Anda di halaman 1dari 10

TEKNIK “BIG PICTURE – SMALL PICTURE” UNTUK MENINGKATKAN

KEMAHIRAN MENJAWAB SOALAN PEMBEZAAN FUNGSI EKSPONEN

1
Nurfadillah bt Mohd, 2Sanjay A/L Pradeep Kumar, 3Nurfarehan bt Mohamed Nordin, 4
Ainul Fidza bt Ahmad Saufi @ Ahmad Sabi
1,2,3,4
Unit Matematik, Kolej Matrikulasi Melaka
1
nurfadillah@kmm.matrik.edu.my, 2sanjay@kmm.matrik.edu.my,
3
nurfarehan@kmm.matrik.edu.my, 4ainulfidza@kmm.matrik.edu.my.

ABSTRAK

Kajian tindakan ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran menjawab soalan pembezaan
fungsi eksponen menggunakan teknik: “BIG PICTURE – SMALL PICTURE”. Kajian ini
dijalankan ke atas 25 orang pelajar daripada modul 1 Program Sains Satu Tahun Sesi
2017/2018 di Kolej Matrikulasi Melaka. Berdasarkan pemerhatian, temubual dan hasil kerja
pelajar, kebanyakkan pelajar keliru semasa menyelesaikan sebarang soalan pembezaan kerana
terdapat pelbagai konsep dan petua yang dipelajari. Temubual dan Ujian Pra-Pos dijalankan
bagi melihat peningkatan kemahiran pelajar setelah teknik ini diperkenalkan. Ujian Pra-Pos
dilaksanakan untuk melihat perbezaan pencapaian pelajar sebelum dan selepas penggunaan
teknik: “BIG PICTURE – SMALL PICTURE” diperkenalkan kepada pelajar. Hasil kajian
menunjukkan peningkatan yang ketara terhadap kemahiran pelajar dalam menjawab soalan-
soalan yang berkaitan pembezaan. Sehubungan dengan itu, teknik: “BIG PICTURE – SMALL
PICTURE” sesuai untuk diaplikasikan sebagai teknik pengajaran dan pembelajaran di dalam
kelas, secara tidak langsung dapat menjadikan subtopik ini lebih menarik dan pelajar dapat
belajar dalam keadaan yang seronok.

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU

Berdasarkan kepada pengalaman-pengalaman pengkaji serta rakan-rakan sebagai tenaga


pengajar matematik di kolej matrikulasi, didapati pelajar kurang menguasai topik pembezaan.
Terdapat beberapa konsep dengan kata lain, subtopik yang perlu dikuasai oleh pelajar dalam
topik ini seperti petua hasil darab, petua hasil bahagi, petua kuasa, petua rantai, pembezaan
logaritma, pembezaan trigonometri, pembezaan eksponen, pembezaan persamaan
berparameter dan pembezaan tersirat. Berdasarkan subtopik yang banyak dalam topik
pembezaan ini, para pelajar lebih cenderung untuk menghafal jalan kerja atau menakrif suatu
konsep berdasarkan kefahaman mereka sendiri. Perkara ini menyebabkan pelajar keliru semasa
menyelesaikan sebarang soalan pembezaan.

Menurut Ismail Kailani & Ruslina Ismail @ Nawi (2010), pelajar tidak dapat menguasai tajuk
pembezaan sepenuhnya. Mereka juga didapati melakukan kesalahan lazim yang sama yang
mana boleh dikategorikan kepada tiga jenis kesalahan lazim, iaitu Kesalahan Cuai (KC),
Kesalahan Sistematik (KS) dan Kesalahan Rawak (KR).

Melalui temu bual bersama rakan-rakan penyelidik yang lain, para pelajar mereka keliru serta
mencampuradukkan konsep pembezaan antara satu sama lain. Rakan-rakan sejawat perlu
mengulang ajar berkali-kali sehingga pelajar faham, secara tidak langsung menganggu
kelancaran pengajaran dan pembelajaran tajuk pembezaan di dalam kelas.
Guru boleh menggunakan respons pelajar sebagai peluang untuk menilai kesediaan mereka
untuk belajar lebih mendalam, dan memperkenalkan konsep baru yang sesuai untuk mencabar
pemikiran mereka (Bolstad, 2011).

