Anda di halaman 1dari 16

Kaedah ‘TEEEL’ dalam Menambahbaik Penulisan Akademik MUET dalam kalangan

Pelajar Ting 6 Rendah

Ahmad Syahir bin Suhaimi

Noor Liza binti Ismail

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Putrajaya

Abstrak

Penulisan akademik di dalam Bahasa Inggeris merupakan antara elemen terpenting yang perlu
dikuasai oleh seseorang pelajar Tingkatan Enam. Namun begitu elemen ini bukanlah mudah
untuk dikuasai dan ianya memerlukan latihan dan pelajar perlukan bentuk latihan spesifik untuk
mengaplikasikan kemahiran tersebut. Tinjauan awal melibatkan 20 orang pelajar telah
mengenalpasti bahawa hanya 6 orang di kalangan mereka mampu menulis perenggan di dalam
sesebuah karangan perbincangan (discursive) secara berstruktur melibatkan kesemua elemen
‘TEEEL’. Oleh sebab itu kajian ini dijalankan untuk meningkatkan kebolehan pelajar menulis
perenggan di dalam sebuah karangan akademik Bahasa Inggeris secara tersusun dan
berperingkat. Di dalam menangani masalah ini kami mengaplikasikan teknik ‘TEEEL’ (Topic
sentence, Elaboration, Example, Explanation, Linking Sentence) di dalam pengajaran dan
pembelajaran di rumah (PDPR) menggunakan portal pembelajaran atas talian ‘nearpod.com’ ke
atas 20 orang pelajar Tingkatan Enam Rendah dari kelas As-Syatibi dan Al-Jazari. Data kajian
diperoleh melalui ujian pra dan ujian pasca secara atas talian di mana pelajar perlu menjawab
soalan esei yang sama namun pendedahan kepada kaedah ‘TEEEL’ ini hanya diberi selepas
ujian pra dan sebelum ujian pasca. Kaedah ini berjaya mengubah bentuk perenggan sebilangan
pelajar dari segi jumlah panjang perkataan yang lebih banyak dan juga penggunaan tatabahasa
yang lebih baik. Kaedah ini juga terbukti mampu melatih pelajar untuk menulis sesebuah
perenggan isi dengan lebih tersusun dan berstruktur. Harapan kami agar dapatan kajian ini
mampu sedikit sebanyak meningkatkan penguasaan penulisan karangan Bahasa Inggeris pada
peringkat lebih awal agar mereka bersedia untuk menduduki peperiksaan MUET setelah dalam
tempoh setahun bergelar pelajar Tingkatan Enam.

Kata Kunci: MUET (Malaysian University English Test), TEEEL (Topic sentence, Elaboration,
Example, Explanation, Linking Sentence), ujian pra, ujian pasca.
Abstract (English)

Academic writing in the English language is one of the most important skills that needs to be
harnessed by Form 6 students. However this skill alone is not easy to master and in order to excel
in writing, a student must be equipped with the right skills, knowledge and a specific type of
practice is necessary in bringing out the best in students. Earlier findings discovered that there
were only six students who managed to apply ‘TEEEL’ technique in their discursive writing. Thus
this research is aimed at improving students’ ability to write meaningful body paragraphs. ‘TEEEL’
(Topic sentence, Elaboration, Example, Explanation, Linking Sentence) technique was being
taught to students online through the use of an online learning portal called ‘nearpod.com’ to 20
lower form six students. Research findings were collected by administering two tests which are a
pre-test and a post test. The technique was only taught before the post test so as to examine its
efficacy. The technique was applied during an online learning session using the afore-mentioned
nearpod.com portal in helping the students answering a similar essay question in the both of the
tests. This action research found out that this technique managed to increase word count and
enhance students’ prowess in delivering ideas in such effective structure. We sincerely hope that
this research could give us valuable, early intervention data so that it could assist students in
preparing them for sitting for the Muet examinations which will take place in about a year from the
moment of this writing is published.
Keywords: MUET (Malaysian University English Test), TEEEL (Topic sentence, Elaboration,
Example, Explanation, Linking Sentence), pre-test, post-test

