Anda di halaman 1dari 7

1.

TAJUK

Meningkatkan Kemahiran Penggunaan Huruf Besar Bagi Murid Tahun 2


Pandai Menggunakan Teknik Warna

2. NAMA PENYELIDIK

Puan Zaridah binti Zuber

3. ALAMAT SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Seri Manjung,

32040 Seri Manjung,

Perak Darul Ridzuan.

Telefon : 05-6881014

Fax : 05-6889855

E-Mail : SKSMTCC@TM.NET.MY

4. LATAR BELAKANG KAJIAN

Berpengalaman 13 tahun mengajar murid Tahap 1 membuatkan saya rasa pengalaman


yang selama ini saya simpan begitu berharga. Bermula dengan sukatan pelajaran yang
mudah sehinggalah ke zaman era perubahan sukatan yang begitu ketara. Namun setiap
kali latihan di dalam kelas, ujian atau peperiksaan, murid yang bijak pun kadangkala
cuai dengan penggunaan huruf besar.

Soalan kegemaran para guru setiap kali ujian bulanan dan Penilaian Kemajuan Sekolah
Rendah (PKSR) adalah Salin semula ayat-ayat di bawah menggunakan tanda
baca di tempat yang sesuai. Kesalahan murid dalam penggunaan huruf besar
secara tidak langsung akan mengurangkan markah kerana markah akan dipotong
untuk setiap kesalahan tersebut, Saya mengambil satu daripadanya untuk
dipertingkatkan penguasaannya iaitu penggunaan huruf besar. Jika murid menulis
ayat tanpa penggunaan huruf besar sekurang-kurangnya di permulaan ayat, maka
kehilangan markah amat ketara.

Walaupun setiap kali sebelum mula menulis saya mengulangi ungkapan yang sama
iaitu permulaan ayat dan nama khas mesti ditulis dengan huruf besar tetapi
kadangkala murid leka dan menganggapnya tidak penting. Oleh itu, saya menjalankan
kajian ini untuk mengatasi masalah tersebut.
5. PENYATAAN MASALAH KAJIAN

Sewaktu mata pelajaran Bahasa Melayu, saya dapati masih ketara di kalangan murid
Tahun 2 Pandai tidak dapat menulis ayat dengan lengkap iaitu tidak menggunakan
huruf besar di tempat yang sepatutnya seperti menulis jawapan pemahaman, menyalin
ayat dan sebagainya. Oleh kerana saya mengajar murid yang sama semasa Tahun 1
Pandai (2005), maka agak mudah untuk saya mengesan pencapaian mereka. Situasi ini
tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana penggunaan huruf besar adalah penting setiap
kali menulis. Kemungkinan besar jika masalah ini tidak diatasi, peratus markah dalam
subjek Penulisan Bahasa Melayu Tahap 2 nanti akan terjejas. Saya mesti lakukan
sesuatu. Oleh itu, saya perlu meningkatkan penguasaan kemahiran penggunaan huruf
besar melalui teknik yang dirancang.

6. RASIONAL KAJIAN

i) Perlu satu alternatif pengajaran dan pembelajaran bagi mempastikan murid- murid
dapat menggunakan huruf besar di tempat yang sesuai dan sapatutnya.

ii) Perlu satu kajian yang membolehkan murid meningkatkan kemahiran

penggunaan huruf besar dalam ayat.

7. OBJEKTIF KAJIAN

Selepas kajian ini selesai dijalankan, murid-murid diharap akan mencapai


objektif berikut:

Objektif Umum

i) Meningkatkan penguasaan kemahiran penggunaan huruf besar. (Lihat tajuk)

Objektif Khusus

i) Meningkatkan penguasaan murid untuk menggunakan huruf besar pada

permulaan ayat.

ii) Meningkatkan daya ingatan murid terhadap penggunaan huruf besar.

8. KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan seorang guru dan 34 orang murid Tahun 2 Pandai.

9. PELAKSANAAN KAJIAN
9.1 Tinjauan Awal

Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil dalam menjalankan


kajian ini, tinjauan awal terhadap masalah yang dikenal pasti akan dibuat.
Perincian terhadap masalah ini dapat dilihat daripada aspek kebolehan
menulis ayat menggunakan huruf besar di tempat yang sesuai dan
sepatutnya. Methodologi yang digunakan ialah :

a) Pemerhatian

Sikap murid dilihat secara tidak langsung sewaktu aktiviti pengajaran


dan pembelajaran berlangsung.

b) Soal selidik .

Borang soal selidik diberi kepada murid dan guru membacakannya untuk
mendapatkan jawapan yang tepat secara jujur.

c) Ujian pengesanan

Diberi kepada murid untuk mengukur sejauhmana pencapaian dan


pemahaman mereka untuk menggunakan huruf besar dalam ayat.

d) Tindakbalas di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran

Tindakbalas murid dinilai semasa mereka menjawab soalan yang


dikemukakan.

g) Semakan buku latihan

Semakan buku latihan secara tidak langsung dapat menilai tahap


perkembangan murid dalam menguasai kemahiran berkenaan iaitu
memulakan setiap tulisan dengan warna.

