Anda di halaman 1dari 1

DOA SEMPENA HARI SUKAN SK SERI TENGAH KALI-39 2015

,Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim


Segala puji dan syukur kami panjatkan ke hadrat mu Ya Allah, Kerana dengan izin
Mu jua dapat kami mengadakan Kejohanan Sukan Tahunan SK Seri Tengah kali-39
pada tahun 2015 ini.

Ya Allah , Ya Muhaiminu Ya Aziz Ya Jabbar ,


Sejahterakanlah tubuh badan kami , sejahterakanlah pendengaran kami ,
sejahterakanlah penglihatan kami .

Ya Allah , Ya Hayyu Ya Qayyum ,

Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri
kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan
sempurnakanlah keindahan diri kami dengan kesihatan.

Ya Allah , Ya Faarijal Hammi wa Ya Kaashifal Ghammi ,

Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami)


sekolah ini akan menjadi sekolah yang cemerlang, terbilang , sekolah yang disegani
dan dihormati, sekolah yang akan melahirkan pelajar-pelajar yang gemilang dalam
aspek akademik mahupun kokurikulum serta berjaya di dunia mahupun di akhirat .

Pendoa : As-Syeikh Al-Ustaz Ahmad Danial bin Rosli Al-Johori

Anda mungkin juga menyukai