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU

Peperiksaan MUET merupakan peperiksaan yang wajib diduduki oleh semua pelajar yang
berhasrat untuk melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana muda di universiti awam atau swasta
di Malaysia. Sukatan MUET semasa merupakan sukatan yang dikemaskini buat kali kedua sejak
tahun 1990. Tujuannya adalah untuk memastikan MUET merupakan peperiksaan yang relevan
untuk menguji tahap kecekapan pelajar dalam subjek Bahasa Inggeris. Perubahan dalam
spesifikasi ujian MUET melibatkan kemahiran Mendengar, Bertutur, Membaca dan Menulis
adalah sejajar dengan Common European Framework of Reference (CEFR). Kemahiran menulis
penulisan akademik dalam subjek MUET merupakan antara kemahiran yang sukar dikuasai oleh
kebanyakan pelajar di peringkat pra universiti. Sewaktu kami mengajar kelas 6 Rendah, kami
mendapati kebanyakan pelajar mengalami masalah untuk menyusun isi karangan dan
menghuraikan isi utama dalam perenggan isi. Ini dapat dilihat daripada hasil kerja pelajar setiap
kami menyemak karangan mereka. Mereka tidak dapat menghasilkan perenggan isi yang
menepati struktur, isi perenggan kurang bernas dan kenyataan isi mereka hanya sepintas lalu.

Melihat kepada situasi ini, kami merasakan bahawa ini adalah tanggungjawab kami dan sangat
penting untuk kami berusaha dan memperbaiki kelemahan yang ada pada diri sendiri. Perkara
ini penting untuk kami laksanakan kerana kami tidak mahu anak didik kami tidak dapat menguasai
penulisan Bahasa Inggeris yang diajar.

Semua pelajar pra-universiti sama ada yang mendaftar di universiti ataupun di kolej, seharusnya
mempunyai kefahaman yang mendalam tentang prinsip asas penulisan akademik. Di peringkat
ini, pelajar perlu berupaya untuk menjana idea, menyusunnya dan bagaimana untuk
mempersembahkan idea berkenaan. Ini melibatkan bagaimana untuk menjana idea utama,
merumus semula, menghuraikan idea berkenaan, memberi sebab dan membuat perbandingan
(Elaine Morais, 2019)

Sehubungan dengan itu, kami menjalankan satu kajian tindakan untuk memperbaiki kelemahan
diri serta mempertingkatkan pembelajaran pelajar-pelajar Tingkatan 6 Rendah ini. Melalui kajian
ini, kami berharap untuk menambahbaik kemahiran penulisan isi perenggan dengan
menggunakan teknik yang betul. Kami juga berharap dengan pendedahan dan usaha yang kami
jalankan ini akan dapat memastikan pelajar-pelajar boleh meningkatkan dan menguasai
kemahiran penulisan akademik yang telah dipelajari dengan berkesan dan seterusnya dapat
meningkatkan motivasi mereka untuk mempelajari subjek MUET dengan lebih bersemangat dan
fokus.

2.0 Fokus kajian/Isu keprihatinan

Dalam kajian tindakan ini kami berdua memberi fokus utama di dalam kebolehan dan
kemampuan pelajar di dalam menulis perenggan isi menggunakan kaedah ‘TEEEL’. Choo, Yee
dan Yeoh (2021) menggariskan panduan bahawa calon Muet perlu meletakkan kelima-lima
elemen ini di dalam setiap perenggan isi agar idea diolah secara lengkap dan teratur. Kami juga
berpendapat bahawa kaedah ini dapat membantu pelajar untuk menulis bahagian terpenting di
dalam sebuah karangan akademik iaitu 3 perenggan isi. Perenggan isi amat penting di dalam
membantu pelajar mendapat markah yang tinggi kerana bahagian ini merupakan bahagian yang
paling panjang dan idea diolah dan dihuraikan secara terperinci di dalam 3 perenggan isi yang
perlu ditulis. Sekiranya pelajar gagal menulis 3 perenggan isi mereka dengan baik ini akan
memberi kesan kepada pemberian markah oleh pemeriksa kertas. Kaedah seragam ini boleh
digunakan untuk ketiga-tiga perenggan isi dan oleh sebab itu kami fikir bahawa proses
pengulangan penggunaan kaedah ini dapat memudahkan pelajar mengingati dan menggunakan
kaedah yang tepat semasa menulis karangan akademik Akronim ‘TEEEL’ ini juga difikirkan dapat
meningkatkan kemahiran pelajar menulis bukan setakat di dalam Bahasa Inggeris tetapi di dalam
bahasa-bahasa lain yang dipelajari.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

i). Objektif umum (SATU PERENGGAN PENDEK)

Dalam kajian ini, saya telah menetapkan satu objektif am yang ingin dicapai iaitu menambahbaik
penulisan akademik pelajar Tingkatan 6 Bawah melalui struktur TEEEL dalam penghasilan
perenggan isi.

