Anda di halaman 1dari 7

Pendidikan Moral Tahun 3

Nilai : Kejujuran (Ujian Bertulis)


Nama : Band : B1D3E1

Kelas :

Arahan : Warnakan pada pelakuan yang menunjukkan sikap jujur di sekolah.

Menyerahkan Mengakui
dompet yang kesalahan yang
dijumpai kepada dilakukan
guru. kepada guru.

Meniru rakan
semasa
peperiksaan.

Membelanjakan Tidak
wang yang menceritakan
dijumpai di rahsia kawan
kantin sekolah. kepada orang
lain.

B1D3E1 : Boleh menyatakan contoh perlakuan jujur di sekolah.

Menguasai
Tidak menguasai
Pendidikan Moral Tahun 3
Nilai : Kejujuran (Temubual)
Nama : Band : B2D3E1

Kelas :

Arahan : Tandakan ( ) pada ruangan yang disediakan.

Sila tandakan ( ) sekiranya anda memahami kepentingan bersikap jujur di


sekolah.

Bil. Pernyataan Ya Tidak

1, Disayangi oleh guru dan rakan-


rakan.

2. Menjadi contoh kepada rakan-


rakan.

3. Diberi penghargaan atau hadiah.

4. Menjadi terkenal dalam


kalangan rakan-rakan.

5. Menjadi kebanggaan guru dan


rakan-rakan.

B2D3E1 : Boleh menjelaskan kepentingan bersikap jujur di sekolah.

Menguasai
Tidak menguasai
Pendidikan Moral Tahun 3
Nilai : Kejujuran (Senarai semak)
Nama : Band : B3D3E1

Kelas :

Arahan : Tandakan ( ) pada ruangan yang disediakan. Murid perlu


mengamalkan sekurang-kurangnya 3 amalan jujur di bawah.

Bil. Pernyataan Melakukan Tidak melakukan

1. Mengaku sekiranya tidak melakukan


kerja rumah.

2. Memulangkan baki wang yang terlebih


ketika berurusan di kantin sekolah.

3. Memulangkan semula barang yang


dipinjam daripada rakan-rakan.

4. Tidak mengambil barang yang bukan


kepunyaan.

5. Memulangkan wang dijumpai kepada


guru.

6. Memulangkan buku yang dipinjam dari


perpustakaan mengikut waktu yang
ditetapkan.
7. Memberitahu guru perkara sebenar
yang dilakukan oleh rakan baik.
Contohnya melanggar peraturan
sekolah.

B3D3E1 : Boleh mengamalkan sikap jujur di sekolah.

Menguasai
Tidak menguasai
Pendidikan Moral Tahun 3
Nilai : Kejujuran (Senarai semak)
Nama : Band : B4D3E1

Kelas :

Arahan : Tandakan ( ) pada ruangan yang disediakan. Murid perlu


mengamalkan sekurang-kurangnya 3 amalan jujur dengan ikhlas di bawah.

Bil. Pernyataan Melakukan Tidak melakukan

1. Memulangkan baki wang yang terlebih


ketika berurusan di kantin sekolah
tanpa mengharapkan pujian.
2. Memulangkan semula barang yang
dipinjam daripada rakan-rakan tanpa
mengharapkan balasan.
3. Memulangkan wang dijumpai kepada
guru tanpa mengharapkan imbuhan.

4. Memulangkan buku yang dipinjam dari


perpustakaan mengikut waktu yang
ditetapkan tanpa paksaan.
5. Menyiapkan tugasan yang diberikan
oleh guru tanpa bantuan orang lain
dengan senang hati.

B4D3E1 : Boleh mengamalkan sikap jujur di sekolah dengan ikhlas.

Menguasai
Tidak menguasai
Pendidikan Moral Tahun 3
Nilai : Kejujuran (Senarai semak)
Nama : Band : B5D3E1

Kelas :

Arahan : Tandakan ( ) pada ruangan yang disediakan. Murid perlu


mengamalkan sekurang-kurangnya 3 amalan jujur di bawah.

Bil. Pernyataan Mengamalkan Tidak


mengamalkan
1. Tidak mengambil wang rakan
yang terjatuh tanpa disedari.

2 Mengajak rakan-rakan
sentiasa bercakap benar

3 Menasihati rakan-rakan yang


suka berbohong supaya berani
mengakui kesalahan diri.

4. Memberitahu guru dan


memohon maaf sekiranya tidak
menyiapkan kerja rumah.

5. Berani mengakui kesalahan


yang telah dilakukan walaupun
terpaksa menerima hukuman.

B5D3E1 : Boleh mengamalkan dan memupuk sikap jujur di sekolah.

Menguasai
Tidak menguasai
Pendidikan Moral Tahun 3
Nilai : Kejujuran (Rekod Anekdot)
Nama : Band : B6D3E1

Kelas :

Tarikh : 5 September 2012

Masa: 10.00 – 10.30 pagi

Butiran :

Pada tarikh 5 September 2012 murid ini telah menyertai Program Mengutip

Derma Peringkat Sekolah untuk seorang murid yang menghidap penyakit

kanser. Murid ini telah menggalakkan rakan-rakannya untuk membantu

meringankan bebanan dan memberi sokongan moral kepada murid tersebut.

Murid ini telah melaksanakan tugasan ini dengan baik dan berjaya membuat

kutipan yang besar secara sukarela. Selain daripada itu murid ini telah

berkempen dan mengajak kawan-kawannya sama-sama menderma dengan

ikhlas. Murid ini telah menjaga hasil kutipan derma dengan baik dan

menyerahkan kepada guru yang bertanggungjawab untuk diserahkan kepada

murid yang berkenaan. Guru telah mengumumkan perlakuan murid ini kepada

murid-murid lain di tapak perhimpunan. Murid ini telah diberi pujian dan

penghargaan dan murid-murid lain diminta mencontohi sikapnya.

Dicatat oleh : …………………………………………( Guru Pendidikan Moral Tahun 3)

B6D3E1 : Sentiasa mengamalkan dan memupuk sikap jujur di sekolah dan boleh
dicontohi.

Anda mungkin juga menyukai