Anda di halaman 1dari 5

MENINGKATKAN KEUPAYAAN MENGHAFAL FAKTA DALAM PENULISAN ESEI

EKONOMI ASAS MELALUI PENDEKATAN PEMBELAJARAN MASTERI

Nama Penyelidik :
Letchumie Devi a/p Varatha Raju

Nama Sekolah :
SMK Senai,
Batu 14 ½
81400 Senai Johor

1.0 REFLEKSI

Semasa saya menanda Bahagian B dalam Ujian Penilaian Mac Ekonomi Asas, saya
mendapati ramai pelajar tidak dapat memberikan fakta yang tepat dan gagal untuk
menghuraikan fakta dengan baik. Huraian fakta yang sepatutnya mempunyai kata kunci
tertentu sebagai menyokong fakta yang hendak dihuraikan, tidak dapat diberikan dengan
tepat oleh pelajar. Daripada temubual yang saya jalankan, pelajar kelas tersebut memberi
respon bahawa mereka tidak mengingat fakta yang dipelajari apa lagi hendak menerangkan
fakta yang mempunyai kata kunci tertentu. Adakah cara yang saya gunakan tidak berkesan
dalam membantu pelajar kumpulan tahap sederhana ini? Adakah saya terlalu memfokuskan
kepada aspek kandungan pelajaran semata-mata sehingga tumpuan kepada asas
menghafal fakta yang diajar terabai? Apakah teknik termudah dan menarik yang dapat
membantu kumpulan pelajar ini menghafal fakta dan seterusnya membolehkan pelajar
menjawab soalan esei dengan baik. Seperkara lagi yang saya dapati daripada hasil
perbincangan dengan guru dalam panitia Ekonomi iaitu masalah yang sama telah dihadapi
oleh guru yang mengajar subjek Ekonomi Asas Tingkatan 5. Pelajar Tingkatan 5 juga tidak
berupaya mengingat fakta dan gagal menerangkan huraian dengan baik. Ini bermakna, jika
pelajar dapat menguasai kemahiran menghafal fakta dan kata kunci huraian fakta, maka
mereka akan lebih berminat dengan pembelajaran Ekonomi Asas.
2.0 ISU YANG DIKAJI

Kajian saya berfokus kepada teknik mengingat (menghafal) yang mudah mengikut
kumpulan sasaran. Melalui sesi temubual yang saya jalankan dengan kumpulan sasaran,
saya merasakan bahawa saya tidak dapat menggunakan pendekatanpembelajaran kendiri
atau konvensional memandangkan mereka bukanlah di kalangan pelajar ‘smart group’. Saya
perlu menggunakan pendekatan yang sesuai dengan tahap pelajar untuk mencapai objektif
saya. Pendekatan yang saya gunakan ialah Pembelajaran Masteri.

2.1 Pendekatan Pembelajaran Masteri


Merupakan satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berfokuskan
penguasaan pelajar dalam sesuatu yang diajar (Bloom,1968). Kaedah ini menekankan
kepada teknik:
i. Mengingat fakta dan kata kunci penting dalam huraian fakta
menggunakan peta minda dan jadual.
ii. Aplikasi set penulisan penerangan huraian yang dihafal untuk
menunjukkan kefahaman dan menjawab soalan bentuk esei.
iii. Menghafal dan mengingat berulang kali dengan pengukuhan dari
semasa ke semasa.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Objektif Umum


Meningkatkan keupayaan menghafal fakta dalam penulisan esei Ekonomi Asas
melalui pendekatan Pembelajaran Masteri

3.2 Objektif khusus


i. Pelajar dapat menyatakan fakta-fakta yang diajar dalam mata pelajaran Ekonomi
Asas tanpa kesalahan ejaan.
ii. Pelajar dapat menerangkan huraian fakta dengan menggunakan kata kunci untuk
membuktikan kefahaman pelajar.
iii. Pelajar dapat mengingat, menyatakan semula fakta dan menjelaskan huraian fakta
dalam menjawab soalan esei.
4.0 KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran terdiri daripada 40 orang pelajar Tingkatan 4 Teknologi 1 dan
Tingkatan 4 Teknologi 2 yang mempunyai tahap pencapaian akademik sederhana sahaja.
Sikap pelajar yang tidak sungguh-sungguh dan tidak komited terhadap pelajaran juga
dikenal pasti. seorang pelajar juga kerap tidak hadir ke sekolah. 30 orang pelajar dikesan
mempunyai potensi untuk mendapat keputusan cemerlang sekiranya berusaha dan
menumpukan perhatian.

