Anda di halaman 1dari 4

Ruj.

Kami: JBC6014 / 600-2 / 5 (03)


Tarikh: 1 Mac 2020
SJK (C) LOK YU 4
PT. LUBOK SIPAT
82210, BENUT,
PONTIAN, JOHOR

Tuan,
MESYUARAT PANITIA MATEMATIK BIL 2/2020
Perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat akan diadakan seperti berikut:
Tarikh : 8 Mac 2020
Masa: 1.30 Petang Hingga 3.30 Petang
Tempat: Perpustakaan SJK (C) Lok Yu 4
Pengerusi: Cik Kong Ai Nian
3. Agenda adalah seperti berikut;
3.1 Perutusan Pengerusi;
3.2 Pengesahan minit mesyuarat yang lalu;
3.3 Perkara-perkara berbangkit;
3.4 Pembentangan kertas kerja/ isu/ laporan;
3.5 Hal-hal lain;
3.6 Penutup.

Kehadiran dan kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.

Saya yang menjalankan amanah,

..........................................................
KONG AI NIAN
(GURU BESAR SJK (C) LOK YU 4)
SJK (C) LOK YU 4
MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK KALI KEDUA
TAHUN 2020
Tarikh :8 MAC 2020
Masa :1.30 PETANG HINGGA 3.30 PETANG
Tempat : PERPUSTAKAAN SJK (C) LOK YU 4
Pengerusi : CIK KONG AI NIAN
Kehadiran (Bilangan) : 7 ORANG
Turut Hadir (Jika ada):
…………………………
……………………………
1 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran semua guru.
1.2 Tujuan mengadakan mesyuarat ini adalah untuk membincangkan hal-hal berkaitan
pengurusan panitia.

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


Dicadang untuk disahkan oleh Pn. Tan Hui Lin
Disokong untuk pengesahan oleh Pn. Tan Back Peng

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1. Tiada perkara yang dibangkitkan.

4 PEMBENTANGAN KERTAS-KERTAS KERJA (JIKA ADA) / FOKUS MESYUARAT


4.1. Analisis Keputusan Pentaksiran Bulan Mac
4.1.1 Keputusan Matematik seperti berikut:

No Tahun 6 Matematik
Markah Gred
1. Lego Tee Li Hon 49 D
2. Wendy Chew Qian Yu 80 A

Kelas Jumlah murid Peratus Kelulusan Peratus Gagal


6 2 100% -
4.1.2 Postmortem Pentaksiran bulan Oktober 2019 dan Pentaksiran bulan Mac
2020

Kelas Peratus Kelulusan Peratus Kelulusan Pencapaian


bulan Okt 2019 bulan Mac 2020
6 100% 100% Kekal
4.1.3 Semua guru Matematik membincangkan masalah yang dihadapi murid
Tahun 6 untuk mencapai gred yang lebih baik.
4.3.1 Murid tidak menunjukkan pengiraan yang lengkap untuk kertas 2.
4.3.2 Murid malas untuk memahami soalan.
4.3.3 Murid tidak mahu berfikir untuk menyelesaikan masalah.
4.3.4 Cuai dalam menjawab dan tidak mengikut kehendak soalan.
4.3.5 Murid kurang inisiatif untuk mengulang kaji dan buat latihan sendiri.
4.3.6 Murid mengambil masa yang terlalu panjang untuk menjawab
soalan dalam kertas 2.

Tindakan: Semua Guru Matematik

4.1.4 Langkah-langkah yang telah dan akan dijalankan untuk mengatasi


kelemahan ialah:

4.4.1 Memperbanyakkan latihan berbentuk soalan peperiksaan sebenar.


4.4.2 Bacaan sifir sebelum mula PdPc.
4.4.3 Bengkel teknik menjawab soalan Matematik.
4.4.4 Menggunakan pendekatan psikologi terhadap murid-murid.
4.4.5 Menggunakan kaedah Polya untuk menyelesaikan soalan
penyelesaian masalah.
4.4.6 Jalankan program mentor-mentee.
4.4.7 Buat LADAP untuk cara menjawab soalan Matematik untuk semua
guru Matematik.
4.4.8 Membuat latihan tubi menggunakan modul untuk Tahun 6.

Tindakan: Semua Guru Matematik

4.2 Pencerapan
4.3.1 Pencerapa akan dijalankan mengikut jadual pencerapan.
Tindakan: Semua Guru Matematik
5 HAL-HAL LAIN
5.1 Mengingati semua guru yang mengajar kelas peperiksaan memastikan format
soalan peperiksaan adalah mengikut format peperiksaan awam.
5.2 Semua guru diingatkan supaya menyemak buku latihan murid. Perkara ini penting
kerana guru dapat mengukur tahap pencapaian murid-murid seterusnya guru dapat
merancang aktiviti pengukuhan dan pemulihan terhadap murid yang dikenal pasti.
5.3 Guru yang masuk mengajar perlu tegaskan kawalan kelas serta menepati masa
PdPc.
Pastikan PdPc dijalankan dalam keadaan yang kondusif.
5.4 Fail Panitia Matematik hendaklah sentiasa dikemaskini.
Tindakan: Semua Guru Matematik

6 PENUTUP
6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir.
6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang.

Disediakan oleh,

__________________
CIK LIM JIAT LING
(KETUA PANITIA MATEMATIK)
Tarikh: 11.3.2020

Anda mungkin juga menyukai