Anda di halaman 1dari 7

Tajuk Kajian:

Meningkatkan Penguasaan Murid Menjawab Soalan Pemahaman Berdasarkan Petikan yang Dibaca
Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu
Murid-murid di dalam kelas saya terdiri daripada murid-murid yang sederhana. Melalui pemerhatian Pengumpulan
setelah empat bulan mengajar di kelas tersebut, dan melalui aktiviti yang dijalankan seperti soal jawab lisan, data
penulisan, dan ujian bulanan, didapati mereka gagal menjawab soalan dengan baik. Kegagalan menjawab soalan ini
kerana murid-murid yang saya ajar tidak memahami isi-isi petikan. Tambahan pula, mereka ini hanya membaca Isu /masalah
petikan sekali. Lagi pun murid-murid ini tidak memahami istilah atau makna perkataan yang sukar, dan tidak
memahami ayat Matematik.
Kegagalan murid memahami isi petikan kerana sikap sambil lewa murid, iaitu sekadar membaca dan Punca
tidak cuba memahami isi petikan. Hal ini dikatakan demikian kerana penguasaan bahasa Melayu mereka yang
lemah. Murid-murid juga tidak memahami atau makna kata yang sukar, khususnya ayat Matematik yang terdapat masalah
dalam petikan. Selama ini saya mengajar sekadar syok sendiri tanpa mempedulikan tahap kefahaman murid. Mereka Guru?
takut untuk bertanya kerana saya mungkin tidak mesra dengan mereka. Saya masuk ke kelas dengan wajah yang Murid?
serius, dan jarang hendak bergurau dengan murid. Saya sangka dengan bersikap demikian murid akan tekun belajar,
tetapi sangkaan saya meleset. Kerja-kerja latihan murid semakin teruk, dan prestasi mereka dalam ujian bulanan
langsung tidak memberangsangkan.
Sejak kebelakangan ini saya sedar bahawa masalah ini tidak boleh dibiarkan berlarutan, memandangkan Tindakan guru
murid-murid saya akan menghadapi peperiksaan UPSR pada tahun hadapan. Saya telah cuba membantu murid dalam untuk atasi
mengatasi masalah di atas dengan cara membaca petikan bersama-sama dengan murid sebanyak dua kali, menggaris masalah
perkataan yang sukar, mencatat perkataan tersebut dalam buku khas, dan membimbing mereka menggunakan kamus
untuk memahami istilah atau makna perkataan tersebut.
Bagi membantu menyelesaikan masalah memahami ayat Matematik yang terdapat dalam petikan yang
dibaca, saya menggabungjalinkan kemahiran Matematik semasa membaca petikan bersama-sama murid.
Fokus Kajian
Daripada refleksi di atas, saya dapati murid -murid saya tidak dapat menjawab soalan pemahaman berdasarkan
petikan kerana
a. Murid tidak cuba membaca petikan lebih daripada sekali untuk Kajian dan tindakan
memahami isi petikan. yang akan dibuat
b. Murid tidak memahami makna istilah sains dan matematik yang terdapat
dalam petikan.
c. Murid gagal memahami ayat matematik dalam petikan
Masalah ini berlaku dalam kalangan murid terutamanya sikap murid yang malas membaca, hendak cepat
siap, dan tidak bijak membahagi masa yang telah diperuntukan kepada mereka.
Murid masih tidak kerap atau tidak pernah menggunakan kamus untuk membuat rujukan. Hal ini
dikatakan demikian kerana guru tidak menggalakkan penggunaan kamus semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran.
Murid menjadi lemah dalam Matematik kerana mereka tidak faham soalan pemahaman yang
mengandungi ayat matematik. Hal ini dikatakan demikian kerana guru kurang memberi latih tubi. Kebolehan
memahami ayat matematik dapat mempengaruhi mereka dalam menjawab soalan yang berbentuk demikian.
Jika masalah ini tidak ditangani, murid akan terus mengamalkan sikap sambil lewa sehingga ke peringkat
yang lebih tinggi. Murid juga akan melepaskan peluang memperoleh markah yang lebih baik kerana soalan yang
dikemukakan dianggap mudah. Jika penggunaan kamus tidak dipraktikkan berterusan , maka murid akan lemah
dalam perbendaharaan kata. Murid juga tidak tahu cara menggunakan kamus dengan betul jika tidak dipraktikkan.
Murid yang tidak memahami ayat matematik dalam petikan, akhirnya akan gagal menjawab soalan. Kekurangan
markah daripada petikan pemahaman akan mempengaruhi markah keseluruhan Bahasa Melayu Pemahaman
dalam peperiksaan UPSR.
Saya akan cuba mengatasi masalah murid enggan membaca lebih daripada satu kali sesuatu petikan yang
diberi, dan membimbing mereka mencari isi-isi penting daripada petikan yang dibaca.
Objektif Am:
Tujuan kajian ini adalah ....................... (Ikut seperti tajuk)

