Anda di halaman 1dari 5

SJK (T) AIR KUNING SELATAN,

73200 GEMENCHEH , NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS


No. Tel/ Faks : 06-4479529 email:NBD5032@moe.edu.my
Kod Sekolah : NBD5032
______________________________________________________________________

MESYUARAT PANITIA MATEMATIK BIL.1/2022

Tarikh : 17.5.2022 (Selasa)


Masa : 2.00pm
Tempat : PSS
Kehadiran : Pn.R.Malika
Pn.L.Dhanamani
Pn.R.Maladie
Pn.K.Venmathi
Pn.M.Mishalini
Pn.B.Thavamalar
Cik.P.Shobana

Agenda Mesyuarat : 1.Perutusan pengerusi


2.Pengesahan minit mesyuarat bil.4/2022
3.Perkara-perkara berbangkit
4.Pembentangan isu dan laporan
5. Pembentangan kertas kerja
6.Hal-hal lain
7.Ucapan penangguhan

1. Perutusan Pengerusi

1.1 Guru besar mengalu-alukan kedatangan guru ke mesyuarat Panitia Matematik bil
1/2022.
1.2 Unit Panitia sangat penting dalam sesebuah sekolah. Tanpa unit panitia,masalah
seseorang murid dan jalan penyelesaiannya tidak akan dapat ditemui.
1.3 Panitia sangat penting untuk meningkatkan pencapaian sekolah.
1.4 Panitia sentiasa ada rancangannya sepanjang tahun.
1.5 Guru – guru boleh merujuk kepada SKPMg2 Standard 4 sebagai panduan.
1.6 Pengurusan Panitia memainkan peranan penting dalam sekolah.
1.7 Dokumen-dokumen penting dalam fail panitia haruslah sentiasa dikemaskinikan.
1.8 Program Pembangunan Guru harus ada dalam rancangan panitia.
1.9 Ahli panitia harus sentiasa berbincang dan bekerjasama untuk merancang sesuatu
program dalam panitia.
1.10Program Pembangunan Murid yang berkualiti harus dirancang dalam panitia untuk
menarik minat murid serta dapat meningkatkan prestasi mereka.
1.11Jangka masa intervensi harus ditetapkan untuk sesuatu program.
1.12Masalah murid harus dikenalpasti dari awal tahun dan harus mencari jalan
penyelesaiannya secepat mungkin. c
1.13Peruntukan PCG harus dibelanjakan dengan hemah.
1.14Ahli-ahli panitia digalakkan untuk membuat perbincangan dahulu sebelum membuat
perbelanjaan dalam panitia.
1.15Panitia digalakkan untuk membeli BBM yang digunakan secara optimum.
1.16 Pertandingan-pertandingan yang mencabar minda murid digalakkan untuk dirancang
dalam Minggu Panitia.
1.17Program Bijak Sifir harus diteruskan dengan mempelbagaikan aktiviti sifir.
1.18Panitia boleh bergabung dengan panitia lain untuk menjalankan sesuatu program jika
ada keperluan.
1.19Panitia harus melatih murid untuk mengambil bahagian dalam pertandingan yang
diadakan dalam peringkat daerah dan negeri.
1.20Guru harus merujuk kepada DSKP terlebih dahulu untuk membuat RPH dan bukannya
kepada buku teks. Buku teks hanya merupakan bahan rujukan kepada guru.
Tindakan: Makluman

2. Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lalu

2.1 Minit mesyuarat Panitia Matematik bil.4/2021 pada 15/2/2021 telah disahkan tanpa
pindaan.

3. Perkara Berbangkit

3.1 Tiada perkara berbangkit.


4.0 Pembentangan isu dan laporan

4.1 3.1.2.1 Pelaksanaan mata pelajaran diurus secara profesional dan


terancang.

