Anda di halaman 1dari 28

Meningkatkan kemahiran penguasaan fakta asas

Matematik Tahun 5, SK tungou Ranau dengan


menggunakan Kaedah RAJA CONGKAK
Posted by ilmu on 12th Jun 2008
1.Nama Dan Alamat Penuh Organisasi

Sekolah Kebangsaan Tungou Ranau

2. AJK Penyelidik ( Ahli Kumpulan )
En Benjamin Darunchok
Pn Siti Milia Emmy Giak
En Sahidin Yusof

3. Tajuk Kajian
Meningkatkan kemahiran penguasaan fakta asas Matematik Tahun 5, SK tungou
Ranau dengan menggunakan Kaedah RAJA CONGKAK

4. Refleksi masalah / Refleksi pengajaran dan pembelajaran yang lalu
Berdasarkan hasil kerja yang diperiksa oleh guru, 8 orang murid tidak dapat
menjawab soalan latihan yang berkaitan dengan fakta asas Matematik. Ini
menyebabkan markah yang diperolehi oleh murid terlalu rendah dan tidak mencapai
tahap penguasaan minimum.

5. Fokus Kajian
Melibatkan 8 orang daripada 9 orang murid Tahun 5 yang tidak dapat menguasai
fakta asas Matematik

6. Objektif Kajian ( Am Dan Khusus )

6.1 Objektif Am
i ) Mengenal pasti punca masalah murid yang tidak menguasai fakta asas Matematik
ii) Mempertingkatkan penguasaan fakta asas Matematik di kalangan murid

6.2 Objektif Khusus
i ) 8 orang murid menguasai dan mengenali simbol fakta asas Mateamatik
ii) 8 orang murid yang terlibat dapat menyelesaikan masalah Matematik berdasarkan
soalan-soalan yang terdapat dalam RAJ A CONGKAK dan melepasi tahap
penguasaan minimum.

7. Kumpulan Sasaran
Melibatkan 8 orang murid tahun 5 SK Tungou Ranau

8. Tindakan yang dicadangkan
i. Mengadakan ujian Diagnostik kepada murid sasaran untuk mengenal pasti
masalah . asas murid.
ii. Memberi bimbingan kemahiran fakta asas Matematik dengan menggunakan
Kaedah dan Bahan Inovasi.
iii. Memberi latih tubi menjawab soalan mudah ( Digit 0-9 ) kepada murid-murid
iv. Membuat ujian Pos kepada murid-murid untuk melihat sejauh mana
keberkesanan Kaedah dan Bahan Inovasi yang digunakan.
v. Membuat analisis data hasil ujian Pos.
vi. Membuat Laporan Kajian berkaitan dengan kekuatan dan kekurangan aktiviti
pengajaran dan pembelajarfan.

9. Bahan Dan Anggaran Kos

BIL JENIS ALATAN BAHAN KOS
1 Kontena 10 buah RM20.00
2 Papan Lapis 1 keping RM15.00
3 Ink pencetak RM67.00
4 Kertas 4 Rim RM44.00
5 Double Tape RM5.00
6 Marker Pen RM5.00
7 Kad manila 20 keping RM15.00
8 Gunting RM4.80
JUMLAH RM175.80


10. Jadual Pelaksanaan Kajian / Carta Gantt

BIL AKTIVITI TARIKH
01 Mesyuarat Jawatankuasa Kajian Tindakan 16.06.2008
02 Pembetukan Kertas cadangan 17.06.2008
03 Mesyuarat perancangan Kajian 18.06.2008
04 Mesyuarat Penyediaan soalan Ujian Pra 27.06.2008
05 Pelaksanaan ujian Pra 01.07.2008
06 Pemprosesan data Ujian Pra 04.07.2008
07 Mesyuarat perancangan untuk Temu Bual Dan
Pemerhatian
07.07.2008
08 Melaksanakan Pemerhatian 13.07.2008
09 Menjalankan sesi Temu Bual 15.07.2008
10 Pemprosesan Data Temu Bual Dan Merumus Data 20.07.2007
11 Mesyuarat Teknik Rawatan 25.07.2008
12 Pelaksanaan Teknik Rawatan 28.07.2008
13 Perancangan Dan Pelaksanaan Ujian Pos 01.08.2008
14 Pemprosesan Data Ujian Pos 08.08.2008
15 Penilaian Kendiri/Renungan/Refleksi 11.08.2008
16 Penulisan Laporan Kajian 12.08.2008
17 Pemurnian Laporan 15.08.2008
18 Membentang Laopran Kajian 18.08.2008
19 Menghantar Laopran kajian ke BTPN sabah 22.08.2008


Lampiran 1 : Borang Soal
Selidik

Arahan : Sila baca pernyataan-pernyataan di bawah ini dan bulatkan nombor yang
paling sesuai menandakan tahap persetujuaan anda mengikut skala nilaian yang
disediakan.

Skala :
1 = Tidak setuju
2 = Kurang setuju
3 = Setuju
4 = Sangat setuju

BIL ITEM NILAIAN
1 Saya suka membuat kerja rumah yang
disuruh oleh guru
1 2 3 4
2 Saya membuat kerja rumah yang disuruh
oleh guru Matematik
1 2 3 4
3 Saya dapat menentukan simbol fakta asas
matematik
1 2 3 4
4 Saya dapat membezakan simbol fakta asas
matematik
1 2 3 4
5 Saya boleh menyelasaikan soalan
Matematik yang diberikan oleh guru di dalam
kelas
1 2 3 4
6 Saya selalu membaca sifir 1 2 3 4
7 Saya boleh mengira nombor sehingga 100 1 2 3 4
8 Saya merasa susah untuk menjawab soalan
yang melibatkan operasi Bahagi
1 2 3 4
9 Ibu bapa selalu membimbing saya mengira
nombor di rumah
1 2 3 4
10 Saya suka mengira objek 1 2 3 4


Posted in Kertas Cadangan Kajian Tindakan | 2 Comments
Meningkatkan kemahiran murid tahun 4 untuk
menjawab soalan Sains bahagian B (Kertas 2)
dengan menggunakan kaedah Biasan Aura
Minda.
Posted by ilmu on 12th Jun 2008
KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN


1. Nama Dan Alamat Penuh Organisasi.
Sekolah Kebangsaan Tungou, Ranau.

2. Nama / AJK Penyelidik ( Ahli Kumpulan ).
Encik Kaparing Tahir ( Ketua )
Encik Jaudin Kontingi
Puan Kuinah @ Erus Sahamin

3. Tajuk Kajian.
Meningkatkan kemahiran murid tahun 4 untuk menjawab soalan Sains bahagian
B (Kertas 2) dengan menggunakan kaedah Biasan Aura Minda.