Objektif Khusus:

1. Murid dapat membaca dengan cepat sesuatu etikan yang diberi


2. Murid dapat menyenaraikan isi-isi penting dalam petikan
3. Guru dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran
4. Guru dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih
menyeronokkan murid.
Kumpulan Sasaran
Pelajar yang terlibat ialah 35 orang, iaitu pelajar Tahun 5 Pintar. Kelas ini terdiri daripada 15 pelajar
lelaki dan 20 pelajar perempuan.

Pelaksanaan Tindakan

Tinjauan awal masalah:


 Laporkan dapatan ujian bulanan/latihan/aktiviti yang berkaitan dengan masalah/isu dikesan/timbul
- analisis jumlah soalan dalam petikan
- apa jenis soalannya
- berapa ramai murid gagal/lulus keseluruhan Mengutip data
bagi mendapatkan
- berapa ramai yang gagal bagi setiap soalan maklumat
 BOLEH jalankan satu ujian pra (analisis buat perkara yang sama seperti di atas) TETAPI TIDAK
SEMESTINYA!!!!!!
 BOLEH jalankan temu bual/ beri murid jawab soal selidik untuk mengetahui mengapa mereka
bermasalah
Tindakan Yang Telah/Akan Dijalankan
Aktiviti 1 - Laju Muridku Laju (Aktiviti yang dijalankan mesti selari dengan objektif
kajian yang hendak dicapai)
Dalam aktiviti ini murid-murid diminta membaca senyap petikan yang diberi. Selepas
selesai membacanya, murid yang telah selesai diminta angkat tangan, dan guru
mencatat masa (jam randik) yang diambil untuk murid pertama mengangkat tangan
dan seterusnya.
 Pelbagaikan bentuk petikan yang diberi
 Pelbagaikan cara petikan dibaca (senyap, kuat, dan seorang demi seorang, baca
dari Powerpoint - line by line, word by word)
 Tentukan masa/berapa lama (teaching periods - seminggu, dua minggu atau
sebulan)
 Kumpul data - Buatkan borang pemerhatian/checklist atau catat peristiwa yang
berlaku pada hari itu atau sepanjang aktiviti dijalankan/tingkah laku pelajar,
perubahan kepada pelajar, masalah yang dihadapi, penyesuaian yang telah dibuat
kepada aktiviti atau perkara-perkara yang anda tidak jangka
Perihalkan perkara-perkara yang anda jalankan sepanjang kajian
dijalankan. BUAT CATATAN /JURNAL/DAIR SEPANJANG
KAJIAN DIJALANKAN
Pemerhatian/Penilaian:

Tuliskan maklumat yang anda dapat daripada pengumpulan data SECARA DESKRIPTIF atau
PAPARKAN DALAM BENTUK JADUAL BERSERTA HURAIAN. Boleh jalankan ujian pos JIKA PERLU!!!!!!
Refleksi:
(Bagi aktiviti yang TELAH dijalankan) Refelction In Action
Jika anda menjalankan lebih daripada satu aktiviti, laporkan setiap aktiviti dan buat pemerhatian
atau refleksi bagi setiap aktiviti.
Refleksi Keseluruhan:
• Perubahan pada guru Reflection On Action
• Perubahan pada muurid
Cadangan Kajian Seterusnya:
Apa yang anda akan lakukan dalam kitran seterusnya. Cadangan
hendaklah berkaitan dengan tindakan awal yang telah dijalankan. Tidak
boleh mencadangkan perkara ynag melibatkan pihak luar. Cadangan
mesti melibatkan lokus dalam kawalan guru.

- Teruskan dengan isu yang sama tetapi tindakan yang lain Diharapkan oleh KPM
membudayakan
- Teruskan dengan isu yang lain dan tindakan yang lain penyelidikan dalam
pendidikan bagi
- Berhenti setakat itu menyelesaikan masalah
pnp & seterusnya
- Give up!!!!!! melahirkan guru kreatif
dan inovatif

Anda mungkin juga menyukai