5.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN


Beberapa aktiviti telah dicadangkan untuk meningkatkan keupayaan menghafal fakta
dalam penulisan esei Ekonomi Asas. Teknik-teknik yang akan digunakan dalam aktiviti-
aktiviti ini akan dapat membantu pelajar untuk menjawab soalan esei ekonomi asas dengan
betul dan tepat. Aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan ialah:

Aktiviti 1 (Refleksi Awal)


- Pengkaji
 membuat pemerhatian dan tinjauan prestasi pelajar dalam ujian penilaian
satu Ekonomi Asas
 menemubual pelajar kelas Ekonomi Asas
 membuat perbincangan bersama guru-guru panitian Ekonomi Asas

Aktiviti 2 (Merancang)
- Pengkaji
 menggunakan Pendekatan Minda Bersistem
 terdapat 3 langkah
(i) pelajar akan mengingat fakta dan kata kunci penting dalam huraian
fakta dengan menggunakan peta minda dan jadual
(ii) menulis huraian yang dihafal untuk menunjukkan kefahaman
menjawab soalan bentuk esei
(iii) pelajar akan menghafal dan mengingat berulang kali bagi tujuan
pengukuhan dari semasa ke semasa

Aktiviti 3 (Pelaksanaan Tindakan)


- Terdapat 3 kaedah pelaksanaan yang akan dijalankan oleh pengkaji
 melalui Ujian Penilaian Ekonomi Asas (Esei) untuk mengetahui soalan yang
kerap dijawab dan paling kerap tidak dijawab
 melalui ujian lisan dan temu bual bagi mengetahui pengetahuan sedia ada
pelajar
 melalui ujian pra untuk memperkukuhkan andaian bahawa hafalan fakta
merupakan indeks dalam menentukan kejayaan pelajar mengingat fakta dan
dapat menjawab soalan-soalan dengan baik

Aktiviti 4 (Bertindak)
 pengkaji menyediakan peta minda serta jadual dan mengedarkannya kepada
para pelajar
 pelajar diminta menyalin kata kunci dan menghafalnya
 guru akan menjelaskan setiap kata kunci dan huraian fakta berserta contoh
yang sesuai
 selepas pelajar mempelajari beberapa fakta baru, guru akan mengedarkan
kertas kosong peta minda untuk diisi oleh pelajar dengan kata kunci
 kemudian, pelajar akan menyemak jawapan rakan dan memperbaiki
kesalahan (jika ada)

Aktiviti 5 (Refleksi dan Penilaian)


 ujian pasca akan dijalankan dengan menggunakan borang yang sama
seperti ujian pra.
 pengkaji akan membuat refleksi sama ada keputusan yang diperoleh oleh
pelajar selepas ujian pasca dilakukan mempunyai peningkatan ataupun
tidak.

6.0 JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN

Bil Aktiviti Tempoh Pelaksanaan


1 Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data 1 miinggu
awal (aktiviti 1)
- pemerhatian ujian penilaian Ekonomi Asas
- temubual pelajar
- perbincangan bersama guru-guru Ekonomi
Asas
2 Menulis proposal kajian 2 minggu
3 Merancang tindakan (aktiviti 2) 1 minggu
4 Melaksanakan aktiviti (aktiviti 3)
- ujian pra
1 minggu
- merujuk maklumat yang diterima semasa
pengumpulan data
5 Melaksanakan aktiviti (aktiviti 4)
- penyediaan peta minda dan jadual
- pelajar menulis kata kunci dan menghafalnya
3 minggu
- guru menjelaskan kata kunci dan huraian
- pelajar isi borang peta minda
- memperbaiki kesalahan (jika ada)
6 Ujian pasca untuk mengesan perubahan murid
1 minggu
(penilaian)
7 Refleksi
1 minggu
- ada perubahan atau tidak
8 Menulis laporan kajian
2 minggu
- hasil kajian
9 Pembentangan dapatan kajian untuk makluman
1 minggu
panitia/sekolah

7.0 KOS KAJIAN

Kuantiti x Harga
Bil Jenis Bahan Jumlah Kos
Seunit
1 Kertas A4 3 (paket) x RM10.00 RM30.00
2 Printer Catridge 1 x RM65 RM65.00
3 Fotostat bahan dan laporan kajian RM50.00
4 Alat bantu mengajar RM30.00
5 Ganjaran kepada pelajar 10 x RM3.00 RM30.00

Anda mungkin juga menyukai