4. Refleksi Masalah / Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Yang Lalu.
Berdasarkan hasil kerja murid yang telah diperiksa oleh guru di dapati 11 orang
murid Tahun 4 tidak memahami kehendak soalan dan seterusnya tidak dapat
menjawab soalan dengan lengkap. Akibatnya kebanyakan murid memperolehi
markah yang rendah.

5. Fokus Kajian/ Isu Keperihalan Yang Dikaji.
Melibatkan 11 orang murid Tahun 4 yang tidak dapat menjawab soalan Sains
bahagian B kerana tidak memahami kehendak soalan. Soalan bahagian B ini
terdiri
daripada soalan struktur dan menggunakan istilah Sains yang sukar.

6. Objektif Kajian
6.1 Objektif Am
i) Mengenal pasti punca masalah murid yang tidak dapat memahami
kehendak
soalan.
ii) Mengenal pasti keberkesanan penggunaan kaedah Biasan Aura Minda.

6.2 Objektif Khusus
i) Murid dapat mengenali 3 istilah khas yang dapat digunakan untuk
memahami
kehendak soalan.
ii) Murid sasaran dapat menjawab tiga daripada lima soalan struktur dengan
betul

7. Kumpulan Sasaran.
Melibatkan 11 orang murid Tahun 4 SK. Tungou, Ranau.

8. Tindakan Yang Dicadangkan.
i) Mengadakan Ujian Pra kepada kumpulan sasaran untuk mengenal pasti
masalah
asas murid.
ii) Memberi bimbingan memahami kepada murid cara memahami kehendak
soalan.
iii) Bimbingan rakan sebaya.
iv) Memberi latih tubi menjawab soalan kepada murid.
v) Membuat ujian Pos kepada murid-murid untuk melihat sejauh mana
keberkesanan
kaedah dan bahan inovasi yang digunakan.
vi) Membuat analisis data hasil ujian pos.
vii) Membuat laporan kajian berkaiatan kekuatan dan kekurangan aktiviti aktiviti
pengajaran dan pembelajaran.


9. Bahan Dan Anggaran Kos.


Bil

Jenis Alatan/ Bahan

Kos

1

Kertas A4 3 rim X RM 13.50

RM 54.00

2

Kos Pencetakan ( ink Pencetak ) 1 set

RM 67.00

3

Alat tulis ( marker pen )- 5 kotak X RM 13.00

RM 65.00

4

Kad Manila- 10 Keping X RM 1.00

RM 10.00

5

Double Tape

RM 5.00



Jumlah

RM 134.00


10. Jadual Pelaksanaan Kajian / Carta Gantt.


Bil

Aktiviti

Tarikh

1

Mesyuarat Jawatankuasa Kajian Tindakan

20.05.2008

2 Penyediaan Kertas Cadangan 26.05.2008

3

Mesyuarat Perancangan Kajian

10.06.2008

4

Mesyuarat Penyediaan Soalan Ujian Pra

17.06.2008

5

Pelaksanaan Ujian Pra

24.06.2008

6

Pemprosesan Data Ujian Pra

02.07.2008

7

Mesyuarat Perancangan Untuk Temu Bual dan
pemerhatian

09.07.2008

8

Melaksanakan Pemerhatian

16.07.2008

9

Menjalankan Sesi Temu Bual Dengan Murid

18.07.2008

10

Pemprosesan Data Temu Bual Dengan Murid

21.07.2008

11

Mesyuarat Teknik Rawatan

24.07.2008

12

Pelaksanaan Teknik Rawatan

28.07.2008

13

Perancangan dan Pelaksanaan Ujian Pos

29.07.2008

14

Pemprosesan Data Ujian Pos

01.08.2008

15

Penilaian Kendiri/ Renungan/ Refleksi

04.08.2008

16

Penulisan Laporan Kajian

05.08.2008

17

Pemurnian Laporan

06.08.2008

18

Membentang Laporan Kajian

07.08.2008

19

Menghantar Laporan Kajian Ke BTPN Sabah

20.08.2008



Lampiran 1 : Borang Kaji Selidik



Arahan : Sila baca pernyataan-pernyataan di bawah ini dan bulatkan nombor yang
paling

sesuai bagi menandakan tahap persetujuan anda mengikut skala nilaian yang
disediakan.

Skala:

1 = Tidak Setuju

2 = Kurang Setuju

3 = Setuju

4 = Sangat Setuju


BIL

ITEM

NILAIAN

1

Saya suka belajar mata pelajaran Sains.

1

2

3

4

2

Saya membuat kerja rumah yang disuruh oleh guru
Sains.

1

2

3

4

3

Saya dapat memahami kehendak soalan sains dalam
bahagian B.

1

2

3

4

4

Saya dapat memahami istilah Sains.

1

2

3

4

5

Saya boleh mengenal pasti istilah Sains yang
digunakan
dalam soalan Sains Bahagian B.

1

2

3

4

6

Saya merasa susah untuk menjawab soalan sains
dalam
bentuk struktur.

1

2

3

4

7

Ibu bapa selalu membimbing saya menjawab saoalan
Sains
dalam bahagian B.