ii). Objektif khusus

1. Meningkatkan kemahiran membina ayat pelajar Tingkatan 6 Rendah dalam


penghasilan dua perenggan isi melalui kaedah TEEEL.
2. Menambahbaik amalan guru membantu pelajar Tingkatan 6 Rendah
menghasilkan dua perenggan isi melalui kaedah TEEEL.
iii) Soalan Kajian

1. Bagaimanakah kaedah TEEEL meningkatkan kemahiran membina ayat pelajar


Tingkatan 6 Rendah menghasilkan dua perenggan isi?
2. Sejauh manakah kaedah TEEEL menambahbaik amalan guru membantu pelajar
Tingkatan 6 Rendah menghasilkan dua perenggan isi?

4.0 Kumpulan sasaran

Jumlah bilangan: 20 orang murid

Jantina: 8 orang lelaki


12 orang perempuan

Nama kelas: 6 As-Syatibi dan 6 Al-Jazari

PELAKSANAAN KAJIAN
Langkah-langkah yang dijalankan di dalam kajian ini adalah berdasarkan empat langkah yang
dinyatakan di dalam model Kemmis and McTaggart (1988), iaitu mereflek, merancang, bertindak
dan memerhati. Kajian ini dilaksanakan dalam satu kitaran sahaja.
Kajian ini telah berlangsung selama 3 minggu seperti berikut:

MINGGU TARIKH PELAKSANAAN


(semasa PdP MUET)

1 27 September 2021 • Pengenalan topik pembelajaran (Stress dan Cara-cara


untuk menangani stress)

2 28 September 2021 • Melaksanakan aktiviti latihan kemahiran menulis


perenggan isi berdasarkan topik ‘Stress’

3 4 Oktober 2021 • Melaksanakan Ujian 1 (Ujian Diagnostik)

4 5 Oktober 2021 • Pengenalan kaedah TEEEL dalam penulisan


perenggan isi

5 11 Oktober 2021 • Melaksanakan aktiviti mengenalpasti, melabel serta


menulis perenggan isi menggunakan kaedah TEEEL

6 12 Oktober 2021 • Melaksanakan Ujian 2

5.1. Tinjauan Awal

5.1.1 Pemerhatian

Sebagai langkah memahami permasalahan kajian, kami membuat pemerhatian selama tiga
minggu iaitu bermula 27 September hingga 12 Oktober 2021. Kebanyakan pelajar kelihatan
memahami isi kandungan pelajaran yang disampaikan. Walaubagaimanapun, apabila disoal
secara lisan di akhir sesi, mereka kelihatan kurang berkeyakinan untuk menjawab dipercayai
akibat kurang faham. Mereka seakan-akan keliru dan tidak dapat memberikan jawapan seperti
mana yang dikehendaki oleh kami. Oleh yang demikian, situasi ini menyebabkan pelajar berasa
bosan untuk belajar menulis perenggan isi dengan betul kerana setiap kali saya menyoal kembali
pelajaran di dalam kelas, mereka sering tidak dapat menjawab dan memberikan jawapan yang
berulang-ulang. Ini menyebabkan murid di dalam kelas tidak dapat memberi tumpuan semasa
sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas kerana mereka merasakan mempelajari cara
bagaimana untuk menulis perenggan isi adalah sukar. Selain daripada itu, mereka kurang
bermotivasi untuk mempelajari penulisan akademik disebabkan terdapat pelbagai variasi istilah
penulisan akademik yang perlu dipelajari dalam masa yang sama.
5.1.2 Ujian Pra

Kami telah membuat ujian pra terhadap murid-murid Tingkatan 6 Rendah ini. Ini penting untuk
kami mengenal pasti dan mendapat maklumat awal berkaitan dengan kajian yang akan kami
jalankan. Ujian ini mengkehendaki murid menulis dua perenggan isi berdasarkan topik yang diberi
dan perlu dijawab di dalam kelas di bawah seliaan kami. Melalui ujian ini, kami dapat
mengenalpasti kelemahan murid dengan lebih tepat.

5.1.3 Temubual

Temubual bertujuan untuk mendapat maklum balas responden terhadap pendekatan kaedah
TEEEL yang telah digunakan. Proses temubual telah dilakukan sebelum dan selepas
pelaksanaan kaedah tersebut. Berdasarkan temubual yang dijalankan, murid-murid ini perlu
diberikan perhatian dan bantuan yang lebih daripada guru di sekolah untuk mencapai keputusan
yang baik.

