalam penulisan rumusan. Malahan keupayaan berfikir dan menyelesaikan masalah

secara kreatif murid untuk menyelesaikan latihan yang diberikan oleh guru

10
menyebabkan penulisan rumusan mereka menjadi kurang berkualiti. Masalah yang

mereka hadapi ini dapat diperhatikan melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran di

kelas. Berdasarkan pemerhatian, sikap pelajar dilihat secara langsung di dalam kelas

sewaktu aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Ujian Pra

Ujian pra ialah ujian yang dilaksanakan sebelum intervensi dilakukan. Ujian ini

diberikan kepada murid untuk mengukur tahap pencapaian mereka dalam penulisan

rumusan sebelum pelaksanaan teknik RuDuLa. Dapatan kajian dalam ujian pra

menunjukkan bahawa, semua murid mendapat markah sederhana iaitu antara 12

hingga 18 markah. Manakala tidak ada murid yang mendapat markah cemerlang dan

baik.

Jadual 1
Pencapaian Murid Dalam Ujian Pra
Bil Nama Murid Ujian Pra
1 Arif Hakimi Bin Noor Azmi 13
2 Arina Musfirah Binti Zulkefly 15
3 Datu Muhammad Nor Mujid Datu Muhaimen 12
4 Elysa Binti Mohd Azizul 16
5 Fatihah Binti Radzwan 14
6 Fatin Najihah Binti Musalizam 17
7 Mohamad Saiful Farhan 17
8 Muhamad Sukri Bin Abd Rashid 12
9 Muhammad Azrul Aidil Bin Azaha 19
10 Muhammad Ikmal Rizal Muhamad Fajruddin 14
11 Nur A’mirah Binti Kamil Arif 16
12 Nur Alia Nabila Binti Nor Azam 16

11
13 Nur Athirah Binti Azhar 15
14 Nur Humairah Binti Mohamad Aris 17
15 Nur Syasya Masturina Binti Ibrahim 18
16 Nurul Amirah Syahirah Binti A.Azmi 16
17 Nurul Husnina Binti Zakaria 17
18 Putera Aidil Irfan Bin Suhairi 16
19 Rizma Aulia Syaubari 17
20 Saidatul Nur Syahirah Binti Hussaini 14
21 Saiyidah Nafisah Binti Yusnora 16

Tindakan yang dilaksanakan

Berdasarkan pemerhatian dan ujian pra, maka saya telah melaksanakan satu intervensi

untuk meningkatkan kemahiran menulis rumusan dalam kalangan murid-murid ini. Di

dalam kajian tindakan ini, saya mendorong murid-murid untuk menjawab soalan

rumusan menggunakan teknik RuDuLa. Setiap minggu, aktiviti latihan penulisan

rumusan akan dijalankan. Aktiviti tersebut memerlukan murid menulis rumusan

berpandukan pelbagai bahan yang diberikan oleh guru. Guru merancang aktiviti sesuai

agar murid dapat menguasai pembelajaran. Sebelum menulis rumusan, guru

memberikan penerangan tentang Teknik RuDuLa. Perkataan RuDuLa merupakan

akronim bagi Rumusan Dua Langkah yang merujuk kepada susun kerja murid bagi

menghasilkan sebuah rumusan yang lengkap dan tepat. Cetusan idea RuDuLa telah

saya hasilkan berdasarkan strategi penting dalam proses menulis rumusan iaitu

persediaan:

a. Sebelum menulis rumusan

12
b. Semasa membaca semua bahan yang diberikan dalam soalan (Petikan atau grafik)

dan mengenalpasti semua fokus yang terdapat dalam bahan yang diberikan.

c. Semasa mengumpul isi-isi penting berdasarkan Fokus soalan.

d. Memberikan idea yang bernas dan lengkap sebagai kesimpulan rumusan dengan

mengetengahkan isu atau tema dalam bahan.

Murid saya dibimbing untuk melaksanakan dua langkah membuat rumusan

berdasarkan RuDuLa atau Rumusan Dua Langkah iaitu:

Langkah Pertama :

a. Sebelum membuat rumusan murid akan melakarkan RuDuLa yang berbentuk

jadual. (Rujuk contoh RuDuLa)

b. Semasa membaca dan menganalisis bahan yang disediakan sama ada dua atau lebih

murid akan membuat catatan pada jadual yang telah dihasilkan.

c. Murid akan menyenaraikan fokus-fokus soalan yang terdapat dalam setiap bahan

sama ada petikan ataupun grafik.

d. Murid juga akan menyenaraikan isi-isi yang diperoleh daripada bahan mengikut

fokus yang tepat.