1

2

3

4

8

Sains merupakan satu mata pelajaran yang paling
saya
minati.

1

2

3

4

Posted in Kertas Cadangan Kajian Tindakan | 2 Comments
Meningkatkan kemahiran Menulis Ayat
Menggunakan Perkataan Yang Diberi Berdasarkan
Gambar dalam penulisan Bahasa Inggeris, Kertas
2, Bahagian C, Tahun 6 dengan menggunakan
Kaedah Keretapi Ayat.
Posted by ilmu on 12th Jun 2008
Kertas Cadangan Kajian Tindakan.

1. Nama Dan Alamat Penuh Organisasi.

Sekolah Kebangsaan Tungou,
Peti surat 93,
89308 Ranau.

1. Nama / AJK Penyelidik (Ahli Kumpulan)

Encik Edburga @ Jerome Agong
Puan Jamurah Galitang
Puan Sobina bt. Boisi @ Augustinos


1. Tajuk Kajian

Meningkatkan kemahiran Menulis Ayat Menggunakan Perkataan Yang
Diberi Berdasarkan Gambar dalam penulisan Bahasa Inggeris, Kertas 2,
Bahagian C, Tahun 6 dengan menggunakan Kaedah Keretapi Ayat.

1. Refleksi Masalah / Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Yang Lalu.

Berdasarkan keputusan markah Bahasa Inggeris dalam Peperiksaan
Semester 1, guru telah mendapati bahawa 10 orang murid dalam kelas Tahun
6 telah mendapat markah yang terlalu rendah dalam penulisan Bahasa
Inggeris, Kertas 2, terutama sekali dalam bahagian C.

Punca yang menyebabkan masalah ini ialah, murid tidak dapat menulis ayat
menggunakan perkataan yang diberi berdasarkan gambar dengan betul
dalam bahagian C.

Sekiranya murid, dapat menguasai kemahiran membina ayat dengan
menggunakan perkataan yang diberi berdasarkan gambar, mereka boleh
menulis dan menceritakan peristiwa yang berlaku dalam gambar seterusnya
mendapat markah yang tinggi dalam bahagian C.


1. Fokus Kajian/ Isu Keperihalan Yang Dikaji

Melibatkan 10 orang dari 14 orang murid Tahun 6 yang tidak dapat menulis
ayat menggunakan perkataan yang diberi berdasarkan gambar dengan betul.

6. Objektif Kajian (Am dan Khusus )

6.1 Objektif Am

i. Mengenalpasti masalah murid tidak dapat menulis
ayat menggunakan perkataan yang diberi berdasarkan gambar.

ii. Membina kemahiran murid menulis ayat
menggunakan perkataan yang diberi berdasarkan gambar.

6.2 Objektif Khusus

i. Murid yang terlibat menggunakan tatabahasa yang betul
dalam binaan ayat .

ii. Murid sasaran dapat menulis lima ayat yang lengkap
menggunakan perkataan yang diberi berdasarkan gambar.

7. Kumpulan Sasaran

Melibatkan 10 orang murid Tahun 6, SK Tungou, Ranau.


8. Tindakan Yang Dicadangkan

i) Mengadakan ujian diagnostik kepada murid sasaran untuk
mengenalpasti masalah asas murid.

ii) Memberi bimbingan kemahiran asas menulis ayat menggunakan
kaedah Keretapi Ayat.

iii) Memberi latih tubi menulis ayat dalam Bahagian C, Kertas 2 kepada murid-
murid yang disasarkan.

iv) Membuat ujian pos kepada murid-murid terlibat untuk melihat
keberkesanan penggunaan kaedah Keretapi Ayat.

v) Membuat analisis data hasil ujian pos.

vi) Membuat laporan kajian berkaitan kekuatan dan kekurangan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah Keretapi Ayat.


9. Bahan Dan Anggaran Kos



Bil.

Jenis Alatan / Bahan

Kos (RM)
1. Kertas A4
5 rim X RM13.50

67.00
2. Kos Percetakan
Dakwat Printer

100.00
3. Alat tulis
4 X 5 batang

10.00
4. Kad Manila
20 keping X 60 sen

12.00
5. Double tape
2 gulung X RM2.50

5.00
6.

Notebook
7.

LCD
8.

CD kosong
9.

Kamus

JUMLAH

194.00


10. Jadual Pelaksanaan Kajian / Carta Gantt.


Bil.


Aktiviti

Tarikh
1

Mesyuarat Jawatankuasa Kajian Tindakan 26/05/08
2

Pembentukan Kertas Cadangan 26/05/08
3

Mesyuarat Perancangan Kajian 26/05/08
4

Mesyuarat Penyediaan Soalan Ujian Pra 10/06/08
5

Pelaksanaan Ujian Pra 18/06/08
6

Pemprosesan Data Ujian Data 20/06/08
7 Mesyuarat Perancangan Untuk Temu Bual Dan
Pemerhatian

24/06/08
8

Melaksanakan Pemerhatian 30/06/08
9

Menjalankan Sesi Temu Bual Dengan Murid 01/07/08
10

Pemprosesan Data Temu Bual dan Merumus Data 03/07/08
11

Mesyuarat Teknik Rawatan 07/07/08
12

Pelaksanaan Teknik Rawatan 14/07/08
13

Perancangan Dan Pelaksanaan Ujian Pos 16/07/08
14

Pemprosesan Data Ujian Pos 28/07/08
15

Penilaian Kendiri/Renungan/Refleksi 31/07/08
16

Penulisan Laporan Kajian 01/08/08
17

Pemurnian Laporan 04/08/08
18

Membentang Laporan Kajian 05/08/08
19

Menghantar Laporan Kajian Ke BTPN Sabah 20/08/08



Lampiran 1: Borang Kaji
Selidik

Arahan : Sila baca pernyataan-pernyataan di bawah inji dan bulatkan nombor yang
paling sesuai bagi menandakan tahap persetujuan anda mengikut skala nilaian yang
disediakan.