Guru perlu mengukuhkan rasa ingin tahu intelektual pelajar, kemahiran mengenal pasti dan
menyelesaikan masalah, dan keupayaan mereka untuk membina pengetahuan baru dengan
orang lain. Guru-guru di abad ke-21 bukan guru yang mahir dalam setiap topik dalam
kurikulum, tetapi harus menjadi pakar dalam mencari tahu bersama dengan murid mereka, tahu
bagaimana melakukan sesuatu, tahu bagaimana mengetahui sesuatu atau bagaimana
menggunakan sesuatu untuk melakukan sesuatu yang baru (Zubaidah, S. 2016).

Melalui kajian Chandra & Fisher (2009), menunjukkan bahawa apabila guru merancang,
membangunkan dan melaksanakan kaedah pengajaran yang inovatif di dalam bilik darjah, guru
berpotensi untuk menarik minat pelajar dan mengoptimumkan hasil pembelajaran mereka.

Pelajar abad ke-21 cara belajar, mereka lebih gemar menggunakan gambaran agar dapat
memudahkan mereka untuk mengigat dalam suasana yang seronok serta santai. Selain itu,
peranan pendidik dalam penggunaan dan pemilihan metadologi pengajaran dan pembelajaran
yang sesuai boleh menimbulkan minat serta membangkitkan motivasi pelajar sekaligus dapat
meningkatkan kefahaman dan kemahiran pelajar. Secara tidak langsung, dengan penglibatan
pelajar akan melahirkan pelajar yang bersifat kritis dan kreatif.
Menyedari hakikat ini, pengkaji berusaha untuk menarik minat pelajar dengan cara dan
pendekatan yang sedikit berbeza. Pengkaji cuba memudahkan konsep pembezaan bagi
subtopik pembezaan fungsi eksponen. Pelajar perlu seronok dan dalam masa yang sama dapat
memahami subtopik pembezaan fungsi eksponen.

2.0 FOKUS KAJIAN

Kajian ini difokuskan kepada subtopik pembezaan fungsi eksponen dalam subjek Matematik
Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia. Subtopik ini hanya melibatkan julat
markah yang banyak di dalam Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM), dan ianya
merupakan asas penting yang perlu dikuasai oleh pelajar. Secara tidak langsung turut
mempengaruhi gred pencapaian pelajar.

Dalam kajian ini, melalui tindakan yang dilaksanakan pelajar diminta mengaplikasikan teknik
“BIG PICTURE – SMALL PICTURE” dalam menyelesaikan soalan pembezaan fungsi
eksponen. Secara tidak langsung, pelajar akan dapat meningkatkan kemahiran dan menulis cara
kerja penyelesaian yang betul bagi pembezaan fungsi.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Objektif Am
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran pelajar menjawab soalan pembezaan
eksponen melalui teknik “BIG PICTURE – SMALL PICTURE”.

3.2 Objektif Khusus


i. Meningkatkan kemahiran pelajar menjawab pelbagai soalan pembezaan fungsi
melibatkan kuasa dengan tepat.
ii. Mengubah teknik serta cara pengajaran bagi subtopik pembezaan yang melibatkan
lebih daripada satu fungsi agar pelajar mudah faham
iii. Menjadikan subtopik ini lebih menarik dan belajar dalam keadaan yang seronok.
4.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan sampel seramai 18 orang pelajar daripada modul 2 Program Sains Satu
Tahun Sesi 2017/2018 yang terdiri daripada 10 pelajar lelaki dan 8 orang pelajar perempuan.
Pemilihan sampel ini adalah berdasarkan kelas di bawah seliaan penyelidik.

