Anda di halaman 1dari 7

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN

Nama dan Alamat Sekolah

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DURIAN TUNGGAL,

76100 DURIAN TUNGGAL,

MELAKA.

Nama Pengkaji

FARHANA BINTI BAKHTIAR

Tajuk Kajian

MEMPERKAYA PERBENDAHARAAN KATA PELAJAR TINGKATAN 2 MULIA


DALAM MATAPELAJARAN SASTERA BAHASA INGGERIS MELALUI TEKNIK
LUKISAN, DRAW AND LEARN (D&L).
Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran yang Lalu

Ketika saya mula-mula mengajar sastera Bahasa Inggeris di kelas 2 Mulia, saya
dapati majoriti pelajar tidak minat untuk belajar sastera Bahasa Inggeris. Sebahagian
besar daripada pelajar, setelah ditanya, didapati tidak berminat untuk belajar sastera
Bahasa Inggeris kerana perkataan-perkataan yang digunakan tidak difahami dan
sukar untuk diingati oleh mereka. Ada di antara mereka yang bertanya pada saya,
“Cikgu, kenapa kami harus belajar sastera? Tak minat la cikgu..susah nak ingat
semua ni”. Apabila saya memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran untuk waktu
sastera, kebanyakan pelajar 2 Mulia kelihatan seperti mengantuk dan hilang minat.
Setelah lama mengajar Bahasa Inggeris untuk kelas 2 Mulia, saya dapati mereka
amat lemah dalam perbendaharaan kata. Berbagai-bagai cara saya cuba lakukan
supaya mereka berminat terhadap mempertingkatkan perbendaharaan kata mereka
tetapi kebanyakan pelajar tidak memberikan kerjasama yang sepenuhnya. Sebagai
contoh, saya telah berpesan supaya setiap orang harus mempunyai kamus dan buku
nota kecil untuk menulis setiap perbendaharaan kata yang baru mereka pelajari atau
jumpa di dalam setiap waktu pengajaran dan pembelajaran. Walaupun saya
mendenda pelajar yang tidak mempunyai kamus dan buku nota kecil, mereka masih
lagi tidak mempunyai buku tersebut dan membuat seperti mana yang saya
kehendaki sehingga saya berasa letih untuk mendenda mereka. Pada satu tahap,
saya sedar saya harus memikirkan sesuatu untuk membantu mereka untuk
meningkatkan perbendaharaan kata mereka.

Saya sentiasa bertanya kepada diri saya sendiri perlukan saya mengajar
mereka setiap perkataan baru yang mereka tidak ketahui setiap kali saya masuk di
dalam kelas? Ataupun hanya mengajar beberapa sahaja perkataan sehingga mereka
betul-betul dapat mengingatinya? Adakah pula dengan cara itu mereka benar-benar
berminat dan akan mengingatinya? Apabila saya membincangkan perkara ini
dengan guru-guru Bahasa Inggeris yang lain, mereka menyatakan bahawa pelajar-
pelajar yang berada di kelas yang hujung, kebanyakannya kurang berminat terhadap
bahasa. Perkataan atau huruf-huruf yang banyak mengelirukan mereka dan mereka
akan cepat merasa bosan. Kebanyakan pelajar dari kelas itu, cenderung untuk tidur
jika tiba matapelajaran Bahasa Inggeris terutama sekali apabila masa untuk sastera.
Cara yang digunakan untuk membolehkan pelajar ini lulus di dalam ujian adalah
dengan menyuruh mereka menghafal semua perkataan yang diberi.
Tidak dinafikan bahawa cara itu dapat meluluskan mereka di dalam ujian
tetapi adakah mereka mendapat ilmu melalui cara itu? Menghafal sesuatu yang
mereka sendiri tidak faham, tidak dapat mengembangkan perbendaharaan kata
mereka. Pada 25 Januari 2011, saya telah menghadiri bengkel “English Through
Literature and Dictionary Skills”. Terdapat ramai guru Bahasa Inggeris yang
berpengalaman hadir pada hari berkenaan. Mereka saling berkongsi cerita dan
pengalaman masing-masing ketika berada di situ. Saya sebagai guru baru, yang
juga masih baru dalam bidang bahasa, banyak bertanyakan soalan kepada guru-
guru berkenaan. Semasa bengkel dijalankan, terdapat seorang guru yang
menceritakan pengalaman beliau menggunakan teknik lukisan di dalam
matapelajaran sastera. Dia mengkagumi apabila para pelajarnya melukis dengan
penuh perasaan dan akhirnya berjaya mengingati unsur-unsur yang terdapat di
dalam sesuatu cerita berkenaan. Tetapi, saya lihat ramai guru yang ketawa dan
seolah-olah memperkecilkan teknik berkenaan. Seorang guru telah bertanya kepada
guru tersebut, di manakah beliau mengajar. Apabila guru tersebut menyatakan nama
sekolahnya, majoriti guru ketawa dan salah seorang guru lelaki berkata, “If she went
to my school, and teach English in my class, then she will wonder..”. Ketika itu kami
sedang membincangkan contoh puisi yang bertajuk “I Wonder”.