Skala:

1 = Tidak Setuju

2 = Kurang Setuju

3 = Setuju

4 = Sangat Setuju


BIL

ITEM NILAIAN
1 Saya suka belajar mata pelajaran Bahasa Inggeris
menggunakan Keretapi Ayat.

1 2 3 4
2 Saya dapat memahami pelajaran yang diajar oleh
guru Bahasa Inggeris pada hari ini menggunakan
Keretapi Ayat.
1 2 3 4
3 Saya membuat kerja rumah yang disuruh oleh guru
Bahasa Inggeris.
1 2 3 4
4 Saya dapat menggunakan tatabahasa yang betul
dalam ayat.
1 2 3 4
5 Saya boleh membina ayat tunggal.

1 2 3 4
6

Saya berasa senang untuk menulis ayat berdasarkan
gambar setelah mengikuti proses pembelajaran
Keretapi Ayat.
1 2 3 4
7

Ibu bapa selalu membimbing saya menulis di rumah. 1 2 3 4
8 Saya suka membaca buku Bahasa Inggeris. 1 2 3 4

9 Saya dapat memahami cerita berdasarkan gambar.

1 2 3 4
10 Saya dapat bercerita dalam Bahasa Inggeris
menggunakan gambar.
1 2 3 4

Posted in Kertas Cadangan Kajian Tindakan | 1 Comment
Menulis Kertas Cadangan Kajian Tindakan
Posted by ilmu on 27th Mac 2008
Antara perkara yang perlu ada dalam kertas cadangan ialah;
1 Nama dan alamat penuh organisasi
2 Nama atau AJK Penyelidik (Ahli Kumpulan)
3 Tajuk Kajian
4 Refleksi Masalah/Refleksi P & P yang lalu
5 Fokus Kajian/Isu keperihatinan yang dikaji
6 Objektif Kajian (am dan khusus)
7 Kumpulan Sasaran
8 Tindakan yang dicadangkan
9 Bahan dan Anggaran Kos
10 Jadual Pelaksanaan Kajian/Carta Gantt
1.Nama dan alamat penuh organisasi
Nyatakan nama dan alamat penuh organisasi tempat kajian akan dilaksanakan
2.Nama dan AJK Penyelidik (Kumpulan Penyelidik)
Nyatakan nama-nama ahli jawatankuasa penyelidik (kumpulan penyelidik) yang akan
terlibat secara aktif dalam usaha menjalankan kajian tindakan di organisasi masing-
masing.
3.Tajuk Kajian
Tidak boleh berbunyi negatif dan mesti ada hala tuju dalam bentuk ayat positif.
Contoh Tajuk Kajian Tindakan:
i Meningkatkan Kemahiran Membaca Murid-Murid Tahun 4
i . Meningkatkan Kemahiran Murid-Murid Tahun 2 Dalam Operasi Darab dan Bahagi
ii . Meningkatkan Penguasaan Konsep Pecahan Di kalangan Murid-Murid Tahun 5
4.Refleksi Masalah/Refleksi P & P yang lalu
Maklumat ringkas yang memberi gambaran tentang latar belakang tajuk kajian yang
berkaitan dengan refleksi terhadap masalah. Maklumat ini boleh berkaitan dengan
tinjauan sejarah, perkembangan, isu, perubahan, keprihatinan penyelidik dan
sebagainya.
Penyelidik perlu menulis refleksi dalam beberapa perenggan, menceritakan perasaan
anda secara umum berkaitan sesuatu perkara/topik pengajaran atau sebarang
permasalahan yang anda ingin perbaiki atau cuba selesaikan.Nyatakan tindakan atau
sikap pelajar yang membawa kepada pemasalahan tersebut.
Penyelidik juga perlu mereflek tentang:-
- diri sendiri (cara pengajaran, pandangan terhadap pelajar dan perkara-perkara lain
yang menjadi faktor kepada
terjadinya masalah tersebut).
Di samping itu, refleksi diri perlu menyatakan:-
- latar belakang dan pengalaman guru dalam bidang/topik yang diajar
5.Fokus Kajian/Isu keprihatinan yang dikaji
-Kenyataan atau keterangan yang menjelaskan keadaan sebenar yang ingin dikaji.
-Tuliskan dalam beberapa perenggan
-Sekiranya banyak masalah yang ditemui, memadai fokuskan kepada:-
- satu isu kecil / satu tajuk kecil dalam mata pelajaran, dan terangkan masalah yang
dihadapi semasa pengoperasian, kenapa ia berlaku dan sekiranya masalah tidak
diselesaikan apakah perkara-perkara yang dijangkakan berlaku
* Kalau ada tinjauan kajian / sorotan kajian lepas boleh dimasukkan di bahagian ini
sebagai bahan sokongan untuk mengukuhkan fokus kajian
Contoh pernyataan masalah:
(ditulis dalam beberapa perenggan)
Contoh:
Penyelidik menghadapi masalah ramai pelajar di Tingkatan 1 sekolah ini yang tidak fasih
berbahasa Melayu sewaktu berkomunikasi di dalam bilik darjah.Mereka gagal untuk
membina satu ayat pun. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh tatabahasa lemah, tidak
minat, kurang berkomunikasi dan sebagainya. Sekiranya masalah ini tidak diatasi, akan
memberi kesan kepada sekolah iaitu kemungkinan keputusan UPSR akan merosot/ jatuh.
Untuk mengatasi masalah ini penyelidik akan melaksanakan aktiviti Kembara Bahasa.
6. Objektif Kajian
Terdapat 2 jenis objektif kajian iaitu:
- am
- khusus
Objektif Am
Menentukan secara keseluruhan apakah tujuan kajian, dan ayat hendaklah berbentuk
positif.
Contoh;
Meningkatkan kemahiran guru-guru menggunakan komputer melalui kursus-kursus yang
dijalankan oleh PSPN. atau
Tujuan kajian ini ialah untuk meningkatkan kemahiran guru-guru menggunakan
komputer melalui kursus-kursus yang dijalankan oleh PSPN.
Contoh objektif am:-
Meningkatkan kebolehan mengingat definisi istilah Biologi atau