Langkah Kedua :

a. Murid akan mula menulis rumusan dengan membuat pendahuluan berdasarkan

lajur satu jadual RuDuLa.

b. Seterusnya murid akan menentukan isi mengikut keutamaan fokus bagi menulis

perenggan isi.

13
c. Akhirnya murid akan menulis kesimpulan yang lengkap sebagai penutup rumusan

berpandukan tema bahan dengan mengemukakan cadangan serta kesan atau

harapan.

6. Dapatan Kajian

Setelah beberapa aktiviti dilaksanakan mengikut langkah-langkah yang dijalankan,

dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan dalam penguasaan kemahiran

menulis rumusan dalam kalangan murid tingkatan 5 yang terlibat dalam kajian ini.

Murid sendiri melakukan penerokaan kendiri berdasarkan panduan yang diberikan oleh

guru berdasarkan pendekatan berfokus. Kelemahan pelajar dalam menulis rumusan

dapat dapat di atasi bagi murid yang berpotensi cemerlang. Manakala murid yang

lemah dapat diminimumkan kesilapan menulis rumusan. Setiap kali latihan menulis

rumusan, saya telah memeriksa latihan tersebut dan memberikan markah mengikut

standard SPM sebenar.

Jadual 2
Pencapaian Pelajar Dalam Ujian Pasca
Bil Nama Murid Ujian Pra Ujian Pasca
1 Arif Hakimi Bin Noor Azmi 13 26
2 Arina Musfirah Binti Zulkefly 15 26
3 Datu Muhammad Nor Mujid Datu Muhaimen 12 27
4 Elysa Binti Mohd Azizul 16 28
5 Fatihah Binti Radzwan 14 24
6 Fatin Najihah Binti Musalizam 17 29
7 Mohamad Saiful Farhan 17 29
8 Muhamad Sukri Bin Abd Rashid 12 20
9 Muhammad Azrul Aidil Bin Azaha 19 29
10 Muhammad Ikmal Rizal Muhamad Fajruddin 14 26

14
11 Nur A’mirah Binti Kamil Arif 16 25
12 Nur Alia Nabila Binti Nor Azam 16 27
13 Nur Athirah Binti Azhar 15 24
14 Nur Humairah Binti Mohamad Aris 17 28
15 Nur Syasya Masturina Binti Ibrahim 18 28
16 Nurul Amirah Syahirah Binti A.Azmi 16 26
17 Nurul Husnina Binti Zakaria 17 27
18 Putera Aidil Irfan Bin Suhairi 16 26
19 Rizma Aulia Syaubari 17 25
20 Saidatul Nur Syahirah Binti Hussaini 14 24
21 Saiyidah Nafisah Binti Yusnora 16 26

Jadual 3
Pencapaian Pelajar Dalam Ujian Pra dan Ujian Pasca
Gred Ujian Pra Ujian Pasca
Mendapat Markah Cemerlang - 15
Mendapat Markah Baik - 5
Mendapat Markah Sederhana 21 1
Jumlah Murid 21 21

Jadual di atas menunjukkan pencapaian murid saya selepas menulis rumusan

menggunakan teknik RuDuLa. Bilangan murid yang memperoleh markah cemerlang

pada ujian 3 ialah 15 orang, jumlah murid yang mendapat markah baik ialah 5 orang

dan murid yang mendapat markah sederhana ialah seorang. Jumlah murid yang

mendapat markah cemerlang meningkat pada ujian 3 berbanding hanya 4 orang pada

ujian 2. Malahan jika dibandingkan dengan ujian 1 tidak ada murid yang mendapat

markah cemerlang dan baik kerana semua murid mendapat markah sederhana. Teknik

15
RuDuLa ini telah membantu lebih ramai murid untuk mendapat markah cemerlang

berbanding sebelum menggunakan teknik ini.

