Anda di halaman 1dari 8

NAMA : ______________________

KELAS : ______________________

Disediakan Oleh :Noura Linis Vitalis


MODUL PENDIDIKAN MORAL TAHUN 1

Sasaran Pendidikan Moral Tahun 1


Subjek Pendidikan Moral
Topik Unit 4.
Terima Kasih, Kawan-Kawan
Tema Diri Saya
Nota 1. Sentiasa mengucap terima kasih .
2. Ucapan terima kasih apabila menerima:
- hadiah - pujian
- pemberian - bantuan
3. Cara berterima kasih
-memberi hadiah/kad ucapan
-mendoakan ibu bapa dan ahli keluarga
-mentaati guru dan ibu bapa
-berbaik-baik dengan rakan
Standard Kandungan 4. Sikap Berterima kasih
Standard Pembelajaran 4.1 Mengucapkan terima kasih dalam pelbagai bahasa.
4.2 Mengenal pasti pelbagai cara memberi
Penghargaan.
4.3 Menghuraikan kepentingan memberi penghargaan.
4.4 Menyatakan perasaan apabila dapat memberi
Penghargaan.
4.5 Mencipta pelbagai cenderahati dan kraftangan
sebagai tanda penghargaan.

Pada akhir pembelajaran ini, murid dapat:


Objektif 1. Mengamalkan ucapan berterima kasih dalam aktiviti
harian.
2. Menghuraikan kepentingan memberi penghargaan
dengan betul.
Tempoh Pelaksanaan 1 hingga 5 Februari 2021
Aktiviti Menjawab soalan modul yang disediakan oleh guru
mengikut jadual diberi.

Latihan 1.

Latihan 2
Pentaksiran Murid-murid ditaksir berdasarkan kepada Taahap
Penguasaan (TP)

1 Menyatakan ucapan terima kasih dalam pelbagai


bahasa
2 Menerangkan pelbagai cara memberi penghargaan.
3 Menunjuk cara memberi penghargaan dalam sesuatu
situasi dengan bimbingan.
4 Menunjuk cara memberi penghargaan dalam pelbagai
situasi.
5.Mengamalkan sikap memberi penghargaan dalam
kehidupan seharian.
6 Mengamalkan sikap memberi penghargaan dalam
kehidupan seharian.

Panduan Buat Kerja 1. Murid/ibu bapa mengambil set modul di pondok


Pengawal pada 30 Januari 2021.
2. Tugasan ini hendaklah dijalankan selama satu minggu
sesi pembelajaran.
3. Murid di bawah bimbingan ibu bapa membaca dan
memahami nota yang disediakan, atau merujuk mana
mana buku rujukan.
4. Murid menjawab lembaran aktiviti selama 1 jam atau
60 minit.
5. Ibu bapa digalakkan memantau hasil kerja murid.
6. Murid hendaklah menghantar semula tugasan
kepada guru subjek, di pondok sekuriti pada
7 Februari 2021.

RUJUKAN : Buku Teks Pendidikan Moral Tahun 1,


Buku Formula A+ Pendidikan Moral Tahun 1
LATIHAN 1

A Lengkapkan ayat berikut dengan pernyataan menunjukkan penghargaan.


B Tandakan ( √ ) pada perlakuan yang menjadi amalan kamu.

1. Berterima kasih kepada abang yang membantu kamu.

2. Membalas senyuman adik yang memperlahankan radia


sewaktu kamu sedang belajar.

3. Menghantar teks ucapan terima kasih kepada kakak yang


mencuci baju kamu.

4. Membelikan aiskrim kepada rakan yang selalu menemani


kamu di sekolah.

5. Memberikan kad kepada ibu kamu sempena Hari Ibu.

6. Memberikan hadiah hari jadi untuk sahabat yang merayakan


sambutan Hari Jadi.

7. Memberikan tumpuan sewaktu guru mengajar.

8. Menunjukkan tingkah laku yang sopan dan taat kepada ibu


bapa.

9. Memberi kad ucapan kepada guru sempena Hari Guru.

10. Menolong rakan yang mengalami kesusahan keluarga.


LATIHAN 2

A Fahami situasi dan lengkapkan peta minda di bawah.


B Apakah perasaan kamu selepas memberi penghargaan?
Padankan pernyataan berikut.

gembira

sedih

bangga

puashati

Saya merasa ____________________, _________________, dan


__________________ selepas memberi penghargaan kepada semua.

Selamat Menjawab di rumah.

Anda mungkin juga menyukai