5.0 METADOLOGI KAJIAN

5.1 Perancangan Kajian

Pengkaji telah melakukan beberapa langkah bagi mengenalpasti masalah ini, seperti :
i. Memerhati jawapan soalan tugasan (tutorial)
ii. Temu bual dengan pelajar-pelajar
iii. Soalan ujian (Ujian pra dan ujian pos)

Jadual 1: Perlaksanaan Kajian


Bil Aktiviti Catatan Waktu
1 Menentukan fokus - Menentukan topik berdasarkan - Minggu 4
bidang kajian bidang yang dikaji September hingga
- Menilai kajian terdahulu dan Minggu 1 Oktober
memfokuskan bidang kajian 2017
- Membina persoalan kajian
2 Pengumpulan data - Menentukan instrument yang akan - Minggu 2 hingga
yang berkaitan digunakan dalam kajian minggu 4 Oktober
- Mengesahkan soalan. 2017
- Melaksana kajian
- Mentadbir data
- Menjalankan ujian pra dan pos
3 Analisa dan - Menilai semua data kajian - Minggu 1
penghuraian data - Menjelaskan dapatan kajian November hingga
- Membuat keputusan dan berdasarkan minggu 2
analisis yang dilakukan. Disember 2017
- Menentukan kesimpulan
- Analisis kuantitatif (Spss/Excell)
- Minggu 3 dan 4
4 Penulisan laporan
Disember 2017
5.2 Kerangka Kajian
Rajah 1: Kerangka kajian

Pengajaran topik pembezaan fungsi yang


melibatakn kuasa dan lebih daripada satu
fungksidalam tutorial mengikut amalan biasa

i. Memerhati jawapan soalan tugasan


(tutorial)
ii. Temubual dengan pelajar-pelajar
iii. Ujian Pra

Pengajaran topik pembezaan dalam tutorial


menggunakan teknik “BIG PICTURE –
SMALL PICTURE”

i. Ujian Pos
ii. Temu bual dengan pelajar-pelajar
iii. Mengaplikasikan di dalam kuliah
Tamat iv. Meminta pendapat para pensyarah
dan guru sekolah

5.3 Tinjauan Awal

5.3.1 Memerhati jawapan Tugasan (tutorial)

Semua tugasan pelajar iaitu tutorial dikumpulkan dan disemak iaitu soalan yang berkaitan
dengan pembezaan fungsi eksponen. Didapati, para pelajar keliru dengan konsep serta petua
pembezaan dan tidak menggunakan teknik yang betul untuk menjawab soalan pembezaan
fungsi eksponen.

5.3.2 Analisis Temubual

Hasil temubual tidak berstuktur yang diberikan oleh 10 orang pelajar daripada kumpulan
sasaran terhadap masalah penyelesaian pembezaan fungsi eksponen;
(i) “Saya tidak yakin untuk menjawab soalan pembezaan fungsi eksponen kerana
banyak konsep yang dipelajari.”
(ii) “Terlalu banyak petua dan juga konsep pembezaan yang perlu dipelajari. Saya
jawab sahaja.”
(iii) “Keliru hendak guna petua atau konsep yang mana satu untuk jawab soalan.”
(iv) “Kurang faham teknik pembezaan dan tidak ingat.”

5.3.3 Ujian Pra

Ujian Pra telah dilaksanakan yang merangkumi soalan pembezaan fungsi eksponen sahaja
untuk menguji tahap kemahiran pelajar menjawab soalan pembezaan fungsi eksponen dengan

berdasarkan formula
dx

d f  x
e 
 e f  x  f '  x  . Sebanyak 10 soalan disediakan dan perlu

dijawab dalam masa 20 minit. Markah diberikan mengikut kaedah atau langkah dan jawapan
yang betul.

5.4 Perlaksanaan teknik “BIG PICTURE – SMALL PICTURE”

Pelajar telah diperkenalkan dengan teknik asas pembezaan fungsi eksponen terlebih dahulu

iaitu berdasarkan formula;


dx

d f  x
e 
 e f  x  f '  x  . Teknik ini mereka pelajari di dalam kuliah.