Tujuan kajian ini ialah untuk meningkatkan kebolehan mengingat definisi istilah Biologi
Objektif Khusus
Ditulis seperti biasa,iaitu;
a.
b.
c.
Objektif khusus bertujuan untuk:-
-mengubah sikap atau pembelajaran murid
-perubahan kepada sikap atau pengajaran guru
-perubahan cara guru menghadapi murid
Sambungan
Contoh Objektif Khusus :-
1.Murid boleh mengingat definisi istilah Biologi dengan lebih cepat
2.Guru boleh mengendalikan pengoperasian TV Pendidikan dengan cara yang terancang
dan sistematik dalam P & P di kelas
3.Membantu guru menguasai kemahiran menggunakan Perisian Kursus Pendidikan (PKP)
dengan cara yang betul
4.Membantu guru merancang aktiviti-aktiviti P & P yang boleh menarik minat murid
melalui penggunaan Pusat Sumber Sekolah yang aktif
5.Membantu guru meningkatkan minat pelajar untuk membaca dengan menggunakan
perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah
Pastikan objektif kajian boleh diukur / dinilai,dibuktikan, boleh dilaksana, relevan dan
menepati / menjawab masalah yang dikaji
(mengakibatkan perubahan tingkah laku murid dan guru)
Semua objektif hendaklah diukur / dinilai semasa dan selepas menjalankan kajian
supaya boleh dilihat sejauhmana objektif telah tercapai
7.Kumpulan Sasaran
Dalam penulisan kertas cadangan, perlu dinyatakan tentang kumpulan sasaran yang
akan dijadikan subjek kajian
Contoh kumpulan sasaran ialah seperti:-
- kakitangan PSPN, Penyelaras PKG, Guru Pusat Sumber dan sebagainya.
Sekiranya pelajar sekolah yang dijadikan sampel kajian,langkah
yang perlu dibuat ialah:
- kecilkan skop kajian berdasarkan kepada satu kumpulan pelajar atau satu kelas
sahaja
- satu kumpulan / satu kelompok pelajar yang anda kaji dan bukan seluruh pelajar
sekolah itu
Contoh:
- Pelajar Tingkatan 2 Mawar yang terdiri daripada 25 orang pelajar
- Kumpulan sasaran ialah kumpulan pelajar yang terdiri daripada 10 orang pelajar lelaki
dan 10 orang pelajar perempuan
8.Tindakan yang dicadangkan
Menyatakan pendekatan yang difikirkan dapat mengatasi masalah, memberi impak atau
menghasilkan penambahbaikan terhadap amalan yang selama ini dilakukan.
Tindakan yang dicadangkan boleh berbentuk sama ada dalam bentuk kaedah, langkah-
langkah, aktiviti-aktiviti dan sebagainya yang difikirkan sesuai.
9.Bahan dan Anggaran Kos
- Penyelidik mestilah menyenaraikan keperluan kajian iaitu alatan atau bahan yang akan
digunakan.
Contoh-contoh alatan atau bahan ialah alat tulis, buku catatan, disket, kad manila dan
sebagainya.
- Anggaran kos kajian hendaklah dinyatakan secara terperinci dari segi :-
Jumlah bahan yang diperlukan
Harga bagi satu unit bahan
Jumlah kos secara keseluruhan bagi tiap-tiap jenis bahan
Anggaran Perbelanjaan:
BIL JENIS ALATAN/BAHAN JUMLAH KOS
01 Kertas A4 20 rim x RM5.00 RM100.00
02 Marker Pen 10 set x RM6.00 RM 60.00
03 Disket 5 keping x RM4.00 RM 20.00
04 Dakwat Printer 2 x RM95.00 RM190.00
05 Kad Manila 40 x RM1.00 RM 40.00
06 Gunting 5 x RM4.00 RM 20.00
07 Buku Nota Guru 3 x RM4.00 RM 12.00
JUMLAH RM442.00
10. Jadual Pelaksanaan Kajian/Carta Gantt
Dalam kertas cadangan kajian elok dinyatakan perancangan jadual masa yang
diperuntukkan untuk melaksanakan kajian.
-Tujuannya ialah untuk merancang kajian dengan lebih sistematik dan dalam tempoh
masa yang tertentu mengikut kesesuaian.
(sekiranya kajian dilakukan di tempat kerja masing-masing)
-Tujuannya ialah untuk merancang kajian dengan mengambil kira tempoh masa
pengajaran di sekolah dan kesesuaian masa dengan takwim tahunan atau semester di
sekolah.
(sekiranya kajian dilakukan melibatkan pihak sekolah)
Contoh Jadual Pelaksanaan Kajian
BIL AKTIVITI TARIKH PELAKSANAAN
01 Menulis kertas cadangan kajian 10 Januari
02 Merancang tindakan 11 Januari
03 Melaksanakan tindakan 1 aktiviti 13 Januari
04 Refleksi membincangkan masalah yang timbul dlm tindakan 1 14 Januari
05 Melaksanakan tindakan aktiviti 2 15 Januari
06 Refleksi membincangkan masalah yang timbul dlm tindakan 2 16 Januari
07 Melaksanakan tindakan 3 aktiviti 3 17 Januari
08 Refleksi membincangkan masalah yang timbul dlm tindakan 3 18 Januari
09 Melaksanakan tindakan 4 aktiviti 4 19 Januari
10 Refleksi membincangkan masalah yang timbul dlm tindakan 4 20 Januari
11 Penilaian ( Ujian utk mengesan pencapaian murid) 21 Januari
12 Refleksi kajian untuk keseluruhan kajian 22 Januari
13 Menulis laporan kajian 23 Januari
Posted in Kertas Cadangan Kajian Tindakan | 2 Comments
Contoh Kertas Cadangan Kajian Tindakan
Posted by ilmu on 20th Mac 2008
KUMPULAN 2
1. RAMBLET HJ. RAZALI ( PKG KUCHING )
2. MOHD. MEERAJ ABDUL RAHMAN ( BTPN SARAWAK)