5.2. Analisis tinjauan awal

5.2.1 Pemerhatian

Berdasarkan kepada pemerhatian dan penilaian saya sepanjang proses pengajaran di kelas
tersebut, saya dapati tidak semua pelajar dapat menulis perenggan isi dengan betul. Lebih-lebih
lagi untuk menulis perenggan isi dengan struktur yang tepat. Sebagai contoh, apabila pelajar
diminta untuk menulis perenggan isi, mereka cenderung untuk menghasilkan perenggan isi yang
tidak menepati struktur, isi perenggan kurang bernas dan kenyataan isi mereka hanya sepintas
lalu.

5.2.2 Ujian Pra

Jadual 1 (a) menunjukkan dapatan awal Ujian Pra sebelum pelaksanaan kaedah kajian. Ia
dilaksanakan untuk mengetahui sejauh mana tahap kefahaman pelajar tentang cara menulis
perenggan isi. Berdasarkan data tersebut, tiada pelajar yang dapat menulis perenggan isi
mengikut struktur yang betul. Hanya 4 orang pelajar yang berjaya menulis dua perenggan isi iaitu
mewakili 20% daripada jumlah peratusan 20 orang pelajar. Manakala 4 orang pelajar berjaya
menulis perenggan isi mengikut struktur yang betul kecuali tiada ‘Linking Sentence’ iaitu
sebanyak 20%. Seterusnya hanya 2 orang pelajar berjaya menulis perenggan isi mengikut
struktur yang betul kecuali mereka tidak berjaya menghasilkan dua perenggan isi iaitu sebanyak
10%. Hasil keseluruhan data awal kajian menunjukkan lebih separuh daripada keseluruhan
pelajar boleh menulis perenggan isi mengikut struktur yang hampir betul dan ini boleh membantu
memudahkan pelaksanaan kaedah yang bakal kami jalankan.
5.2.3 Temubual

Responden Two T (Topic (E) (E) (E)Explanation (L) Linking


paragraphs Sentence) Elaboration Example sentence
1 O / / / / O
2 / / / / / O
3 O / / / / O
4 O / / / / O
5 O / / / / O
6 / / / / / O
7 O O O / O O
8 / / / / / O
9 O / / / / O
10 O O O / / O
11 O / / / / O
12 O / / / O /
13 O / O / O /
14 / / / / / O
15 O / / / / /
16 O / / / / O
17 O / / / / O
18 O O O / / O
19 O / / / / O
20 O / / / / /

Jadual 1 (a)

Temubual bertujuan untuk mendapat maklum balas pelajar terhadap pendekatan kaedah TEEEL.
Proses temu bual telah dilakukan sebelum dan selepas pelaksanaan kaedah tersebut. Sebelum
kaedah TEEEL dijalankan, kami telah menemubual kesemua 20 orang pelajar dan berdasarkan
temubual tersebut, seramai 15 daripada mereka mengharapkan suatu kaedah yang bukan sahaja
dapat meningkatkan kefahaman, bahkan menyeronokkan. Manakala baki 5 orang pelajar yang
lain mencadangkan penggunaan templat bagi memudahkan proses penulisan perenggan isi.
Berdasarkan temubual yang dijalankan, pelajar-pelajar ini perlu diberikan perhatian dan bantuan
yang lebih daripada guru di sekolah untuk mencapai keputusan yang baik.
5.3 Tindakan Yang Dijalankan

5.3.1 Pelaksanaan Aktiviti 1:

Sebelum perlaksanaan aktiviti kajian ini, kami terlebih dahulu mengenal-pasti masalah
yang sering dihadapi pelajar semasa tempoh PDPR. Tidak dinafikan bahawa PDPR telah
memberi impak tekanan kepada semua ‘stakeholders’ termasuk ibubapa, guru dan murid
sendiri (Shamsudin, 2021). Sejurus itu kami memberi pendedahan umum tentang cara-
cara menangani stress yang dihadapi dan pelajar berkongsi tips di kalangan mereka.
Kemudian, kami meminta murid menyenaraikan masalah/cabaran yang kerap dihadapi
ketika menulis karangan di dalam Bahasa Inggeris

Rajah 1: Gambar Pelaksanaan Aktiviti 1


5.3.2 Pelaksanaan Aktiviti 2:

Pada peringkat ini kami menjalankan ujian pra keatas 20 orang pelajar yang telah
dikenalpasti. Di hujung sesi pdpr tersebut semua pelajar dikehendaki menjawab soalan
karangan/penulisan akademik yang bertajuk:

You attended a talk organised by a non-governmental organisation on World Youth


Day. The following statement was made by the guest speaker:

Almost 90 per cent of students have experienced stress during their college years

Write two body paragraphs suggesting ways to deal with stress.