Sejak itu, saya mula berfikir, adakah hanya pelajar yang mempunyai prestasi
yang baik sahaja dapat mengingati sesebuah cerita berdasarkan pada lukisan?
Adakah dengan menzahirkan sesuatu perkataan menjadi sebuah lukisan dapat
memudahkan pelajar yang lemah untuk mengingat sesuatu? Jadi, saya mengambil
keputusan untuk mencuba menggunakan teknik ini di dalam kelas sastera dan ingin
melihat adakah teknik ini dapat memperkayakan perbendaharaan kata pelajar 2
Mulia kerana apabila mereka mengingati beberapa unsur yang terdapat di dalam
sesebuah cerita atau puisi yang dipelajari, sekaligus mereka akan mempelajari
sesuatu yang baru dan seterusnya dapat memperkayakan perbendaharaan kata
mereka.
Fokus Kajian

Fokus kajian saya adalah ingin memperkayakan perbendaharaan kata pelajar 2


Mulia walaupun saya mendapati mereka sebenarnya mempunyai pelbagai jenis
masalah lain di dalam subjek Bahasa Inggeris. Kebanyakan mereka dapat membaca
perkataan-perkataan yang ditemui tetapi tidak mengerti akan maksud perkataan
tersebut. Antara kesilapan-kesilapan yang mereka sering lakukan ialah:

 Mereka menjawab kebanyakan soalan dalam bahagian sastera tanpa


memahami kehendak soalan

 Mereka tidak faham puisi atau sajak yang dipelajari kerana terdapat beberapa
perkataan yang sukar diingati maksudnya

Objektif Kajian

Selepas kajian ini selesai dijalankan, pelajar-pelajar diharapkan dapat mencapai


objektif berikut:

i. Objektif Umum

Meningkatkan bilangan pelajar yang mendapat markah yang tinggi di


dalam bahagia sastera semasa Ujian Pertengahan Tahun 2011.

ii. Objektif Khusus

 Meningkatkan perbendaharaan kata pelajar dan memahami maksud


perkataan yang ditemui di dalam cerita atau puisi yang dipelajari.

 Membantu pelajar mengingati perbendaharaan kata baru dengan teknik


lukisan.
Kumpulan Sasaran

Kajian ini melibatkan 32 orang pelajar tingkatan 2 Mulia yang terdiri daripada 5 orang
pelajar Cina, 4 orang pelajar India dan 23 orang pelajar melayu.

Tindakan yang Dicadangkan

i. Tinjauan Masalah

Sebelum langkah-langkah seterusnya diambil, tinjauan terhadap masalah yang


ingin dikaji telah dibuat bertujuan untuk lebih memahami masalah-masalah yang
dihadapi oleh para pelajar. Memandangkan saya merupaka guru baru di sekolah
ini, maka kebanyakan tinjauan saya adalah berlandaskan kepada pengalaman-
pengalaman guru-guru yang telah lama mengajar Bahasa Inggeris di sekolah ini.

 Latihan pemahaman untuk melihat sejauh mana kefahaman pelajar


terhadap petikan yang diberi.

 Latihan secara lisan dengan bertanya maksud setiap patah perkataan


yang dibaca dari petikan yang diberi kepada semua pelajar bagi membuat
kesimpulan secara menyeluruh tentang kekayaan kosa kata mereka dalam
Bahasa Inggeris.

 Bertanya kepada guru-guru yang telah mempunyai pengalaman mengajar


di dalam kelas-kelas yang setaraf tentang masalah-masalah yang dihadapi
oleh pelajar dalam sastera Bahasa Inggeris.

ii. Program “Draw and Learn” (D&L)

Cara Perlaksanaan:

a. Ujian khas dijalankan untuk menganalisa kelemahan kosa kata pelajar


(Pre-test).

b. Semasa waktu sastera Bahasa Inggeris, guru akan bertanya kepada murid
tentang maksud untuk setiap perkataan.
c. Jika terdapat perkataan yang tidak dapat dijawab oleh majoriti pelajar, dan
dikesan agak sukar, guru akan menyuruh pelajar menulis perkataan
tersebut ke dalam buku yang disediakan dan menzahirkan sebahagian
makna perkataan tersebut kepada lukisan.

d. Pelajar diminta untuk mengaplikasikan perkataan yang dijumpai ke dalam


satu ayat seminggu sekali.

e. Guru menganalisa buku pelajar.

f. Ujian khas dijalankan bagi melihat sejauh mana ingatan pelajar terhadap
maksud kosa kata yang telah dipelajari (Post-test).

Jadual Perlaksanaan Kajian

Bil Aktiviti Tarikh Pelaksanaan Catatan


1 Mengenal pasti masalah dan
pengumpulan data awal
2 Menulis proposal kajian
3 Merancang tindakan – (individu)
4 Menjalankan ujian tinjauan terhadap
kelemahan kosa kata pelajar (Pre-
test)
5 Melaksanakan tindakan
6 Membincangkan masalah yang
timbul dalam tindakan
7 Menjalankan ujian keberkesanan
teknik yang digunakan (Post-test)
8 Refleksi kajian
9 Menulis laporan kajian
10 Pembentangan dapatan kajian
Kos Kajian

BIL JENIS BAHAN KUANTITI x HARGA JUMLAH KOS


SEYUNIT
1. Kertas A4 2 x RM 8.00 RM 16.00
2. Printer Cartridge 1 x RM 65.00 RM 65.00
3. Kamus Oxford 1 X RM 8.00 RM 8.00
4. Buku catatan guru 1 X RM 2.00 RM 2.00
JUMLAH RM 91.00

Anda mungkin juga menyukai