7. Rumusan

Rumusannya, penggunaan teknik RuDuLa telah berjaya meningkatkan kemahiran

menulis rumusan dalam kalangan murid. Guru juga telah meningkatkan kemahiran

mengajar rumusan melalui teknik yang diperkenalkan ini. Semasa sesi pengajaran dan

pembelajaran, langkah-langkah dan aktiviti pengajaran yang dirancang telah

dilaksanakan dengan lancar. Berdasarkan pemerhatian, semasa aktiviti pembelajaran,

didapati kemahiran berfikir kreatif dan keyakinan murid untuk menjawab soalan

rumusan semakin meningkat. Murid rajin membuat penerokaan kendiri melalui

pelbagai sumber. Soalan-soalan rumusan yang diberikan diambil daripada pelbagai

bahan.

Walau bagaimanapun pencapaian murid bagi ujian pra agak kurang cemerlang,

namun melalui bimbingan guru dengan teknik yang digunakan mampu meningkatkan

pencapaian murid yang sederhana dan lemah menulis rumusan kepada tahap yang

lebih baik dan cemerlang. Keadaan ini terbukti melalui ujian pasca yang dilaksanakan.

Semasa ujian pasca diberikan seramai 15 orang murid mencapai cemerlang dan 5

orang masih berada dalam tahap baik manakala hanya seorang yang masih di tahap

sederhana dan memerlukan bimbingan yang lebih serius daripada guru. Jika dibuat

perbandingan antara ujian pra dengan ujian pasca didapati ada peningkatan dari segi

pencapaian pada tahap cemerlang telah mengalami peningkatan ketara, iaitu daripada

tiada seorang murid yang cemerlang telah meningkat kepada 15 orang murid.

16
Masalah pembelajaran murid yang ditunjukkan melalui tingkah laku

pembelajaran murid pasif telah dapat diatasi. Sikap mereka yang gemar berbual,

kurang tumpuan, dan tidak minat membuat latihan amat berkurangan. Secara tidak

langsung menunjukkan bahawa teknik RuDuLa mampu memberi panduan kepada

murid untuk meningkatkan pembelajaran sekali gus menjadi aktif dan fokus bagi

mencapai kecemerlangan dalam penulisan Rumusan.

8. Kesimpulan

Kajian ini secara keseluruhannya mengemukakan jawapan kepada persoalan kajian

yang berkaitan dengan meningkatkan pencapaian menulis rumusan dalam kalangan

murid. Berdasarkan dapatan ujian pra, langkah membina teknik RuDuLa adalah perlu

bagi tujuan mencapai objektif kajian yang ditetapkan. Dapatan kajian dalam ujian

pasca telah membuktikan bahawa teknik RuDuLa telah berjaya membantu murid

meningkatkan penguasaan menulis rumusan dan pencapaian yang lebih cemerlang.

Murid didapati telah berjaya mengenal pasti fokus soalan dengan lebih mudah.

Hasilnya didapati mereka berupaya mengumpul isi yang tepat dan cukup berdasarkan

bahan petikan malahan murid yang terlibat dalam kajian ini telah berjaya memperoleh

markah cemerlang bagi soalan rumusan.

Teknik yang diperkenalkan ini telah digunakan secara meluas dalam

kalangan guru sekolah saya untuk membantu murid meningkatkan penguasaan mereka

dalam menulis rumusan khususnya dalam kalangan murid menengah atas. Kecekapan

guru dalam mengajar kemahiran menulis rumusan juga telah berjaya ditingkatkan

17
melalui penggunaan teknik ini. Dalam kajian seterusnya diharapkan guru

menggunakan teknik RuDuLa ini untuk mengajar kelas murid sederhana dan lemah

kerana kajian yang saya telah lakukan ini melibatkan murid kelas cemerlang. Oleh itu,

sebagai guru mata pelajaran Bahasa Melayu, pencapaian murid dalam penulisan

Rumusan ini diharap dapat membantu meningkatkan peratus keseluruhan markah

Kertas 2 Bahasa Melayu khususnya di peringkat SPM 2022 nanti.

Rujukan
Chuah, Siew Mei and Al Amin, Mydin (2022) Pengaruh amalan penyeliaan terhadap
pengajaran kreatif guru. Jurnal Kepimpinan Pendidikan. pp. 30-40. ISSN E-ISSN:
2289-9669
Kementerian Pelajaran Malaysia (2003). Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Mohamed, H. (2016). Meningkatkan Kemahiran Menulis Karangan Melalui


Penggunaan Track Changes. Malaysian Journal of Learning and
Instruction, 13(1), 135–159.

18
19

Anda mungkin juga menyukai