Setiap pelajar diberi tempoh masa 20 minit untuk menghantar tugasan ke aplikasi
‘nearpod.com’. Sekiranya mereka berdepan masalah dari segi teknikal atau kesukaran
dari segi pengolahan isi mereka boleh bertanya kepada guru matapelajaran yang sedang
mengajar. Berikut ialah sedikit gambaran mengenai sesi yang dijalankan.
BIL. Responden PRA UJIAN
1. Responden 1 My suggest to deal with stress is pray to god to make easier our problem in
life.This way will reduce stress and make calm heart. Second way is make thing
you like.Example like heard music,excersice,eat ,go holiday and sleep.This is most
effective way to deal with stress because when you make the thing you like,you will
forget for a while your problem and reduce your stress.

2. Responden 2 There are several ways to deal with stress. I would say prevent and cut off
ourselves from social media for a while. Sometimes social media will give benefit to
us ,but we cannot control what content that will pop out in our feed. Find our
strength back by reading a book or listening to the podcast. After a short sprint of
motivation, you will understand on your matters that you are feeling stress for. This
can detox our mine from bad thinkers and feel relief and freedom. Prevention is the
best medicine ,so avoid posting our feeling on social media because we do not
know who we do not know who wants to bring us down. Second way,share your
problem that who you trust.Never live your life to impress your strangers.Do not get
easily swayed and try to find motivation and prioritise on things that inspire
you.Keep close with your lovely members .

3. Responden 9 The way to overcome stress is to listen to something like pleasant like zikir,songs,
instrumentals while lying down and closing my eyes because for me it can take me
to another world and I can relax from the problems I face for a while. Besides that
the other way is to sit alone the take a deep breath until calm down and release all
the complaints by crying or telling all the problems alone as if there is someone in
front who hears all complaints. More likely talking alone.
4. Responden 10 The second way to deal with stress
is sleep better.Everyone knows
stress can cause you to lose
sleep.This causes

Rajah 2: Hasil Kerja Pelajar dalam Aktiviti 2

5.3.3 Pelaksanaan Aktiviti 3:

Untuk peringkat seterusnya kami mengadakan ujian pasca ke atas semua pelajar.
Kaedah ‘TEEEL’ turut diperkenalkan kepada pelajar buat pertama kali dan latihan pendek
diberikan kepada pelajar untuk menguasai sedikit sebanyak penggunaan setiap elemen
di dalam penulisan perenggan. Razalina (2021) di dalam kajian tindakan beliau telah
mengenalpasti kaedah akronim mampu membantu pelajar mengingati dan mengaplikasi
teknik yang dipelajari. Pendapat beliau disokong oleh Daniel J Stalder (2005) di dalam
kajian beliau di dalam kesan penggunaan akronim terhadap motivasi pembelajaran.

Secara keseluruhannya, aktiviti ini melibatkan penglibatan semua murid tanpa ada yang
terkecuali. Namun antara cabaran yang dihadapi semasa PDPR ialah kehadiran pelajar
dan kesediaan pelajar melunaskan ujian pra dan pasca. Oleh sebab itu kami menyenarai-
pendekkan seramai 20 responden terbaik di dalam kajian kami.