9.2 Perancangan

Berasaskan maklumat yang dikumpul daripada tinjauan awal, guru


akan menentukan langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran seperti
berikut :

i) Aktiviti Item 1

1. Membaca ayat mudah yang lengkap dengan penggunaan huruf besar


2. Mengecam penggunaan huruf besar pada ayat tersebut.

3. Menyalin semula ayat tersebut dengan menggunakan huruf besar di

tempat yang sesuai menggunakan warna.

ii) Aktiviti Item 2

1. Membaca ayat yang diberi tanpa huruf besar di permulaan ayat.

2. Menyalin semula ayat tersebut menggunakan huruf besar di tempat

yang sesuai. (Huruf besar pada permulaan ayat menggunakan warna)

iii) Aktiviti Item 3

1. Membaca ayat-ayat yang diberi tanpa huruf besar.

2. Menyalin semula ayat tersebut dengan menggunakan huruf besar di

tempat yang sesuai. (Huruf besar pada permulaan ayat dan selepas

noktah menggunakan warna)

9.3 Tindakan

Perancangan ini akan dilaksanakan setiap kali mata pelajaran Bahasa


Melayu bermula dari bulan Februari. Setiap kali menulis murid akan
mendahulukan huruf besar dengan warna biru. Aktiviti-aktiviti tersebut
dijalankan mengikut pemeringkatan secara bergred dan akan diubah suai
setelah saya menjalankan tinjauan awal.

9.4 Pemerhatian.

Aspek yang akan dibuat pemerhatian ialah :

i. Masalah guru dan murid melalui borang soal selidik.

ii. Kekuatan dan kelemahan langkah-langkah pengajaran dan


pembelajaran.

iii. Pencapaian murid dalam menguasai kemahiran penggunaan huruf


besar setiap kali menulis.

9.5 Penilaian
Penilaian akan dibuat melalui ujian pengesanan, semakan hasil kerja murid,
ujian bulanan dan ujian pencapaian.

9.6 Refleksi

Aktiviti refleksi akan dilakukan pada peringkat pelaksanaan berdasarkan


ujian pengesanan dan latihan yang diberi. Selepas ujian pencapaian, hasilnya
akan dinilai dan direfleksikan secara keseluruhan.

10. ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL JENIS BAHAN KUANTITI X HARGA JUMLAH KOS


SEUNIT

1 Kertas A4 1 rim X RM 9 RM 9.00

2 Printer Cartridge 1 X RM 75 RM 75.00

3 Fotostat bahan dan laporan RM 50.00


kajian

4 Kad imbasan kosong 20 set X RM 3 RM 60.00

5 Fail murid 34 X RM 1 RM 34.00

6 Fail guru 1 X RM 3 RM 3.00

7 Marker pen 1set X RM 15 RM 15.00

8 Kertas A4 berwarna 1 rim X RM 9 RM 9.00

JUMLAH RM 255.00

11. JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN


Bil Aktiviti Tarikh Catatan
Pelaksanaan

1 Mengenal pasti masalah dan 3 Februari 2006


pengumpulan data awal

2 Menulis proposal kajian 6 Februari 2006

3 Merancang tindakan 13 Februari 2006

4 Melaksanakan tindakan (Tinjauan 15 Februari 2006


masalah)

5 Melaksanakan tindakan- aktiviti 20 Februari 2006

item 1

6 Membincangkan masalah yang timbul 27 Februari 2006


dalam melaksanakan aktiviti item 1

7 Melaksanakan tindakan aktiviti 20 Mac 2006

item 2

8 Membincangkan masalah yang timbul 27 Mac 2006


dalam melaksanakan aktiviti item 2

9 Melaksanakan tindakan aktiviti 3 April 2006

item 3

10 Membincangkan masalah yang timbul 10 April 2006


dalam melaksanakan aktiviti item 3
11 Ujian untuk mengesan pencapaian 24 April 2006
murid

12 Refleksi kajian 26 April 2006

13 Menulis laporan kajian 1 Mei 2006

14 Pembentangan dapatan kajian di 25 Jun 2006


sekolah

15 Penyerahan laporan kepada PPD dan 30 Jun 2006


JPN

12. KESIMPULAN

Kajian ini perlu dibuat kerana murid selalu cuai dalam penggunaan huruf besar.
Murid seringkali tidak menggunakan huruf besar di tempat yang sepatutnya.
Sehubungan dengan itu, perlu satu teknik yang sesuai bagi menangani masalah
tersebut. Dalam kajian ini, teknik warna telah diperkenalkan bagi mengatasi masalah
tersebut.

Anda mungkin juga menyukai