3. JIMMY NGINDANG ( PTPB LIMBANG )
4. JELIA ROBERT GIOM ( PKG BAU )
5. AWANGKU MOHIDIN PG. KAHAR ( PKG LAWAS )
Abstrak
Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk mempertingkatkan penggunaan dan
menaikkan lagi minat guru dalam penggunaan Radio Pendidikan dalam pengajaran dan
pembelajaran. Borang soal selidik telah digunakan untuk mengenal masalah-masalah
yang menyebabkan kekurangan penggunaan Radio Pendidikan dalam pengajaran dan
pembelajaran di sekolah-sekolah luar bandar dan cara temubual yang dilakukan ke atas
murid untuk mendapat maklumbalas berkaitan pengajaran guru menggunakan Radio
Pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran.
ISU-ISU
A. Tajuk
Mempertingkatkan penggunaan Radio Pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran
bahasa Inggeris Tahap 1 di sekolah
luar Bandar, Daeraah Bau.
B. Penyataan masalah:
i. guru kurang menggunakan Radio Pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran
bahasa Inggeris Tahap1.
ii. Guru kurang berminat menggunakan Radio Pendidikan dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa Inggeris Tahap1.
C. Objektif Kajian:
i. mempertingkatkan keberkesanan penggunaan Radio Pendidikan dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa Inggeris Tahap 1 di sekolah luar Bandar.
ii. mengenalpasti kaedah untuk meningkatkan minat guru menggunakan Radio
Pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris.
iii. mengenalpasti bahan-bahan pengajaran yang sesuai bagi menjalankan proses
pengajaran dan pembelajaran melalui Radio Pendidikan.
iv. mengenal pasti punca kekurangan minat guru menggunakan Radio Pendidikan dalam
pengajaran dan pembelajaran.
v. menjalankan latihan untuk guru Bahasa Inggeris yang dikenalpasti tentang
penggunaan Radio Pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran Tahap 1.
D. Refleksi:
Radio Pendidikan merupakan sesuatu program yang dijalankan sebagai kesinambungan
kepada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
Tinjauan mengenai program ini pada tahun-tahun lepas mendapati ramai guru di sekolah
luar Bandar bukan sahaja kurang menggunakan, malah kurang berminat menggunakan
Radio Pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran. Sebahagian daripada dapatan ini
menyatakan bahawa jadual dan nota guru lewat diterima mengakibatkan kesukaran
untuk menyesuaikan dalam jadual waktu persekolahan. Dari dapatan ini juga mendapati
pihak pengurusan kurang memberi galakan terhadap penggunaan Radio Pendidikan.
Selain itu juga, guru kurang berkeyakinan untuk menggunakan Bahasa Inggeris dalam
menyampaikan pengajaran mereka dalam memberi arahan dan tugasan menggunakan
Radio Pendidikan di dalam kelas.
Masalah-masalah yang dihadapi menjadikan guru kurang berminat dalam menyampaikan
isi-isi pengajaran mereka. Untuk itu, langkah-langkah bagi mengatasi masalah-masalah
ini daripada berpanjangan perlu dilaksanakan agar dapat memupuk dan meningkatkan
minat guru-guru menggunaan Radio Pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran.
E. Sasaran
Kajian ini dibuat ke atas 10 orang guru bahasa Inggeris Tahap 1 daripada 5 buah sekolah
rendah Luar Bandar, Daerah Bau, Kuching.
F. Fokus Kajian
- Kajian ini hanya memfokuskan sasaran kepada 10 orang guru bahasa Inggeris Tahap 1
dan 25 orang murid tahap 1 daripada 5 buah sekolah di luar Bandar.
- Tempoh pelaksanaan kajian ialah dari bulan Mac 2008 hingga Jun 2008.
G. Alat /Instrumen kajian
i. Borang soal-selidik
- skala Likert : 1, 2, 3, 4 ( 1 Tidak setuju , ..4 setuju )
Tujuan Borang soal-selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat dan maklum balas
daripada para guru berkaitan dengan amalan pengajaran dan pembelajaran bahasa
Inggeris Tahap 1 menggunakan Radio Pendidikan.
ii. Temubual
- dilakukan ke atas murid, bertujuan mendapatkan maklum balas berkaitan pengajaran
guru menggunakan Radio Pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran.
I. Lampiran
Lampiran A
BORANG SOAL SELIDIK
Arahan : Sila baca pernyataan-pernyataan di bawah ini dan hitamkan nombor yang
paling sesuai bagi menandakan tahap persetujuan anda mengikut skala berikut pada
borang jawapan soal selidik guru yang dilampirkan.
Skala:
1 = Sangat Tidak Setuju
2 = Tidak Setuju
3 = Setuju
4 = Sangat Setuju
BIL ITEM NILAIAN
1 Permulaan rancangan Radio Pendidikan menarik perhatian saya 1 2 3 4
2 Rancangan Radio Pendidikan ini penting saya ikuti hingga selesai 1 2 3 4
3 Mutu rancangan Radio Pendidikan telah membantu saya untuk mengikutinya 1 2 3 4
4 Cara persembahan rancangan Radio Pendidikan menggalakkan saya memberi
perhatian yang berterusan terhadapnya 1 2 3 4