Berikut ialah maklumbalas daripada sebilangan responden dan gambaran aktiviti yang
dijalankan:
BIL. Responden PASCA UJIAN
1. Responden 1 Almost 90 percent of students have experienced stress during their collage
years.One of the ways to deal with stress is get enough of sleep. A lack of sleep is
the reasons why you get stress because with lack of sleep,we will have head ache
and feel dizzy.For example nowadays many people spend to much time on
smartphone with playing games,social media and other until not sleep.Adult person
and students must sleep at least for 8 hour in a day.Lack of sleep will cause
stress.With enough sleep also can improve our productivity.Therefore,its clear that
the lack of sleep is main causes to stress. The second way i suggest to deal with
stress is listen to music.Listen to music helps you to calm down yourself and put
your mind in relax.For example,if you start feeling stress,you can try to listen a
calm music to reduce your stress level and while you listen to music,you can make
your work or homework.This is very helpful because while you make something
with listen to music,it will increase your spirit and make you have a good mood.By
try this way you can deal with your stress.
2. Responden 2 First and foremost, take a vacation going somewhere can reduce our stress.This
way,can improve our mental health.For example,studies show that many people
who return from vacation are more productive and creative compares to employers
that busy working.Taking time off from the hectic day can be a mind stimulant to
us.Thus,holiday can drive people to more prepare to handle whatever comes when
you return. Secondly,get a better sleep and sleep well is the most essential way to
coping with stress.Sleep can boost our mood and process our emotion.Many
student do not have enough sleep and tend to be negative emotional.Lack of sleep
can also raise the chance of having a mood disorder.Good sleep is important to our
brain
3. Responden 9 First of all, the way to relieve stress is to hear something that can be calm to hear.
With that, some people like something pleasant when in a state of anger and
stress. In particular listening to songs, remembrance, and instruments. For them it
can calm themselves by appreciating and can stop for a while from the problems
faced. Therefore, listening to something pleasant can relieve stress. The second is
by telling the problem to someone. Telling something hidden can soothe feelings
well. Namely, telling a problem to a friend who understands our situation. If you tell
the story to the person, it can feel like someone who can feel our situation how our
situation is.Therefore, telling the problem experienced can release all the
complaints that have long been stored in the heart.
4. Responden 10 The first way to deal with stress is doing the exercise.Physical activity can help
you to get a breath of fresh air,reducing stress.In addition,flexible,loose muscle
are less likely to become tight in response to stress.But it's best to exercise at least
2 hours before bedtime so your body temperature back to normal.If you have a
medical condition or over age 50,it's best to check with doctor before starting the
activity again.

Rajah 3: Hasil Kerja Pelajar dalam Aktiviti 3

6.0 DAPATAN KAJIAN

Dapatan kajian akan menjawab soalan kajian berikut:


Soalan kajian 1: Bagaimanakah kaedah TEEEL meningkatkan kemahiran membina ayat pelajar
Tingkatan 6 Rendah menghasilkan dua perenggan isi?

Berdasarkan pemerhatian selepas proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan, pelajar-


pelajar diberi ujian latihan sebagai peneguhan untuk mengukuhkan kemahiran menulis mereka.
Ujian ini juga bertujuan untuk menguji tahap keberkesanan kaedah yang dijalankan dan dapat
memberikan kami maklumat penting untuk pengumpulan data. Dalam hal ini, kami dapat melihat
kesungguhan mereka untuk menguasai kemahiran penulisan perenggan isi. Mereka
sememangnya mahu untuk mempelajari kemahiran ini walaupun sesi PdPr telah memberi kesan
kepada mereka daripada segi aspek psikologi dan emosi.
Berdasarkan ujian yang telah dijalankan terdapat peningkatan seperti berikut:

Responden Two T (Topic (E) (E) (E)Explanation (L)


paragraphs Sentence) Elaboration Example Linking
sentence
1 / / / / / /
2 / / / / / /
3 / / / / / /
4 / / / / / /
5 / / / / / O
6 / / / / / /
7 O / / / / O
8 O / / / / /
9 / / / / / /
10 O / / / / O
11 / / / / / /
12 O / / / / O
13 O O O / / /
14 / / / / / O
15 / / / / / O
16 / / / / / /
17 / / / / / /
18 / / / / / /
19 O / / / / O
20 / / / / / /

Jadual 1 (b)

