Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH KEBANGSAAN PERADONG

MINIT MESYUARAT PROGRAM TRANSISI (BIL 1 2022/23)

Tarikh : 15 Mac 2022 (Selasa)

Masa : 11:00 pagi

Tempat : Bilik Gerakan SK Peradong / Google Meet

Hadir 1. Wan Shaifuzan bin Wan Ibrahim Guru Besar

2. Siti Sharmila binti Shabudin GPK Kurikulum

3. Suriyati binti Abu Bakar GPK HEM, (BM, MZ)

4. Ahmed Hisyam bin Jusoh GPK Ko-kurikulum

5. Roslina binti Razak (BI, SN, PSV)

6. Siti Nabilah binti Muhamed Sanusi (PJ, PK)

7. Ahmad Aqil bin Mohd Rosedi (MT)

8. Noor Azliaton binti Azahari (Pemulihan)

9. Rozita binti Haya (PI, TM)

10. Sharhiyyah binti Mokhtar @Sota (BA)

11. Faezah binti Musa KP Sains

12. Siti Mariyam binti Satiman Pra sekolah

13. Nur Farhana binti Mohd Rahim Shah (Turut Hadir)


1. PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada semua guru yang terlibat dengan Program Transisi Tahun
Satu 2.0 (PTTS 2.0) sesi 2022/23.
1.2 Program ini bertujuan untuk membantu murid menghadapi perubahan daripada pendidikan tidak
formal di rumah atau pra sekolah kepada pendidikan yang lebih formal diperingkat sekolah rendah.
1.3 Program ini juga dapat memastikan agar semua murid Tahun Satu yang datangnya dari latar
belakang, pengalaman dan sosioekonomi yang berbeza akan dapat memulakan proses
pembelajaran di Tahun Satu pada tahap pencapaian yang hampir sama.
1.4 Jumlah murid Tahun 1 adalah seramai 14 orang (Lelaki : 6 orang dan Perempuan: 8 orang).
1.5 Program berlangsung selama 4 minggu
1.6 Pelaksanaannya berpandukan Kit Program Transisi Tahun 1 2.0.
1.7 Aktiviti murid berpandukan modul yang telah disediakan.
1.8 Penggunaan buku teks dan aktiviti tidak dibenarkan sepanjang program ini dijalankan.

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


Dicadang untuk disahkan oleh Pn. Suriyati binti Abu Bakar
Disokong untuk pengesahan oleh Cik Siti Nabilah binti Mohamed Sanusi

3. PERKARA – PERKARA BERBANGKIT


Tiada.

4. PERKARA YANG DIBINCANGKAN

4.1 Pelaksanaan Program Transisi Tahun Satu 2.0 (PTTS 2.0)


4.1.1 Pemakluman pelaksanaan Program Transisi Tahun Satu 2.0 (PTTS 2.0) melalui Surat
Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 1 Tahun 2022 berkuasa serta merta
mengikut tarikh surat siaran pada 07 Mac 2022 (No.Ruj:KPM.100-1/3/2 Jld.5 (7).
4.1.2 Melalui surat ini maka Surat Siaran Pelaksanaan Program Transisi dan Guru
Penyayang
[No.Rujukan: KP(PPK)1200-1/1 (38)] bertarikh 4 Disember 2006 adalah dibatalkan.
4.1.3 Mesyuarat Profesional Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Bilangan 6 Tahun
2022 bertarikh 22 Februari 2022 telah mutuskan supaya PTTS 2.0 dilaksanakan selama
empat (4) minggu. (21 Mac hinga 14 April 2022).
4.1.4 Rasionalnya adalah murid prasekolah telah mengikuti pembelajaran selama dua (2)
bulan pada tahun 2022 berikutan pelanjutan sesi persekolahan Tahun 2021.
4.1.5 Tempoh yang diberikan bagi memastikan murid bersedia sepenuhnya untuk mengikuti
Pendidikan formal di sekolah rendah dari aspek sosioemosi, jasmani dan tahap
penguasaan perkembangan kognitif.
4.1.6 Terdapat 2 PTTS 2.0:
4.1.6.1 Fasa Penyesuaian
4.1.6.2 Fasa Kesediaan

4.1.7 Guru hendaklah merujuk Kit Program Transisi Tahun Satu 2.0 untuk memudahkan cara
perlaksanaan program.
4.1.8 Guru mata pelajaran Tahun 1 bekerjasama menyediakan modul atau bahan-bahan bagi
melancarkan program ini.
4.1.9 Ibu bapa akan diberi taklimat berkenaan Program Transisi melalui tayangan slaid
semasa Hari Pendaftaran murid Tahun 1 pada 18 Mac 2022 dan edaran slaid melalui
whatsapp group Tahun 1. Edaran brosur berkaitan PTTS 2.0 turut diedarkan pada
penjaga semasa hari berkenaan.
Tindakan : Semua guru

4.2 Fasa Program Transisi Tahun Satu 2.0 (PTTS 2.0)


4.2.1 Fasa Penyesuaian (2 minggu)
4.2.1.1 Dilaksanakan pada minggu pertama dan kedua sesi persekolahan.
4.2.1.2 Penekanan dari aspek sosioemosi, kognitif dan jasmani perlu diberikan kepada
semua murid bagi meningkatkan keyakinan diri bagi membentuk sikap positif
dalam interaksi sosial.
4.2.1.3 Rujuk Kit PTTS 2.0 untuk mengetahui cara pelaksanaannya.

4.2.2 Fasa Kesediaan (2 minggu)


4.2.2.1 Dilaksanakan pada minggu ketiga dan keempat sesi persekolahan.
4.2.2.2 Memastikan murid menguasai pengetahuan, kemahiran dan nilai yang
diperlukan
untuk pembelajaran seterusnya.
4.2.2.3 Melaksanakan pelbagai kaedah Pentaksiran PBD.
(Rujuk Kit PTTS 2.0 Lampiran A)
4.2.2.4 Merancang pengajaran dan pembelajaran (PdP) mengikut kesediaan murid.
4.2.2.5 Pemilihan tema berdasarkan tema di dalam Kit PTTS 2.0.

Tindakan : Semua guru

4.3 Kit Program Transisi Tahun Satu 2.0

4.3.1 Kit ini sebagai garis panduan PTTS 2.0


4.3.2 Muat turun melalui sesawang KPM di pautan https://www.moe.gov.my.

4.4 Modul Transisi


4.4.1 Guru merujuk Kit PTTS 2.0 sebagai panduan perlaksanaannya.
4.4.2 Menyediakan Modul PdP mengikut tema pilihan.
4.4.3 Pentaksiran perlu dilaksanakan dari semasa ke semasa dalam pelaksanaan
modul PdP.
4.4.4 Setiap murid akan menerima modul PTTS 2.0.

Tindakan : Semua guru

5. HAL – HAL LAIN

5.1 Tarikh pembelian buku tulis Tahun 1 pada Jumaat 18 Mac 2022.
5.2 Tarikh pengambilan buku teks dijangka pada 24 Februari 2022.
5.3 Ibu bapa/penjaga yang hadir harus mematuhi SOP yang ditetapkan.

Tindakan : Semua guru


6. PENUTUP

6.1 Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 tengah hari.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

______________________ _____________________ _____________________

(ROSLINA BINTI RAZAK) (SHARMILA BINTI SHABUDIN) (WAN SHAIFUZAN BIN WAN IBRAHIM)
Penyelaras Program Transisi GPK Kurikulum Guru Besar
SK Peradong SK Peradong SK Peradong

Anda mungkin juga menyukai