Teknik: “BIG PICTURE – SMALL PICTURE” diperkenalkan kepada pelajar. Teknik ini
berfokus kepada kemahiran pembezaan eksponen. Pada peringkat awal, pelajar diperkenalkan
dengan teknik: “BIG PICTURE – SMALL PICTURE” untuk menyelesaikan soalan
pembezaan fungsi eksponen seperti dalam Rajah 1.
RAJAH 1 : Ciri-ciri bagi pembezaan fungsi eksponen, menggunakan teknik : “BIG
PICTURE – SMALL PICTURE”.

dy BIG PICTURE –
if y  e x .
2
Find
dx salin semula soalan

dy d
 ex
2
x2
dx dx SMALL PICTURE – kuasa

asas pembezaan
dy
 2x ex
2

dx
Pembolehubah yang perlu pelajar kenalpasti seperti dalam Rajah 1 adalah;

BIG PICTURE – Salin semula soalan fungsi eksponen


SMALL PICTURE – Kuasa pada fungsi eksponen yang melibatkan asas pembezaan

Pelajar perlu mengenalpasti dahulu pembolehubah mana yang “BIG PICTURE” dan
pembolehubah mana yang “SMALL PICTURE”.

Pelbagai soalan pembezaan eksponen ditulis di papan putih. Seterusnya, mereka perlu
menyatakan pembolehubah “BIG PICTURE” dan “SMALL PICTURE” daripada soalan
fungsi eksponen yang diberikan. Proses tersebut berulang sehingga selesai semua soalan yang
dinyatakan.

Pensyarah kemudiannya akan menunjukkan proses pembezaan dengan menggunakan


maklumat yang telah dikeluarkan dengan menggunakan Rajah 1. Pelajar perlu mengetahui asas
pembezaan. Proses tersebut kemudiannya diulangi oleh pelajar secara individu dengan bantuan
pensyarah.

Setelah maklumat yang diperolehi berdasarkan teknik : “BIG PICTURE – SMALL


PICTURE” ini pelajar dapat menjawab dengan tepat pelbagai soalan pembezaan fungsi
eksponen dengan syarat pelajar mempunyai pengetahuan asas pembezaan.

5.5 Ujian Pos


Sebanyak 10 soalan yang setara dengan ujian pra telah dilaksanakan dalam tempoh masa 20
minit untuk menguji tahap kemahiran pelajar menjawab soalan pembezaan fungsi eksponen
dengan berdasarkan teknik: “BIG PICTURE – SMALL PICTURE”. Markah diberikan
mengikut kaedah atau langkah dan jawapan yang betul.

6.0 DAPATAN KAJIAN

6.1 Analisis Data Ujian Pra dan Ujian Pos


Data-data skor ujian pra dan pos direkod serta dianalisis menggunakan Microsoft Office 2007.
Data-data diproses untuk melihat peningkatan atau penurunan peratusan gred.
JADUAL 1 : Data Markah Pelajar
UJIAN UJIAN UJIAN UJIAN
PELAJAR PELAJAR
PRA POS PRA POS
1 4 20 10 8 23
2 6 20 11 6 20
3 6 18 12 6 19
4 13 25 13 13 25
5 10 25 14 15 25
6 6 24 15 8 18
7 8 23 16 2 15
8 6 25 17 6 20
9 6 23 18 9 23
Jadual 1 adalah data bagi markah pelajar daripada ujian pra dan pos bagi kumpulan sasaran
seramai 18 orang pelajar.

RAJAH 2 : Taburan markah ujian pra berbanding ujian pos

Taburan markah Ujian Pra dan Pos


30 25 25 24 25 25 25
23 23 23 23
25 20 20 20 19 20
18 18
Markah (25)

20 15 15
13 13
15 10
8 8 8 9 Ujian Pra
10 6 6 6 6 6 6 6 6
4 Ujian Pos
5 2

0
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18
Pelajar

Taburan markah bagi ujian Pra-Pos bagi pelajar boleh dilihat menerusi Rajah 2. Didapati
dengan jelas menunjukkan peningkatan markah pelajar selepas diperkenalkan teknik: “BIG
PICTURE – SMALL PICTURE” yang amat ketara. Peningkatan markah menunjukkan trend
yang positif, di mana kesemua pelajar menunjukkan peningkatan.