Jadual 1 (b) menunjukkan dapatan data bagi minggu ketiga selepas pelaksanaan kajian ini.
Berdasarkan data yang diperoleh, kesemua 20 orang responden telah berjaya menulis contoh
dan menghuraikan contoh berkenaan, ‘Example and Elaboration’, mewakili peratus sebanyak
100%. 19 responden berjaya menulis isi utama dan menghuraikan isi utama berkenaan, ‘Topic
Sentence and Elaboration’, iaitu mewakili 95% daripada jumlah peratusan 20 orang responden
pelajar-pelajar Tingkatan 6 Rendah. Manakala bagi aspek penulisan ‘Linking Sentence’ pula,
seramai 13 belas orang responden berjaya menulisnya dengan baik. Ini membawa kepada
peratusan sebanyak 65% berbanding hanya 20% sahaja reponden yang dapat menulisnya
semasa Pra Ujian. Seterusnya, seramai 14 responden berjaya menghasilkan dua perenggan isi
yang membawa peratusan sebanyak 70%, berbanding hanya 20% sahaja responden yand
berjaya menulisnya sewaktu Ujian Pra. Hasil keseluruhan data kajian ini menunjukkan telah
berlaku peningkatan jumlah pelajar yang telah berjaya menulis perenggan isi mengikut struktur
TEEEL. Saya telah mengenalpasti bahawa responden 7, 10, 13 dan 19 dalam kelas ini
mengalami masalah pembelajaran. Responden ini agak tercicir berbanding kawan-kawannya
lain. Walaupun begitu, saya berasa bangga dapat membantu mereka dan dapat melihat
peningkatan yang berlaku kepada kempat-empat responden berdasarkan peningkatan yang
mereka telah tunjukkan melalui data daripada minggu pertama hingga ketiga ini.
Soalan kajian 2: Sejauh manakah kaedah TEEEL menambahbaik amalan guru membantu
pelajar Tingkatan 6 Rendah menghasilkan dua perenggan isi?

Kajian ini juga menunjukkan pengunaan kaedah TEEEL mampu membaiki amalan pengajaran
guru tentang penulisan perenggan isi. Berdasarkan pengamatan kami sepanjang PdPr yang
telah dijalankan menggunakan kaedah TEEEL, didapati pencapaian keseluruhan pelajar
menunjukkan peningkatan dari segi kualiti dan kuantiti berbanding dengan Ujian Pra. Kami
amat bersyukur kerana terdapat peningkatan dari aspek penghasilan isi, huraian serta contoh
yang lebih bernas hasil daripada penggunaan kaedah TEEEL dan aktiviti-aktiviti yang telah
dijalankan. Hal ini menggembirakan kami kerana pelajar telah mula menunjukkan minat untuk
meneroka penulisan akademik kerana dibekalkan dengan kaedah yang memudahkan mereka
untuk menulis. Ini menunjukkan penggunaan kaedah TEEEL telah berjaya membaiki
pengajaran kami.
Kami juga mula menyedari tentang kepentingan penggunaan sesuatu intervensi dalam
pembelajaran amat bermakna kepada pelajar. Perkara yang berlaku menunjukkan bahawa setiap
penyampaian isi kandungan mata pelajaran kepada pelajar memerlukan kreativiti guru di samping
kerjasama daripada pelajar-pelajar juga iaitu hubungan dua hala yang memberi impak positif
kepada nilai pendidikan. Adalah benar dan tepat sekiranya pilihan teknik dan bahan yang
digunakan adalah bermakna dan berkesan. Pelajar juga kelihatan lebih bermotivasi untuk
menjawab soalan semasa tempoh pengajaran. Kualiti jawapan juga bertambah baik dan betul.
Hal ini menggembirakan kami kerana pelajar sudah mampu menjawab soalan dengan baik. Kami
juga berasa puas apabila melihat murid bersemangat untuk menjawab. Justeru, kami percaya
dengan mempelbagaikan intervensi pengajaran dan aktiviti, kefahaman serta kemahiran menulis
penulisan akademik pelajar akan meningkat. Oleh itu, kami berpendapat bahawa penggunaan
kaedah TEEL ini dapat membantu kami membaiki pengajaran dalam penulisan perenggan isi.
Berdasarkan dapatan kajian yang telah dinyatakan, jelas menunjukkan penggunaan kaedah
TEEEL mampu membaiki amalan pengajaran guru dalam penulisan akademik.

