Anda di halaman 1dari 4

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3

SK LKTP TENGGAROH SELATAN


MINIT MESYUARAT PANITIA REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (RBT) / TEKNOLOGI
MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK)
BIL. 2 / TAHUN 2020

Tarikh : 12.08.2020
Masa : 2.30 ptg – 3.30 ptg
Tempat : Bilik Mesyuarat SKTS
Kehadiran : 5/5
Pengerusi : En. Ahsahri Bin Kasdi

Kehadiran :
1. Cikgu Haji Ahsahri Bin Kasdi (Pengerusi, Guru Besar)
2. Cikgu Haji Aziz Bin Damin (GPK 1 SKTS)
3. En. Mohd Faimi Bin Ismail (Ketua Panitia RBT/TMK)
4. Puan Azizah binti Asar (S/U Panitia RBT/TMK)
5. Cik. Nurfarahim binti Zaid (AJK)

Tidak Hadir : Tiada


Turut Hadir : Tiada

1 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Majlis dimulakan dengan bacaaan doa. Pengerusi mengalukan kehadiran PK


Kurikulum dan guru yang terlibat kerana sudi hadir ke mesyuarat
panitia Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) / Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(TMK) kali kedua ini.

1.2 Menyatakan agenda mesyuarat.


i. Ucapan Pengerusi
ii. Membaca dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Yang Lalu
iii. Perkara Berbangkit.
iv. Pembentangan kertas kerja/isu semasa
- Headcount tahun 4, 5 dan tahun 6.
- Post Mortem Peperiksaan Pertengahan Tahun
- Penyelarasan tahap penguasaan murid tahap 2 (PBD)
- Pemantauan buku tulis dan lembaran kerja murid.
- Pemantauan pdpc guru.
- Kewangan
v. Hal-hal lain

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Januari 2018 - Keluaran 05 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

2.1 Dibentang oleh En. Mohd Faimi Bin Ismail (Ketua Panitia RBT / TMK).
Dicadang untuk disahkan oleh Puan Azizah bin Asar
Disokong untuk pengesahan oleh Cik Nurfarahim Bin Zaid

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

3.1 Guru-guru yang mengajar matapelajaran ini mencadangkan bahawa peralatan RBT
yang sedia ada tidak mencukupi serta ada peralatan yang telah rosak dan perlu diganti.

4 PEMBENTANGAN KERTAS-KERTAS KERJA (JIKA ADA) / FOKUS MESYUARAT

PERBINCANGAN ISU SEMASA :

4.1 Headcount RBT / TMK tahun 4, 5 dan tahun 6.

4.1.1 Guru RBT / TMK tahun 4, 5 dan 6 perlu mengemaskini Headcount murid dan ditampal di
kelas.
4.1.2 Beliau juga mengharapkan setiap headcount yang dibuat akan dapat dicapai oleh murid
tersebut. Sekiranya tidak tercapai usaha yang drastik perlu diambil oleh guru RBT / TMK
bagi membaiki kelemahan muridnya.
4.1.3 Headcount tersebut mestilah dicetak dan dilampirkan di dalam rekod persediaan
mengajar guru.

Tindakan: Guru RBT / TMK

4.2 Post Mortem Peperiksaan Pertengahan Tahun

4.2.1 Peperiksaan tidak dapat di jalankan kerana tempoh PKP Covid 19.
- Murid dicutikan mengikut tempoh yang di tetapkan oleh KPM dan digantikan dengan
pembelajaran maya dalam pelbagai medium.
4.2.2 Hasil pembelajaran semasa MCO (Movement Control Order) ( 18/3/2020 – 15/06/2020 )
adalah seperti berikut:

Kelemahan yang dikenal pasti:


1. Murid-murid tidak mendapat capaian internet yang memuaskan untuk membuat
tugasan yang diberikan.
2. Murid-murid tiada peranti ( telefon bimbit ) atau komputer untuk melaksanakan
tugasan.

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Januari 2018 - Keluaran 05 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

Cadangan penambahbaikan/ Intervensi


1. Terus memberi tugasan dalam bentuk manual bagi murid yang berdekatan
dengan sekolah.
2. Tugasan yang menarik untuk tajuk yang sukar difahami. (Kuiz / Google
Classroom / dsb )
Tindakan: Guru RBT / TMK Tahap 2

4.3 Penyelarasan Tahap Penguasaan Murid Tahap 2 (PBD)

4.3.1 Pengerusi meminta guru RBT / TMK menyatakan tahap penguasaan murid
sehingga Julai 2020
4.3.2 Pn. Azizah menyatakan tahap pengguasaan minimum murid tahun 6 bagi subjek
RBT / TMK. Ahli mesyuarat bersetuju dengan cadangan tahap penguasaan minimum
(TP3) murid-murid.
4.3.3 En. Mohd Faimi menyatakan tahap pengguasaan minimum murid tahun 4 dan 5 bagi
subjek RBT / TMK. Ahli mesyuarat bersetuju dengan cadangan tahap penguasaan
minimum (TP3) murid-murid.
4.3.4 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada guru-guru yang telah menjalankan PBD dan
berharap agar pelaksanaannya diteruskan.
4.3.5 Pengerusi juga mengingatkan agar guru-guru menyimpan eviden PBD tersebut dan
mengisi pencapaian murid pada tapak yang telah disediakan oleh Puan Azizah.

Tindakan: Guru mengajar RBT / TMK

4.4 Pemantauan buku tulis dan buku latihan Murid

4.4.1. Guru-guru diminta menghantar buku tulis dan lembaran kerja murid bagi tujuan
pemantauan oleh pihak pentadbir. Pemantauan kali kedua untuk semakan buku tulis
dan buku latihan RBT / TMK adalah pada tarikh 25/10/2020 – 29/10/2020.
4.4.2 Guru-guru perlu memastikan setiap murid dapat menghantar buku latihan mereka.
4.4.3 Selain itu, pastikan murid-murid telah membuat pembetulan bagi kesalahan yang
dibuat serta tulis tarikh semakan dibuat.
4.4.4 Pastikan juga ulasan yang membina diberikan kepada setiap latihan yang ditanda oleh
guru.

Tindakan: Makluman

4.5 Pemantaun PdPc guru

4.5.1 Semua guru perlu bersedia untuk dipantau. Rujuk jadual pemantauan untuk maklumat
lanjut.
4.5.2 Pemantauan akan menggunakan Standard 4. Guru-guru boleh meneliti terlebih dahulu
Standard 4 bagi mengetahui dan memahami kriteria yang akan dinilai.

Tindakan:Makluman

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Januari 2018 - Keluaran 05 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

4.6 Kewangan

4.6.1 Pengerusi memaklumkan bahawa baki kewangan sehingga Ogos 2020 untuk
Panitia RBT tahun 2020 adalah sebanyak RM620.00 dan TMK adalah sebanyak
RM250.00.
4.6.2 Pengerusi berharap agar guru – guru dapat membuat kertas cadangan program
dan menyenaraikan bahan bantu mengajar yang diperlukan seawal yang mungkin
supaya dapat menggunakan peruntukan yang diberi lebih berhemah.

Tindakan: Guru mengajar RBT / TMK

5 HAL – HAL LAIN

5.1 Tiada

5 PENUTUP

6.1 Mesyuarat ditanggunhkan pada pukul 3.30 petang.

Disediakan oleh :

(Puan Azizah binti Asar)


Setiausaha Panitia RBT / TMK,
Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01
SKJanuari
LKTP 2018 - Keluaran
Tenggaroh 05 | Pindaan 00
Selatan,
Kota Tinggi, Johor.

Anda mungkin juga menyukai