Anda di halaman 1dari 2

SJKC CHERN HWA BUKIT PASIR, BATU PAHAT

MINIT MESYUARAT RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU BIL : 4/2020

Tarikh : 21.9.2020 (Ahad)

Masa : 1.30 petang

Tempat : Bilik Sains

Pengerusi : Puan Soh Ah Kee (GPK Pendidikan Khas)

Kehadiran(Bilangan) : 11/11 orang

Turut Hadir (Jika ada) : -

1 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Ucapan Pengerusi
1.1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran guru-guru.

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


Dicadang untuk disahkan oleh Puan Wang Siew Kiang
Disokong untuk pengesahan oleh Encik Low Wee Kang
Bersetuju sebulat suara

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1. Semua borang post mortem RI telah diisi dan dilengkapkan oleh guru RPI.
Makluman Ahli

PEMBENTANGAN KERTAS-KERTAS KERJA / FOKUS MESYUARAT


4.1 Proses pelaksanaan RPI
4 4.1.1 Fasa RPI dimulakan dengan penulisan dokumen pra, pengisian faktor
keupayaan murid, mengadakan permuafakatan RPI , didikuti dengan guru
merancang dan mengisi dokumen RPI murid. Setelah selesai perancangan RPI guru
perlu mendapatkan tandatangan dan persetujuan ibu bapa untuk pelaksanaan RI.
4.2.2 Proses RPI bermula dengan menjalankan intervensi terhadap murid. Kemudian
guru akan mencatatkan pemerhatian dan merekod senarai semak hasil intervensi.
4.2.3 Setelah tempoh RPI tamat, guru perlu membuat post mortem pelaksanaan RP
sama ada berjaya atau gagal.
4.2.4 Melalui hasil post mortem guru akan dapat mengenalpasti perubahan untuk
merancang RPI fasa 2
Makluman Ahli
4.2 Laporan RPI
4.2.1 Semua guru RPI perlu mengisi laporan hasil RPI di dalam portal e-RPI murid
dan mencetak laporan tersebut
4.2.2 Semua dokumen sokongan dan evidens termasukalah borang senarai semak
dan rekod pemerhatian hendaklah dilengkapkan dan dikepilkan bersama RPI
murid di dalam fail RPI untuk dihantar bagi tujuan semakan
4.2.3 Pn. Fauziyana akan menyediakan senarai kandungan fail dan semua guru
diminta menyusun isi kandungan fail berdasarkan senarai kandungan yang
betul.
Tindakan: Semua guru Pendidikan Khas

4.3 Borang Maklum balas RPI


4.3.1 Guru Penyelaras RPI, Pn. Nor Fauziyana akan menyediakan dan
mengedarkan borang post mortem kepada semua guru RPI
4.3.2 Semua guru RPI hendaklah melengkapkan borang post mortem tersebut untuk
sebagai bukti keberkesanan pelaksanaan RPI dan salinan perlu ditampal di
dalam kelas di sudut pameran RPI
Tindakan: Semua guru Pendidikan Khas

4.4 Pelaksanaan RPI kali ke 2


4.4.1 RPI fasa 2 perlu ditulis berdasarkan hasil post mortem yang dibuat sama ada ia
perlu ditambah baik, diubah atau dikekalkan dengan intervensi berbeza.
4.4.2 Untuk mendapatkan persetujuan ibu bapa, guru-guru perlu memaklumkan
berkaitan RPI anak murid melalui perjumpaan individu atau panggilan telefon.
Kemudian guru perlu mendapatkan tandatangan persetujuan pelaksanaan RPI
sebelum RPI ditadbir kepada murid.
4.4.3 Tiada mesyuarat permuafakatan RPI kali kedua disebabkan tempah PKP
belum tamat dan memerlukan penjarakan sosial dan mengelakkan
pengumpulan ramai orang.

Tindakan: Semua guru Pendidikan Khas

4.5 Pelaksanaan RPI untuk semua murid Pendidikan Khas


4.5.1 Semua murid Pendidikan Khas memerlukan pelaksanaan RPI.
4.5.2 MBK yang mengikuti PPI penuh (inklusif penuh) boleh dikecualikan daripada
menggunakan RPI dalam melaksanakan pendidikan khas.
Walaubagaimanapun, dalam kes tertentu, bagi mengatasi masalah yang
menjadi penghalang MBK meneruskan pembelajaran, RPI ini perlu disediakan
oleh guru pendidikan khas dengan kerjasama guru aliran perdana ( Kod
Amalan Pendidikan Khas, Perkara 5.20, ms.33)
Tindakan: Semua guru Pendidikan Khas

5 HAL-HAL LAIN
TIADA

6 PENUTUP
6.1 Ucapan penangguhan oleh pengerusi dan mesyuarat ditangguhkan pada jam
9.00 pagi.
6.2 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang
meluangkan masa untuk menghadiri mesyuarat ini.
6.3 Pengerusi menetapkan tarikh mesyuarat yang berikutnya pada 21/7/2020
(Selasa).

Disediakan oleh,

URUS SETIA
Mesyuarat Jawatankuasa Rancangan Pendidikan Individu

Tarikh : 9 Julai 2020

Anda mungkin juga menyukai