7.0 REFLEKSI PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SECARA KESELURUHAN

Berdasarkan kajian yang telah kami jalankan, teknik akronim ‘TEEEL” ini dapat memberi kesan
yang positif dalam usaha membantu murid dalam mengingat dan menulis struktur perenggan isi
karangan akademik Bahasa Inggeris dengan cara yang lebih efektif dan bermakna. Walaupun
terdapat sedikit kelemahan yang ada pada diri kami, namun begitu secara kesimpulannya kami
berasa kajian yang telah kami jalankan ini telah berjaya mencapai objektif yang telah kami
tetapkan dan setiap persoalan kajian telah terjawab dengan baik. Kami juga berharap agar setiap
guru yang mengajar mata pelajaran Muet dapat mencurahkan ilmu yang ada pada diri masing-
masing agar murid-murid dapat menerima sesi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan
semasa berada di dalam bilik darjah. Secara kesimpulannya, kami berharap agar kajian tindakan
yang telah kami jalankan ini menjadi titik tolak dalam diri kami agar sentiasa bersedia untuk
menjadi seorang yang dedikasi dan komited dalam melaksanakan tugas yang mulia ini.
Melihat kepada hasil kajian yang telah dilakukan, terdapat perubahan yang positif terhadap
pencapaian dan tingkah laku murid serta amalan pengajaran guru dapat ditingkatkan. Selain itu
juga, kami juga mendapati pelajar lebih berkeyakinan dan tidak lagi takut untuk menulis di dalam
Bahasa Inggeris. Walaupun terdapat banyak lagi kemahiran yang perlu dikuasai seperti
penggunaan tatabahasa yang betul, membina keyakinan untuk mencuba adalah sangat penting
sebagai titik tolak permulaan dalam penulisan akademik Hal ini amat penting bagi kami untuk
menambah baik tahap keberkesanan pembelajaran yang telah kami jalankan agar tahap motivasi
mereka untuk belajar Bahasa Inggeris terus meningkat. Dengan tahap motivasi yang tinggi
pelajar akan terus menzahirkan minat untuk terus belajar dan natijah daripada itu pelajar akan
menguasai Bahasa Inggeris dengan baik, bukan setakat untuk cemerlang di dalam subjek Muet,
tetapi untuk penggunaan mereka seharian sepanjang hayat.

Selain daripada itu, sesi pengajaran dan pembelajaran juga dapat berjalan dengan lancar.
Pelantar pembelajaran ‘nearpod.com’ menyediakan ribuan ‘template’ pembelajaran sedia ada
untuk pelbagai jenis mata-pelajaran. Ini sangat membantu guru di dalam persediaan PDPR dan
secara langsung dapat memudahkan tugas guru untuk menyediakan pengalaman mengajar dan
belajar lebih berkesan. Tekanan turut dirasai oleh guru untuk menyediakan sesi pembelajaran
bermakna secara atas talian dan oleh sebab itu ‘nearpod.com’ adalah salah satu pilihan yang
ada buat guru mutakhir kini. Pelajar juga mampu memanfaatkan sesi pembelajaran bermakna
daripada kajian ini kerana selain daripada mampu menguasai teknik penulisan karangan
berkesan, mereka juga dapat mempelajari teknik-teknik sesuai berkenaan dengan pengurusan
tekanan dan stress. Stress adalah perkara biasa yang dihadapi pelbagai segmen dalam
masyarakat namun seseorang perlu menggunakan strategi bijak di dalam menguruskannya.

8.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Berdasarkan pemerhatian kami melalui hasil dapatan kajian ini, kami ingin mencadangkan agar
satu kajian lanjutan mengenai kesahan penilaian penulisan perenggan isi oleh rakan sebaya
terhadap kaedah TEEEL atau ‘peer-assessment’. Ini kerana, jika mereka menghadapi kesukaran
untuk memahami isi pelajaran, kebiasaannya para pelajar lebih selesa untuk merujuk dan
bertanya kepada rakan-rakan mereka sendiri berbanding dengan guru-guru (David Boud, 2001).
Kami berharap agar kaedah ini dapat diolah menjadi lebih praktikal dan dapat dimanfaatkan oleh
semua pelajar. Semoga kajian ini mampu memberikan manfaat dan kelebihan buat warga
pendidik di semua peringkat.
Rujukan dan Bibliografi

Boud. D. (2001). , Making the Move to Peer Learning.


https://www.researchgate.net/publication/309967818_Making_the_Move_to_Peer_Learning

Choo, W.Y., Yee, S.F., Yeoh, W.T. (2021). Ace Ahead Text: Muet (2nd Edition). Oxford Fajar Sdn.
Bhd.

Morais, E. (2019). Academic Writing for Beginners (3rd Edition). Beacon Press KL

Shamsuddin, E. (2021). Ibu bapa, guru dan pelajar berdepan cabaran PdPR. Berita Harian.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/01/779346/ibu-bapa-guru-dan-pelajar-
berdepan-cabaran-pdpr

Stalder, D.R. (2005). Learning and Motivational Benefits of Acronym Use in Introductory
Psychology.https://www.researchgate.net/publication/234601910_Learning_and_Motivational_B
enefits_of_Acronym_Use_in_Introductory_Psychology

Noor Razalina, M.R. (2021). Acronyms for Body Part for Paragraph Writing in Muet Cefr. Action
Research from SMK Bandar Baru Salak Tinggi

Anda mungkin juga menyukai