Anda di halaman 1dari 4

KETAATAN NABI IBRAHIM

Assalamualaikum pembuka bicara terima kasih kepada pengerusi acara barisan


hakim yang bijaksana, guru-guru, rakan semua mari dengar cerita.

Nabi Ibrahim puteranya Azar,


Babylon Iraq kota kelahiran, Syair
Rasul ululazmi diberi taklifan,
Hidup di bawah raja namrud yang zalim

Namrud terkenal dengan raja yang sangat zalim, dia memiliki kuasa pemerintahan
yang mahsyur.
Bismillahirrahmaa nirrohiim..

Waz kuruu fil kitaa bi ibroo hiiimmm.... innahuu kaa na siddii qon nabiyyaa...
(Surah Maryam Ayat: 41)

Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam Kitab (Al-Quran) ini perihal Nabi
Ibrahim sesungguhnya adalah ia seorang yang amat benar, lagi menjadi Nabi

Raja namrud sangatlah angkuh


Menganggap diri sebagai tuhan Nyasid sepohon kayu
Nabi Ibrahim dihina dicaci
Diburu ke sana jua ke mari

Kasihan sungguh rakyat palestin


Bedilan peluru angkara Israel Pantun
Janganlah kita sombong dan angkuh
Hidup di dunia tak akan kekal

1
Bismillahirrahmaa nirrohiim..

Udu ilaa sabii lirobbika bil hikmati wal mau izotil hasanah...

Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan


nasihat pengajaran yang baik
(Surah Nahl Ayat: 125)

Hadirin dan hadirat yang dimuliakan Allah S.W.T.

Perdebatan yang hebat berlaku antara Nabi Ibrahim dan Raja Namrud. Nabi
Ibrahim telah mencabar Raja Namrud untuk membuktikan kekuasaannya. Namun,
Raja Namrud tidak berjaya membuktikan hal itu.

Hebatnya perdebatan Raja Namrud dan Nabi Ibrahim


Pelbagai hujah dan juga cara
Berkat kebijaksanaan Nabi Ibrahim
Cabaran diterima Raja Namrud kecewa

Bismillahirrahmaa nirrohiim..

Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai Muhammad) tentang orang yang


berhujjah membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya
zalim
( Surah Al-Baqorah ayat: 258)
Gejala berfacebook jadi kewajipan
Segala yang hak dan batil dipaparkan
Nasyid irama dilwale
Usah biar diri dilalaikan sahaja
Sampaikanlah dakwah saham kebaikan

2
Hadirin sekalian,

Perasaan dendam Raja Namrud terhadap Nabi Ibrahim tidak pernah hilang.

Bismillahirrahmaa nirrohiim..

Qoo luu saminaa fatayyaz kuruhum yuqoo lu lahuu ibroohiimm

Mereka berkata: "Kami mendengar ada seorang pemuda yang mencela mereka
(berhala-berhala ini), namanya ibrahim as
(Surah Al-Anbiya Ayat 60)

Angkara Ibrahim memusnahkan berhala


Namrud dan kaumnya menghukum baginda
Pantun
Dengan api nabi diseksa
Namun diselamatkan Allah yang esa

Ajaran sesat jadi ikutan


Malaysia berusaha untuk membanteras
Nasyid irama sepohon kayu
Berani kerana harus diamalkan
Kerana Islam itu agama yang jelas

Hadirin dan hadirat sekalian,

Kejamnya namrud pada Ibrahim


Nabi ditangkap hendak dibunuh
Kuasa Allah lebih lah besar
Nabi dibantu tentera nyamuk

3
Ya, dengan izin Allah S.W.T, tentera nyamuk telah menghalang tentera Namrud dari
membinasakan Nabi Ibrahim a.s.
Bismillahirrahmaa nirrohiim..

Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka) dan Allah adalah
Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana
(Surah Al-Fath Ayat 4)

Wahai rakan dan juga taulan


Sikap Namrud bukan ikutan
Pantun
Zalim dan kejam kepada rakan
Dijauhi orang tiada kawan

Allah S.W.T telah menurunkan pelbagai azab sebagai ingatan kepada manusia yang
semakin leka kepada penciptanya. Virus zika yang terpampang di akhbar baru-baru
ini sangat mengejutkan dan hangat diperkatakan. Nauzubillah.....

Demikianlah pengorbanan masa, harta dan wang serta tenaga dan nyawa
pada jalan Allah S.W.T merupakan peringkat tertinggi sebagai pembuktian
keikhlasana setiap amalan. Allah telah merakamkan bagaimana Nabi Ibrahim a.s
membuktikan keikhlasannya menjalankan setiap perintah melalui pengorabanan
baginda yang tiada berbelah bahagi. Pengorbanan baginda di jalan Allah seperti
inilah yang sangat diperlukan pada saat ini untuk memastikan diri kita dijamin ke
syurga Allah kelak, insya-Allah.

Sesal dahulu pendapatan


Sesal kemudian tiada gunanya
Kisah ini jadikan teladan
Ambil iktibar sebagai panduan

Wabillahi taufiq wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.

Anda mungkin juga menyukai