4.1.1 Mesyuarat membentangkan KPI pencapaian peperiksaan dan KPI pencapaian PBD
untuk subjek Matematik.
4.1.2 Mesyuarat memaklumkan semua dokumen seperti DSKP dan RPT dikumpullkan
dalam folder Panitia Matematik di dalam GOOGLE DRIVE sekolah bagi tahun
2022.
4.1.3 Mesyuarat memaklumkan Panitia telah menyelaraskan penyediaan RPT dan RPH
bagi tahun 2022.
4.1.4 Mesyuarat memaklumkan Panitia telah menyelaraskan pentaksiran dan tugasan
murid.
4.1.5 Mesyuarat memaklumkan Panitia akan menganalisis data dan akan
membentangkan maklumat pentaksiran 4 kali setahun.
4.1.6 Mesyuarat memutuskan postmortem akan dijalankan untuk semua aktiviti yang
dijalankan dibawah panitia dan tindakan susulan juga akan diambil dengan serta-
merta.
4.1.7 Mesyuarat menyelaraskan buku tulis Matematik dari Tahun 1 hingga Tahun 6.

4.2 3.1.2.2 Program peningkatan kualiti pengajaran guru diurus secara


terancang.

4.2.1 Mesyuarat memaklumkan PLC Matematik akan diadakan 2 kali setahun. Ia adalah
seperti Lesson Study,Learning Walks dan Teacher Sharing Sessions.
4.2.2 Mesyuarat memaklumkan LDP Kajian Tindakan akan dijalankan pada bulan
Oktober.
4.2.3 Mesyuarat memaklumkan LDP Memperkasakan PBD akan diadakan.
4.2.4 Mesyuarat memaklumkan Bengkel Penyediaan Soalan Mengikut TP akan
diadakan.
4.2.5 Mesyuarat membentangkan semua program peningkatan guru dalam OPPM.

4.3 3.1.2.3 Program peningkatan pencapaian murid diurus secara profesional


dan terancang.

4.3.1 Mesyuarat membentangkan status pengoperasian OPPM.


4.3.2 Mesyuarat memaklumakan Minggu Matematik akan diadakan pada bulan Jun.
4.3.3 Mesyuarat memaklumkan Program Bijak Sifir akan diadakan setiap hari Khamis
sepanjang tahun.
4.3.4 Mesyuarat memaklumkan Program Mentor Mentee untuk murid – murid yang
belum mencapai TP 3 akan diadakan.
4.3.5 Mesyuarat memaklumkan Teknik Menjawab Soalan KBAT dan Soalan
Penyelesaian Masalah akan diadakan untuk semua murid.
4.3.6 Mesyuarat memaklumkan program pemulihan sedang dijalankan untuk
Danusha. Sharvin telah mula mengikuti kelas aliran perdana.
4.3.7 Mesyuarat memaklumkan carnival pemulihan akan diadakan pada bulan
November.

4.4 3.1.2.4 Bantuan geran per kapita mata pelajaran dimanfaatkan secara
sistematik dan terancang.

4.4.1 Mesyuarat memaklumkan PCG Panitia Matematik harus digunakan sepenuhnya


untuk program murid dan pembelian alatan Matematik.
4.4.2 Sebanyak RM204.10 telah diperuntukkan untuk panitia matematik kali ini.
4.4.3 Jumlah yang diperuntukkan ini akan digunakan untuk program – program panitia
dan juga untuk carnival pemulihan.

5. Pembentangan kertas kerja

5.1 Tiada kertas kerja dibentangkan


6.0 Hal-hal lain

6.1 Mesyuarat menyelaraskan RPH matapelajaran Matematik.


6.2 Mesyuarat memaklumkan semua ahli Panitia boleh masukkan dokumen-dokumen
yang berkaitan dengan matapelajaran Matematik dalam Folder Panitia Matematik
yang disediakan dalam GOOGLE DRIVE sekolah.
6.3 Perancangan strategik matapelajaran Matematik telah dibuat dan telah difailkan.
6.4 Mesyuarat menyelaraskan borang transit matematik.
Tindakan: Makluman

7.0 Penangguhan Mesyuarat

7.1 Mesyuarat ditangguhkan pada 5.00 petang dengan ucapan terima kasih daripada
Tuan Pengerusi.

Disediakan oleh,

____________________
(M.MISHALINI)
Ketua Panitia Matematik ,
SJK(T) Air Kuning Selatan.

Anda mungkin juga menyukai