5 Siaran ulangan yang terdapat dalam rancangan Radio Pendidikan menyebabkan saya
berasa bosan 1 2 3 4
6 Pelbagai jenis soalan dan latihan telah membantu saya untuk terus menumpukan
perhatian terhadap siaran rancangan Radio Pendidikan 1 2 3 4
7 Teknik persembahan rancangan Radio Pendidikan ini membosankan 1 2 3 4
8 Isi kandungan rancangan Radio Pendidikan ini sukar sehingga susah bagi saya
memberi perhatian yang berterusan terhadapnya 1 2 3 4
9 Saya pasti isi kandungan rancangan Radio Pendidikan ada hubungkait dengan perkara-
perkara yang sudah saya ketahui. 1 2 3 4
10 Ada beberapa bahagian dalam rancangan Radio Pendidikan mengandungi terlalu
banyak maklumat sehingga sukar bagi saya untuk memilih dan memahami butir-butir
yang penting. 1 2 3 4
11 Maklumat-maklumat yang terdapat dalam rancangan Radio Pendidikan menarik 1 2 3
4
12 Terdapat cerita atau contoh dalam rancangan Radio Pendidikan ini penting . 1 2 3 4
13 ini mendorong saya untuk memahami topik ini 1 2 3 4
14 Isi kandungan dalam rancangan Radio Pendidikan ini ada kaitan dengan minat saya 1
2 3 4
15 Teradapat penjelasan atau contoh mengenai bagaimana seseorang menggunakan
pengetahuan yang terdapat dalam rancangan Radio Pendidikan ini. 1 2 3 4
16 Persembahan dalam rancangan Radio Pendidikan ini membosankan 1 2 3 4
17 Latihan dalam rancangan terlalu sukar 1 2 3 4
18 rancangan Radio Pendidikan mempunyai perkara-perkara yang merangsangkan sikap
ingin tahu saya. 1 2 3 4
19 Gaya persembahan dalam rancangan Radio Pendidikan ini memberi gambaran
bahawa isi kandungannya sangat bermanfaat 1 2 3 4
20 Melalui rancangan Radio Pendidikan ini saya mempelajari sesuatu yang menakjubkan
dan diluar jangkaan saya 1 2 3 4
21 Saya tidak memerlukan rancangan Radio Pendidikan ini kerana saya sudahpun tahu
hampir semua isi kandungannya 1 2 3 4
22 Saya dapat menghubungkaitkan isi kandungan rancangan Radio Pendidikan dengan
perkara yang pernah saya lihat, lakukan atau fikirkan dalam kehidupan saya. 1 2 3 4
23 Terlalu banyak latihan dalam rancangan Radio Pendidikan sehingga ia kurang
menyenangkan. 1 2 3 4
24 Isi kandungan dalam rancangan Radio Pendidikan berguna kepada saya kelak 1 2 3 4
25 Sebenarnya saya tidak memahami sebahagian maklumat yang disampaikan dalam
rancangan Radio Pendidikan 1 2 3 4
26 Apabila saya menggunakan rancangan Radio Pendidikan ini, saya rasa pelajaran ini
mudah 1 2 3 4
27 Isi kandungan yang terdapat dalam rancangan Radio Pendidikan ini lebih sukar
difahami daripada yang saya jangkakan. 1 2 3 4
28 Selepas mengikuti bahagian pengenalan, saya berasa yakin bahawa saya tahu apa
yang akan saya pelajari daripada rancangan Radio Pendidikan ini 1 2 3 4
29 Sejurus selepas menggunakan rancangan Radio Pendidikan ini, saya yakin bahawa
saya boleh lulus ujian tentangnya. 1 2 3 4
30 Persembahan rancangan Radio Pendidikan ini membantu dan menambahkan
keyakinan saya mempelajari pelajaran seterusnya. 1 2 3 4
31 Kejayaan saya menjawab soalan-soalan latihan dalam rancangan Radio Pendidikan ini
memberi saya satu kepuasan 1 2 3 4
32 Saya berasa seronok kerana telah menamatkan pelajaran dengan jayanya 1 2 3 4
33 Saya amat menyukai rancangan Radio Pendidikan sehingga saya ingin tahu dengan
lebih mendalam topik ini 1 2 3 4
34 Saya berbangga dapat belajar melalui rancangan Radio Pendidikan ini yang telah
diterbitkan dengan baik 1 2 3 4
35 Saya telah mendapat faedah yang setimpal dengan usaha saya mengikuti rancangan
Radio Pendidikan ini 1 2 3 4
36 Saya berasa seronok menggunakan rancangan Radio Pendidikan ini. 1 2 3 4
Lampiran B
T E M U BUAL
Soalan-Soalan Untuk Guru:
Soalan 1 Apakah pendapat anda tentang Radio Pendidikan di sekolah?
Soalan 2 Adakah Radio Pendidikan perlu di sekolah anda?
Soalan 3 Berapa kali anda mengikutinya dalam sebulan??
Soalan 4 Bila anda menggunakan Radio Pendidikan?
Soalan 5 Bagaimana kesan Radio Pendidikan terhadap pengajaran yang disampaikan?
Soalan-Soalan Untuk Murid:
Soalan 1 Apakah pendapat anda tentang Radio Pendidikan di sekolah?
Soalan 2 Adakah Radio Pendidikan perlu di sekolah anda?
Soalan 3 Berapa kali anda dibawa mengikutinya?
Soalan 4 Siapa yang selalu membawa anda mengikuti Radio Pendidikan?
Soalan 5 Bagaimana kesan Radio Pendidikan terhadap pemahaman anda dalam
pengajaran yang disampaikan?
Posted in Kertas Cadangan Kajian Tindakan | 3 Comments
Contoh Kertas Cadangan Kajian Tindakan
Keberkesanan Penggunaan Pusat Sumber Sekolah
Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Posted by ilmu on 20th Mac 2008
Kajian Tindakan Zon Sarawak
Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia
Harbour View Hotel, Kuching_3 6 Julai 2007