Secara umumnya, markah Ujian Pra-Pos menunjukkan bahawa terdapat peningkatan yang
ketara daripada segi markah minimumnya iaitu daripada markah terendah dengan 2/25 Ujian
Pra kepada 18/25 Ujian Pos. Markah maksimumnya juga menunjukkan peningkatan daripada
sekadar 15/25 kepada 25/25. Malahan markah Ujian Pos berada dalam julat yang hampir sama.
Terdapat 5 orang pelajar mendapat markah penuh setelah diperkenalkan teknik: “BIG
PICTURE – SMALL PICTURE”. Peningkatan yang memberangsangkan ini amat
mengujakan.

6.2 Analisis Temubual

Berikut merupakan hasil temubual tidak berstuktur yang diberikan oleh 10 orang pelajar
daripada kumpulan sasaran terhadap masalah penyelesaian pembezaan fungsi eksponen;
(i) “Saya lebih yakin untuk menjawab soalan ini dengan menggunakan teknik tersebut
juga jadi seronok.”
(ii) “Asal jumpa sahaja soalan pembezaan fungsi eksponen terus ingat “BIG PICTURE
- SMALL PICTURE” nampak beza dan seronok”
(iii) “Dapat bezakan dengan cara pembezaan antara fungsi-fungsi yang lain.”
(iv) “Teknik ini lebih mudah faham, jadi lebih mudah ingat.”
(v) “Sebelum ni, memang tak boleh jawab. Lepas belajar teknik ni, lagi yakin nak
jawab.”
(vi) “Seronok dapat jawab soalan pembezaan fungsi eksponen dengan mudah dan
cepat.”

7.0 REFLEKSI KAJIAN / KESIMPULAN

Berdasarkan respon daripada pelajar, mereka mengakui bahawa kemahiran mereka telah
meningkat dengan mendadak sekali berbanding jika hanya bergantung kepada formula untuk
menjawab soalan pembezaan fungsi eksponen. Pendekatan ini menjadikan pelajar lebih yakin
untuk menjawab soalan pembezaan fungsi eksponen dengan tepat.

Hasil temubual tersebut menunjukkan bahawa setelah diperkenalkan teknik: “BIG PICTURE
– SMALL PICTURE”, pelajar dapat meningkatkan kemahiran menjawab pelbagai soalan
pembezaan fungsi eksponen dengan tepat. Pelajar juga lebih yakin dan seronok dalam
menjawab pelbagai soalan pembezaan fungsi eksponen.

Hasil kajian menunjukkan peningkatan yang ketara terhadap kemahiran pelajar dalam
menjawab soalan pembezaan fungsi eksponen. Secara tidak langsung pensyarah dapat
mengubah teknik serta cara pengajaran bagi subtopik pembezaan eksponen agar pelajar mudah
faham. Penguasaan pelajar dalam subtopik ini, secara tidak langsung dapat menjadikan topik
ini lebih menarik dan pelajar belajar dalam keadaan yang seronok.

Justeru itu, teknik: “BIG PICTURE – SMALL PICTURE” dapat diaplikasikan oleh pensyarah
lain serta boleh dilakukan dalam kumpulan kuliah yang melibatkan lebih ramai pelajar. Selain
itu, pendekatan kualitatif juga boleh dilaksankan dalam kumpulan pelajar yang lain bagi
subtopik yang berbeza.

RUJUKAN

Zubaidah, S. (2016, December). Keterampilan abad ke-21: Keterampilan yang Diajarkan


melalui Pembelajaran. In Disampaikan pada Seminar Nasional Pendidikan dengan Tema “Isu-
isu Strategis Pembelajaran MIPA Abad (Vol. 21).

Kailani, I., & Ismail, R. (2010). Diagnosis penguasaan dan kesalahan lazim dalam tajuk
pembezaan di kalangan pelajar sekolah menengah di daerah Johor Bahru (Doctoral
dissertation, Master Thesis, Universiti Teknologi Malaysia).

Bolstad, R. 2011. Taking a ‘Future Focus’ in Education – What Does It Mean? NZCER
Working Paper. Wellington, New Zealand Council for Educational Research.

Chandra, V. & Fisher, D.L. (2009). Students’ perceptions of a blended web-based learning
environment. Learning Environments Research, 12, 31-44.

Anda mungkin juga menyukai