Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR BARU PERDA

MINIT MESYUARAT PANITIA REKA BENTUK & TEKNOLOGI / PANITIA TEKNOLOGI


MAKLUMAT & KOMUNIKASI
KALI PERTAMA SESI 2020

Tarikh : 15 Januari 2020 (Khamis)


Masa : 1.40 Petang
Tempat : Bilik RBT
Pengerusi : En. Hassan Bin Othman (Ketua Panitia)
Kehadiran : 10 orang

Nama kehadiran :
01. En. Hassan Bin Othman
02. En. Nor Aznizan Bin Che Ya
03. Pn. Fattin Hazzrah Bt. M. Abu Bakar
04. En. Mohd Akhir Bin Odin
05. En. Muhammad Syawal Bin Ismail
06. Pn. Nazirah Bt. Yahaya
07. Pn. Nor Ain Bt. Hussein
08. Pn. Rohani Bt. Daud
09. Pn. Rosyidah Bt. A.Dulkarnai
10. En. Zahari Bin Saad

1.0 UCAPAN PENGERUSI

1.1 Mengucapkan salam dan mengalu-alukan kehadiran guru-guru yang hadir untuk
menjayakan mesyuarat panatia kali pertama ini.

1.2 Mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pentadbiran yang telah memberi mandat kepada
beliau untuk bertanggungjawab sebagai ketua panitia pada tahun 2020.

1.3 Mengucapkan tahniah kepada guru-guru yang telah terpilih dan guru-guru baru untuk mengajar
subjek Reka Bentuk dan Teknologi pada tahun ini serta mengharapkan guru-guru dapat
berkongsi pengalaman dan idea untuk memantapkan program-program yang bakal dilaksanakan

Makluman dan tindakan: Semua Guru RBT & TMK


2.0 UCAPAN PENASIHAT
2.1 Mengucapkan salam dan mengalu-alukan kedatangan semua guru AJK Panatia RBT pada hari itu
dan mengharapkan agar semua guru dapat berbincang serta memberikan idea untuk
menaiktarafkan peningkatan subjek RBT ini.
2.2 Mengharapkan semua guru mengikut dasar kurikulum yang telah ditetapkan dalam mesyuarat
supaya memudahkan guru melaksanakan P&P sekaligus memberi keberkesanan terhadap
pelajaran.

2.3 Mengharapkan supaya guru-guru perlu membuat post mortem setiap kelas yang diajar selepas
setiap peperiksaan untuk fokus pada kelemahan dan kekuatan murid dalam subjek berkenaan.

Makluman dan tindakan: Semua Guru RBT & TMK

3.0 AGENDA

3.1 DASAR KURIKULUM

3.1.1 SEKOLAH KONDUSIF

Makluman semua guru agar memastikan kelas dalam keadaan lengkap dengan keperluan
yang sepatutnya seperti jadual waktu, jadual tugasan, pelan kebakaran, peraturan kelas &
peraturan kerja kumpulan , kerusi meja dalam keadaan baik & susunan berkumpulan. (ada
pelbagai jenis susunan meja kumpulan, ikut kesesuaian), learning standard & successful
criteria, parking lot diisi, penggunaan reward chart dan sudut hasil kerja murid.
3.1.2 Adalah dicadangan penggunaan parking lot, mengedarkan kertas dan meminta murid
menulis apa aktiviti yg mereka ingin buat berkaitan mana-mana subjek. Sudut hasil kerja
adalah kerjasama semua guru yang mengajar di kelas tersebut.

KSSR
3.1.3 Semakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah 2020 (KSSR) yang dilaksanakan mulai
tahun 2017 diteruskan untuk Tahun 4 2020. Pembaharuan dalam KSSR (Semakan) –
Aspek, Prinsip & Strategi Semakan meliputi aspek Kandungan, Pedagogi dan
Pentaksiran. Prinsip Kandungan termasuklah penambahbaikan kandungan mengikut
trend global dan tanda aras antarabangsa dan memperkukuhkan penerapan KBAT.
Prinsip Pedagogi melibatkan pendekatan pembelajaran mendalam, kontekstual dan
berkesan dan prinsip Pentaksiran mengikut perkembangan pembelajaran murid yang
ditaksir secara berterusan. Strategi Kandungan melibatkan penjajaran semula kandungan
kurikulum sesuai dengan tahun dan tahap persekolahan. Di samping mengeksplisitkan
KBAT dalam penyataan standard DSKP. Strategi Pedagogi melibatkan peruntukan waktu
mengikut jam, penggabungan mata pelajaran dan modul tambahan. Seterusnya, strategi
pentaksiran melibatkan perkembangan dan pencapaian murid ditaksir berdasarkan
Standard Prestasi yang diintegrasikan dalam DSKP.

4.0 PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)


4.1 Pelaksanaan sepanjang tahun oleh semua guru mata pelajaran. Guru-guru membuat
penilaian PBD melalui rekod transit. Adalah diharapkan penilaian dijalankan dengan
telus semasa menilai murid-murid.Penilaian akhir akan dimasukkan ke dalam rekod
offline untuk simpanan sekolah.

5.0 DSKP, REKOD TRANSIT DAN RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN


5.1 Mesyuarat menerima maklum bahawa guru-guru wajib mempunyai Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) bagi subjek Reka bentuk dan teknologi
& Tek. Maklumat & Komunikasi. beserta Rekod Transit untuk menilai murid semasa
sesi Pdpc di dalam kelas. Penggunaan rekod transit adalah selaras untuk Tahap 2.

6.0 BUKU PERSEDIAAN MENGAJAR / RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

6.1 Mesyuarat memaklumkan contoh RPH Pembelajaran Abad 21 yang perlu digunakan
oleh semua guru panitia RBT & TMK.
6.2 Mesyuarat menerima maklum supaya memastikan penulisan RPH perlulah
dilengkapkan sebelum sesi pengajaran dan pemudahcaraan.
(Tindakan: Semua guru RBT & TMK)

7.0 PROSEDUR PEMBELIAN PANITIA DAN PENGURUSAN STOK

7.1 Mesyuarat menerima maklum supaya guru-guru yang ingin membuat pembelian
bahan atau projek untuk Pdpc perlulah mengikut prosedur dan mengemaskini
pengurusan stok dari semasa ke semasa. Pembelian perlu melalui nota minta.
(Tindakan: Semua guru RBT & TMK)
8.0 HAL-HAL LAIN
8.1 Rekod Kewangan Projek RBT dan TMK yang masih berbaki dari tahun sebelum dan
masih boleh digunakan, perlu dikira dan direkodkan.

(Tindakan Semua Guru RBT & TMK)

9.0 UCAPAN PENANGGUHAN


9.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir. Berharap
semua guru dapat meningkatkan lagi prestasi pencapaian murid-murid terutama
untuk mata pelajaran RBT & TMK.
9.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.40 petang.

Disediakan oleh,

………………………………………………
(NOR AZNIZAN BIN CHE YA)
Setiausaha Panita,
Panitia Reka Bentuk dan Teknologi / Teknologi Maklumat & Komunikasi,
SK Bandar Baru Perda.

Disahkan oleh,

……………………………………..
(HASSAN BIN OTHMAN)
Ketua Panitia,
Panitia Reka Bentuk dan Teknologi / Teknologi Maklumat & Komunikasi,
SK Bandar Baru Perda.

Anda mungkin juga menyukai