KUMPULAN 4
1. SENIN RAMPING (BTPB SARIKEI)
2. ROMAYNE BONIFACE NUGI (PKG LUBOK ANTU)
3. MOHD.SAFWAN (PKG BINTULU)
4. MOHD. HATTAR ABET (PKG SIBU)
ISU
1. Menggunakan Pusat Sumber Sekolah untuk menambahkan keberkesanan proses P&P
di kalangan guru dan pelajar.
Tajuk
1. Keberkesanan penggunaan PSS dalam membantu meningkatkan proses P&P di
kalangan guru dan pelajar.
2. Keberkesanaan penggunaan PSS dalam membantu meningkatkan tahap pembacaan
pelajar Tahap 1 dan 2.
Persoalan Masalah
1. Pusat Sumber Sekolah tidak digunakan sepenuhnya dalam meningkatkan proses p&p
di kalangan guru denan pelajar.
2. Guru tidak menggunakan bahan rujukan di pss sepenuhnya untuk meningkatkan
proses
p&p
3. Kurangnya promosi bahan-bahan rujukan di kalangan guru kepada pelajar.
Objektif Kajian:-
1. Mengenalpasti punca utama Pusat Sumber Sekolah tidak digunakan sepenuhnya oleh
pihak guru dan pelajar.
2. Mengenalpasti kaedah yng sesuai untuk mempertingkatkan penggunaan pusat sumber
sekolah di kalangan guru dan pelajar.
3. Mengenalpasti bahan yang terdapat di Pusat Sumber Sekolah untuk rujukan pihak
guru
dan pelajar .
4. Mengenalipasti bahan-bahan rujukan yang ada dan cara promosi bahan-bahan rujukan
di Pusat Sumber Sekolah digunakan sepenuhnya oleh para guru dan pelajar.
Senario
Sebahagian besar para guru menganggap Pusat Sumber Sekolah adalah sebuah bilik
penyimpan bahan pembelajaran-pengajaran sekolah tanpa mengetahui kepentingan dan
cara menggunakan bahan-bahan tersebut dengan maksimum dan kreatif.
Refleksi
Pada umumnya, kebanyakkan Pusat Sumber Sekolah tidak digunakan sepenuhnya dalam
membantu guru untuk meningkatkan pencapaian akademik semasa proses P&P pelajar.
Ada juga Pusat Sumber Sekolah tidak diurus dengan sempurna sehingga gagal menarik
minat guru dan pelajar ke Pusat Sumber Sekolah untuk mendapatkan maklumat dan
bahan rujukan.
Keadaan fizikal bilik dan bangunan Pusat Sumber Sekolah yang telah uzur juga membuat
guru dan pelajar kurang berminat untuk mengunjungi Pusat Sumber Sekolah. Di tambah
pula, bahan rujukan yang ada merupakan bahan yang telah ketinggalan zaman serta
bilangan yang ada dalam jumlah yang sedikit.
Lantaran itu, langkah awal pihak sekolah adalah dengan menggalakkan guru Pusat
Sumber Sekolah menceriakan suasana serta mengemaskini agar keadaannya lebih selesa
dan menarik
Kumpulan Sasaran
Pentadbir Sekolah yang terdiri daripada Guru Besar dan Penolong Kanan Sekolah.
Manakala 5 orang guru termasuk 10 pelajar Tahun 2 dan 10 pelajar Tahun 4. Staf
sokongan seramai 2 orang juga dilibatkan sama untuk melihat bagaimana mereka dapat
memainkan peranan dalam mempertingkatkan penggunaan Pusat Sumber Sekolah.
Alat / Instrumen Kajian
1. Borang Soal-Selidik
1.1 Skala Likert:1,2,3,4 ( 1 sangat tidak setuju 4 sangat setuju )
1.2 Jenis Thurston: Ya / Tidak
2. Temubual
3. Pemerhatian
Penghargaan
Pihak kami ingin merakamkan penghargaan terima kasih kami atas kerjasama yang
diberikan oleh semua pihak terutama sekali kepada pihak Guru Besar, Penolong Kanan,
guru dan pelajar serta staf sokongan sepanjang kajian tindakan ini dibuat.
Contoh Alat / Instrumen Kajian
Soal selidik Jenis Thurston
Untuk Guru
Sila _/ pada ruang berkenaan
Bil. Soalan Ya Tidak
1 Adakah anda menggunakan Pusat Sumber Sekolah
2 Adakah anda menggunakan bahan-bahan rujukan di Pusat Sumber Sekolah
3 Adalah anda menggunakan bahan-bahan di Pusat Sumber sekolah untuk membantu
dalam proses pengajaran-pembelajaran.
4 Bolehkah penggunaan Pusat Sumber Sekolah yang berkesan mampu meningkatkan
prestasi pencapaian pelajar.
5 Adakah bahan-bahan rujukan di Pusat Sumber Sekolah mencukupi untuk rujukan.
Untuk Murid
Bil. Soalan Ya Tidak
1 Adakah anda suka ke Pusat Sumber Sekolah?
2 Adakah anda suka membaca buku0buku di Pusat Sumber Sekolah
3 Adakah anda ke Pusat Sumber Sekolah untuk mencari buku-buku rujukan latihan yang
diberikan oleh guru?
4 Adakah buku-buku di Pusat Sumber Sekolah menarik untuk dibaca?
5 Adakah anda suka ke Pusat Sumber Sekolah semasa waktu lapang untuk membuat
rujukan dan membaca?
Borang Soal Selidik
Arahan : Sila baca pernyataan-pernyataan di bawah ini dan hitamkan nombor yang
paling sesuai bagi menandakan tahap persetujuan anda mengikut skala berikut pada
borang jawapan soal selidik murid yang dilampirkan.
Skala:
1 = Sangat Tidak Setuju
2 = Tidak Setuju
3 = Setuju
4 = Sangat Setuju
BIL ITEM NILAIAN
1 Pusat Sumber Sekolah memberi banyak manafaat kalau digunakan dengan berkesan. 1
2 3 4
2 Pusat Sumber Sekolah harus digunakan untuk perbincangan dan bengkel dengan guru
lain berkenaan dengan aktiviti PnP 1 2 3 4

Anda mungkin juga menyukai